Friday, November 19, 2010


KENDATIPUN orang Bajau merupakan penduduk dan pengundi majoriti di negeri Sabah, namun etnik terbesar ini tidak mempunyai karisma dan kuasa mutlak menentukan halatuju dan halacara politik Sabah.


Ketokohan mereka sebagai Tuan Yang Terutama Yang Dipertua negeri Sabah, Ketua Menteri dan Pemimpin Politik gagal menjenamakan Bajau sebagai satu pakej lengkap yang mendasari perjuangan nasionalisme dan lebih menjurus kepada parokial yang sempit (kedaerahan).


Welstenchauung pengundi Bajau sebagai akibatnya menjadi ‘Pengungsi’ (penumpang) dan ‘Khadam Politik’ dipergunakan oleh pemimpin tertentu untuk menjayakan agenda politik; melakukan rencaman pengaruh bagi mengekang kumpulan tersebut agar boleh dikendali secara mutlak dan tanpa prejudis.


Ketaksuban kepada pemimpin dan ketaatan kepada parti menyebabkan Bajau pantang menderhaka sehingga mereka mudah dijerat dengan pengaruh wang dan anugerah pangkat; sehingga mereka terpesong daripada agenda nasionalisme.


Sehubungan itu, dalam bidang Sosiologi, amalan ini dikenali sebagai ‘Pensuasanaan’ yang ditemui oleh Ivan Pavlov pada 1902. Dalam hasil kajiannya mendapati bahawa jika dia membunyikan loceng dan pada masa yang sama makanan diberikan kepada seekor anjing, anjing tersebut akan menghasilkan air liur dalam mulutnya.



Lantas bunyi loceng sahaja sudah mampu menyebabkan anjing itu berliur walaupun tiada makanan yang diberi. Penghasilan air liur apabila makanan diberi tidak perlu dipelajari memandangkan ia didorong oleh naluri atau tindakan semula jadi bagi anjing tersebut. Bagaimanapun penghasilan air liur semasa loceng dibunyikan merupakan sesuatu yang dipelajari oleh anjing tersebut.



Amat menghairankan ‘feel’ (tabiat buruk) anjing ini turut diikuti oleh Bajau kerana apabila terdengar sahaja ‘loceng’ dari Pejabat Adun atau Parlimen maka mereka terus menyerbu kerana mereka yakin ada ‘ole-ole’ yang disediakan oleh pemimpin, sekalipun hanya sekadar sejadah, RM10 atau nasi bungkus!



Hubungan kekeluargaan yang lama terjalin antara Bajau Sabah dengan Bajau Filipina menyebabkan mereka lebih bersikap ‘Tidak Apa’ dan menghalalkan kehadiran suku sakat mereka daripada Filipina; memperoleh kad pengenalan dan merampas hak mereka sebagai Ketua Cawangan dan pemilih berdaftar.

Hak yang terhakis sedikit demi sedikit akhirnya telah melenyapkan kuasa politik Bajau yang kini bersandarkan ‘Fixed Deposit’ dijana oleh PATI yang mendapat kerakyatan songsang sehingga mereka tidak mempunyai ‘kuasa dan karisma’ di persada politik tanah air.



Bajau yang kehilangan kuasa dan ketandusan pengaruh mula menjadi pelarian politik dengan menyertai parti serpihan yang menjual liur basi tanpa pampatan kuasa legislatif dan birokrasi.

Hambatan kegelinciran politik ini melemahkan semangat nasionalisme Bajau sehingga mereka mudah dipecah, diperintah dan dijajah oleh kumpulan minoriti dan terus disisihkan dalam apa juga bidang; seolah-olah Bajau adalah Pendatang baru dalam arena politik dan sosio-ekonomi di Sabah.



Kedatangan UMNO menyebabkan Bajau semakin berpecah walaupun mereka cuba meletakkan ‘semua telur dalam satu bakul’ kerana tidak semua ahli USNO yang merupakan ahli fanatik kepada perjuangan Tun Mustapha boleh menerima UMNO yang telah menenggelamkan bahtera USNO di Laut China Selatan.


Ada juga pemimpin ‘talam seribu muka’, kononnya berjuang untuk mempertahankan hak Bajau, namun hakikatnya mereka sanggup menjual maruah dan masa depan etnik Bajau semata-mata untuk mendapatkan projek dan menggunakan wang projek untuk membeli kesetiaan ahli dan menurun taraf integriti politik dan identiti mereka.



Natijahnya, Bajau kini seperti Pak Kaduk, menang sorak tetapi kampung halaman tergadai kepada puak minoriti dan jika berterusan nasib mereka akan menjadi seperti umat Palestin yang dikuasai Israel.


Dalam pada itu, etnik Suluk (Rumpun Bajau) yang terkenal dengan identiti ‘Magsabil’ dan mengakui sebagai Pewaris Kesultanan Sulu dan menuntut Sabah sebagai Hak Mutlak mereka berdasarkan Wang Cession yang masih dibayar oleh Kerajaan Malaysia kini semakin marah kerana dilabelkan sebagai salah satu etnik termiskin di Malaysia.



Isu kemiskinan ini didedahkan oleh Pengarah Sektor Pembangunan Insan Bank Dunia (Wilayah Asia Timur dan Pasifik), Emmanuel Jiminez ketika membentangkan Laporan Monitor Ekonomi Malaysia (MEM) baru-baru ini yang mengumumkan bahawa etnik Suluk dan etnik lain seperti Rungus dan Orang Sungai merupakan majoriti rakyat termiskin Malaysia di Sabah.



Betapa malunya mereka yang mengaku sebagai Sultan Sulu dan menggunakan agitasi politik untuk menutup pembohongan mereka setelah tidak ada ‘Rumabichara’ yang boleh menentusahkan Sultan Sulu sebenar dan senario ini dianggap sebagai kecacatan politik antarabangsa kerana mereka adalah rakyat Filipina dan bukannya rakyat Negara Sulu yang diagungkan selama ini.



Agak malang, kaum Suluk yang selama ini menggelarkan diri mereka sebagai hebat dan mempunyai imunisasi kerana boleh memukul sesiapa sahaja sesuka hati, hatta pegawai polis dan penguatkuasa undang-undang; tidak ubah seperti ayam jantan yang kokok berderai-derai tetapi buntut dipenuhi tahi.


Walaupun ramai ahli politik ‘Suluk’ namun mereka enggan mengaku berketurunan Suluk sebaliknya sebagai ‘Bajau’ kerana dianggap lebih bertamaddun berbanding Suluk yang dikaitkan dengan Kesultanan Palsu dan bersikap panas baran.


Semoga semua NGO yang menjadi tempat etnik dan rumpun Bajau bernaung kembali memperkasa perjuangan sebenar mereka untuk menebus semula martabat yang direnjis dengan najis politik; sebagaimana perkasanya PERKASA dan Dewan Perindustrian India Muslim (DPIM) memperjuangkan hak ahli mereka berbanding USBO, SAMA dan sebagainya yang masih lena dengan tari menari!



(NOTA: http://sarinamaya.blogspot.com Penulis merupakan pelajar jurusan Sains Kemasyarakatan daripada etnik Bajau, Sabah. )

Thursday, November 18, 2010


Tahun 70-an USNO terlalu kuat di Kota Belud. Tiga kawasan DUN dan satu parlimen dikuasai USNO.

Apabila Parti Berjaya ditubuhkan pada tahun 1976, Usno kalah di Tempasuk, Kedamaian dan Parlimen, hanya Usukan menjadi kubu kuat Usno sehingga Usno dibubarkan pada tahun 1991; dan kini dikuasai oleh UMNO.

Setelah Berjaya ditumbangkan, Tempasuk, Kedamaian dan Parlimen Kota Belud dikuasai oleh PBS (PBS menumbangkan kerajaan Berjaya pada tahun 1985).

Hanya Tempasuk dan Parlimen Kota Belud berjaya ditawan oleh BN daripada PBS tahun 1994 sementara Kedamaian masih genggaman PBS.

