Thursday, February 2, 2012



Tun Mustapha, Datuk Mohd. Noor Mansor, Datuk Yahya Lampong adalah antara pemimpin besar yang berjaya mengukir nama di persada politik Kota Belud.Di awal-awal pasca politik kemerdekaan hingga di era pengaruh PBS, Daerah kota belud tidak lekang menerima 'pemimpin luar' yang "ditempatankan" yang kemudiannya setelah era politik 90-an dan abad ke 21 ini, Pemimpin luar di sebut dengan ironi "pemain Import".Malahan seorang penyokong tegar Tun Mustapha di Usukan memberitahu, walaupun bapa kemerdekaan itu sudah lama meninggalkan kita, namun jika 'namanya' dicalonkan di Usukan, pasti akan meraih undi majoriti, hatta sesiapa juga pemimpin Kota Belud baik dari BN/UMNO atau PR/Pembangkang yang diletakkan untuk menentangnya. Begitu sampai sekali gambaran paradigma politik pengundi di Kota Belud. Tun Mustapha disanjung, diulit pengaruhnya bukan kerana parti USNO tetapi kerana 'karisma'nya. Bukan kerana harta,pangkat,dan jauh sekali untuk hubungannya dengan pemimpin negera. Karismatik pemimpin inilah yang menjadikan isu "pemain import' ini tidak pernah timbul dan tidak pernah dipedulikan dalam sanubari pengundi Kota Belud.Hatta 'pegangan' politik itu berterusan di era politik 70-an,80-an dan 90-an di bumi daerah pejuang ini.

Namun pada era politik negara diambang suntikan laungan "reformasi' terutama pada PRU12 yang lepas, isu 'pemain import' ini mula berlegar di cerita-cerita kedai kopi di Kota Belud.Ianya bukan lagi berkisar kepada 'karismatik' atau kepopularan ataupun keupayaan pemimpin luar ini, tetapi ia lebih kepada 'kerasionalan' sehingga 'pemain import' ini di bawa masuk. seorang pejuang politik di Usukan pernah memberi tahu bahawa 'Kota Belud' sudah tidak ada pemimpin yang diharap, kerana itu politikus luar di bawa masuk. Walaupun ada hujahan bahawa selalunya "pemian import' di bawa masuk untuk membantu pasukan mencapai kejayaan, namun dalam politik isu itu bukan utama kerana yang lebih nyata ialah 'pemain import masuk dan pemain tempatan 'dikeluarkan'.

Inilah antara kelemahan BN di Sabah, sentimen masyarakat setempat tidak seperti di Semenanjung di mana-mana 'asal' calon tidak mempengaruhi undi.Tapi di Kota belud terutama pasca PRU12, isu "pemain import' ini mula mendominasi paradigma pengundi di daerah bertuah ini. "Pemimpin luar" diteropong saban waktu dan malah ada yang secara terus terang mahukan 'pemain import' 'dinyahkan' terus dari mimpi politik daerah Kota Belud.

Jika percaturan BN dan UMNO pada PRU 12 ini dikekalkan di Kota Belud, ia tidak akan memberikan apa-apa manfaat kemenangan kepada parti itu, bahkan sokongan dijangka akan merudum lebih teruk dari majoriti yang diperolehi pada PRU lepas. Isunya bukan kerana kebencian atau kerana dendam atau kerana assabiyah, tetapi isunya ialah kerana 'pemimpin tempatan' yang masih bergentayangan dan bertaburan di pelusuk daerah kota belud ini harus segera diberikan 'ruang'. Begitu ramai yang menunggu, masakan peluang itu pula ditutup hanya kerana percaturan politik golongan tertentu yang berada pada kelas atasan. Jika "pemimpin lama' 'direhatkan' maka wajar pemimpin baru dikedepankan. kerana hujah pengundi ini , orang tempatan di Kota Belud boleh memahami aspirasi kepemimpinan mereka. 

Dakwaan dan hujahan mereka ini terbukti apabila beberapa isu tempatan yang 'gagal' diselesaikan mengikut sentimen masyarakat Kota Belud menjadi duri dalam daging. Isu tanah di Rampayan, isu pembinaan empangan Tambatuon, Isu tanah di Taburan, Isu kelewatan Sk Tamau, isu pampasan Jalanraya bypass KB-Kudat, isu pengagihan peruntukan Parlimen, isu kekerapan melawat kawasan suku tertentu yang semuanya, melibatkan sentimen masyarakat setempat. "pemain import" kata pengundi ini jauh untuk mengikutinya.

Soal idealisme, soal keupayaan, soal kejelekitan dalam politik, apatah lagi soal kerukunan dengan masyarakat tidak lagi menjadi isu pendominan dalam politik pengundi Kota Belud kelewatan kebelakangan ini. Di mana-mana baik di laman sosial, baik di kedai kopi sehingga di warung tepi jalan cerita sama kedengaran.Inilah yang membimbangkan ramai aktivitis ekonomi di daerah Kota belud. kerana penyediaan infrastruktur berjalan lambat sehingga blue print ekonomi terpaksa 'dijumudkan' ekoran kekurangan kemudahan asas ini.Pengangguran masih menjadi isu utama di kalangan belia. Apa beda kata mereka 'pemain import' dengan yang lepas?itu persoalan yang menjadi trend bilamana dibangkitkan isu keperluan Kota Belud 'menggilap' bakat kepimpinan baru. Bukan pun Kota Belud berada pada tahap 'getir' merempat dan melarat di sudut kepimpinan.

