Thursday, January 26, 2012

Assalamualaikum wa.wb. Sejak akhir2 ini, saya dihujani dengan panggilan dan tidak kurang juga yang bertandang bertanyakan spekulasi/desas-desus yg kononnya saya disebut-sebut sebagai salah seorg calon PRU 13 di KB. Kononnya cerita ini merebak dari mulut ke mulut, menjadi bahan cerita politik kedai kopi, majlis kahwin, kenduri kendara seterusnya di laman sosial...adoooo malam.

Justeru, sy terpanggil untuk berkongsi dengan rakan2 di ruangan yg agak terbatas ini. Terus terang sy sangat terkejut dgn gossip yg tersebar luas ini pada hal saya tidak pernah bergaul dgn ahli2 politik apatah lagi menghadiri perhimpunan2 berbau politik. Hakikatnya, sebahagian besar masa saya tertumpu kpd pelajar2/mahasiswa/belia....

Yg amat menghairankan bila TSP dituduh sebagai perancang strategi ini kerana kononnya dia gagal menjadikan anaknya sebagai pengganti dan kini adiknya pula. Persoalannya, apakah yang diganti dgn TSP? Kenapa dia diganti? Diakah wakil rakyat di KB?Apakah maknanya 'pengganti' yg digembar-gemburkan oleh mereka yg tidak berpuashati dgn TSP ini sehingga mengambil kesempatan memburuk2kan TSP dan melemparkan pelbagai thomahan. 

Untuk makluman sdr/sdri, sy masih kakitangan kerajaan dan tidak pernah bermimpi untuk bergiat aktif dalam arena politik MESKIPUN sy didodoi dan dibesarkan dalam bidang ini.

Saya akur, sy sedar, sy waras dan sangat memahami betapa beratnya tanggungjawab seorg pemimpin. Bukan mudah untuk menjadi pemimpin masyarakat apa tah lagi memikul amanah rakyat. Bukan mudah untuk memenuhi dan memberi kepuasan kepada rakyat berbilang kaum, agama, budaya dan kepercayaan yang pelbagai ragam dan berbeza2 keinginan. Bukan mudah untuk menggalas dan meleraikan kekusutan/permasalahan yg dihadapi oleh rakyat dan bukan senang untuk mendapat kasih sayang dari rakyat.

Sebagai seorang yang lahir dalam keluarga yg terlibat secara langsung dalam arena politik tanah air, suka duka/pahit manis yang telah dilalui telah disemadikan dalam lipatan sejarah sebagai memori indah. Berat mata memandang, lebih perit bahu memikul.

Walau bagaimanapun, sy tidak menafikan bahawa sy mempunyai jiwa yang besar dalam membantu masy, tetapi bukan bermakna hanya bidang politik sahaja yg membolehkan saya menyampaikan hasrat ini. 


Disebaliknya pula, jika ditakdirkan bahawa saya terpilih untuk berkhidmat kepada rakyat KB, siapa saya HAMBANYA yang mampu menghalang ketentuan ILLAHI. Ibaratkan jodoh, tiada siapa di antara kita yang mengetahui siapa jodoh kita dan bila tarikh dan masa kita menemui jodoh kita.

Begitulah diibaratkan dengan perjalanan politik ini. Untuk itu, kpd sdr/sdri yang teruja untuk menjadi calon dan memasang angan2 sekian lama untuk menjadi calon PRU jangan sesuka hati melemparkan tuduhan liar dan menyebarkan fitnah. PERCAYA dan YAKINlah bahawa perjalanan hidup kita ini ditentukan oleh ALLAH S.W.T bukannya JPS. Sekiranya anda mempunyai jiwa yg besar untuk membantu rakyat kerjalah bersungguh2, taburlah bakti kepada rakyat, bukannya menabur wang di kedai kopi dan memburuk2kan pemimpin2 yg terdahulu. INGATLAH... TIDAK ADA YG BARU, JIKA TIDAK ADA YANG LAMA.

Jika belum masanya kita 'dijodohkan' sebagai calon PRU, pakai BOMOH yang terhandal atau JIN dari 'Bermuda Tringle' sekalipun kita tidak akan menjadi calon. Itu makanya, ada di kalangan rakan2 kita yg kerugian sehingga ratusan ribu gara-gara melobi di sana sini.

Justeru, dikesempatan ini, saya menyeru kpd rakan2 khususnya masy. sy Iranun di KB juga kepada yg tidak berpuas hati dgn TSP atau di kalangan mereka yg ada dendam peribadi dgn TSP... HENTIKANLAH SEMUA FITNAH INI.

PERCAYA DAN YAKINLAH KEPADA QADA' DAN QADAR, RUKUN IMAN YANG KE ENAM. Beriman kepada qada' dan qadar bererti bahwa seseorang itu mestilah yakin dan percaya bahawa segala yg berlaku di alam ini, apa yg berlaku kepada diri kita, sama ada disukai atau tidak, baik atau yang buruk, sengaja atau tidak sengaja, sedar atau lupa, dirancang atau tidak dirancang, sihat atau sakit, berjaya atau gagal, MENJADI CALON PRU KE 13 ATAU TIDAK....itu semuanya adalah qada' dan qadar Allah subahanahu wataala yang telah ditetapkan olehNYA...SIAPAKAH KITA HAMBANYA YG MAMPU MENGHALANG KETENTUAN ILLAHI?

Akhir sekali, sama-samalah kita amalkan konsep "BERLAPANG DADA" agar matlamat kita semua untuk membangunkan masy kita di KB khusunya menjadi kenyataan.