Setelah PBS diterima semula ke pangkuan BN.. Kini semua DUN dan Parlimen dikuasai oleh BN.

Persoalannya siapa kata BN tidak boleh kalah di Kota Belud? Sejarah menunjukkan, bahawa BN boleh kalah.

Persoalannya sekarang, belum ada parti yang boleh menggugat kekuatan BN Kota Belud. PKR, PAS tidak boleh menggugat BN, sebabnya kedua-dua parti itu tidak mempunyai pemimpin di peringkat daerah yang boleh dihandalkan. SAPP yang berpersidenkan keturunan cina, walaupun ada peminat di Kota Belud, namun belum ada taji untuk menggugat BN Kota Belud yang ditunjangi UMNO.

Atas sebab kepincangan parti-parti pembangkang ini lah dimanafaatkan oleh para pemimpin utama daerah ini untuk bersifat acuh tak acuh tentang permasalahan rakyat, terutama penyediaan sumber pendapatan, air bersih dan peningkatan infrastruktur.

Para pemimpin utama daerah ini merasa bahawa mereka berada di kedudukan selesa, ertinya, jika bertanding mewakli BN, pasti menang.

Disebabkan merasa selesa, maka keutamaan para pemimpin utama daerah ini adalah kedudukkan dalam parti. Atas sebab itulah, untuk merebut jawatan dalam parti, maka pemimpin tertentu itu menggunakan segala cara untuk menang, terutama mempergunakan kekayaan yang ada pada mereka.

Satu contoh yang logik bahawa pemimpin tertentu mempergunakan parti sebagai tapak berkuasa adalah melalui pemimpin parti yang mengelilingi mereka. Cuba lihat bagaimana latar belakang AJK parti yang menang pada setiap pemilihan. Para AJK ini adalah mereka yang bersifat angguk tanpa boleh membantah. Jika ada Zaid Ibrahim dalam bahagian parti, sudah tentu lain jadinya.

Bukan salah para AJK ini menang, kerana siapapun mahu menang dalam setiap pertandingan, yang salahnya arahan-arahan kepada perwakilan daripada pemimpin tertentu itu, bahawa, si anu si anu perlu menang, si polan si polan jangan diundi, kerana boleh menggugat kestabilan parti.

Akhirnya disebabkan keselesaan, tiada hadangan, maka akhirnya keluhan rakyat yang bagaimana hebatnyapun, pemimpin tetap bersifat acuh tak acuh. Giliran kapan BN boleh kalah di Kota Belud, hanya rakyat yang jenuh menentukkannya.

dipetik dari one kota belud.blogspot.pengendali :Musram Rakunman

Sunday, November 14, 2010


"Kebenaran" adalah 'kepahitan' yang tidak akan menjadi ubat kepada sesiapa yang tidak ingin melihat kebenaran itu. Dan pada kebiasaannya juga "kebenaran" itulah yang akan meletakkan manusia dikedudukan yang teratas. Baik dari soal kebertanggungjawaban, soal ketergantungan kepada amanah yang diberikan, atau soal kepimpinan politik dan penganut kepada idealisme perjuangan.

Kota Belud adalah daerah kecil yang 'terpencil' dari menjadi perhatian umum terutama dari aspek politik, meskipun dalam beberapa penulisan saya sebelum ini menyatakan bahawa seharusnya Daerah Kota Belud diangkat sebagai 'nukleus' politik di Sabah atas beberapa hujah yang saya utarakan termasuk kerana hayat politik Bapa Kemerdekaan Sabah Tun Mustapha 'berkembang' harum di daerah ini, selain daripada "kelahiran' anak sulung UMNO juga berlaku di Dareah koboi ini. Selebihnya termasuk hujah bahawa Kota Belud adalah 'kilang' pemimpin ( meminjam istilah sdr. Naddin ) dan sudah terbukti pencapaian mereka di peringkat negeri dan nasional.

Justeru itu bila pelbagai isu cuba diketengahkan oleh blogger Kota Belud,pelbagai kecaman dan tuduhan liar didendangkan. Soal kecurigaan dan beragenda sudah tidak timbul kerana pendedahan demi pendedahan yang di buat berkaitan dengan kepincangan kepimpinan yang berlaku sekian lama di daerah ini nyata menimbulkan pelbagai spekulasi dan persepsi. Mungkin bagi "pemimpin' soal kepincangan ini bukanlah kepincangan bagi mereka, bahkan ada mantan seorang pemimpin di daerah ini dalam FCB nya menyatakan bahawa sebarang keputusan yang diambil olehnya suatu ketika dulu adalah benar dan tepat berdasarkan situasi pada waktu tersebut.

Namun bagi rakyat dan masyarakat terutama golongan kepimpinan kelas pertengahan di daerah ini, 'kegagalan' menyediakan inftastruktur asas kepada ratusan ribu penduduk Kota Belud meskipun telah berdozen jawatan parti dan kerajaan pernah diberikan kepada pemimpin daerah ini suatu ketika dulu, malahan sudah banyak porfolio di sandang sama ada di peringkat persekutuan dan negeri, bahkan pernah menjawat jawatan tertinggi eksekutif iaitu Jawatan Ketua Menteri..tetapi masih 'gagal' memenuhi keperluan asas itu..maka ia satu kepincangan yang jelas dan tidak boleh disembunyikan hanya kerana kononnya' menghormati" pemimpin tersebut. Dan kononnya kerana kepimpinan mereka masih relevan dan diperlukan di daerah pejuang ini.

Teringat saya bila Khalifah Umar Abd Aziz menjawat jawatan 'khalifah' Islam, maka beliau menangis teresak-esak. Dan bila di tanya sebabnya , kerana beliau takut beliau akan dihisab lama di hadapan Allah SWT dan takut sama ada akan terpikulnya amanah itu atau tidak. Beginilah jiwa seorang pemimpin yang meletakkan rakyat di hadapannya. Sanggup bertungkus lumus untuk kesejahteraan rakyat yang dipimpinnya. Lalu, berapa orang pemimpin di KB yang berjiwa seperti ini? tepuk dada tanya selera!..Mungkin perumpamaan itu terlalu besar bagi pemimpin kita di daerah ini .

Saya merasakan bahawa kepincangan itu harus diperbetulkan. Jika mereka diberikan peluang oleh rakyat sekali lagi, maka ia suatu yang diharapkan supaya pembetulan dapat dilakukan. Ketika membaca beberapa komen di blog ini saya begitu hairan bagaimana ada idea yang menyatakan bahawa penulisan yang berunsur sebegini adalah penulisan yang beragenda untuk menjadi pemimpin dan mengharapkan bayaran dari pihak tertentu.Astagafirullah !..Saya rasa apa yang saya perolehi berupa rezeki dari Allah ini sudah memadai.

Apakah tidak benar bahawa kita di Kota Belud ini tidak mempunyai bekalan air bersih yang mencukupi? Apakah bukan satu kebenaran bahawa kita di daerah ini masih memerlukan jalan raya berturap terutama di perkampungan tertentu? Apakah juga bukan satu kebenaran bahawa masih ada rumah dan perkampungan yang tidak dibekali elektrik dan hanya menggunakan pelita di malam hari? Apakah juga tidak benar kita masih lagi menghadapi masalah kesesakan di pekan yang turut di huni oleh puluhan binatang berkeliaran seperti Lembu dan anjing liar?

Mungkin jawapannya ialah masalah ini biasa berlaku di mana -mana dan bukan di kota Belud sahaja?..Memang benar tetapi jika ditimbang secara logiknya, seharusnya permasalahan asas sebegini tidak lagi berbangkit kerana kita punya pemimpin bertaraf nasional setelah hampir 30 tahun mereka berkecimpung dalam politik.

Kerana itu bagi saya kepincangan sebeginilah yang sewajarnya dilihat semula untuk merubah stail kepimpinan lampau. Jika masyarakat dan rakyat berkhendakkan keperluan asas mereka dipenuhi ,maka pemimpin kena melakukan transformasi stail mereka supaya idea dan kepimpinan mereka masih signifikan di daerah ini. Jika tidak saya berkeyakinan, bahawa jika pun para pemimpin ini mendapat ruang semula memimpin di daerah ini, dan ditakdirkan mereka menang dan tidak mengubah stail kepimpinan mereka, maka lambat laun mereka akan dipinggirkan. Dan kepimpinan mereka tidak akan dikenang oleh generasi akan datang. jasa dan pengorbanan mereka akan hilang dan sirna pada kaca mata generasi baru.

