Thursday, January 5, 2012

Sejurus selepas sistem penggiliran Ketua menteri Sabah yang diilhamkan oleh Tun Mahathir, menyaksikan Ketua Menteri terakhir Sabah pada waktu itu ialah Datuk Chong Kah Kiat ditamatkan, maka pengganti Chong Kah Kiat iaitu Datuk Musa Aman menjadi 'bertuah' kerana sehingga sekarang, Musa Aman mewarisi kepimpinan secara giliran itu.Mungkin sewaktu Datuk Chong Kah kiat 'memperjuangkan' agar Musa Amanmenjadi penerus legasi sistem penggiliran KM di Sabah pada waktu itu, beliau tidak terfikir bahawa Musa Aman akan bertindak keatas cadangan projek pembinaan patung Mazu di Kudat, barangkali pada hemat Chong Kah Kiat dengan menunjukkan komitmen padu ketika perlantikan Musa Aman selaku KM Sabah yang baru, Musa Aman akan merelakan pembinaan patung tersebut. Namun semua meleset.Kerana Musa Aman tidak boleh diperkotak katikan begitu sahaja, disebabkan beliau juga punya percaturan politik yang sangat hebat.

Datuk Salleh Tun said,Tan Sri Pandikar Amin dan beberapa yang lain juga tidak pernah terlintas bahawa akan berlaku pengguguran yang mana mereka turut tersenarai pada PRU 12 yang lepas.Namun Musa Aman bukanlah calang-calang orangnya sehingga ada pihak yang mengatakan bahawa Musa Aman di Sabah mahu seperti Taib Mahmud di Sarawak. Mahu berada lebih lama di tampuk kuasa. Di era Musa Aman ini bukan sedikit ahli politik yang merasa 'tersisih'.Malah ada yang begitu lantang menentang pada awalnya tetapi sunyi sepi pada akhirnya. Itulah kelebihan Musa Aman terhadap musuh-musuh politiknya. Dengan kekuatan wang ringgit,segala-galanya boleh dibereskan.

Di zaman Musa Aman inilah juga berlaku banyak kes rampasan tanah adat milik rakyat. namun kes dan isu itu hanya 'panas' pada ketikanya dan berlalu tanpa apa-apa pun penyelesainya. Bukan sedikit rakyat yang membawa kepengetahuanSPRM dan SUHAKAM,malah ada yang membawa ke mahkamah, tapi sejauh mana ia menguntungkan rakyat yang terlibat?Itulah kekuatan Musa Aman di Sabah.

Politik BN Sabah bergoncang dengan hebatnya. Parti-parti komponen BN terutama LDP begitu tegang dengan kepimpinan Musa Aman, tetapi Musa Aman tidak peduli kerana yang lebih utama ialah mengatur strategi politiknya supaya terus kekal.

Sindrom penyisihan pemimpin tertentu seperti yang berlaku pada PRU12 mula diulang tayang. sebab itu sekarang pemimpin lama UMNO dan BN di Sabah mula berteka teki. Mereka takut apa yang berlaku kepada rakan politik mereka pada PRU 2008 akan menimpa kepala mereka. Sebab itu, Datuk Lajim mula melawan. Musa Aman mungkin menganggap bahawa Datuk Lajim seperti Datuk Salleh, mula-mula melawandengan USBOnya tetapi layu dihujung mekar dalam pelukan politik Musa Aman. Kali dalam hemat Musa Aman, sedang Datuk Salleh dari rumpun paling majoriti kononnya boleh tidak dipedulikan, inikan lagi hanya rumpun Bisaya yang bukan majoriti.

Datuk Musa Aman lupa bahawa Datuk Lajim bukanlah seperti mereka yang terpedaya. Datuk Lajim punya rangkaian akar yang kuat dengan Naib Presiden Umno dari pantai Timur yang mula mengintai menyepak Musa Aman dari kerusi empuknya.Ramai team dalam UMNO Sabah.Sekalipun Musa Aman berjaya membawa kemenangan BN di Sabah pada PRU 2012 nanti namun ia tidak akan bertahan lama kerana hari-hari terakhir Musa Aman memberitahu bukan sahaja pemimpin politik di Sabah yang mula menentangnya tetapi rakyat sudah mula bangkit dengan INI KALI LAH slogannya.

