Saturday, April 7, 2012

" Saya tidak tahu mengapa UMNO KB mencadangkan semula Datuk Rahman Dahlan di Parlimen Kota Belud pada PRU 13" Inilah ungkapan mantan seorang calon pembangkang di DUN USUKAN kepada kelapamawar sejurus selepas saya mengajukan pandangannya mengenai 'nilai' kepimpinan ahli Parlimen itu. Rakyat Kota Belud dan politik di Sabah sudah benar berubah berbanding PRU 12 yang lepas. Maklumat begitu pantas 'menemani' mimpi-mimpi malam rakyat Kota Belud, katanya lagi.


Apakah BN dan UMNO Kota Belud tidak menyelami kehendak dan sentimen akar umbi yang inginkan calon anak tempatan? Tanyalah kepada kelapamawar. Justeru dari satu segi, jika benar UMNO KB telah dan bersetuju supaya Datuk Rahman Dahlan dikekalkan sebagai calon PRU 134 nanti, maka ia satu kelebihan besar kepada pembangkang di daerah ini , sekaligus isu ini boleh dimainkan untuk memintal undi berterusan dari rakyat.

Prestasi dan 'persembahan' seseorang wakil rakyat itu tidak lagi jadi ukurannya di Kota Belud, isu yang lebih utama ialah calon import atau calon tempatan.? Namun bila kelapamawar mengajukan tentang isu parti import dan parti tempatan, sebaliknya mantan calon pembangkang ini berhujah bahawa, parti import dengan calon anak tempatan lebih sendikit baik daripada parti import dan calon juga import.

Apakah buktinya bahawa sentimen calon anak tempatan mula mengambil tempat dalam politik Sabah? Sindrom menolak kepimpinan yang dilahirkan dari sindrom import ini telah berlaku di kebanyakkan daerah di Sabah. Kimanis, papar,Kota Marudu dan Kota Belud sentimen ini mula dianggap sebagai 'keperluan' dalam memilih pemimpin. 

Beberapa pemimpin dan politikus yang sempat ditemui juga melahirkan kebimbangan jika Rahman Dahlan dicalonkan semula, maka BN akan kehilangan kerusi Parlimen Kota Belud.

1 ulasan :

Unknown said...

Sy pun x setuju tahman dahlan dipilih semula..sy terdgr org2 kb ckap,en liasin bin kaloh sbnarnya calon bn kota belud..kenpa msti ditukar?