Oleh itu tidak timbul asama ada penulisan blogger di kota belud beregenda atau tidak kerana yang lebih penting ialah kesediaan para pemimpin yang disebut untuk melakukan penambahbaikan kepimpinan mereka seterusnya 'menampal' kebocoran yang berlaku di sana sini supaya 'bahtera' rakyat di Kota Belud ini tidak terus karam dan tenggelam. Saya optimis bahawa jiika perubahan ini berjaya dilakukan, maka tidak ada sebab mengapa kepimpinan mereka ditolak di peringkat akar umbi di daerah ini.

Monday, November 8, 2010


Mana-manapun tamadun di dunia ini, baik ketamadunan yang diasaskan oleh keutuhan dan penguasaan politik yang strategik, atau penguasaan kepada perekonomi, atau juga ketinggian pemoralan dan pengakhlakan masyarakatnya, pasti akan melalui apa yang dinamakan sebagai keruntuhan, kemusnahan dan kemerosotan. Sama ada keruntuhan itu disebabkan oleh kerana pewarisan kepimpinan yang lemah sehingga berlaku pengabaian kebajikan rakyat, atau juga kerana apa yang dipanggil sebagai 'kebangkitan' rakyat atau "people power" manifestasi dari rasa ketidakpuasan hati juga penindasan secara diam oleh golongan pemerintah atau pengabaian tanggungjawab oleh pemimpin.

Di Sabah isu demostrasi atau tunjuk perasaan secara aman lantaran kerana dasar dan program kendalaian parti pemerintah tidak sehaluan dengan kehendak rakyat jarang kita dengar. bah kan biasanya kalau ada pun ketidakpuasan hati rakyat, langkah 'mendiamkan' diri adalah satu langkah 'selamat'. Ada juga yang begitu 'berani' mempertikai , malahan membawa isu ketidakpuasan hati mereka itu ke mahkamah untuk diadili. Misalnya isu 'rampasan' tanah oleh peneroka tanah milik kerajaan. walaupun isu ini sudah difailkan namun hingga kini tidak ada kata putus yang boleh digunakan untuk mengadili isu itu. Biasanya bila rakyat berkelompok menghadapi pihak pemerintah, maka suara mereka tenggelam oleh kuasa yang dimiliki oleh pemerintah.

Di Kota Belud, seingat saya sejak kepimpinan di daerah ini silih berganti seawal Allahyarham Tun Mustapha..kita tidak pernah disajikan dengan isu "pemberontakan' terhadap dasar dan program pemimpin ataupun pemerintah. Biasanya rakyat ibarat mentimun, menggelek pun luka digelek pun luka. kalau ada kebangkitanpun..biasanya musnah oleh kekebalan kuasa politik yang maha dahsyat. Maka itu saya tidak heran jika, banyak program kerajaan di daerah ini menimbulkan polemik senyap kepada masayarakat daerah Kota Belud. Ada yang pro dan ada yang kontra.

Namun sejak sebegitu ramai golongan berpendidikan di kota belud, senario kesenyapan ini mula berubah. Rakyat dan golongan muda yang mula mendominasi secara perlahan tetapi akan berlaku keatas jumlah sebahagian besar pengundi berdaftar di Kota belud, sudah ada suara-suara memprotes dan menuntut supaya pihak pemimpin menunaikan janji mereka bahkan ada yang berani mempertikaikan segala bentuk projek pembangunan yang disifatkan oleh mereka mencetuskan kedaifan dan kemiskinan.

kalau sebelum ini, di daerah Kota belud begitu panas mengenai isu pembinaan jalan raya Bypass Kudat-Kota belud yang dikatakan kerana mendatangkan malapetaka kepada penduduk yang ramainya adalah golongan petani, sehingga berlaku protes secara aman dan sudah dikeudarakan di dada-dada akhbar termasuk Berita harian dan juga di wajah-wajah blog para blogger Kota belud, kini malapetaka banjir yang telah merungikan Petani beberapa bulan yang lepas juga telah menimbulkan polemik kepada rakyat.

Perkampungan yang terlibat sekitar kg taun Gusi, jawi-jawi dan Kotabungan serta Tawadakan telah dilaporkan mengalami kerugian serius kepada tanaman ruji mereka itu padi. apa yang tidak menjadi ketiadapuasan hati rakyat di perkampungan ini ialah bila isu pampasan dan bantuan yang dijanjikan oleh para pemimpin teruatam Datuk rahman dahlan, dan datuk Musbah Jamli tidak kesampaian. Rakyat mula bangun menyatakan tuntutan mereka. Apakah senario ini akan menjadi trend di Kota Belud pada jangka dasarwarsa akan datang?

Tan sri Muhyiddin yassin, Timbalan Perdana Menteri, mengingatkan supaya pemimpin turun padang untuk menyelesaikan masalah rakyat, nampakanya masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. ramai pemimpin di Kota belud ini termasuk beberapa 'mantan' pemimpin yang lebih senang berseloka dan bergurindam dengan kata-kata manis mereka di dunia cyber.

Pernahkah kita membaca di blog atau di FCB Datuk Salleh Tun Said yang memperkatakan bagaimana harus menyelesaikan masalah bekalan air di daerah ini? Atau pernahkah kita membaca di Blog atau FCB Tan Sri pandikar yang mengupas persaoalan dan permasalahan rakyat di kOta belud mengenai kesesakan dan keperluan mengatasi masalah itu? Pernahkah kita membaca di Blog Datuk japlin Akim memperkatakan masalah dan cara menangani di kawasan Usukan? Atau barangkali kita pernah melihat Datuk Musbah Jamli turun padang ketika banjir dan berjanji untuk memberikan bantuan tetai hingga kini tidak kesampaian? dan Datuk rahman dahlan yang ketika banjir menaiki helikopter mengelilingi kawasan yang ditimpa bencana kemudiannya membawa Datuk Musa Aman ke Kota belud dan memberikan bantuan alah kadar..selepas itu senyap begitu sahaja. Atau bagaimana pula dengan wakil rakyat Kedamaian yang langsung tidak terdengar suaranya? Justeru itu saya tidak heran kalau kebangkitan rakyat di kota belud ini berterusan selagai keperluan dan hak rakyat tidak ditunaikan.

Sunday, November 7, 2010


Kota Belud adalah merupakan daerah pejuang yang paling menonjol di sabah. Pertama kerana daerah ini banyak melahirkan pemimpin bertaraf nasional, juga kerana daerah ini begitu 'pantas' dalam soal-soal kepolitikan. Allahyarham Tun Mustapha dikatakan 'menghabiskan' 1/3 daripada hayat politik dan perjuangannya di daerah ini. selain itu Kota Belud juga pernah menduduki kerusi TYT dan juga Ketua Menteri. Kota Belud mempunyai 3 DUN iaitu DUN USUKAN, DUN TEMPASUK dan DUN KADAMAIAN yang kesemuanya berada dalam Parlimen Kota Belud yang sekarang disandang oleh Datuk Rahman Dahlan, seorang pemimpin muda, mantan Setiausaha BN dan sekarang menjadi setiausaha BN Sabah.

Antara 3 DUN yang disebutkan itu, rasanya DUN USUKAN mempunyai profile politik yang lebih tinggi berbanding yang lain. Pertama kerana TUN MUSTAPHA pernah menjadi wakil rakyat di kawasan ini, TAN SRI PANDIKAR yang juga YDP DEWAN RAKYAT juga pernah menjadi wakil rakyat di Usukan, dan Datuk Salleh Tun Said yang juga Mantan Ketua Menteri dan sekarang penasihat Sains kepada Ketua Menteri Sabah juga pernah menjadikan USUKAN sebagai kawasan penerus hayat politiknya. Selain itu, UMNO SABAH juga dilahirkan di DUN ini. Sebagai rekod DUN USUKAN sekarang diwakili oleh Datuk Japlin AKim setelah diberikan laluan oleh Datuk Salleh Tun said.