56 ulasan :

MASBAK RUMASHID ABD RAHMAN said...

INI KALI LAH
menunggu hari. Bagi hari hari terakhir. Akan berakhir sebagai Ketua Menteri, dan Ketua Perhubungan UMNO Sabah, buat Sdr Dt Musa Aman.

Khabarnya Presiden UMNO Dt Najib merealisasikan cadangan untuk melantik Ketua Ketua Perhubungan UMNO Negeri baru.

5 buah negeri akan dicadang untuk digantikan muka muka lama. Pelantikan muka baru mungkin diumumkan dalam masa terdekat.Sebelum pru ke-13.

Negeri Sabah tidak terkecuali daripada pelantikan sebagai Ketua Perhubungan UMNO yang baru.

Ada rakyat berpendapat,bahawa adalah bertepatan jika jawatan Ketua Menteri digilirkan setiap dua penggal memegang kuasa sebagai Ketua Menteri.

Suara rakyat dipetik mengatakan, jika direalisasikan penggiliran, setiap dua penggal. BN tetap kukuh dan cemerlang pada setiap pilihanraya.

Takdir hari hari terakhir ini, buat Dt Musa perlu diterima dengan penuh kesabaran,serta berhati tenang dan tabah.Kerana kuasa melalui sektor politik, seperti air surut. Kekadang ada air pasang.

Tokoh tokoh yang lain tidak akan berlompatan keluar UMNO.

Jika pertukaran Ketua Perhubungan lebih awal diumumkan, maka keraguan oleh segelintir Ketua Ketua Bahagian UMNO di Sabah yang tidak pro kepada Dt Musa,tetap menyambut baik dengan dada yang terbuka.

Justeru itu, UMNO Sabah akan kembali mantap. Sokongan rakyat terus bergema seperti sediakala.

Parti pembangkang sukar untuk menyisip ke celah celah himpunan rakyat.Lantaran tiada modal lagi untuk mengaburi mata rakyat Sabah.

Semoga berkekalan dokongan rakyat kepada UMNO.

Scarlett said...

Sebanyak mana pun yang tidak menyukai Musa Aman, beliau tetap akan menang. Take it or leave it.

Scarlett said...

Selagi pembangkang tidak dapat bekerjasama dengan baik, selagi itulah ia hanya akan memberi laluan lebih senang kepada BN untuk menang. Namun BN tidak boleh terlalu leka kerana pengundi sekarang bukan macam dulu lagi. Kepercayaan rakyat terhadap kerajaan pimpinan Musa Aman boleh goyah jika kebajikan dan hak hak rakyat terabai.

Anonymous said...

Meaning to say Lajim dan Shafie sedang bekerjasama untuk jatuhkan MA? Sejak akhir2 ini pun khabar angin kuat mengatakan Lajim bakal keluar daripada UMNO. Tapi belum ada kenyataan rasmi daripada beliau. MA pula bukannnya kurang bijak dalam membaca pergerakan ahli2 nya. Sudah tentu beliau ada strategi beliau tersendiri untuk pertahankan jawatan KM.

MASBAK RUMASHID ABD RAHMAN said...

Ahli politik,
perlu terima bait bait bidalan
bahasa yg sering disebut olh masyarakat.Kekadang air pasang. Dan tetap tdk sunyi ada juga air surut.

Bila sudah memegang tampuk pemerinatahan,dlm waktu yg cukup.
Maka tiba masanya org lain diberi peluang sebagai pengganti.

Rakyat melihat,kemantapan pemerintahan dlm sesebuah negeri, kerana berkongsi kuasa.

Masyarakat KDM perlu juga giliranya sebagai KM Sabah.

Memegang jawatan dlm masa dua penggal, setidak-tidaknya dapat sokongan dan dokongan masyarakat KDM semakin bertambah.

Semua rombakan, dan pertukaran Ketua Ketua Perhubungan di Malaysia, hanya dapat ditentukan oleh Presiden Parti.

