Saturday, February 4, 2012


Sejak mengeluarkan kenyataan menghentam UMNO mantan menteri kebudayaan ini menjadi perhatian media.Dan terbaru ada khabar angin dari utara kononnya Kadir akan meninggalkan UMNO dan menyertai PKR.Para blogger di semenanjung juga sudah heboh mengenai perkara itu.

Khabar angin bertiup kencang di Utara menyatakan Pak Kadiaq dan beberapa orang rakan dan sekutu beliau akan menyertai Pkr semakin hangat. 

Tan Sri Abdul Kadir bin Sheikh Fadzir (lahir 4 Jun 1939 di Kampung Tawar, Kulim, Kedah) merupakan ahli politik UMNO dari Kulim,Kedah,Malaysia.

Beliau mantan Menteri Penerangan (2004 - 2006) dalam Jemaah Kabinet , Perdana Menteri Malaysia ,Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Beliau menang bertanding kawasan parlimen P18 Kulim-Bandar Baharu, Kedah sejak Pilihan raya 1978, 1982, 1986, 1999, 2004 dan tidak bertanding pada 2008.

Merupakan jurucakap dan orang kuat kepada Anwar Ibrahim sewaktu Anwar bertanding jawatan Timbalan Presiden Umno1993.

Tidak hairanlah beliau baru-baru ini mengeluarkan kenyataan-kenyaaan panas yang menyebabkan ramai orang marah kepada beliau.

11 ulasan :

Kris Jr said...

Tiada jawatan yang dia pertahankan. jadi cakap apa saja pun tidak rasa goyah

Kris Jr said...

Kelantangan Kadir bersuara untuk mendadaptkan jawatan setelah lompat parti

Anak Sabah said...

Betulkah Kadir akan keluar parti untuk mengikuti PKR? Kita tunggulah dan lihat nanti.

Anak Sabah said...

Jika beliau tidak ada hati berjuang bersama BN, biarlah Kadir keluar sahaja daripada terus menjadi duri dalam daging.

Anonymous said...

patutlah dia mula nak memburukkan BN, rupanya ada niat nak sertai pembangkang.

Anonymous said...

bila tak lagi dilantik jadi Menteri, mula nak berpaling tadah.

Anonymous said...

khabar angin saja..belum tahu kesahihannya. mungkin juga sengaja digembar-gemburkan oleh pihak2 tertentu yang inginkan UMNO bercerai berai.

Anonymous said...

Another hypocrite seasoned leader?

Anonymous said...

Walaupun Kadir Sheikh lompat parti, adakah beliau masih mampu mempengaruhi pengundi?

Unknown said...

Tidak semestinya dia melompat parti akan mendapat sokongan dari rakyat. Kita boleh ambil contoh sendiri Jeffery di Sabah. Apa sudah jadi dengan kepercayaan penduduk Sabah terhadap beliau.

Anonymous said...

keluar saja ba.. jangan teragak2.. jika ramai pemimpin2 umno yang merasakan bahawa umno akan kalah pada PRU kali ini, pasti akan lebih ramai ahli2 yang akan keluar.. untuk selamatkan kareer politik masing2, cara terbaik adalah lompat parti..