Jika di Batu Sapi pada PRK yang baru berakhir beberapa hari lalu telah "memeranjatkan" ramai pemimpin BN dan Pembangkang dari semenanjung tetang kedaifan dan kemelaratan hidup bumiputera yang mendiami kawasan pinggir bandar sandakan itu, meskipun sudah lama menjadi kubu kuat PBS dan BN, saya menjangkakan jika USUKAN dikosongkan oleh Datuk Japlin Akim yang menghadapi skandal politik wang itu dan PRK diadakan dalam waktu terdekat sebelum PRU 13, satu kejutan yang maha besar akan berlaku. Kejutan itu bukan kerana berkemungkinan BN dan UMNO akan mengalami kekalahan di kawasan DUN majoriti kaum Bajau dan Iranun yang juga Bumiputera Islam tetapi "kejutan'nya ialah tidak tergambar di hati nurani PM Datuk seri najib, kawasan DUN USUKAN yang banyak mencatat kemenangan moral dan politik buat BN itu 'jauh' tersisih dari segi keperluan frasarana dan infrastuktur asas seperti bekalan air bersih dan jalan raya berturap. Itu belum lagi kita menceritakan kehidupan para petani dan nelayan yang tidak terbela. Kawasan penamanan padi di sekitar kg Timbang Dayang, Liang dan juga Pantai emas yang berada dalam DUN ini begitu 'mengharukan'. Sistem perparitan dan saliran untuk penanaman padi begitu daif dan ada petani yang masih bergantung dengan rahmat air hujan.

Sekolah Menengah Usukan yang terdapat di kawasan ini bukan sahaja menghadapi masalah bekalan air bersih tetapi juga beberapa jalan raya perkampungan yang menghala kepada sekolah ini nyata belum berturap. Selain itu, kawasan ini juga diluar liputan syarikat telekomunikasi seperti Celcom, membayangkan seolah-olah sekolah Menengah ini berada di kawasan yang jauh dari Pekan kota Belud, walhal hanya memakan masa lebih kurang 1o minit dari pekan Kota Belud.

Kejutan besar buat Najib kerana kawasan usukan ini pernah melahirkan banyak tokoh politik yang saban waktu mempamerkan 'kehebatan' mereka berpolitik sehingga keperluan asas rakyat tergendala dan terabai. Alangkah terkejutnya najib jika PRK kedua di sabah ini diadakan di USUKAN. Namun kejutan itu akan terubat dengan sokongan rakyat yang diberikan kepada BN dan UMNO seperti juga sokongan di Batu Sapi. walaupun ramai yang meramalkan Usukan akan menyaksikan PRk..tetapi mungkin tidak akan menjadi kenyataan. Namun sebagai rekod alangkah baiknya jika Najib 'turun' di USUKAN pada PRU 13 akan datang untuk melihat sendiri "kejutan' besar itu. Mungkin pada waktu itu nanti Najib akan mengetahui bahawa apakah ada kebenaran kepada ucapan seorang mantan pemimpin di kawasan ini yang mahu supaya orang melayu dan bumiputera tidak terus segan dan malu memperjuangkan nasib mereka pada Perhimpunan UMNO baru-baru ini.

Saturday, November 6, 2010


Kemenangan BN di Galas dan Batu Sapi dikatakan sebagai kemenangan yang cukup bergaya. Pertama kerana di Galas, Bn berjaya merampas DUN itu dari pembangkang, meskipun tidak dapat mengubah kerajaan sedia ada namun sedikit sebanyak dianggap sebagai titik mula apa yang disifatkan sebagai 'kebangkitan' semula BN selepas PRU 12. Kedua kerana BN berjaya mengekalkan kerusi Parlimen Batu sapi yang tradisinya adalah kubu kuat PBS iaitu parti komponen BN di Sabah. Dan yang lebih manisnya ialah bila majoriti yang diramal akan berkurangan ternyata meleset bahkan menunjukkan peningkatan hampir sekali ganda. Kerana politik itu adalah "numbers" , maka biarpun penduduk di Batu Sapi telah mencecah angka 5 ribu lebih yang menolak BN , namun 9000 orang lagi telah menjadikan BN sebagai pilihan mereka.

Bagi kaca mata rakyat Sabah, saya hanya menyifatkan bahawa kemenangan BN di Batu sapi adalah satu kemenangan yang harus diperhitungkan. Atas dasar kerana, kemenangan itu telah membongkar kedaifan penduduk Batu Sapi. Sebelum PRK ini, kawasan Batu sapi tidak begitu dikenali,hanya yang diketahui kawasan majoriti bumiputera itu adalah kawasan bagi PBS. Namun sesuatu yang mengejutkan kerana apabila PRK pertama di sabah diumumkan di kawasan Batu sapi, ternyata ramai yang terkejut, melihat betapa kemiskinan dan kedaifan penduduk bumiputera di kawasan itu yang seakan tidak terbela, meskipun di bawah BN. Keadaan yang daif ini tidak sahaja mengejutkan rombongan pembangkang yang berkempen tetapi juga mengejutkan pemimpin BN di Semenanjung yang datang membantu jentera pilihanraya di bawah kendalian Datuk Musa Aman. Bahkan ada yang menitiskan air mata melihat penderitaan penduduk kampung air yang begitu daif dan miskin.

Ada yang mula berteka teki..apakah yang pernah di buat oloeh wakil rakyat sebelum ini yang juga suami kepada calon BN yang menang atas kesengsaraan hidup penduduk Batu sapi yang tidak penat memberikan sokongan padu kepada BN.? Kerana memiliki jentera dan kekuatan modal, maka BN dilihat mempunyai 'autoriti tinggi' di mata rakyat di Batu Sapi. Peruntukan diberikan secara terus, bantuan berupa makanan ruji dan zink dibekalkan. Rakyat Batu Sapi begitu 'bertuah' kerana setelah hampir 19 UMNO dan BN berada di kawasan mereka, maka baru pada kali ini bantuan sara hidup mereka terlaksana. Soal perubahan! soal Sabah for Sabahan' soal Autonomi, soal rampasan tanah tidak dipedulikan. Persetankan dengan itu semua, apa yang paling berharga ialah mereka mendapat habuan sementara, meskipun tidak berpanjangan. Itulah mentaliti ramai pengundi di Sabah, termasuk di daerah kesayangan saya Kota Belud. Sebab itulah tidak heran bila wakil rakyat menang, kawasan yang dimenangi akan 'terbiar' dari seg keperluan asasnya.

Kerana itu banyak kawasan di sabah masih mundur, Wakil rakyatnya sibuk berurusan untuk mengekalkan 'kuasa' politik yang baru mereka menangi. Soal bekalan air bersih, tidak akan mendapat perhatian, kerana wakil rakyat ini minum air paip terawat lantaran tinggal di kawasan bandar. Soal jalan raya yang teruk juga tidak berapa menarik perhatian kerana, wakil-wakil rakyat ini berkereta Ninja King yang sekali sekala menjenguk kawasannya.

Adalah elok juga jika kemenangan BN di Batu sapi ini juga dicelebrte oleh pemimpin BN di sabah, setelah mereka mendedahkan kepincangan yang berlaku di Batu Sapi. selepas ini..rasanya batu Sapi akan membangun dengan janji-janji yang ditabur sewaktu pilihanraya lepas. Dan jika itu dilakukan oleh BN, adalah satu yang memberangsangkan. Fixed deposit itu tidak akan cair pada PRU 13. tahniah buat BN!.

