Saturday, February 4, 2012




Memang sudah dijangka, habuan bantuan BR1M yang bernilai RM500 bagi rakyat yang berpendapatan di bawah RM3000 di Sabah akan terus 'tercemar' dengan pelbagai skandal dan kes yang mencurigakan. Daripada sistem pengagihan yang tidak 'mesra' rakyat di mana rakyat dibiarkan beratur berjam-jam dan malah ada yang terpaksa menunggu dua hari untuk memperolehi baucer PRU itu, ada juga kes yag lebih besar di Sabah iaitu ada rakyat asing yang mendapat bantuan tersebut. Di Tenom sudah ada kes seumpama itu..

TENOM (Sabah): Kehadiran seorang warga asing berbangsa Pakistan pada 19 Januari lepas di Dewan Masyarakat Seri Antenom, untuk menerima Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) menimbulkan keresahan ratusan penerima tempatan.
“Kenapa dia berada di sini,” demikian rata-rata persoalan yang mendorong siasatan dilakukan oleh pasukan keselamatan daerah itu.
Bagaimanapun beliau dibenarkan berbaris selepas menunjukkan MyKad, yang nilainya sama seperti yang dimiliki oleh rakyat tempatan.
Sekumpulan pemimpin tempatan berbisik tidak jauh daripada lokasi itu yang kedengaran berkata;
“Apa sudah jadi dengan negeri kita,”.
Aktiviti penerima bantuan ini ialah penjaja kain ke kampung-kampung serta ais krim di Tenom, yang asalnya berada di daerah itu sebagai pelawat (memiliki visa pelancong).
Di Keningau keadaan serupa terjadi apabila ratusan warga asing yang memiliki MyKad berduyun-duyun untuk menerima bantuan itu.

50 ulasan :

MASBAK RUMASHID ABD RAHMAN said...

Dalam gambar di tenom ini, keturunan pakistan. Macam orang di KK.

Kesilapanya penerima ini berjambang puteh macam biri biri.

Soal kepelikan wujud kerana ada KP
mungkin dia sudah di malaysia 20 tahun yg lalu

Sabar Kelapa mawar. Mungkin perlu ada makinesma untuk siasatan.

ForestOrchid said...

salam Kelapa Mawar, memang sah, apa yang saya cakap,, spisis ini juga ada dimana2, silapnya saya tidak sempat ambil gambar...yang si Duda keluar dalam news minggu dulu kecewasakan ditolak permohonan menerima bantuan ini dengan alasan kerana dia duda...hehe apa cerita itu??????

ForestOrchid said...

Yang si Duda itu orang tempatan, langsung tidak dapat, sudahlah ramai anak katanya..yang saya ini orang tempatan tegarpun tidak dapat juga, orang asing pula yang siok2 dapat, namun tidaklah kerana RM5 ratus saya terus tukar kiblat...macam si duda itu..

Kris Jr said...

Makanya RCI harus diluluskan penubuhan dan dilaksanakan sebelum PRU13.

Kris Jr said...

Setahu saya duda di tenom tiada tanggungan sebab tu dia tidak layak

Jason said...

He doesn't really look like a pakistan. Maybe its because of his beard.

Jason said...

Nevertheless, he must be investigated. We can't let a foreigner receiving the aid. The aid should be given to only locals.

Jason said...

Regarding the widower that Bicara Hani mentioned in her comment, he does not deserve the BR1M aid. He didn't fulfil the requirement.Firstly, the age for senior citizen is 60 and above but he is below the age of 60. Secondly, he doesn't have anyone to support. So we can't blame the government for not giving him the aid. There are many people who deserve the aid more than he does. These people has family to support.

Anak Sabah said...

Kerajaan perlulah memastikan mereka yang memohon bantuan BR1M ini adalah layak iaitu berpendapatan RM3000 ke bawah dan adalah 'Warganegara'.

Anak Sabah said...

Rakyat tempatan haruslah diberikan keutamaan dalam segala bantuan kerajaan. Soal si Duda itu pula, walaupun saya bersimpati dengannya, tapi ada isi rumah yang lagi kesian dan memerlukan bantuan tersebut seperti mereka yang masih ada anak kecil ataupun ibu-bapa tua, pembayaran perubatan dan lain-lain.

Unknown said...

benarkah dia itu orang Pakistan? takkan kerana dia menyimpan jambang nak dikatakan Pakistan? tgk muka tak mcm Pakistan pun.

Unknown said...

apapu, bantuan tersebut hnyalah untuk rakyat tempatan sahaja, warga asing tak berhak menerimanya.

Hinamori said...

agencies responsible for the BR1M in the state, to not keep the recipients waiting unnecessarily during the distribution ceremony.

Hinamori said...

important is that there must be cooperation from all concern so that any problem relating to the BR1M distribution will be resolve

DorianG said...

This matters needs to be looked into.

DAMN said...
This comment has been removed by the author.
POP said...

Ini masalahnnya daripada projek IC. Dah jadi serius bah...

POP said...

