Saturday, March 10, 2012








Datuk Musbah dari kaca mata masyarakat Kota belud, mempunyai satu kelebihan yang tidak dimiliki oleh pemimpin lain di Kota Belud, baik Datuk Rahman Dahlan, baik Datuk Salleh, atau juga Tan Sri Pandikar Amin, apatah lagi Datuk Japlin Akim dan Datuk Herbert Timbun Lagadan.Kelebihan itu bukan atas faktor 'modal' tetapi kelebihan itu terletak pada sikap Datuk Musbah yang kerap turun padang pada waktu majlis perkahwinan atau majlis kematian. 

Rekod inilah yang sukar dipecahkan oleh mana-mana pemimpin di Kota Belud. Datuk Musbah tanpa mengira ideologi politik, "pasti" akan menghadiri majlis itu dengan Syarat, diberitahu kepada ADUN TEMPASUK itu. Keramahan Datuk Musbah turun padang menemui masyarakat dalam majlis perkahwinan dan kematian ini banyak memberi impak besar kepada kepopularitian Datuk Musbah. Dengan tanpa ada 'jurang' pemisah antara beliau dengan rakyat, datuk Musbah melayan apa sahaja situasi dan yang paling 'indah' nya ialah datuk Musbah tidak suka dilayan persis VVIP sebaliknya akan duduk sama dengan rakyat dan menjamah juadah awam yang disediakan dalam majlis-majlis berkenaan.

Kekerapan Datuk Musbah turun padang dalam majlis seumpama itu, meletakkan Datuk Musbah sebagai pemimpin yang mempunyai kelas tersendiri dalam kaca mata masyarakat Kota Belud. walaupun dipalitkan dengan berbagai macam spekulasi politik yang mendebarkan, Datuk Musbah tidak pernah melupakan rakyat yang di wakilinya. Bah kan tanyalah mana-mana majlis yang dihadiri oleh pembantu menteri pertanian asas Tani ini, nescaya tuan rumah akan berasa puas hati dengan sikap Datuk Musbah yang 'low profile" dan suka bersembang dengan pelbagai lapisan masyarakat.

Pemimpin yang kerap turun padang sebegini akan terus dingati oleh masyarakat setempat walaupun pemimpin berkenaan tidak lagi mewakili mereka. Jasa dan pendekatan yang sebegitu rupa bukan  sahaja memecahkan tembok antara pemimpin dengan rakyat tetapi jauh lebih dari itu,meletakkan datuk Musbah sebagai antara pemimpin yang paling di sayangi oleh rakyat Kota Belud.

0 ulasan :