Monday, November 1, 2010


Sukar untuk kita pastikan sama ada 'naluri' kepimpinan USBO masih begitu relevan pada masyarakat bumiputera Islam di Sabah, kerana sejak kepimpinan kelas 1 NGO itu yang 'disenyawakan' dengan pentarbiyahan politik pada beberapa tahun kebelakangan ini mendapat "bunga" dari kepimpinan bukan majoriti di Sabah...sudah mula nampak betapa USBO akhirnya semakin dilupakan. Dan jika pengukuran dan tanda aras diguna pakai di Batu Sapi..bukan sesuatu yang patut dirahasiakan bahawa bumiputera Islam yang mewakili 60.1% daripada keseluruhan jumlah pengundi di kawasan itu adalah dari rumpun USBO. Maka ada pihak yang menyatakan bahawa keperitan dan kemiskinan yang lewat dialami oleh sejumlah ramai rumpun USBO di Batu Sapi, bisa sahaja menjadi cerminan kepada kepimpinan USBO. Benarkah?

Saya menjadi rasa terpanggil menerbitkan artikel ini atas satu sebab yang amat kuat, iaitulah bila ada pemimpin peringkat MT USBO yang "singgah" sebentar melabuhkan tinta dan minda mereka dalam blog kerdil Kelapa Mawar ini. Suatu ketika YDP PERKASA SABAH, Sdr Musli Oli menyifatkan beberapa pemimpin USBO yang dulunya 'diikat' dengan sumpah kesetiakawanan dalam perjuangan itu bertindak 'mengkhianati' perjuangan itu. Dan dengan tidak berlapis, sdr Musli yang juga AJK USBO menyifatkan mereka sebagai 'pengkhianat". Walaupun pada dasarnya, Saya merasakan perlebalan sebagai terlalu ekstrem, tetapi saya menyanjungi 'keberanian' itu dalam ruang lingkup dan pendirian matang. Asasnya agak mudah, kerana menurut Sdr Musli, meninggalkan rakan bersendirian setelah mengecapi 'nikmat' dan habuan politik yang bersifat sementara itu dengan mengenapikan segala rempah ratus perjuangan mendaulatkan bangsa adalah namanya "pengkhianat".

Mungkin tanggapan itu berkaitrapat dengan 'kemurungan' kepimpinan USBO yang diketuai oleh Datuk salleh Tun said dan Tan Sri Pandikar Amin. USBO bukan sahaja semakin dilupakan, tetapi juga membiarkan DSA sendirian menghadapi 'musuh' lama yang mendapat kuasa bukan atas faktor majoriti tetapi atas faktor 'nasib'. Dan jika berpaksikan kepada PRK Batu Sapi..adalah wajar rumpun USBO diberikan tempat dalam barisan kepimpinan atasan negeri Sabah.

Kemudian faktor terkuat yang menyuntik motivasi kepada saya dalam paparan artikel ini ialah ulasan sdr Solymone iaitu sdr Ajin gagah yang juga AJK USBO. Dalam artikel terdahulu mengenai response saya kepada ucapan DSSK sewaktu perhimpunan UMNO beberapa minggu lepas berkaitan dengan keperluan "Pasukan" dan "kumpulan" dalam sesuatu perjuangan. Dan antara idea sdr Ajin ialah berkaitan betapa perlunya satu rombakan kepimpinan USBOI dilakukan jika tidak lagi memberi signifikan kuat kepada NGO tersebut. Supaya menurut beliau kepimpinan itu diambil alih oleh mereka yang berkesanggupan dan mempunyai visi yang lebih 'bersih' dan 'tawaduk'. Mengingatkan saya kepada, betapa suatu ketika dulu DSSK dan TSP begitu bersungguh-sungguh untuk membela masyarakat rumpun USBO ini. Namun sekarang 'kesungguhan' itu mula menampakkan kemeruduman. Dan sayugia bila AJK mula berani bersuara..maka kepimpinan tertinggi USBO seharusnya mengambil jalan lurus untuk kembali kepangkal jalan.

Jika sekiranya, BN dapat mengekalkan majoriti di Parlimen 185 ini, ada kemungkinan bahawa satu arus baru dalam kepimpinan USBO yang mewaikili suku majoriti ini akan mendapat pengiktirafan. Namun jika sebaliknya..USBO harus memikirkan bahawa sudah saatnya, kepimpinan muda diberikan ruang.

Sunday, October 31, 2010


Mengikuti ucapan Datuk Salleh said dalam perhimpunan UMNO yang baru berlangsung sebelum penamaan calon di DUN GALAS dan PARLIMEN BATU SAPI, saya menjadi begitu tidak sabar untuk mengulas dan memberikan pandangan, meskipun mungkin ia sekadar pandangan namun ia boleh dimanfaatkan dalam perkongsian maklumat dalam dunia cyber ini. Selain daripada isu betapa perlunya UMNO tidak terkongkong oleh sifat malu, segan dan rendah diri untuk memertabatkan bangsa Melayu dan Bumiputera, Datuk Salleh yang juga mantan Ketua menteri Sabah dalam sistem pengiliran yang dibawa oleh UMNO setelah melebarkan sayapnya di Sabah pada 1991. Selain itu DSSK juga kini adalah ketua UMNO bahagian Kota Belud, juga timbalan ketua perhubungan juga penasihat Sains kepada Ketua Menteri Sabah. Isu lain yang begitu menarik untuk diulas ialah berkaitan dengan keperluan 'meluaskan' skop Pasukan kepada satu entiti besar yakni "kumpulan".

Walaupun pada ketika sesi ucapan DSSK itu, seorang rakan saya membisikkan bahawa inti ucapan itu "biasa-biasa" saja, dan beliau merasa kecewa kerana sebagai mantan CM Sabah, ucapan begitu langsung tidak menganjak minda perwakilan kepada satu bentuk pengupayaan program parti yang mendekati rakyat, namun bagi saya ada logiknya isu "Pasukan" dan "Kumpulan" itu ditimbulkan. Selain kerana realiti dalam UMNO Sabah adalah mula berpecah kepada beberapa "puak" politik yang didukung oleh pemimpin tertentu..isu menjunjung idea kumpulan adalah perlu dalam menjamin keutuhan parti.

Politik Sabah sejak pasca merdeka dalah penuh dengan "pasukan' dan "kumpulan' tertentu yang masaing-masing bersaing antara satu sama lain. Baik persaingan itu bersifat suku dan kaum, ataupun mungkin persaingan itu dilandaskan kepada kepentingan peribadi dan 'kesumat' yang teruk dalam politik. Kerana itu, bagi saya isu 'seremeh' ini sudah 'terlepas pandang' oleh pimpinan sehingga ia sudah berakar umbi dan hanya menunggu 'menumbangkan' pokok yang besar.

Situasi politik Sabah masa kini 'dipanaskan' oleh beberapa isu besar yang berlaku pada PRU 12 yang lepas. Seharusnya DSSK dan TSP yang mula mewujudkan 'pasukan' setelah digugurkan pada PRU itu, segera mendambakan satu KUMPULAN untuk menyelamatkan politik mereka yang semakin menemui penghujungnya. Oleh yang demikian apabila USBO yang mungkin dilabel sebagai "satu Pasukan" ibarat pasukan bola Sapek Arsenal, telah menunjukkan tanda-tanda kegagalan untuk membentuk KUMPULAN besar, wajarlah bagi TSP dan DSSK kemkbali semula kepada PASUKAN yang ditinggalkan itu. Konsep ini yang barangkali masih belum difahami oleh ramai penganalisis politik tempatan, hinggakan DSSK dan TSP ini dilabel sebagai "pengkhianat" oleh orang-orang tertentu kerana dikatakan 'meninggalkan' pasukan mereka untuk menyertai KUMPULAN yang besar.

Walaupun niat dan nawaitu kedua-dua pemimpin KB ini sukar dibaca, tetapi ada yang beranggapan bahawa "Percaturan" mereka itu tepat pada waktunya. Dan apabila pengesahan diterima bahawa keduanya telah diterima dalam KUMPULAN besar itu, maka apakah 'terjamin' kebajikan masyarakat KB yang mendukung mereka selama ini? Atau apakah akan berlaku lagi 'gigit jari', masyarakat daerah lain lebih maju dari masyarakat KB dari segi ukuran keperluan asas dan pembangunan?

