Friday, April 6, 2012



MP Kota Belud kata seorang pemimpin kemajuan rakyat di kota Belud sebagai "terlalu" sibuk dan sering berada di luar kawasan. Datuk Rahman yang sebelum ini sentiasa kelihatan 'menyertai' wacana dan perdebatan di peringkat pusat yakni di Kuala Lumpur, selalu terlepas pandang masalah dan isu di Kota Belud sekalipun pegawai perhubungan Parlimen sentiasa di tinggalkan di pejabat perhubungan parlimen Kota Belud.

Sebelum ini,seorang aktivitis NGO sdr Razak Rakunman mendakwa telah beberapa kali menghubungi Rahman Dahlan atas beberapa isu dan permasalahan terutama bersangkut suku Iranun tetapi MP Kota Belud itu juga 'gagal' ditemui.

Beberapa minggu yang lepas seorang rakan FCB yang menghantar messege kepada kelapamawar turut mendakwa yang sama. Dalam laman FCB Datuk Rahman juga terpampang mengenai isu dan hasrat Kementerian Kemajuan Luar Bandar untuk berbincang dengan kementerian Pertahanan mengenai cadangan memindahkan kem latihan tentera atau kem paradise yang dikatakan terletak di kawasan perkampungan. Namun isu ini gagal diresponse oleh Datuk Rahman.

Laporan media :

KOTA BELUD: Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah akan berbincang dengan Kementerian Pertahanan mengenai cadangan memindahkan kem latihan tentera atau Kem Paradise dekat sini ke lokasi yang lebih sesuai.


Timbalan Menterinya Datuk Hasan Malek berkata latihan ketenteraan di lokasi tersebut tidak lagi sesuai memandangkan persekitarannya merupakan kawasan kampung.

Beliau mencadangkan agar kawasan kem itu dijadikan penempatan penduduk dan kawasan mengusahakan kegiatan pertanian.

"Di samping itu, kawasan itu yang kaya dengan keindahan alam semula jadi boleh dimajukan sebagai kawasan industri pelancongan," katanya kepada pemberita selepas melawat projek Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah di Kampung Lasau Podi di sini, Ahad.

0 ulasan :