Saturday, March 3, 2012



Parti SAPP semacam kehilangan aura politik semenjak meninggalkan BN. Kekalahan presidennya Datuk Yong Teck Lee pada PRK Batu Sapi benar-benar memberi impak moral pada pemimpin parti itu. Isu 20 perkara serta isu PATI yang cuba diperjuangkan oleh SAPP tidak dapat menandingi strategi parti STAR yang mula mendapat sokongan terutama dari suku KDM. Tinggal Isu nahas pesawat Nomad yang cuba diputarkan kembali oleh SAPP. Itupun membawa memori hitam buat parti Cina itu bila Datuk Yong Teck Lee, pada Khamis lepas diminta oleh Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu membayar sejumlah RM 1 Juta kepada mantan KM Sabah Tan Sri Haris Salleh ekoran dakwaan Yong yang berunsur fitnah mengenai kes double six itu. 

SAPP nampak gayanya masih mahu meneruskan hasrat mereka untuk meminta Putrajaya mengadakan kembali siasatan terhadap kejadian yang mengorbankan beberapa orang pemimpin Sabah ketika itu termasuk Tun Mohammad Stephens.

KOTA KINABALU: Parti Maju Sabah (SAPP) berkata, ia akan terus menggesa putrajaya membuka semula kes pesawat Nomad penerbangan Sabah yang terhempas di perairan Sembulan pada 6 Jun, 1976 supaya rakyat Sabah dapat mengetahui cerita sebenar di sebalik tragedi Double Six itu.

Ahli Majlis Tertinggi SAPP Bahari Aship berkata, Mahkamah Tinggi di sini dalam keputusannya dalam saman fitnah yang difail mantan Ketua Menteri Tan Sri Harris Salleh terhadap SAPP dan presidennya Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee, telah berkata yang tidak ada salahnya bagi Yong untuk meminta siasatan semula terhadap tragedi itu.

“Jadi tidak ada salahnya meminta tragedi Double Six itu disiasat semula. Nampaknya para pemimpin Barisan Nasional (BN) termasuk mereka dari Sabah telah tersalah anggap," katanya.

Katanya, Timbalan Menteri Kesihatan yang juga Ketua Menteri Umno Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin tersilap apabila beliau katakan pembohongan telah menjadi trend dalam kalangan pembangkang.

Bahari berkata, Rosnah sudah keterlaluan apabila beliau menyatakan kita (ahli-ahli potitik) tidak seharusnya menjadikan bercakap bohong sebagai satu tabiat, yang nampaknya telah menjadi trend dalam kalangan pembangkang".

Katanya, tragedi Double Six itu berlaku 36 tahun lalu tetapi sehingga hari ini Putrajaya tidak pernah mengumumkan hasil siasatannya. 

"Penduduk Sabah harus diberitahu apa yang sebenarnya berlaku," kata beliau.

Mengenai kenyataan Rosnah bahawa para pemimpin politik harus mempunyai sikap bertanggungjawab atas apa jua kenyataan yang mereka buat, Bahari berkata, SAPP memang mempunyai rasa bertanggungjawab terhadap setiap kenyataan yang dibuatnya.

Bahari berkata, SAPP tidak pernah bercakap bohong.

0 ulasan :