Tuesday, January 24, 2012


Kek ekonomi Sabah

Tidak ramai yang mengetahui keadaan ekonomi negeri Sabah, kerana fakta yang disalurkan hanya melibatkan aspek kemampuan kewangan negeri. Sedang perihal hutang negeri kepada persekutuan tidak langsung di war-warkan. Rakyat Sabah hari ini sepatutnya punya kesedaran tinggi dalam pengurusan aset dan kewangan serta ekonomi negeri mereka. Justeru itu satu pendedahan telah dibuat oleh pakar-pakar ekonomi UBF yang menyatakan bahawa hutang negeri Sabah kepada kerajaan Persekutuan sebenarnya telah meningkat kepada RM 82.5 Billion ringgit. sekaligus membayangkan bahawa kemakmuran ekonomi Sabah sebenarnya sengaja diwar-warkan untuk kepentingan politik golongan tertentu.Lihat pendedahan ini yang disiarkan dalam Sabahkini.net




Saudara Pengarang,

MENURUT Pakar-Pakar Ekonomi UBF, jumlah hutang Sabah kepada Malaya atas nama Persekutuan sebanyak RM82.5 bilion. Maksudnya, sekiranya perbelanjaan RM4 bilion untuk Kementerian Kesihatan itu disalurkan ke Sabah atas nama Persekutuan (Malaya), maknanya hutang Sabah kepada Persekutuan (Malaya) bertambah kepada RM86.5 bilion.

Menurut pakar-pakar ekonomi UBF lagi, hasil Sabah setiap tahun sebanyak RM35 bilion. Tetapi, Malaya ambil 95% atas nama Persekutuan. Jadi, purata jumlah hasil Sabah yang Malaya ambil setiap tahun ialah RM33 bilion.

Persoalan kita ialah, dengan lebihan hanya 5% hasil Sabah untuk Sabah; bila hutang Sabah kepada Persekutuan (Malaya) boleh habis bayar? Sekiranya semua hasil Sabah menjadi milik Sabah yang berjumlah RM35 bilion itu, berapa banyak agaknya pusat kesihatan yang boleh dibina? Berapa banyak agaknya sekolah yang boleh dibina? Berapa banyak agaknya universiti yang boleh dibina?

Justeru, apa erti kemerdekaan Sabah dari British jika 95% hasil Sabah dipunggah ke Malaya atas nama Persekutuan? Malahan, apa beza penjajahan British ke atas Sabah dengan pemunggahan 95% hasil Sabah ke Malaya atas nama Persekutuan?; atau hanya bertukar istilah penjajahan British ke atas Sabah kepada penjajahan Malaya dengan bahasa yang lembut Persekutuan?

Salam Hormat,

NASPAZI

45 ulasan :

Kris Jr said...

Pulau Pinang dibawah pemerintah pembangkang juga berhutang dengan persekutuan.

Hinamori said...

Harap2 Sabah dapat membayar hutang tersebut. Hutang hanya membebankan ekonomi Sabah.

Ajin b. Gagah said...

Biar betul cerita ini Kelapa Mawar. Ini lah kata orang, manis dimulut pahit dihati..Dahysat

MASBAK RUMASHID ABD RAHMAN said...

Ada jalan untuk diselesaikan, jika cerita ini betul. Jadi kelaziman negeri negeri mesti berhutang dgn persekutuan.

Siapa saja yang memegang tampuk pemerintahan, tidak terkecuali daripada berhutang.

noemi said...

I think the state government will able to get through the season.

onong said...

Sedangkan pembangkang pun susah nak jangka apa yang berlaku.

Anonymous said...

bukan Sabah saja berhutang, negeri2 lain jg turut berhutang dgn persekutuan.

Anonymous said...

apapun, harap kerajaan negeri Sabah bijak dalam mengurus kewangan dan pastikan beban hutang tidak bertambah.

DorianG said...

What government does have debts? this is nothing new...

DorianG said...
This comment has been removed by the author.
POP said...

Sudah hutang begitu banyak masih tidak menyelesaikan masalah ini, bagaimana boleh ada hati untuk menentukan bajet tahun ini lagi.

POP said...

Harap masalah ini boleh diselesaikan secepat mungkin, janganlah mengelakkannya.

DorianG said...

What i find most intriguing is that UBF has not gave emphasis as to how the present government is tackling the debt issue.

POP said...

Kenalah merancang dengan baik, nanti semua akan menjadi kelam kabut.

