Sunday, January 8, 2012



KUALA LUMPUR: Rakyat tiada pilihan selain mengubah sistem yang rosak dengan mengalih alih Putrajaya sekalipun beliau dipenjara, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Selamatkan Negara dari rasuah, selamatkan dari masalah perkauman. Ingatlah, itu pesan saya.

“Kita harus ingat walau apa pun esok, kita mesti bawa agenda baru iaitu kita ubah sistem yang rosak ini dan tumpu untuk tawan Putrajaya. Kita sudah hampir,” katanya.


Kira-kira 10,000 rakyat mengikuti pesanan 'terakhir' Anwar di Kampung Pandan.

Pesanan itu disampai Anwar berulang kali dan menegaskan rakyat perlu berganding bahu untuk menyelamatkan negara dari rasuah, selain menegakkan demokrasi dan keadilan.

Beliau berucap demikian depan kira-kira 10,000 rakyat yang membanjiri Kampung Pandan, tengah malam tadi. Ia adalah destinasi terakhir program Rapat Rakyat Bebas Anwar 901.

Ia berikutan keputusan kes Fitnah II diumum hari ini (9 Januari) dan mendapat pelbagai andaian tetapi Anwar tetap bersedia untuk berdepan sebarang kemungkinan.

Ucapan beliau disambut tepukan gemuruh dan diselangi teriak takbir, reformasi dan lawan slogan “lawan tetap lawan”.

Turut hadir ialah Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali; Ketua Wanita Zuraida Kamaruddin; Naib Presiden, Datuk Chua Jui Meng dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Walaupun berat hatinya untuk menanggung jika keputusan tidak memihak, beliau sudah bersedia dari segi mental dan fizikal kerana didokongi semangat keluarga, sahabat dan rakyat.

“Siapa yang nak masuk penjara. Saya dah berumur 64 tahun, walau nampak macam 46 tahun. Tapi dengan semangat saya terima,” katanya dengan nada seloroh.

Bersama pimpinan Pakatan Rakyat dan ahli keluarganya, Ketua Pembangkang berusia 64 tahun itu kelihatan bersemangat ketika menyampaikan pesanan ‘terakhir’ itu.

Anwar berkata masuk penjara tidak sesekali melunturkan semangatnya untuk meneruskan perjuangan.

“Jasad saya mungkin dipenjara, tapi jiwa saya tetap merdeka,” tegasnya.


Lebih 5,000 orang hadir di Kelab Sultan Suleiman, Kampung Baru

Terdahulu, Anwar ketika berucap depan lebih 5,000 orang di Kelab Sultan Suleiman, Kampung Baru meminta rakyat tidak goyah dalam perjuangan membela rakyat jika beliau dipenjara.

Sebaliknya, beliau mahu rakyat membuat perubahan dengan memenangi pilihan raya umum dan membentuk kerajaan Persekutuan bagi menyelamatkan segenap lapisan rakyat dan membaiki sistem pentadbiran yang dan amalan demokrasi yang terhakis.

“Malam ini kita menang, selamatlah saya. Apa susah sangat,” katanya berseloroh dengan disambut tepukan dan sorakan gemuruh daripada orang ramai.

14 ulasan :

DorianG said...

This sounds like a call for a "Coup d'état", a putch, call to overthrow...

DorianG said...

This sounds like a call for a "Coup d'état", a putch, call to overthrow...

DorianG said...

Hopefully all problems face by this nation, be it on the surface level and internally can be resolved without taking such drastic and forceful manner

Mohd Ishak said...

Diharapkan rakyat sendiri akan menilai dengan bijaksana dan undilah selepas pertimabangan yang sewajarnya.

Mohd Ishak said...

Akhirnya DSAI terlepas dari dakwaan ini dan kes ini juga selesai. Harap tiada yang akan membangkitkan kes ini lagi.

Anonymous said...

nampaknya sudah cukup kata2 terakhir Anwar jika dia dipenjarakan tetapi keputusan mahkamah berpihak kepadanya. masa untuk membersihkan imej.

Anonymous said...

Anwar kalau bercakap mmg paling manang.

Unknown said...

Rasanya Kerajaan BN tidak sukakan perkauman. Kita dapat lihat sendiri apa yang Datuk Najib cuba war-warkan iaitu 1 Malaysia. Maka kita adalah dibawah satu malaysia yang berkerjasama antara satu sama lain tidak kira bangsa atau agama.

Unknown said...

Walaupun Anwar terlepas tidak bermakna Anwar akan berkuasa untuk menawan kerusi PM. Kerajaan BN yang ada sekarang ini rasanya sudah cukup untuk mentadbir negara.

Scarlett said...

Jika Anwar membangkitkan isu rasuah dan perkauman, maka BN patut ambil peluang ini untuk buktikan bahawa dakwaan itu salah. Otherwise, rakyat akan percaya bulat2 apa yang digembar-gemburkan.

Caldina said...

Bukan mudah untuk Anwar menjadi PM kerana pasti akan ada saja halangan baginya.

Smookiekins said...

Siapa yang tidak tahu Anwar. Sememang bijak berkata-kata sehingga boleh mempengaruhi rakyat. Student UPSI Adam, sudah kena gantung 3 semester.

Kris Jr said...

rakyat sekrang semakin matang dan semakin bijak menilai.

nickko said...

Anwar tidak takut masuk penjara kerana beliau yakin Pakatan akan berjaya merampas Puterajaya.. apabila Pakatan berjaya merampas kerajaan, dan pada waktu itu Anwar masih dalam penjara, PM pada waktu itu akan menggunakan kuasa eksekutifnya untuk membebaskan Anwar sekaligus melantik Anwar menjadi PM..