Tuesday, January 24, 2012

Ketika Musli Oli mengumumkan hasratnya meninggalkan UMNO dan menyertai PKR semasa ceramah UMUM ketua pembangkang Datuk seri Anwar Ibrahim di Kota Belud, kelapa Mawar ada bersama ketika itu. Saya tahu dan saya dengar serta saya lihat dengan mata kepala sendiri bagaimana dalam ucapan singkat Musli Oli mengandungi kehampaan yang mendalam kepada UMNO, kerana seperti yang beliau dakwa parti UMNO sebenarnya gagal membela bumiputera Sabah. Dengan nada yang 'rata' namun bergetar sekali sekala dalam suasana hujan lebat ketika itu, Musli Oli tidak punya matlamat besar dalam perjuangan politiknya untuk menjadi calon kerana pada penilaian saya Musli Oli lebih suka dilabel sebagai "pejuang' hak-hak Sabah. Dan dari pengamatan saya juga, perjuangan Musli Oli ini menyerupai perjuangan Dr Jeffry ,hanyasanya bedanya kerana Dr Jeffry punya nama besar dalam arena politik nasional sementara Musli Oli hanyalah penulis, pengkritik dan penganalisis politik tanah air.

Saya tidak pasti sama ada, kehadiran Musli Oli dalam PKR adalah atas nasihat dan dorongan dari kawan-kawannya yang terlebih dahulu berada dalam parti tersebut. Kerana selepas Musli Oli menyampaikan ucapanya dan menyatakan hasratnya meninggalkan UMNO, Datuk Kalakau Untol pula dalam ucapannya dengan terang berharap agar Musli Oli akan dipilih sebagai calon PKR sama ada di DUN USUKAN atau Parlimen KB.

Pada hari ini dalam laman FCB sdr Jabar Khan Nafi @ Yasser Arafat Musli OLi menolak dakwaan sesetengah pihak bahawa kemasukan beliau dalam PKR adalah kerana ingin menjadi calon. Walaupun sebelum ini Musli Oli juga secara terus terang sebelum meninggalkan UMNO menyatakan akan bertanding di Parlimen, namun segala-galanya berubah apabila beliau menyertai PKR. Lihat kenyataan Musli Oli ini:

"....Calon Parlimen, Ketua Cabang PKR dan calon Usukan sdra Shariff Perais atau Mahzery atau Ali Baba...saya tidak pernah sedikitpun melobi atau minta jadi calon! Kalau ditawarpun saya akan menolak kerana bukan niat dan matlamat saya.."

Sebaliknya dalam beberapa hari lepas dalam wall FCB Musli OLi menggambarkan bahawa beliau akan memfailkan kes di mahkamah kepada kerajaan persekutuan berkaitan dengan 20 perkara . Walaupun isu ini sudah lama diperjuangkan, namun ramai yang percaya bahawa 20 perkara itu akan terus menjadi 'duri dalam daging' bagi rakyat sabah. Sama ada Musli Oli akan berjaya atau tidak hanya masa yang menentukan, iringi perjuangannya dengan harapan!.

38 ulasan :

Unknown said...

salam KM,

saya tidak mahu kehadiran saya dalam PKR mengundang keresahan dikalangan pemimpin2 PKR di kawasan..saya orang baru. Saya tidak mahu isu jadi calon itu akan menganggu matlamat asal untuk menjayakan perjuangan PR!

Walaupun saya dilantik Penolong Ketua Penerangan PKR Negeri, tidak saya berniat utk mengeruhkan internal politiking dalam PKR cabang Kota Belud.

Allah SWT maha mengetahui...Allahu akbar

MASBAK RUMASHID ABD RAHMAN said...

(Tdk saya berniat mengeruhkan internal politiking dlm PKR cabang KBelud) perenggan yg kedua oleh sdr Musli.

Jika catitan ini tiada perkataan TIDAK. jagi begini, "saya berniat mengeruhkan internal politiking dlm PKR cabang KBelud". Perlu jadi calon.

Sdr boleh baca balik komen sdiri.

Keresahan tdk timbul jika pemimpin pemimpin cabang KB mengutamakan KEMENANGAN.

Ketepikan istilah org baru dan org lama. Utamakan kemenangan. Calonkan yg boleh menang.

Jika org baru boleh menang, ketengahkan sebagai calon.

Sdr Musli jgn mudah berluntur semangat, jika penyokong mahukan sdr. terimajalah pencalonan itu.

Ketepikanlah rasa keresahan. Utamakan kemenangan. Sdr Musli fikir fikir semula.

Kris Jr said...

Musli Oli merasakan gagal tersenarai dalam candidat winnable. Tapi berjaya menjadi Penolong Ketua Penerangan PKR negeri biarpun baru saja menjadi katak.

Apa perasan ahli PKR yang sudah lama berjuang dalam PKR negeri. Berniat atau tidak sendiri mahu tau la...

PKR = Pasti Katak Ramai.........

Hinamori said...

Senangnya dapat jadi penolong ketua penerangan PKR negeri...hairan

MASBAK RUMASHID ABD RAHMAN said...

Berjawatan sebagai Penolong Ketua Penerangan Sabah, wajar winnable candidate.

Jika dikatakan katak, takpalah, katak yg mampu melompat jauh. Jauh kehadapan yg boleh mengalahkan pihak lawan.

Perlu dikenang, yg penting menang.
Tak perlu risau, yg penting rakyat mahu.

