Monday, February 20, 2012


Pendedahan oleh aktivitis politik Sabah, sdr Jabar Khan Nafi bahawa UMNO dan BN di Sabah terlibat dalam pengrekrutan PATI sebagai pengundi di Sabah bukanlah satu perkara baru, malahan sudah ada memorundum diserahkan kepada Menteri Dalam Negeri Datuk Hishamuddin  mengenai perkara tersebut ,namun tidaka ada tindakan yang diambil .

Baru-baru ini kedatangan Najib di Sabah dalam lawatan dua harinya diharapkan dapat mengumumkan penubuhan RCI berkaitan dengan PATI ,namun sehingga pulang ke KL,Perdana Menteri itu langsung tidak menyentuh isu RCI.Lawatannya disifatkan oleh beliau sendiri mungkin tidak ada lawatan lagi selepas ini atau mungkin ada lawatan susulan memberi gambaran, seolah-olah PRU 13 tersangat dekat. Ertinya RCI tidaka akn ditubuhkan sebelum PRU 13.

Jabar Khan-merupakan bekas tahanan ISA mendedahkan bahawa terdapat Pasukan Petugas Khas UMNO sabah yang dibentuk pada 1991 dan pemegang tugas dari 1991-1993 adalah seperti,

Pengarah:Datuk Musa Aman,(sekarang Ketua Menteri Sabah)
Timbalan Pengarah:Datuk Yahya Hussin(sekarang Timbalan Ketua Menteri Sabah)
Setiausaha:Jabar Khan sendiri.
Bendahari:Mendiang Datuk Malik Chua.

Tugas mereka adalah untuk merekrut pendatang asing yang akan diberikan KP MALAYSIA dan didaftarkan sebagai ahli UMNO dan didaftarkan dalam Daftar Pemilih Sabah.Sasaranya adalah 30 kawasan pilihanraya(daripada 48)untuk memastikan pada pilihanraya umum negeri yang seterusnya,PBS akan kehilangan kuasa dengan pertolongan pengundi-pengundi hantu ini....
Sumber:buku Lest We Forget m/s 74
(by:Dr Chong Eng Leong)

30 ulasan :

SUARA RAKYAT said...

Kalau benarlah dakwaan Chong Eng Leong itu, maka pasti Bn/Umno menang PRU-1994, terbukti, PBS juga yang menang. Pada PRU-1994, PBS mendapat kerusi 25 daripada 48, manakala BN/umno 23.

Pemalsuan IC dijalankan kerana kepentingan bisnes..mereka memanfaatkan gerakan mendaftar bumiputera islam yang belum berdaftar demi mengaut keuntungan. Sehingga kinipun, masih ramai penduduk luar bandar terpencil, masih belum berdaftar, malah belum berkad pengenalan. Orang2 palahau di Semporna, salah satu contohnya.

Unknown said...

KM,
Allahyarham Tuan Haji Malek Chua. Mungkin dia tidak terlibat dengan PTI kerana dia hanya menyertai UMNO untuk seketika....

DorianG said...

Do you honestly believe the credibility of this author? This Dr Chong Eng Leong?

DorianG said...

In the past, he even acused Datuk Yong Teck Lee have had an involvement with regards to the 'Phantom Voters' issue.

DorianG said...

The following is the article taken from Wikisabah for this:
Dr Chong should apologize for misleading public all the years

http://wikisabah.blogspot.com/2011/08/dr-chong-should-apologize-for.html

DorianG said...

according to the article, with respect to Datuk Yong, "Dr Chong should apologize to the people of Sabah for misleading them all these years."

DorianG said...

Now, my question is: If this man CAN and ABLE to mislead the masses with regards to Datuk Yong on the subject, can this allegation too against our CM is the same with malice intention as the General Election is looming in?

Antanum said...

RCI perlu ditubuhkan dengan segera bagi mengelak pelbagai andaian yang dilemparkan kepada pemimpin2 Sabah.

Antanum said...

Apa yang dikatakan tidak mungkin benar kerana sejak Datuk Musa memegang jawatan KM, telah banyak usaha yang dilakukan untuk menyesaikan masalah PATI.

Green Sabah said...

Are there any proven evidence regarding this, it cannot be trusted unless there are actual proofs.

Green Sabah said...