Kena memberikan peluang kepada orang sendiri dahulu, jangan membiarkan orang asing berasa boleh mengambil kesempatan.

Anonymous said...

memang sudah terkenal di Malaysia dan Sabah khususnya terdiri dari pelbagai bangsa. macam2 ada. tapi yang tidak memuaskan hati bila orang yang dapat BR1M tu merupakan orang asing yang diragui kewarganegaraan mereka walaupun ada MyKad. saya rasa mereka ni perlu disiasat. manatau dapat MyKad ikut pintu belakang.

Anonymous said...

orang tempatan tak dapat, orang asing pula dapat. memang tak adil lah..

Anonymous said...

Siapa yang bertanggungjawab dengan pemberian ic projek?? Sekarang PATAI pun dapat keistimewaan.

Anonymous said...

Kedai runcit pun ada muka mereka. Di kedai carpet, kedai kain..maju pula mereka di sini.

kamilla said...

Mungkin bukan orang pakistan.. cuma jambang dia saja buat dia nampak begitu..

kamilla said...

Tap jika betul dia bukan warganegara, harus di siasat bagaimana beliau boleh dapat IC dengan senang..

kamilla said...

Warga asing tidak patut dapat kemudahan ini.. Ini hanya utuk warga tempatan..masih ramai lagi yang memerlukannya.

Unknown said...

Mungkin beliau ini mempunyai syarat yang lengkap dan memenuhi apa yang perlu. maka sebab itulah dia layak.

Unknown said...

Untuk mendapatkan BR1M perlu ikut syarat yang ditetapkan. Kalau ada Mykad maka sudah pasti dia sudah menjadi warganegara maka layak perlu lepas dengan syarat yang lain lagi.

Unknown said...

Ini sengaja dijadikan isu oleh sesetengah pihak. Kita perlu faham sebelum kita memberikan ulasan. Syarat itu yang kita perlu ikut untuk mendapat BR1M ini.

mike said...

baru sedarkah? inilah yang dikatakan projek IC...harap menteri KDN nampak ni kejadian...lepas tu cakap tu orang tempatan atau asing..

mike said...

RCI harus ditubuhkan segera...

mike said...

yang pasti perkara ini menimbulkan rasa tidak puas hati dan marah rakat kepada kerajaan persekutuan kerana melambat-lambatkan / berdalih-dalih penubuhan RCI untuk menyiasat projek IC...dan kemarahan ini akan diterjemahkan pada pru13 jika pusat terus bersikap kebudak-budakan yang ketakutan.

zam said...

benarkah dia orang pakistan? atau hanya kerana dia mempunyai janggut.

zam said...

apa pun, sebaiknya jika pekara ini diberikan perhatian yang sewajarnya.

zam said...

apa pun, BR1M sebenarnya baik untuk membantu meringankan beban rakyat.

Anonymous said...

bagus juga jika ada siasatan dibuat.. tapi sekiranya siasatan juga membuktikan bahawa beliau adalah warga tempatan atau warga asing yang telah diberikan kerakyatan melalui prosedur ketat JPN, jangan lupa dedahkan..

Anonymous said...

Its purely for the original Malaysia. Why the government can use our tax payee money to help others?

Anonymous said...

Harus membuat siasatan sebelum mengambil tindakan seterusnya.

Anonymous said...

BR1M harus diberi mana-mana golongan yang betul-betul berkelayakan dan bukan untuk memancing undian.

Anonymous said...

Memang banyak yang tidak adil yang kerajaan buat untuk rakyat. Ini cuma menambahkan ketidak puas hati terhadap kerajaan sahaja.

Anonymous said...

Tidak perlu membuat jangkaan, pihak berkuasa yang harus membuat siasatan agar tidak pihak mengambil kesempatan.

No name said...

Pastikan yang berkelayakan yang dapat bantuan tersebut.

No name said...

Yang harus dapat tidak dapat, yang tidak harus dapat pula dapat. Ini membutkikan kelemahan kerajaan.

No name said...

Siapakah rakyat tulen? Tidak mungkin kerajaan tidak dapat membezakannya?

No name said...

Banyak yang tidak adil bukannya kali pertama sebegini.

No name said...

Buatlah siasatan supaya mereka yang tidak berkelayakan dihantar balik.

aku baini said...

apa yang penting, bantuan BR1M ini harus diberikan kepada mereka yang layak memohon

aku baini said...

Berharap bahawa kerajaan BN akan bersungguh-sungguh untuk melindungi kepentingan Sabahan supaya rakyat tidak akan hilang keyakinan terhadap pucuk pimpinan BN.

aku baini said...

the setting up of a Royal Commission of Inquiry to investigate the continuous presence of huge number of illegal immigrants and those foreigners with MyKad in Sabah is necessary before the situation comes to a stage of ‘no return’.

aku baini said...

the most important thing is, there must be a full and intensive investigation of the issue of a sudden increase in population in Sabah

aku baini said...

harap penduduk tempatan yang berjaya menerima bantuan ini menggunakannya dengan bijak