Dalam politik "Pasukan" amat dihargai dan diterima dalam menyumbang kepada pencapaian kumpulan. KUMPULAN tidak akan terbentuk tanpa pasukan. Oleh itu adalah lebih elok jika Pasukan USBO dibubarkan dan memberi ruang kepada pembentukan KUMPULAN kepimpinan. Namun apa yang ditakuti ialah pembubaran pasukan itu 'beragenda" sepertimana mula-mula membentuk Pasukan USBO.

Friday, October 29, 2010


Rasanya buat pertama kalinya sejak Tsunami politik melanda perbatasan politik negara, PRK diadakan di Sabah. Canangan bahawa Fixed deposit itu tidak akan mudah cair biarpun pelbagai dugaan melanda, benar-benar telah mencabar ketentuan itu. Dan setelah ditakdirkan, akhirnya Parlimen Batu sapi telah menjadi gelanggang pertaruhan pertama politik BN di Sabah apabila wakil rakyatnya dari PBS terlibat dalam nahas kemalangan Jalanraya dan memaksa satu PRK diadakan. 4 November ini adalah hari pembuangan undi yang menyaksikan 3 calon dari 3 parti iaitu PBS (BN) , SAPP dan PKR (PR).

Sepanjang tempoh berkempen, BN dilihat banyak menabur janji2 pembangunan walaupun pada hakikatnya dari segi pembangunan dan frasana fizikal kawasan Batu sapi masih ditahap yang "merundung malang". kawasan kubu kuat PBS ini tidak ada jauh bezanya, sejak 2004 apabila kawasan itu dimenangi tanpa tanding, sehinggalah pada PRU 2008, wakil yang sama memenangi sekali lagi.

Namun dalam PRK kali ini, beberapa isu yang seakan-akan disepakati oleh pembangkang ialah berkaitan dengan isu Autonomi. Janji pemberian kuasa Autonomi ini pernah disuarakan oleh DSAI akan diberikan kepada Sabah apabila PR memerintah. Walaupun isu ini adalaha tinggalan dari pemimpin terdahulu iaitu sejak zaman arwah Tun Mustapha lagi..sehingga ada usaha membawa Sabah keluar dari Malaysia..namun isu ini nampak masih relevan kerana penyertaan Sabah ke dalam Malaysia dilihat tidak membenarkan konsep persekutuan itu sendiri. Penyamaan taraf Sabah dengan negeri-negeri lain dalam Persekutuan pada waktu itu terutama dalam pengagihan peruntukan dan pembangunan, telah menginsafkan ramai pemimpin politik di Sabah, namun seperti kata mereka 'nasi sudah menjadi bubur'. Apakah ia benar atau sebaliknya? Kerana itu pada saya ada sedikit kelogikan apabila Datuk Yong Teck Lee mencabar Datuk Musa Aman untuk berdebat mengenai isu ini..

Antara isu tempatan yang cukup mengambil tempat ialah mengenai isu tanah yang dterokai oleh rakyat yang kemudiannya dikatakan dirampas semula oleh kerajaan di bawah BN. Malahan ada rumah yang dibakar dan ada rakyat yang dihalau keluar, hasil tanaman mereka dirampas dan diusahakan oleh beberapa koperasi. Rakyat rasa tertindas dan dizalimi. Isu ini gagal diselesaikan oleh kerajaan. Ketidakpuasan hati mereka ini, jika dibiarkan akan menjadi barah yang boleh merosakan fixed deposit itu. Jika sentimen ini diambilkira, dan bersandarkan kepada laporan beberapa rakan saya yang ikut berkempan...jikapun calon PKR gagal merampas kawasan Batu sapi ini, namun majoriti yang diperolehi oleh calon BN akan jauh merosot.

Sesekali apabila calon PKR Ansari Abdullah dilaporkan telah dua kali jatuh ke laut ketika berkempen...banyak tersirat dari kejadian itu. di pihak penyokong BN, mereka merasakan adalah satu petanda bahawa calon PKR itu akan 'jatuh' politiknya di Batu Sapi...mengalami kekalahan yang teruk. Namun pada naluri penyokong pembangkang insiden itu sebenarnya membuktikan bahawa BN selama ini gagal membawa pembaharuan dalam kehidupan penduduk Sabah. Jika jambatan yang menghubungkan jalan utama dengan rumah begitu daif..mungkin dapat anda bayangkan betapa keadaan kehidupan penduduk kampung yang dilawati oleh calon PKR ini.

Kerana itu sebagai mesej kepada pengundi Batu sapi..pilihlah pemimpin anda yang benar-benar berjuang untuk kepentingan kalian. Janganlah mudah terpengaruh dengan janji-janji alam kayangan, kerana orang politik selalunya menanam tebu dibibir mulut. waspadalah! dan ingatlah bahawa keputusan anda hari ini akan mengubah kehidupan generasi akan datang. Pada andalah terletaknya naluri perubahan untuk politik Sabvah yang akan datang. semoga tangan-tangan anda akan memangkah calon yang membawa perubahan dalam hidup kalian.


Thursday, October 28, 2010


Perhimpunan Umno 2010 yang baru beberapa hari berlalu, tidak banyak memberikan signifikan kepada keutuhan dan peningkatan sokongan pengundi muda di daerah kelahiran Umno Sabah ini. walaupun ada yang sentiasa memikirkan bahawa denyut nadi UMNO Sabah adalah bermula di Kota Belud dan berdenyut kencang di Usukan, nyata itu adalah kebenaran. Justeru acapkali persidangan tahunan UMNO dilakukan, maka tentu ia memebri signifikan kepada UMNO KB. mahu atau tidak dan sedar atau sebaliknya, intipati ucapan najib ketika persidangan UMNO yang lalu, benar-benar seperti menjirus air di daun keladi.

Jika dalam amanat Najib mengkhendakkan bahawa pimpinan peringkat Bahagian perlu mengutamakan maruah dan kepentingan parti mengatasi kepentingan diri..Ini tidak berlaku dalam lapisan kepimpinan UMNO KB termasuk kepimpinan Pemuda, wanita dan puteri. Apa yang berlaku ialah budaya 'mengampu' opportunis, dan sentiasa memikirkan kepentingan. bahkan program yang dirancang peringkat bahagian KB, mengambil berat tentang untung rugi pemimpin tertentu.

Amanat kedua yang dihasratkan oleh Najib, pentingkan pasukan dan bukan kumpulan tertentu..juga dilihat sukar dimanifestasikan di peringkat UMNO KB kerana, kumpulan telah lama terbentuk, dan team-team tertentu juga sudah berakar umbi. banyak program rakyat yang dilaksanakan di KB tidak menampakkan pemimpin tertentu yang dikatakan mempunyai kumpulan tertentu ketika melobi jawatan tertentu dalam Bahagian KB. Malahan ada yang sengaja membiokot dan memulau lantaran merasa kumpulannya disisihkan.

Amanat ketiga ialah tawan pemikiran, hati dan jiwa rakyat. Apa yang berlaku dalam politik Kota Belud sejak dulu ialah pemimpin hanya kenampakan apabila PRU semakin dekat...selebihnya mereka disibukkan sama ada oleh urusan politik mereka atau juga kerana tugas yang terpikul dalam jawatan yang disandang. Keperluan asas rakyat sehingga saat terbengkalai dan sama ada percaya atau tidak rakyat Kota Belud yang pernah mempunyai wakil rakyat berstatus ketua menteri suatu ketika dulu, pernah mempunyai wakil menduduki kerusi menteri pertanian dan perikanan, sehingga kini masih 'melagukan' kekurangan keperluan asas mereka..hingga ada yang minum air perigi yang kekuningan. Itulah realitinya di KB ini.

Amanat Najib yang keempat ialah mahir teknologi maklumat dan menguasai media baru. Inti kepada amanat ini ialah menjurus kepada penguasaan media arus ketiga iaitu internat berupa blog, FCB,Twiter dan sebagainya. dalam hal ini kesemua pimpinan politik di Kb mempunyai keupayaan yang demikian, namun berapa orang yang telah menggunakan media itu untuk mencerna gagasan dan perancangan mereka, lalu menerangkan kepada rakyat betap idea mereka itu perlu direalisasikan. Ada yang hingga kini "enggan" membuka media ketiga mereka dalam suasana demokrasi yang menggalakkan bincang minda dalam dunia cyber. Cukup memalukan!

