Sunday, January 1, 2012





MEMANG pasti Datuk Lajim, Gapur dan beberapa orang lagi akan meninggalkan UMNO dalam waktu terdekat dan ini kesan penentangan kepimpinan MUSA yang mereka anggap korup dan gagal membawa perubahan.

Saya difahamkan Datuk pendekar telah diamanahkan oleh PM untuk memujuk mereka ini, akan tetapi Datuk pendekar sendiri termasuk dalam grup yang sama mahu meninggalkan UMNO dan ini cukup bahaya buat UMNO.

Datuk Musa sebenarnya menurut yang saya tahu memberikan projek kepada Rosmah Mansur dan inilah antara yang membawa kesan marahnya orang2 UMNO di Sabah, terutama para pemimpin dan YB yang mewakil UMNO sendiri.

Bila keadaan yang kusut ini berlaku, Timbalan Perdana Menteri asyik diam dan tentu saja kasus ini bagai menenguk ikan di air keruh dan ini tentu saja jalan mudah membolehkan dia agak senang bakal menduduki kerusi Perdana Menteri di musim mendatang.

Dalam masa yang sama saya tahu bahawa Safee Afdal telah merestui anak buah saya Yusuf Said untuk melawan/merampas kerusi ketua bahagian UMNO Kimanis yang diduduki oleh Datuk Anifah dan ini akan terjadi pergolakan dalaman UMNO yang membahayakan keadaan, bagaimana kalau tiba2 Anifah tidak mahu bertanding dan Datuk Ariffin dikasih peluang untuk merebut kerusi ketua bahagian Kimanis?

Datuk Lajim yang memang cukup kuat di kawasannya kesan ada pengundi khas dan dia pula cukup marahkan PM kerana kesan sokongan PM kepada Datuk Azizah yang maksudnya sekaligus mahu menjatuhkan kepimpinan Datuk Lajim yang sekian lama bertapak di kawasan Beaufort.

Nah, parti lokal dalam BN seperti PBRS terutama UPKO sudah siap sedia menjadi "Bom Jangka" yang akan meletup pada waktu terdekat sebelum election dan UMNO akan lebih rosak dan hancur kalau PBS ikut sama menjadi Bom jangka, tetapi PBS lebih bersikap lihat dan tunggu sahaja dan kalau sesuai mereka akan segera merubah fikiran sebab di BN mereka sekadar memanaskan kerusi dan seperti lewat tulisan saya minggu lalu bahawa Musa dipaksa oleh KL mengosongkan kerusi Ketua Menteri dan kemungkinan Pairin akan mengambil alih sebagai pujukan dan tidak Safee Afdal sebab Safee tidak akan dapat menarik hati pengundi KDM.

Di peringkat persekutuan pula UMNO menghadapi bermacam-macam masalah yang cukup berat dan rakyat sudah sekian lama diam dan marah termasuk mahasiswa yang mengadakan demo dan kemudian dipukul setengah mati hingga nazak dan ini tambahkan amarah rakyat.

Kesan penipuan dan salah guna kuasa kesan laporan Audit Negara, maka PM dijangka akan melakukan rombakan kabinet sebelum election dan target pertama PM ialah menggugurkan Sharizat, Jamil dan Awg Adek kerana ketiga -tiga mereka ini dianggap kanser maha hebat dalam UMNO dan ini juga kesan desakan YB2 UMNO/BN di parlimen yang bercakap secara terang2an.

Rakyat di Malaya dan Sabah melihat keadaan ini dengan rasa yang marah dan kesan campur tangan Rosmah dalam pentadbiran Negara lebih memuakkan dan mempercepatkan kehancuran UMNO itu sendiri dan ini dijelaskan oleh Tengku Rezaleigh lewat tamumual dan rujuk tulisan saya miknggu lalu di sini/KJB.

Apa lagi yang kita tunggu setelah banyak sangat kebobrokan dilakukan oleh kepimpinan atasan UMNO dan apakah rakyat Sabah masih belum sedar hakikat ini atau terus membiarkan diri rakyat Sabah terus hidup merana dan susah payah derita dalam kemiskinan yang paling teruk di Malaysia?