We should wait for investigation on this Pasukan Petugas Khas UMNO sabah.

Anonymous said...

dakwaan ini belum tentu ada benarnya. apa bukti bagi dakwaan ini?

Anonymous said...

Musa Aman sendiri banyak melakukan usaha dalam membannteras PATI, dia juga inginkan RCI ditubuhkan bagi menyelesaikan masalah PATI di Sabah.

Anonymous said...

kita jgn mudah percaya pada dakwaan2 seperti ini, ia tak ada asas sama sekali.

Hinamori said...

Musli Oli pun merasakan mendiang Malek Chua tidak terlibat pun tu semua kabar angin saja.

Anonymous said...

pada April 1990 Kerajaan Persekutuan pernah menubuhkan suruhanjaya siasatan diraja bagi membenteras operasi mengeluarkan kad pengenalan biru kepada pendatang asing tanpa izin yang didalangi oleh sebuah parti politik pembangkang terbesar di Sabah...

kamilla said...

Rasanya sejak Datuk Musa memegang jawatan sebagai KM sabah, banyak usaha telah di buat bagi menyelesaikan masalah ini.

kamilla said...

Jangan percaya dengan khabar angin seperti yang di katakan oleh Chong Eng Leong,tiada bukti yang kukuh untuk mengiyakan dakwaan beliau.

kamilla said...

Harap rakyat tau menilai, jangan cepat terpedaya dengan berita2 yang memburukkn pemimpin kita.

Anonymous said...

Dakwaan Chong Eng Leong perlulah disertakan dengan bukti2 yang kukuh jika benar perkara ini berlaku. ataupun dakwaan ini dibuat semata2 untuk mengalih perhatian rakyat supaya tidak menyokong kerajaan pada PRU nanti??

Anonymous said...

masalah PATI telah lama membelenggu Sabah dan rasanya jika ingin kepastian siapa yang terlibat dalam kemasukan PATI ni, RCI perlu ditubuhkan. saya pasti PM sudah mempunyai jawapan untuk tuntutan penubuhan RCI.

Hamdan Hadillah said...

Tapi jika kita lihat pun kemenangan BN pada masa itu disebabkan PBS menyertai BN. Jadi bukannya disebabkan oleh PATI di Sabah.

Hamdan Hadillah said...

Tambahan lagi adakah kenyataan Dr Chong Eng Leong ini benar atau sama kes seperti apa yang dia katakan tentang Yong Teck Lee sehinggakan dia memohon maaf dengan kenyataan yang tidak ada faktanya. Mungkin kes ini akan sama juga nanti.

Hamdan Hadillah said...

Itulah pasal..Kalau benar pun BN/UMNO masa itu melakukan semua pemalsuan tersebut, sudah pasti BN menang. Tapi jawapannya tidak. Kerana PBS tetap memenangi majoriti berbanding dengan BN. Jadi ini mungkin tidak benar.

Sanih Alias said...

Menarik juga apa yang ditulis itu. Namun sudah semestinya tidak pasti kebenaran dalam hal ini. Pasti pelbagai khabar angin mula dipermainkan dekat-dekat PRU 13 akan datang. Ini bagi melemahkan sokongan penduduk dengan Datuk Musa. Namun itu tidak akan terjadi.

Sanih Alias said...

Masih ada keraguan apa yang dikatakan oleh Chong Eng.. Kita tidak ada bukti yang mahu mengaitkan Datuk Musa terlibat dalam kes ini.

running man said...

Terpulang kepada pembaca sama ada mahu mempercayai apa yang ditulis atau tidak.

running man said...

Isu PATI ini memang bikin sakit hati saja sebab tiada kesudahan. Makin teruk ada lah. Sekarang mereka ada sultan lagi.

Anonymous said...

Rebirth:
pada April 1990 Kerajaan Persekutuan pernah menubuhkan suruhanjaya siasatan diraja bagi membenteras operasi mengeluarkan kad pengenalan biru kepada pendatang asing tanpa izin yang didalangi oleh sebuah parti politik pembangkang terbesar di Sabah...

Siapa pembangkang terbesar di Sabah pada ketika itu?

Anonymous said...

Berhenti bermain tarik tali dan cari jalan penyelesaian. Kedaulatan negeri ini sepatutnya dipelihara, bukan bersekongkol dengan dalang projek ic.