Sunday, April 15, 2012




MP Kota Belud, Datuk Rahman Dahlan dalam temubual ekslusif dengan media UMNO yang disiarkan dalam youtube mendakwa berkaitan dengan kuasa autonomi Sabah seperti yang terkandung dalam kuasa-kuasa imigresen boleh 'menghalang' Najib daripada memasuki Sabah. Contoh yang diberikan oleh setiausaha Bn Sabah itu walaupun pada asasnya merujuk kepada kuasa Autonomi Imigresen seperti dalam 20 perkara , tetapi memberikan contoh sehingga 'meletakkan' pemimpin nombor satu negara itu dilihat tidak tepat dan mengelirukan. Kerana sebelum ini, kuasa-kuasa imigresen yang disebutkan oleh Rahman dahlan itu tidak pernah digunakan untuk menyekat atau menghalang PM datang ke Sabah.

Dalam temubualitu juga Rahman Dahlan mendakwa Sabah kini sudah mempunyai kuasa Autonominya dalam 3 aspek iaitu, Kuasa Imigresen,Penubuhan Kabinet negeri dan juga penggutan cukai. Sementara itu Rahman turut mendakwa bahawa janji PR terutama Datuk Seri Anwar untuk memberikan kuasa Autonomi kepada Sabah hanya akan menaikkan sentimen kenegerian dan membangkitkan perasaan anti- Malaya.

Sebelum ini Anwar Ibrahim yang beberapa kali melawat Sabah berjanji jika PR berjaya menawan Putrajaya, Sabah akan diberikan Autonomi seperti yang terkandung dalam perjanjian Malaysia ( 20 perkara). Antaranya ialah memberi keutamaan kepada rakyat Sabah dalam perlantikan jawatan-jawatan utama dalam sektor perkhidmatan awam di negeri itu selain daripada kuasa mutlak dalam aspek pendidikan.

Sebagai rekod Dalam lawatan Anwar Ibrahim kes Sabah 3 hari lepas, ketua pembangkang itu mengulangi kembali ikrarnya bahawa bila PR berjaya menawan Putrajaya pada PRU 13, ini Sabah akan mendapat semula kuasa Autonominya. Apakah penjelasan Datuk Rahman Dahlan ini mengambilkira fakta sejarah termenterainya perjanjian Malaysia? Atau apakah kenyataan itu adalah retorik politik? dengar dan nilailah sendiri.



0 ulasan :