Sunday, April 22, 2012





Dilema yang menyelubungi ketua cawangan UMNO Kampung Kupang Kota Belud tentang status cawangan mereka seharusnya tidak timbul di saat-saat PRU 13 hampir menemui pengundi. Ketua cawangan kampung berkenaan Mejan Tun berkata cawangan berkenaan telahpun diberikan kebenaran oleh setiausaha agung UMNO Datuk Tengku Adenan Mansor bertarikh 4 julai 2008 tetapi hingga kini cawangan itu tidak pernah diarah untuk mengadakan mesyuarat cawangan.

Setiuasaha UMNO Bahagian Kota belud, sdr Marali Adim pula dalam satu kenyataan, mengatakan tidak terdapat cawangan berkenaan dalam senarai cawangan UMNO di Kota Belud. Datuk Salleh selaku ketua UMNO Bahagian Kota Belud yang dihubungi oleh Sabahkini,net. pula cuma memberikan kenyataan supaya perkarta itu dapat dirujuk kepada setiuasah UMNo Bahagian, Sdr Marali Adim.

Adalah sesuatu yang menghairankan kerana sebagai Bahagian UMNO yang pertama di sabah, UMNO Kota Belud seharusnya tidak menimbulkan keresahan di kalangan ketua-ketua cawangan parti berkenaan. Seolah -olah gambarannya data atau rekod UMNO Bahagian Kota belud tidak pernah dikemaskini,kerana jika tidak masakan cawangan Kg Kupang ini boleh tidak tersenarai dalam rekod UMNO Bahagian Kota Belud.

Datuk Salleh selaku ketua UMNO Bahagian sewajarnya mengambil tindakan drastik mengenai perkara ini, kerana dari maklumat yang diperolehi, ahli-ahli cawangan seramai  lebih 60 orang telah bvertindak menyertai pembangkang.



Oleh : ISMAIL MOHD ROSLI



SERAMAI 61 ahli cawangan Umno Kampung Kupang, Kota Belud, melahirkan rasa kecewa kerana tidak pernah diarahkan untuk mengadakan mesyuarat cawangan di kampung itu sejak beberapa tahun yang lalu tanpa sebarang alasan daripada pihak yang berkenaan.

Ketua Cawangannya, Menjan Tun, berkata cawangan Umno di kampung itu telah menerima ‘Sijil Kebenaran’ daripada Umno pusat bertarikh 4 Julai 2008 nombor rujukan SBH.251/88-20812 yang ditandatangani oleh Setiausaha Agung Umno Malaysia, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor pada ketika itu.

Menurut Menjan, cawangan kampung itu telahpun dirasmikan oleh Datuk Musbah Jamli tahun 2008 yang pada ketika itu selaku Ketua Bahagian Umno Kota Belud dan perasmian itu turut disaksikan oleh Datuk Japlin Akim.

“Malangnya selepas tahun tersebut cawangan Umno di kampung ini tidak pernah diarahkan untuk mengadakan mesyuarat, tidak ada satupun surat arahan untuk bermesyuarat saya terima, kami amat kecewa, semua dokumen yang diperlukan oleh pejabat Umno Bahagian Kota Belud telahpun kami hantar, namun sehingga ke hari ini tidak ada sebarang jawapan yang menggembirakan,” katanya lagi.

Menurut Menjan lagi, disebabkan tidak pernah diarah untuk bermesyuarat selepas tahun 2008 ada di kalangan ahli-ahli Umno di cawangan itu menemui beliau menyatakan hasrat untuk menyertai parti pembangkang kerana merasakan khidmat mereka di dalam parti Umno Kota Belud tidak diperlukan.

Katanya, beliau berusaha memujuk dan meyakinkan ahli-ahli Umno di cawangan ini agar tidak bertindak mengikut perasaan dan perlu bersabar menunggu sehingga masalah yang menjadi dilema selama ini dapat ditangani secepat yang mungkin pihak yang berkenaan.


“Apa yang diharapkan oleh ahli-ahli Umno di cawangan ini kami cuma memohon agar di masa hadapan cawangan kami juga diarahkan untuk mengadakan mesyuarat sama seperti cawangan-cawangan Umno yang lain di Kota Belud,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Ketua UMNO Bahagian Kota Belud, Datuk Seri Panglima Mohd Salleh Tun Said ketika dihubungi di Jakarta meminta Sabahkini merujuk isu tersebut kepada Setiausaha Bahagian, Marali Adim.

Dalam kenyataannya, Marali menjelaskan bahawa UMNO Bahagian Kota Belud tidak pernah menghalang mana-mana cawangan daripada bermesyuarat melainkan cawangan yang bermasalah dengan Pendaftar Pertubuhan, terutama yang gagal menghantar laporan tahunan sebagaimana yang dikehendaki di bawah Akta Pertubuhan.

Menurut semakannya, Marali memaklumkan bahawa Cawangan Kg Kupang tiada dalam senarai cawangan aktif UMNO Bahagian Kota Belud bagi 2011 dan 2012.

"Dalam hal ini baik kita tunggu ulasan Ketua Bahagian kerana sejak saya mengambil alih jawatan Setiusaha Bahagian pada 1 Januari 2011 daripada Adlan Lonoh, Cawangan Kupang memang tidak tersenarai dan tiada sesiapa menghubungi saya berhubung isu ini," kata Marali lagi.

0 ulasan :