Amanat seterusnya ialah menumpukan kepada usaha menggamit sokongan pengundi muda. apa yang berlaku ialah kemaraan golongan muda terutama peringkat pimpinan yang berpendidikan tidak diebdahkan. bahkan..ada pemimpin di KB yang masih menaruh harapan supaya mereka diberikan tempat semula dalam politik tanpa memikirkan halatuju dan kehendak golongan ini di KB. ada yang sanggup mengenepikan semua itu, kononnya kerana belum ada yang berkelayakan untuk menjawat jawatan dalam parti .

Amanat Najib yang keenam pula ialah berkaitan dengan keinginan untuk melihat UMNO menuju kepada sifar masalah. Dalam UMNO KB, terlalu banyak yang 'disembunyikan' sehingga nampak tidak ada masalah, biarpun sebenarnya bergelumang dengan seribu satu masalah..ketidak tentuan dalam program yang dirancang, ketidaksepakatan dalam pimpinan sedia ada..misalnya penganjuran sambutan Hari raya yang dihadiri oleh Datuk Sahfie apdal. Cukup mencurigakan!

Dan yang terakhir ialah mendahulukan rakyat dalam segala tindakan. bab yang terakhir ini akan dapat direalisasikan bila kepentingan diri dan politik peribadi dapat diminimumkan. sebaliknya keputusan harus mengambilkira kepentingan umat dan generasi akan datang. Bencana protes rakyat yang berlaku sejak akhir-akhir ini di KB harus diambil iktibar. dan semuanya itu memerlukan keikhlasan semua pihak.

maka apakah amanat najib itu masih signifikan dgn UMNO KB? terpulang pada anda untuk berhujah!.

Monday, October 25, 2010


Keputusan BN negeri sebulat suara meletakkan harapan di pundak balu Datuk Edmund Chong Ket wah, Datin Linda Tsen Thau Lin merangkap timbalan wanita PBS kawasan Elopura dianggap oleh ramai pemerhati politik sebagai 'memasuki zon selesa'. Ini berikutan kepada hasrat BN Sabah untuk mengekalkan kerusi di Parlimen itu. Walaupun tidak mengejutkan, tetapi ia memberi satu dimensi baru dalam landskap politik di negeri bawah bayu ini sebelum menjelang PRU 13 akan datang. Hasrat meletakkan calon yang akrab , bahkan intim dengan Mendiang Datuk Edmund, dilihat sebagai satu strategi mengekalkan Sabah sebagai "fixed Deposit" buat BN sekian kalinya.
Walaupun begitu, keputusan ini dikatakan bercanggah dengan konsep 'tansformasi" Perdana Menteri Datuk seri Najib yang lebih mengutamakan golongan muda untuk dikedepankan. Meskipun begitu, PM dikatakan bersetuju dengan cadangan pimpinan PBS untuk meletakkan Datin Linda sebagai calon di batu sapi.

Berlainan di semenanjung, bilamana dalam beberapa PRK yang lepas, UMNO dan BN meletakkan calon-calon muda untuk merealisasikan slogan transformasi kepimpinan dengan memberi ruang kepada golongan ini. PRK di Galas, misalnya, walaupun ada kemungkinan UMNO meletakkan Tengku Razaleigh ataupun Balu kepada mantan ADUN GALAS, namun UMNO lebih berminat meletakkan setiausaha Umno Gua Musang yang berusia 47 tahun untuk menentang calon PAS. Begitu juga bilamana Najib dikatakan menolak cadangan pencalonan Timbalan Presiden MIC di PRK Hulu Selangor dan memilih calon muda.

Membarisi pencalonan di Batu sapi, Presiden SAPP, Datuk Yong Teck Lee dan Ansari Abdullah, ketua cabang Tuaran turut dinamakan oleh PKR sebagai calon mewakili PR pada PRK kali ini. Apa yang menarik perhatian ialah bagi SAPP yang merupakan parti pembangkang di negeri ini mempunyai niat untuk menunjukkan taring apabila meletakkan presiden parti itu. Namun ramai yang beranggapan bahawa politik Datuk Yong Teck Lee bakal menemui penghunjungnya bila mengalami kekalahan pada PRK kali ini. Pun begitu dalam politik semuanya adalah kebarangkalian..dan jika SAPP memenangi hati pengundi cina yang mewakili lebih 30% itu, ada kemungkinan Yong akan menjadi MP Parlimen Batu Sapi, sekaligus akan membenamkan calon BN dan PKR.

Bagi PKR pula Ansari yang merupakan seorang peguam, diletakkan tanggungjawab yang besar teruatama dalam menyelesaikan isu berkaitan tanah yang sekian lama menjadi duri dalam daging penduduk di sekitar kawasan pantai timur. Seperti yang dijangka sebelum ini, bahawa selain isu Autonomi dan 20 perkara , isu rampasan tanah oleh kerajaan dan juga pemberian status tanah akan menjadi isu utama pembangkang dalam PRK kali ini.

namun begitu, ramai yang menjangkakan bahawa BN ada peluang yang besar untuk mengekalkan kerusi MP Parlimen Batu sapi ini. selain daripada kerana pembangkang telah berpecah kepada 2 pola sokongan..calon BN juga dilihat mempunyai keintiman dengan pengundi batu sapi.Sama ada ramalan ini menjadi kenyataan, bersama kita tunggu.

Thursday, October 21, 2010


setelah menunggu sekian lama iaitu selepas PRU 12 yang lepas, Keadaan politik di sabah hanya diselimuti oleh beberapa insiden ketidakaturan pemimpin parti pemerintah di negeri bayu ini. Nun di seberang laut china Selatan, Tanah besar semenanjung telahpun beberapa kali menyaksikan berlangsungnya beberapa PRK yang berkesudahan dengan kemenangan yang lebih memihak kepada PR. Di Sarawak PRK Sibu juga memperlihatkan satu bentuk gelombang baru kepada pendirian pengundi . Keyakinan kepada kepimpinan Ketua Menteri Sarawak bergoncang apabila kawasan Sibu lebih suka memilih pembangkang daripada parti pemerintah yang dikatakan banyak membawa pembangunan kepada mereka.

Akhirnya di Sabah, situasi politik mula berkocak dengan kematian Wakil rakyat Kawasan Batu Sapi dan ini membawa kepada PRK yang akan berlangsung selepas penamaan calon pada 26 Oktober ini. Kempen secara tidak langsung sudah pun bermula, walaupun senarai calon masih menjadi rahsia parti masing-masing. Namun tidak menghalang PKR mengeluarkan kenyataan bahawa calon mereka akan mencabar calon BN iaitu dari PBS. Manakala SAPP pula telah lebih awal memberikan kenyataan akan bertanding di Batu Sapi nanti.

Sekali lagi "sapi-sapi" politik akan berlegar di batu sapi dengan membawa pelbagai isu. Antara yang menjadi tumpuan ialah isu Pakatan Rakyat. Selain daripada pemberian Autonomi kepada Sabah jika PR memerintah, isu Tanah yang menjadi isu masyarakat setempat jufga dijangka akan menghangatkan kempen pilihanraya itu nanti.

Pakatan Rakyat dikhabarkan akan mengadakan satu perhimpunan pada 24 Oktober ini untuk menghimpunkan ribuan rakyat Sabah yang dikatakan menghadapi kemelut dan isu pengambilan tanah oleh Kerajaan. Tidak kurang juga yang gagal memperolehi pampasan akibat daripada langkah -langkah pembangunan yang dijalankan.