Tak perlu gentar,yg penting minda pintar.
Tak perlu rasa dua hati, yang penting sokongan sebati.

Sdr Musli mesti siapkan novel yg berjodol suara dari kubur.
Novel ini sesuai dibaca oleh penyokong semasa pru ke-13.

DorianG said...

i find it quite odd that upon defecting to PKR, he was given a very significant position within the party.

DorianG said...

One can even speculate that with the given position, perhaps his statement that has been highlighted within this article might design prior to his deflection to dent the reputation of the ruling party.

Anonymous said...

Musli Oli bukan dikenali sangat, jika dia bertanding pun, belum tentu boleh menang.

Anonymous said...

tapi trpulang pada dia nak bertanding atau tidak.

Hinamori said...

Dunia politik sememangnya sangat rumit.

mike said...

mahu bertanding atau tidak , terpulang...

mike said...

adakah PKR berpeluang menang di sabah?

mike said...

harus diingat bahawa di sabah terdapat banyak parti pembangkang...jika tiada sepakatan maka akan berlaku pertandingan 3 atau 4 penjuru yang mana akan memberi kelebihan kepada undi BN.

Anonymous said...

Tunggu sajalah bila percalonan dibuat. Sekarang cakap tidak akan bertanding, tapi jika ramai yang mahu beliau bertanding..mungkin akan mengubah keputusan beiau.

Bujang Senang said...

Apa yang musli oli lakukan ini adalah pilihan dia sendiri. Biarkan saja dia melihat sendiri setakat mana kejujuran PR untuk Sabah. Baru dia sedar nanti bila sudah menyertainya.

Bujang Senang said...

Musli Oli mula menafikan penyertaan dengan PR. Mungkin dia ada rancang untuk menyertai parti pembangkang tersebut. Biarkan dia dengan diri dia yang penting pemimpin BN yang lain haruslah meneruskan perjuangan bagi membantu penduduk Sabah.

Anonymous said...

bila ada ahli baru masuk parti terutama yang sangat berpengaruh, pastinya jawatan dan kedudukan yang baik akan diberikan sebagai mengalu2kan penyertaannya. tapi, diharap setiap pemimpin yang lompat parti ni bukanlah 'melompat' semata2 untuk mencari kepentingan@kedudukan yang lebih baik sebaliknya perjuangan/pembelaan terhadap rakyat itu yang perlu diutamakan.

Anonymous said...

terpulang dengan Musli Oli jika keputusan beliau adalah untuk tidak bertanding pada PRU 13 nanti. mungkin ini juga salah satu cara untuk menyingkirkan persepsi negatif mana2 pihak berhubung tindakan beliau keluar parti.

azman said...

tererah kepada MO sama ada beliau mahu bertanding atau tidak pada pru nanti.

azman said...

tererah kepada MO sama ada beliau mahu bertanding atau tidak pada pru nanti.

azman said...

mana-mana parti pasti akan menurunkan calon yang terbaik mereka nanti dalam pru.

azman said...

siapa pun yang ingin menjadi calon tidak kira dariada parti mana pun, perlulah bersedia untuk menjalankan tanggungjawab kepada rakyat..

Anonymous said...

itu pilihan beliau sendiri sama ada mahu bertanding atau tidak.

Anonymous said...

tunggu dan lihat sajalah. yang penting rakyat perlu bijak membuat pilihan.

No name said...

Harus hormati keputusan beliau.

No name said...

Yang penting calon yang diganti dapat melaksanakan tugas dengan baik.

Anak Sabah said...

Jika Musli Oli mempunyai cita-cita untuk memperjuangkan hak Sabah, tidak kira bersama BN ataupun PKR, beliau tetap mampu melakukanya.

Anak Sabah said...

Ini adalah keputusan beliau dan kita haruslah menghormati keputusan ini. Harap Musli Oli akan teruskan perjuangan ini.

No name said...

Adakah Musli Oli akan menyertai parti pembangkang? Terhiru bau lompat parti.

No name said...

Terserah kepada beliau sama ada bertanding atau tidak. Harus juga tidak melupakan tanggung jawab kepada rakyat.

No name said...

Wonder PKR can strike good position in Sabah.

Anonymous said...

Itu keputusan beliau, tidak harus mempertikaikannya.

Anonymous said...

Berilah ruang kepada golongan muda. Sabah memerlukan darah baru untuk membawa perubahan.

kamilla said...

Terpulang kepada beliau sama ada mau bertanding atau tidak.

kamilla said...

kena offer jadi penolong ketua penerangan PKR negeri, tulah mau lompat parti.

Anonymous said...

apa2pun keputusan beliau, hormat saja la.. nasib baik la beliau bukan politician dari Pakatan yang keluar menyertai umno.. jika tidak, pasti ketika ini beliau diemparkan dengan pelbagai tomahan dan cacian samada berkenaan dengan perjuangan beliau dalam parti mahupun yang berbentuk peribadi oleh pemimpin2 Pakatan..

sabahan said...

huhuhu...klu dari org pakatan lompat pgi bn tu bukan katak ka tu juga...tu lagi teruk,faham2 la habuan bn ni besar,pakatan mau bg habuan apa bukan memerintah pun skrg...cukup bg sy jmpa sekali dgn MO, dn sy blh mnilai betapa dalamnya perjuangannya untuk memperjuangkan hak sabahan...ni kali la!!!..

Mumbai said...

sekarang makin ramai katak.. makin dekat PRU makin menjadi2 pula acara lompat parti ni..