Sumber : Wall Fcb Bahi Mulia.

33 ulasan :

Anonymous said...

penjelasan dah diberikan, nampaknya segala desas desus yang didengari adalah tidak benar.

Anonymous said...

moga hal ini tak lagi diperbesarkan, hentikan keluarkan cerita yang tidak benar.

Anonymous said...

Unik benar namanya. Persoalan sudah terjawab. Tunggu saja apa akan terjadi selepas ini. Mungkin ada perubahan?

Kris Jr said...

siapakah yang memulakan cerita kedai kopi ni.

Hinamori said...

tunggu saja nama calon KB pada PRU13 nanti.

Kris Jr said...

ada lebih baik pemimpin2 KB bekerja keras untuk melaksanakan pembangunan yang telah dijanji.

Suhaimie Jamli @ infoviewmusic.blogspot.com said...

Hentikanlah fitnah memfitnah yg hanya merugikan masyarakat KB sendiri. Kt msh jauh ketinggalan dr sudut pembangunan dan sepatutnya tidak harus ada banyak masa utk cantas mencantas. Memandangkan semua yang terlibat pun saudara sesama ISLAM, jd kt kukuhkan dulu sektor keagamaan dan perpaduan bg mencapai kemajuan mampan.Formula terbaik berpolitik ada dlm Al-Quran dan sdh diterjemahkan oleh Rasulallah SAW. Baca, kaji dan amalkan.

Paquin said...

Bah sudah dijelaskan so tutup mulut nda payah lagi sambung isu ini.

Paquin said...

Tapi memang hebatlah mulut manusia yang memulakan khabar angin ini. Sungguh kreatif. hahhaa

Paquin said...

Selepas ini kita kenalah hati2 dalam mempercayai sesuatu khabar yang belum tentu kebenarannya. Apatah lagi jika ia dikaitkan dengan politik. hihi

Paquin said...

Apapun kita tunggu sajalah apa yang akan berlaku seterusnya.

Anak Sabah said...

Memang betul bukan senang menceburi bidang politik kerana tanggungjawab dalam politik adalah sangat berat, mereka yang tidak bersedia untuk memikul beban ini tidak patut memasuki arena politik dengan suka hati.

Anak Sabah said...

Harap penyebaran khabar angin tanpa bukti dan fakta akan diberhentikan kerana tidak mambawa apapa manfaat kepada mana-mana pihak.

polemic said...

Khabar angin yang tidak betul.

kamilla said...

Segalanya sudah terjawab..harap selepas ini tiada lagi cerita ini keluar.

kamilla said...

Biasalah..memang ramai yang suka kasi sebar cerita2 kosong begini.

jackie said...

Penjelasan telah di berikan..harap hal ini tidak di perbesarkan.

jackie said...

Harap pemimpin di KB akan berusaha menjalankan tugas mereka.

Anonymous said...

sudah dijelaskan bahawa Bahi Mulia tidak terlibat dalam politik dan tidak pernah pun bermimpi untuk bergiat dalam politik. tapi jika ditakdirkan untuk berkhidmat kepada rakyat KB, Bahi Mulia mengatakan bahawa dia tidak pula akan menolak. namun, yang pasti sekarang apa yang tersebar dari mulut ke mulut adalah sekadar khabar angin. kita lihatlah sendiri bila PM sudah memberikan senarai winnable candidate di KB.

Anonymous said...

lepas penjelasan ini dibuat diharap pihak2 yang cuba mereka dan memperbesarkan cerita ini akan segera tutup mulut.

Anonymous said...

Cerita yang berciri fitnah harus diberhentikan.

Anonymous said...

Penjelasan yang dibuat harus diterima dengan hati yang terbuka.

Anonymous said...

Terimalah jawapan beliau. Segala persoalan terjawab.

Anonymous said...

Beban dan tanggung jawab seorang WR bukannya senang. Harus memupuk sikap yang positif dan EQ yang tinggi.

Anonymous said...

Harap selepas ini tiada pihak yang menyebarkan khabar angin yang merosakkan imej pihak lain.

azman said...

semua persoalan sudah terjawab melalui penjelasan yang diberikan ini.

azman said...

cerita-cerita kedai kopi tidak perlulah dipercaya sangat.

azman said...

jadi isu yang berlaku tidak perlu dimainkan lagi.

Unknown said...

Inilah orang yang mereka cerita demi kepentingan mereka sendiri.

Hamdan Hadillah said...

Janganlah kita asyik membuat fitnah. "BERLAPANG DADA" agar matlamat untuk semua membangunkan masy kita di KB khusunya menjadi kenyataan. Itulah yang penting dan bukannya mengaitkan seseorang itu dengan politik sendiri.

Hamdan Hadillah said...

Beliau sebenarnya hanya seorang yang berjiwa besar untuk membantu masyarakat dan bukannya untuk politik. Sikap yan ada pada beliau itu bukan untuk kepentingan politik, namun hanya sekarang untuk membantu.

Unknown said...

Orang baik seperti ini sememang pasti akan diduga dengan pelbagai masalah dan khabar angin. Maka pedulikan apa yang orang ingin katakan yang penting sekarang teruskan membantu dengan hati yang ikhlas.

nickko said...

bukan kita tidak tahu dengan politik di negara ini.. apa2 sahaja yang terlintas samada difikiran mahupun didepan mata akan diterjemahkan kedalam bahasa politik.. samada ianya fitnah atau benar belaka, itu adalah persoalan kedua.. yang penting sekali perkara yang dibangkitkan itu boleh mendatangkan impak kepada lawan..