Saturday, April 14, 2012



Adun Tempasuk, Datuk Musbah Jamli membidas pembangkang yang disifatkannya sebagai suk berjanji dan suka menabur fitnah. Kenyataan itu disuarakan oleh pembantu menteri Pertanian dan asas tani itu dalam satu majlis perjumpaan JKKK dan ketua-ketua Kampung di Dewan datuk MUsbah di kampung Taun Gusi.

KOTA BELUD: Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah(JPKAS)telah membelanjakan sebanyak RM170,353,170 kepada 71,606 kes atau penerima bantuan Kebajikan Am Sabah, sehingga pada April tahun ini, bagi seluruh negeri ini.


Pembantu Menteri dan Industri Makanan Datuk Musbah Haji Jamli berkata, jumlah perbelanjaan bantuan negeri Sabah pada 2011 berjumlah RM 246, 605, 530.00 bagi 71, 470 kes.

“Manakala jumlah penerima dan perbelanjaan Kebajikan Am bahagian Kota Kinabalu sehingga April 2012, di Kota Belud saja telah membelanjakan sebanyak RM 777, 276 dengan kes seramai 2, 016 orang, ini bererti kerajaan Barisan Nasional sangat prihatin untuk mengeluarkan rakyatnya daripada kepompong kemiskinan, 

“Tidak seperti pembangkang, mereka hanya tahu memfitnah usaha murni kerajaan untuk meracuni fikiran rakyat supaya rakyat terpengaruh dengan pujuk rayu mereka, kononnya kerajaan Barisan Nasional ini, tidak dapat membela nasib rakyat, 

“Kenapa baru sekarang pihak Pembangkang yang dulunya pernah menjadi pemimpin Kerajaan, tidak mengeluarkan rakyat Sabah daripada kepompong kemiskinan, tetapi apabila Kerajaan BN sedang memperlihatkan pembangunan ekonomi rakyat sama ada di dalam dan luar bandar baru mereka terngadah”katanya kepada media, selepas taklimat Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah kepada Ketua-ketua Kampung dan Pengerusi-pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung, Kawasan Dewan Undangan Negeri, Tempasuk, di Dewan Datuk Musbah, di sini, pada Sabtu.

0 ulasan :