Ezef said...

The government has never failed to fulfill its promises though.

noemi said...

How about West Malaysia?

Nemia said...

The state government is able to overcome it.

Hinamori said...

Jangan Sabah sampai bankrap. hutang tetap dibayar. bajet tetap dirancang untuk mengimbangi pendapatan dan hutang.

mike said...

sabah harus mendapat lebih daripada hasilnya..

mike said...

tapi rasanya ianya adalah perkara biasa ada hutang dengan persekutuan..

mike said...

dan apa cadangan pakar2 UBF untuk megurangkan masalah hutang ini?

Anonymous said...

Semua negeri pun berhutang. Yang penting ada jalan penyelesaian untuk membayr balik hutang ini. Dengan kekayaan hasil bumi yang banyak di Sabah ini, kenapa begitu tinggi jumlah hutanya?

Anonymous said...

Diharap dapat sahkan kesahihan jumlah hutang itu.

Bujang Senang said...

Tidak apa berhutang untuk untuk penduduk Sabah sendiri juga dan bukannya digunakan untuk suk-suka.

Bujang Senang said...

Benar atau tidak kita masih belum mengetahui kebenarannya lagi. Kerana belum ada bukti kukuh yang mengatakan hutang Sabah berjumlah demikian.

Anonymous said...

Ramai yang kata, kalau tidak berhutang pasti tak akan hidup dengan senang. macam penjawat awam sendiri juga yang dalam sektor swasta, cuba selidik berapa ramai antara mereka yang tiada buat pinjaman? begitu juga lah dengan negeri. pasti tak akan mencukupi untuk pembangunan jika hanya bergantung pada pendapatan saja. mesti akan buat pinjaman@berhutang. tapi yang penting janganlah sampai membawa 'bencana'.

Anonymous said...

yang penting dibayar balik, jangan sampai jadi bankrap.

azman said...

rasanya mana-mana kerajaan pun pasti berhutang untuk tujuan pembangunan.

azman said...

apa yang penting adalah kemampuan bayar balik dan peruntukan yang ada dibelanjakan dengan sebaiknya.

azman said...

yang penting semuanya diuruskan dengan cekap dan sebaiknya.

Anonymous said...

negeri-negeri yang ditadbir pembangkang juga mempunyai hutang.

Anonymous said...

kecekapan pengurusan membolehkan kewangan diuruskan dengan sebaiknya.

No name said...

Hutang banyak itu mengambil masa yang panjang untuk dilangsai. harap tidak membebankan perkembangan ekonomi.

No name said...

Hutang yang banyak cuma menjejas perkembangan negara dan membebankan negara yang banyak berhutang kat luar negara.

No name said...

Hutang tetap kena bayar, perkembangan dan projek harus juga diteruskan untuk menjana pendapatan yang lumayan.

No name said...

harus menggunakan sumber alam semulajadi untuk mendapatkan lebih banyak keuntungan supaya hutang dapat dibayar dan pembangunan juga berterusan.

No name said...

Bujet 2012 harus dilaksanakan dengan wajar agar tidak berlakunya penyelewengan yang lagi membebankan kerajaan.

Anak Sabah said...

Bolehkah kita percaya fakta yang diberikan di atas bahawa hutang Sabah adalah 82.5 bilion? Dari mana fakta ini didapati?

Anak Sabah said...

Hutang negeri Sabah pasti ada, tapi tidak tahu bilangan sebenarnya. Tidak kira bagaimanapun, kerajaan negeri perlulah berusaha melangsaikan hutang negeri.

Anonymous said...

Negara kami banyak berhutang, entah bila baru boleh habis dibayar.

Anonymous said...

Ini membebankan negara juga. harus mencari saluran untuk memperbaiki pendapatan negeri.

Anonymous said...

Tidak terjangka Sabah juga berhutang berbillion. Kerajaan negeri harus memperbaiki pengendalian hutang tersebut.

Anonymous said...

Bujet 2012 harus uruskan dengan bijak untuk mengelakkan pembaziran.

Anonymous said...

Semoga beban hutan gini semakin ringan agar tidak mengganggu perkembangan ekonomi yang dirancang.

Anonymous said...

pendedahan yang dibuat tidak terperinci.. sekadar menyebut nilai tapi tidak menyatakan darimana dan bila hutang itu dibuat.. cuba dedahkan apa2 dokumen berkenaan dengan hutang ini.. itupun kalau ada la..