Saya sekadar menulis dan terserah kepada kalian untuk memikirkannya sebab kita ini manusia yang Allah kasih AKAL beda dengan haiwan.

ISMAILY BUNGSU

SABAH

20 ulasan :

MASBAK RUMASHID ABD RAHMAN said...

Sdr Ismaily perlu diberi peluang untuk dicalonkan di Parlimen Kimanis.

Jika menang, maka taring kelantangan Sdr Ismaily dapat membawa suara suara rakyat di Parlimen.

Rakyat di Kimanis perlu menyokong sdr ismaily. Perlu beri peluang, agar semua rasa ketidakpuasaan rakyat dapat disampaikan. Justeru Parlimen Kimkita pru ke -13.anis akan berwajah baru.

Minta rakyat Kimanis sokong Sdr ismaily, agar taring kelantangan dapat dibuktikan di Parlimen.

Sama sama

Anonymous said...

Kita hanya boleh meramal tetapi apa2 pun boleh berlaku pada PRU13 nanti. Pada hemat saya, kedua-dua pihak (kerajaan dan pembangkang) perlu mantapkan parti masing2. Keadaan pembangkang belum cukup utuh dan kerajaan pula kena berusaha lebih untuk dapatkan kepercayaan rakyat semula.

Anonymous said...

dalam kenyataan terbaru Datuk Lajim, beliau masih menyokong kerajaan sedia ada.. secara tidak langsung beliau juga masih menyokong BN.. entah mana satu yang betul..

Anonymous said...

cerita mengenai Datuk Lajim hnya kabar angin, ia belum tentu benar. Datuk Lajim mengatakan beliau masih menyokong BN.

Anonymous said...

cerita ini hnya bertujuan untuk pecah belah pemimpin2 BN di Sabah.

Bujang Senang said...

UMNO Sabah rasanya tidak bergolak seperti apa yang didakwa oleh sesetengah orang. Itulah adat dalam parti pasti ada perkara yang tidak dijangka akan berlaku.

Sanih Alias said...

Pasti ada pihak yang cuba untuk memburukan BN di Sabah. Kerana pihak tersebut tidak dapat buat apa-apa lagi untuk menjatuhkan BN di Sabah maka dengan memberikan khabar angin dan juga pelbagai keburukan kepada BN.

mike said...

memang pasti kah lajim, ghafur and the geng akan keluar UMNO?

mike said...

mungkin lebih baik kita tunggu dan lihat saja dulu..banyak sangat spekulasi pru13..

mike said...

apa2 pun, terpulang kepada pengundi di sabah untuk memilih dan mengundi pihak yang dirasakan layak..

Smookiekins said...

Tentu Musa akan siap sedia hadapi sebarang kemungkinan mengenai kabar2 ni.

Kris Jr said...

Benarkah Datuk pendekar pun akan joib grup ni??

No name said...

Guess Lajim still with BN. Just see how things progressing.

Anonymous said...

Datuk Lajim banyak kontroversi sekarang ni. mungkin ada yang tidak berpuas hati dan mahu menjatuhkan beliau. maklumlah PRU pun semakin hampir.

No name said...

Im sure BN face great challenge this time.

Anonymous said...

Pandai-pandailah menilai, desas-desus sebegini tidak mungkin memecahkan BN.

Anonymous said...

Susah untuk meramal sama ada lajim akan keluar dari BN.

Anonymous said...

Tibanya masa PRU, banyak jangkaan dan komen negatif dibuat antara satu sama lain.

Anonymous said...

"Di peringkat persekutuan pula UMNO menghadapi bermacam-macam masalah yang cukup berat dan rakyat sudah sekian lama diam dan marah termasuk mahasiswa yang mengadakan demo dan kemudian dipukul setengah mati hingga nazak dan ini tambahkan amarah rakyat."

Jika BN tidak membaiki imej, rasa PRU13 akan menjadi satu pengajaran paling baik untuk BN.

Anonymous said...

Its time to make changes!