Jika bersandarkan kepada sentimen setempat Isu Tanah ini akan menjadi bahan kempen yang paling mendapat sambutan. Ini berikutan kerana masalah pengambilan tanah dan pemberian status tanah menjadi satu masalah besar yang dihadapi oleh ribuan penduduk di pantai timur. walapun pelbagai langkah diambil, termasuk mengadakan pertemuan dengan YDP Dewan rakyat Tan Sri Pandikar Amin, namun masalah itu gagal diselesaikan oleh kerajaan Sabah secara "win-win situasion". Berikutan itu, jika benar bahawa sentimen masyarakat setempat ini menjadi kenyataan, maka satu lagi kubu kuat BN akan jatuh ke tangan PR. Pengundi Cina yang mewakili 32% akan menjadi "king maker" dalam PRK ini. Dan jika bersandarkan kepada situasi sindrom sokongan masyarakat Cina di semenanjung dan Sibu..adalah terlalu awal dikatakan bahawa undi Cina akan menyebelahi Pakatan Pembangkang.

Namun yang tidak harus diperkecilkan ialah kredibiliti Datuk Musa Aman selaku pengarah Pilihanraya bersama gandingan beliau Tan Sri Pairin Kitingan. Musa Aman dikatakan akan mempertahankan kemenangan BN di Batu Sapi walau bagaimana keadaan sekalipun, kerana ia akan melonjakkan popularitinya yang dilaporkan mula merudum setelah menghadapi pelbagai isu terutama melibatkan keyakinan parti-parti komponen BN di Sabah, selain dari pemimpin Umno sendiri. Apakah Musa Aman akan membiarkan Fixed Deposit BN ini akan berkubur? Pastinya tidak!.

Di satu pihak pula parti SAPP yang bertindak keluar dari BN semasa era Pak Lah, dilihat mengambil kesempatan ini untuk menjadi "hero' masyarakat Cina. Sekalipun mengetahui bahawa PKR akan meletakkan calonnya, namun SAPP tetap bertegas akan turut menyertai PRK ini. Jika ia menjadi kenyataan, maka PRK Batu Sapi akan menyaksikan pertarungan 3 penjuru, dan seperti yang dikhabarkan oleh ramai pemerhati politik, jika keadaan ini berlaku , kemenangan kepada calon BN akan lebih cerah. Namun jika SAPP berkompromi dengan memberikan laluan kepada PKR, maka ramai juga yang meramalkan, BN akan dapat ditundukkan di Batu Sapi. PRK Batu Sapi, kata mereka akan menjadi PRK terakhir sebelum PRU 13 diadakan. Ia akan menjadi penanda aras kepada kekuatan BN Sabah. Sama ada BN Sabah akan kecundang pada PRU 13 atau PR akan memerintah Sabah, segala-galanya boleh ditafsirkan setelah PRK ini diumumkan keputusannya.

Monday, October 18, 2010


Sejak TSP mencanangkan formula penyelesaian konflik politik di Kota Belud..saya jadi semakin berkeyakinan bahawa ada satu bentuk 'model' persefahaman politik yang diwujudkan oleh kedua-dua pencorak landskap politik KB ini. Keintiman mereka sejurus selepas PRu 12, memang sesuatu yang cukup mengejutkan tetapi tidak dianggap sebagai satu yang sangat besar dalam politik Iranun dan suku Bajau, di daerah ini. Itu pendirian saya, atas sifat pengamatan keatas kedua-dua tokoh politik sejak zaman USNO ini. Sebab itu bila, kebanyakkan penulisan saya berkisar kepada percaturan, pertimbangan, kehendak politik dan keberjayaan DSSK dan TSP dalam kerjaya politik mereka, maka ramai daripada pengunjung luar melabelkan intipati penulisan saya itu, 'beragenda' dan bukan bersifat "konstruktif kritik". Wal hal pada hemat saya..kedua-dua tokoh ini iaitu TSP dan DSSK cukup signifikan dalam politik KB dan negeri, bahkan ke peringkat nasional. Maka apakah satu dosa besar jika, perlakuan politik mereka menjadi bahan penulisan saya?.Sama ada tafsiran dan imaginasi saya itu meleset atau secara kebetulan..maka saya tidak pernah mempertahankannya..sebaliknya menyerahkan kepada pembaca menilai, dan kemudian memikirkannya.

Bila formula 2:1:1 ini "dikeudarakan' oleh TSP dalam blognya, maka bagi saya ia satu pendirian politik yang patut dihormati kerana idea itu datang dari seorang tokoh politik yang mencatur senario politik KB pada asasnya. Justeru idea itu harus mendapat response terus dari pemimpin kelas atasan dan pertengahan di Kota Belud. Jangankan itu, bahkan formula ini mendapat perhatian dari pengunjung tetap restoran-restoran di KB, sama ada Restoran Mayang Sari, Restoran Kota Raya ataupun Restoran Citarasa. Ada yang pro dan ada yang kontra. Pada waktu itu, DSSK tidak memberi response dengan menyatakan pendirian sama ada bersetuju atau tidak atau ada formula lain. Alasan saya cukup mudah kerana pada waktu itu DSSK masih 'terumbang-ambing' politiknya. Disisihkan dan berstatus 'sedang dalam pemerhatian" pemimpin pusat dan negeri. Soal-soal titik bengik dan perkiraan politik di KB tidak sangat menarik perhatian DSSK walaupun baru sahaja memenangi jawatan ketua Umno Bahagian...meskipun kemenangan itu penuh dengan kontravesi yang menjijikkan.

Bila DSSK dilantik sebagai Penasihat Sains kepada Ketua Menteri bertaraf menteri ..dan sudah mula wujud kepada persefahaman politik antara Musa Aman dengan DSSK, maka perubahan kepada "Plan "awal percaturan politik peribadi DSSK juga menyaksikan perubahan yang mendadak. Saya secara lebih mutlak..menolak idea bahawa "tari" TSP dan DSSK itu adalah gambaran kepada "lagu" PM. Walaupun hujah diberikan kerana Najib mengkhendakkan "perpaduan" dalam BN negeri. Kerana hujah batasan saya ialah, percaturan politik DSSK dan TSP di KB, tidak mencerminkan itu. sebaliknya banyak menimbulkan ketidakpuasan hati terutama bila keterlibatan mereka dalam majlis-majlis tertentu terutama yang melibatkan program pemimpin lain "dibekukan" dan "dipulaukan".

berbalik kepada formula TSP ini, saya menjadi terlalu pesimis kepada Keyakinan DSSK seperti yang termaktub dalam Blognya, bahawa beliau bersetuju dengan apa yang disarankan oleh Datuk Hisyamuddin perlunya pengagihan kerusi menurut kouta dikaji semula. Jika diambil pendirian ini, dan kalau kita adaptasikan dalam dunia politik KB, maka ini bermakna bahawa memperuntukkan pengagihan 2:1:1 kepada suku Bajau, Iranun dan dudun di daerah ini harus tidak diteruskan. Maknanya yang sepatutnya berlaku ialah sesiapa pun yang dicalonkan itu adalah wajar jika dia punya idealisme dan daya kepimpinan yang tinggi. Ini memang benar dan itu yang sepatutnya dilakukan oleh UMNO sejak dulu. tetapi persoalannya ialah, apakah idea penghapusan kouta ini akan membawa kemenangan kepada BN dan UMNO terutama di sabah? Bagi saya, itu tidak akan berlaku dan justeru idea seumpama ini tidak harus dipublishkan apatah lagi oleh seorang pemimpin yang berperanan sebagai 'pencorak' politik di KB.

Lalu jika itupun dipublishkan, maka ini bermakna, idea atau formula yang difikirkan oleh TSP demia penyatuan dan keharmonian politik di KB itu ditolak secara 'halus' tetapi "tegas". Kerana itu, isu ini mendapat perhatian saya, dan menjadi bahan penulisan saya yang telahpun saya paparkan. Sama ada andaian dan spekulasi politik saya itu benar, bukanlah persoalan utama, kerana lebih penting ialah apakah penolakkan itu membawa keharmonian politik di KB? Atau apakah 'penerimaan' itu pula akan mencetuskan persefahaman utuh dikalangan pemimpin sedia ada di KB? Itupun saya pulangkan kepada para pembaca untuk mengupas secara kritis formula TSP ini.