Harapan rakyat tetap ada perubahan dalam UMNO dan BN.

POP said...

Datuk telah buat tuk kita, janganlah menunduk dia.

Unknown said...

walau apa pun, rakyat Sabah masih perlukan pimpinan KM kita untuk memajukan negeri termiskin ini

Unknown said...

jika benar Lajim akan tersingkir, wajarlah jugalah jika beliau memberi peluang kepada pemimpin pelapis untuk menggantikan beliau

Unknown said...

terpulanglah jika rakyat masih mahukan MA sebagai KM Sabah

Unknown said...

it is up to the people who they want to vote during GE-13

Unknown said...

tidak payah menggembar-gemburkan isu Lajim ini jika tidak ada bukti yang kukuh

Paquin said...

Ada saja yang diperbesarkan. Mentang2lah mo dekat PRU da.

Paquin said...

Janagn dulu cakap hari terakhir buat Musa.. Politik adalah pentas yang sukar diramal macam2 boleh berlaku.

Paquin said...

Bagsu lagi kita tunggu dan lihat apa yang akan berlaku daripada membuat kesimpulan terlalu awal.

Paquin said...

Namun semuanya terpulang pada rakyat. Rakyat adalah penentu segalanya jadi buatlah apa yang dirasakan patut.

Paquin said...

Apapun, harap calon yang terbaik menang:) All the best!!

MASBAK RUMASHID ABD RAHMAN said...

Apa sahaja pendapat yg dilontarkan melalui ruang ini, adalah berbentuk ANDAIAN.

Setiap perkiraan penulis mengenai bicara politik, adalah wadah untuk menyalurkan perjuangan yang didasarkan sokongan rakyat secara majoriti.

Dtk Lajim sudah buat penjelasan, bahawa dia masih menganggotai BN dan UMNO.

Dtk Lajim sudah buat penafian, bahawa beliau belum ada nawaitu untk tinggalkan BN.

Khabar mengenai Dtk Lajim dengan sendirinya sudah terjawab.

Para analisis, perlu menunggu dan melihat perkembangan politik BN dari masa ke semasa.Sementara menunggu pru ke-13 diumumkan.

mike said...

rekod musa aman yang cemerlang susah untuk ditumbangkan..

mike said...

sabah di bawah musa aman semakin membangun terutama dari segi ekonomi yang mana sabah dalam kedudukan yang baik.

mike said...

rasanya musa ada caranya sendiri untuk mengekalkan sokongan rakyat kepada beliau.

mike said...

adakah lajim akan lompat parti atau kekal biarpun digugurkan dari senarai percalonan?

mike said...

kita tunggu dan lihat pru13 nanti.

angkatanbaru said...

pencatur politik yang bijaksana boleh menjadikan lawan sebagai kawan namun kawan tetap kawan

Anonymous said...

Dalam dunia politik,macam2 boleh berlaku dan sukar untuk meramal secara tepat. Mungkin tahun ni,pasti ada kejutan lagi dalam PRU-13. Harap2 pemimpin yg tersingkir dapat menerima sebarang keputusan dengan hati terbuka.

Anonymous said...

Jika Musa Aman terus kekal sebagai KM Sabah, beliau akan mencipta satu lagi sejarah politik Sabah kerana bakal mengetuai BN Sabah untuk penggal yang ketiga. Saya rasa khidmat beliau masih belum berakhir lagi tahun ini.kita nantikan..

Jason said...

Hari2x terakhir buat Musa aman??I'm not sure about it. Don't speak too soon.. In politics, anything can happen.

Jason said...

neway, while waiting for election to come, its best for us all to wisely evaluate each party.

Jason said...

Vote wisely cuz election will only come another few more years..

POP said...

Hope people will not criticize D.Musa anymore. If it's time for him to go, he'll go.

azman said...

politik sukar diramal. namun jika dilihat ekonomi Sabah baik dibawah pentadbiran Musa. ini mungkin akan menyebabkan Musa terus mendapat sokongan.

azman said...

apa pun, mana-mana pemimpin pun perlu fokus terhadap tanggungjawab kepada rakyat..

