Monday, January 9, 2012


Pembebasan DSAI dari tuduhan liwat siri II semalam  tidak banyak mengejutkan pemimpin UMNO.Hanya penyokong Pakatan rakyat dan pemimpin mereka termasuk DSAI sendiri yang terkejut dengan keputusan hakim mahkamah Tinggi berkenaan.Malahan ramai pemimpin UMNO yang ditemui melahirkan keyakinan bahawa Mahkamah di negara ini sebenarnya BEBAS dari pengaruh eksekutif.Mengapakah pemimpin UMNO tidak menunjukkan protes terhadap keputusan itu?

Sebabnya ialah mereka tahu akan ada episod baru dari keputusan itu?Seperti juga kes MB perak,pengumuman keputusan mahkamah tinggi boleh dicabar di peringkat mahkamah Rayuan,maka ada yang menunggu apakah pula wayang yang bakal ditayangkan bila kes ini dibawa ke mahkamah rayuuan, sebab itu pemimpin UMNO hanya mendiamkan diri.

sebab lain juga ialah pemimpin UMNO sudah menjangkakan bahawa DSAI akan dibebaskan kerana mereka sedar sejak dulu bahawa semua itu adalah konspirasi dan fitnah jahat dan menjijikkan,sebab itu bila mahkamah tinggi membebaskan DSAI pemimpin UMNO diam.Selama inipun ramai pemimpin UMNO yang sudah bosan berada dalam parti itu tetapi kerana mereka ingin menjaga kelangsungan politik dan ekonomi mereka ,makanya mereka terus kekal dalam parti itu. najib kata pada perhimpunan UMNO yang lepas, Ahli UMNO berbeda dengan orang UMNO.Ramai pemimpin UMNO sekarang yang hanya sekadar menjadi 'ahli ' umno.

Ada pihak yang melihat keputusan mahkamah semalam memberikan imej baru kepada pentadbiran Najib. Keputusan itu membuktikan kepada dunia bahawa sistem kehakiman di negara ini sememangnya bebas. Najib mahu membuktikan bahawa memang tidak terdapat campurtangan kerajaan dalam kes mahkamah. tapi datuk Khir Toyo pula menyatakan bahawa terdapat 3 orang menteri dalam kabinet najib yang mahu, mantan MB selangor itu didapati bersalah. Apakah orang UMNo sendiri mula meragui sistem kehakiman negara yang mereka katakan tidak dipengaruhi oleh kerajaan.

Landskap politik negara akan tentunya mengalami wajah baru jika DSAI benar-benar dibebaskan.Dan ramai yang menjangkakan yang demikian kerana kata mereka Najib bukannya 'pengecut' seperti PM -PM yang lepas.

15 ulasan :

MASBAK RUMASHID ABD RAHMAN said...

Parti UMNO tiada kaitan dgn sebarang pemerotesan.Tokoh tokoh Kerajaan BN berfikiran matang.

Pembicaraan bukan untuk parti Kompenan BN. Wajarlah penampilan Pemimpin kerajaan buat pandangan terhadap keputusan Mahkamah.

Satu keputusan yang adil dan perlu dihormati. Keputusan yang dibuat oleh Mahkamah itu tiada pengaruh mana mana ekskutif

sabaheco said...

Selama ini pihak pembangkang membuat tuduhan bahawa sistem kehakiman negara ini tidak bebas & banyak pengaruh daripada pemerintah...

Anwar sudah dibebaskan...jadi adakah tuduhan yg sama masih mahu dilemparkan? itu seolah2 meludah ke langit, muka kena ludah balik...

DorianG said...

I agree what has been said by masbak rumashid and sabaheco...

Mohd Ishak said...

Keputusan daripada mahkamah kali ini menunjukkan bahawa kehakiman negara kita boleh bertindak adil dan berdikari, ini juga mula mengembalikan keyakinan rakyat terhadap sistem kehakiman negara kita.

Mohd Ishak said...

Harap kes ini akan berakhir di sini sajalah dan tiada sesiapa yang akan membangkitkan isu ini lagi.

DorianG said...

Bottom line is this: Our judiciary system at present has NOT been compromised by the executive branch. END OF STORY.

Anonymous said...

kes ini dah diputuskan, ia tak perlulah nak dikaitkan lagi dgn UMNO, kes ini bukan kes politik.

Anonymous said...

masih ada yang mengatakan bahawa keputusan tersebut sekadar 'wayang kulit' BN. samada dibebaskan atau tidak, sama saja tu. pasti ada juga suara2 tidak berpuas hati.

Unknown said...

Itu keputusan mahkamah maka apa pun yang diputuskan oleh pihak mereka maka kita terima seadanya. Seperti apa yang pemimpin UMNO lain lakukan. Itu keputusan mahkamah maka buat apa kita mahu campur. Ini tidak ada kaitan dengan pihak UMNO. Yang UMNO tidak sokong cuma perhimpunan yang ingin dilakukan. Itu yang mendapat tetangan dari para ahli BN yang lain.

Keputusan menyebelahi Anwar namun ada kita dengar UMNO kata mereka tidak setuju? Kita lihat sendiri begitu profesionalnya pemimpin UMNO yang ada. Mereka tahu itulah tugas undang-undang dan bukannya bidang kuasa mereka.

Sanih Alias said...

Saya kecewa dengan tindakan pihak parti pembangkang yang lain melakukan pelbagai cara untuk mempengaruhi keputusan mahkamah. Seharusnya mereka sedar bahawa mahkamah tidak akan memihak kepada sesiapa pun. Salah tetap salah, dan yang benar akan dibebaskan. Bukti itu yang penting.

zam said...

keputusn telah pun diketahui dan Anwar dibebaskan. ini menunjukkan tuduhan pembngkang kononnya berlaku kospirasi adalah tidak benar.

zam said...

pembangkang sering menyalahkan kerajaan tapi bila terbukti tuduhan mereka tidak benar tidak minta maaf pun.

Caldina said...

Sudah tiba masanya beralih kepada masalah-masalah yang lebih serius dan perlukan perhatian. Kalau asyik tertumpu dengan kes Anwar, sampai bila-bila pun di takuk yang sama saja.

nickko said...

memang benar badan kehakiman negara ini bebas dan adil.. malah semasa kes Anwar masih dibicarakan, beliau masih diberikan kebebasan keluar masuk negara tanpa sekatan, bebas kehulu-kehilir menyebarkan agenda politik dan bebas mengajak rakyat melakukan demonstrasi di jalanraya..

nickko said...

pemimpin sepatutnya mempertahankan rakyat atau melindungi rakyat.. dalam kes Anwar, dia minta rakyat yang mempertahankan beliau dan merayu kepada rakyat untuk menaikkan beliau sebagai pemimpin negara.. adakah itu ciri2 seorang pemimpin yang pernah mendapat gelaran 'anugerah tuhan'??