Thursday, January 26, 2012




Umno mengguna pelbagai helah untuk mengelak debat antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai isu membabitkan rakyat, kata Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan bahawa debat merupakan ‘budaya barat’ yang masih belum diterima di negara ini.

“Ini satu lagu helah politik umno untuk elak debat dan kenyataan ini sungguh dangkal dalam keadaan kita menuju budaya politik baru,” kata Shamsul ketika dihubungi Keadilandaily.com hari ini.

Shamsul turut menempelak kenyataan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang memberi alasan kononnya debat Anwar-Najib tidak relevan kerana bukan melibatkan kepentingan umum.

Menurutnya, debat antara kedua pemimpin itu sepatutnya dilihat dalam konteks lebih luas dan bukan atas pertimbangan politik semata-mata.

Sehubungan itu, beliau mendesak agar debat Anwar-Najib disegerakan bagi membolehkan rakyat menentukan siapakah lebih layak mentadbir negara ini pada pilihan raya umum kelak.

Beliau juga mencadangkan sekiranya debat itu diadakan, ia perlu disiar secara langsung bagi memberi peluang rakyat menilai secara adil dan bebas.

“Saya juga ingin menjawab dakwaan pemimpin Umno kononnya debat boleh diadakan di Parlimen.

“Soalnya Parlimen terhad dengan Najib mendapat kelebihan melalui Speaker BN yang menyokongnya selain tidak semua rakyat dapat melihat debat itu,” katanya.

Baru-baru ini, Pengarah Eksekutif Merdeka Center, Ibrahim Suffian menggesa Perdana Menteri dan Ketua Pembangkang mengadakan debat terbuka berkenaan dasar dan pendekatan kerajaan menguruskan negara.

Menurut Ibrahim, maklumat yang dikumpulkan hasil perbincangan kumpulan berfokus melibatkan profesional-profesional Melayu menunjukkan, mereka berminat untuk melihat debat membabitkan kedua-dua pemimpin berkenaan.


16 ulasan :

MASBAK RUMASHID ABD RAHMAN said...

Dari kacamata BN.Tiada rasionalnya
berdebat dengan mana mana pihak.

Tugasan memajukan Negara dan memastikan kesejahteraan rakyat perlu diutamakan.

Kerajaan BN diberi mandat untuk memerintah, ialah meneruskan kesinambungan perlaksanaan janji janji kepada rakyat.

Belum ada tercatit dalam sejarah,adanya perdebatan dgn mana mana individu,bermula PM yang pertama hingga ke giliran Pak Lah. Kesemua mantan PM sentiasa sibuk menjalankan tugas untuk negara dan rakyat.

Jika ada hasrat ingin berbahas, Dewan Parlimen adalah tempat yang sesuai untuk perbahasan.

Anonymous said...

debat tersebut bukan penting sangat, baik utamakan isu yang lebih penting.

Anonymous said...

tumpukan pada hal ehwal rakyat.

Anak Sabah said...

PM mesti ada alasan sendiri kenapa tidak menerima undangan Anwar untuk membuat pendebatan.

Anak Sabah said...

Lebih baik dua-dua parti ini bertanding secara adil semasa Pilihanraya ke 13 nanti.

Smookiekins said...

Pada pendapat saya,

Tiada gunanya buat debat. Sebabnya, masing2 ada penyokong2 kuat. Kalau penyokong2 tidak suka UmnoBN tetap tidak suka juga walau apa pun yang dilakukan untuk pembangunan dan kemajuan.

Kalau yang tidak sokong PKR tetap tidak sokong la walau apa pun diucapkan dan dilakukan.

Tanpa ada debat pun rakyat tetap boleh menilai mana yang baik dan mana yang tidak baik untuk negara dan rakyat. Orang yang mahu debat tu adalah orang2 yang masih ragu2 dengan parti2 yang disokong.

Kris Jr said...

I believe the people know how to evaluate between the good and bad

DorianG said...

Please bear in mind that our democracy is of parliamentary and not of presidential.

Is the presidential style debate fits in to our brand of democracy?

DorianG said...

masbak rumashid said...

Dari kacamata BN.Tiada rasionalnya
berdebat dengan mana mana pihak.

Tugasan memajukan Negara dan memastikan kesejahteraan rakyat perlu diutamakan.

Kerajaan BN diberi mandat untuk memerintah, ialah meneruskan kesinambungan perlaksanaan janji janji kepada rakyat.

Belum ada tercatit dalam sejarah,adanya perdebatan dgn mana mana individu,bermula PM yang pertama hingga ke giliran Pak Lah. Kesemua mantan PM sentiasa sibuk menjalankan tugas untuk negara dan rakyat.

Jika ada hasrat ingin berbahas, Dewan Parlimen adalah tempat yang sesuai untuk perbahasan.


-I agree as to what is stated above

Anonymous said...

debat dan demo, inilah yang diperkenalkan oleh pihak pembangkang di negara ni. tengoklah apa yang telah terjadi dengan demo/perhimpunan yang diadakan tahun lalu. golongan mahasiswa pun sudah terpengaruh sama.

Anonymous said...

benar kata Masbak Rumashid. kalau ingin berbahas atau berdebat, Dewan Parlimen adalah tempat yang sesuai. tidak perlu berdebat seperti yang diinginkan oleh Anwar.

Hamdan Hadillah said...

Tidak pasti apa yang ada sebenarnya dengan Debat tersebut sehinggakan pembangkang beria-ia ingin adakannya.

Hamdan Hadillah said...

Selagi BN dapat memberikan yang terbaik rasanya itu sudah menjawab debat yang ingin dilakukan. Kita dapat lihat sendiri ekonomi, pembangunan dan juga kewangan negara kita. Masih dalam keadaan yang stabil dan kukuh.

Anonymous said...

Tapi di Parlimen banyak masa terbuang bila ahli2 parlimen terlalu emosi sehinggakan mengganngu kelancaran persidangan. Disarankan pemimpin semua bersikap lebih profesional dalam apa pendekatan sekali pun.

nickko said...

sebelum ini kenapa Anwar tolak cabaran debat oleh Khairy dan Umi??

nickko said...

baik Anwar lupakan saja berdebat dengan PM.. Anwar memanglah banyak masa melakukan apa sahaja perkara yang dia suka.. Najib pula berhadapan dengan pelbagai komitmen dalam dan luar negara.. baik Anwar gunakan masa yang ada ini untuk membantu rakyat dengan apa cara sekalipun..