Unknown said...

Datuk Musa Aman perlu membetulkan membuktikan bahawa beliau mampu melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang ketua Menteri Sabah.

Unknown said...

Salam semua,

Kalau dikatakan hari terakhir untuk Musa Aman macam tidak berapa nampak buat masa sekarang ini. Kerana kebolehan beliau membantu penduduk Sabah masih kelihatan dan juga pembangunan yang pesat ini juga menampakkan bahawa Musa Aman masih lagi boleh untuk membantu Sabah lebih membangun. Maka kita sokong mana-mana pihak yang boleh membantu penduduk Sabah. Terima kasih dengan Info dari Kelapa mawar.

bayausbh.blogspot.com

Unknown said...

Pelbagai berita kita dengar sekarang ini. Yang paling hangat adalah cerita mengenai Datuk Lajim yang ingin keluar dari UMNO. Namun semua itu cuma khabar angin dari pihak lain.

Sanih Alias said...

Pastikan masalah utama di Sabah dapat ditangani sepenuhnya. Terutama sekali mengenai PATI di Sabah.

Unknown said...

Musa Aman byk memberi sumbangan terhadap pembangunan negeri Sabah. Musa akan kekal menjadi KM Sabah.

Unknown said...

Musa masih mendapt sokongan dari rakyat dan pemimpin2 BN. semoga Musa akan terus memimpin Sabah.

nickko said...

"Hari-Hari terakhir buat Musa Aman" juga tidak lebih dari sekadar andaian.. rakyat mempunyai pendapat mereka sendiri berkenaan dengan kepimpinan beliau tanpa perlu dipengaruhi oleh mana2 media yang lebih bersikap contra terhadap kepimpinan beliau..

Smookiekins said...

Adakah Musa akan berdiam diri saja, pasti dia akan melakukan sesuatu untuk memperkukuhkan kedudukannya, calon2 yang bakal ditampilkan pasti akan diteliti oleh Musa.

Kris Jr said...

Adakah Najib akan gantikan musa sebagai wakil perhubungan Umno di Sabah. beliau telah membangunkan Sabah lebih baik dari dulu. rasanya mungkin akan dikekalkan.

jackie said...

Macam2 cerita keluar mau dekat2 PRU ini..datuk musa masih di perlukan di sabah.

jackie said...

Ini semua khabar angin.datuk Lajim belum ada membuat keyataan yang beliau akan keluar parti.

jackie said...

Kita tunggu dan lihat sahajalah.. bagi saya datuk Musa masih di perlukan lagi..apa2pun semua terletak di tangan rakyat.

kamilla said...

Datuk musa ada cara yg tersendiri untuk memenangi hat rakyat..itu sebabnya beliau masih di percayai di sabah.

kamilla said...

semakin dekat PRU13..semakin banyak khabar angin yang tidak betul keluar..harap rakyat tau menilai mana betul dan mana yg tidak.

Suhaimie Jamli @ infoviewmusic.blogspot.com said...

Meramal dan mengkritik adalah lumrah dlm politik..harap CM terus fokus dgn pembangunan Sabah..Hakikatnya tiada pemimpin yg mampu jd peneraju terbaik melainkan diberi ruang dan sokongan utk jd yg trbaik..Sayang Sabah!!

No name said...

Musa still have great support from the public.

No name said...

Just wait see how Lajim will make up his mind.

No name said...

Not sure but if happen that Lajim join other, have to respect his decision too.

No name said...

The people will make up his mind.

No name said...

Musa still a good CM as compare, will still people support him, hard to predict.

Anonymous said...

Musa masih dapat sokongan kuat juga.

Anonymous said...

Ternyata Musa membawa perkembangan kepada Sabah.

Anonymous said...

Sound like Lajim will out from the seat.

Anonymous said...

Rasa-rasa Musa menghadapi saingan yang giat juga di PRU13 ini.

Anonymous said...

Musa masih orang kuat di Sabah, tambahan PATI yang tiada tindakan lagi, dah lah confirm Musa menang lagi.