BN dan UMNO ,wajar berhati-hati dalam pemilihan calon di Kota Belud.Sayugia diingatkan bahawa kawasan Kota belud ini baik DUNnya atau PARLIMENnya berada dalam 'intaian' pembangkang. Malahan ketua umum PKR datuk seri Anwar Ibrahim tanpa berselindung 'menggerakkan' jentera dan jampi politiknya di kota Belud dengan niat ingin 'memalukan' UMNO dan BN. Senario politik di daerah ini jauh dari apa yang berlaku lewat PRU 12. BN dan UMNO harus mendengar keluh kesah politik dan paradigma pengundi baru di pekan ini. Memang politik itu magic dan magic itulah yang diharapkan oleh pembangkang.

Mungkin rekod politik sebelum ini menjadikan BN dan UMNO berada pada "zon selesa" sehinggakan lupa bahawa perubahan iklim politik negara dan dunia kini mula menular pada minda sedar pengundi kota Belud.BN dan UMNO tidak punya statistik lengkap untuk mengekalkan Kota Belud pada penguasaan mereka. Apa yang berlaku masih taktik lama , sehari sebelum pembangkang mengunjungi sesuatu kawasan di Kota Belud barulah wakil rakyat kelam kabut mendahului mereka.

38 ulasan :

DorianG said...

In deed no one o par with the late Tun Mustapha, his name is not only synonymous with Kota BeLud, but also the State of Sabah.

DorianG said...

As for the issues that has been highlighted in this article, there will be a resolution in the near future.

Green Sabah said...

The best candidates will always gets the people's votes, the voters knew what's best for them.

DorianG said...

As for the issue of candidacy, Hopefully the ruling party will place a local candidate that is more attune to the needs as well as the plight of the people of Kota Belud.

DorianG said...

With the on going projects that has been mentioned the the Kota belud MP, the question of unemployment will be answered.

DorianG said...

But end of the day, it is up to the youth whether or not to take the job.

DorianG said...

In the words of Robert Kiyosaki: When you are young, work to learn, not to earn.

Green Sabah said...

Leaders that has contributed to the people will always be remembered and acknowledged, like the Late Tun Mustapha.

Anonymous said...

adakalanya menggunakan pemain import lebih baik, jika mereka lebih berkebolehan, apa salahnya?

Anonymous said...

Suara rakyat perlu diambil kira juga. Setiap parti kena buat percaturan yang terbaik menjelang PRU13 ini.

Anonymous said...

Jika rakyat mahukan calon dari tempat asal mereka, kena pastikanlah yang calon itu juga layak untuk dipertandingkan.

Anonymous said...

Apa-apa pun, minda pengundi kena lebih terbuka dan tidak hanya menghakimi sesuatu perkara dari satu sudut saja.

Anonymous said...

perlu pastikan calon yang dipilih benar2 berkebolehan dan boleh melaksanakan dgn baik. tak kisah ia import atau tidak. tapi pastikan ia adalah dari Sabah.

Kris Jr said...

sekirany pemain import tu boleh memberi kebaikan dan dapat memajukan KB apa salahnya. Apa pun calon yang akan dicalonkan adalah winnable candidates

Anak Sabah said...

Memang ada banyak rakyat yang lebih suka jika wakil tempatan dibenarkan memimpin mereka, tapi jika Pemain Import yang boleh membawa kebaikan kepada mereka, apa salahnya?

Anak Sabah said...

Harap pengundi Kota Belud boleh menilai dan mengundi dengan terbaik semasa PRU-13 diadakan nanti.

Paquin said...

Kalaupun pemimpin itu 'pemain import' tapi dapat melaksanakan t/jawabnya dengan sempurna, rasanya isu ni tak jadi masalah.

Paquin said...

Tambahan pula kalau dorang menang pun kan, itu adalah hasil daripada undian penduduk di kawasan tersebut:P

Paquin said...

Tapi kalau pengundi mahukan yang menang itu adalah penduduk asal juga then pastikan calon yang bertanding tu benar2 layak utk dapat undian.

Paquin said...

Jadi terpulanglah pada rakyat untuk mennetukan apa yang terbaik buat mereka.

Paquin said...

Kita tunggu dan lihat sajalah nanti dan semoga calon yang terbaik memenangi hati rakyat.

Anonymous said...

pemimpin import ataupun bukan, ia bukan jadi isu yang utama. yang penting cara kerja atau prestasi pemimpin tersebut di sesebuah kawasan yang sudah diwakilinya.

Anonymous said...

sekarang ni memang ramai yang inginkan perubahan dalam semua aspek dan sudut. tidak hairan juga ada kebangkitan di kalangan rakyat yang inginkan perubahan pemimpin di kawasan mereka.

Bujang Senang said...

Nampaknya kehangatan semakin terasa di merata tempat. Maka kita harap masalah ini akan dapat ditangani. Yang penting sekarang wakil rakyat dan pemimpin perlulah bertanggungjawab untuk membantu menyelesaikan apa-apa masalah yang dihadapi oleh rakyat.

Bujang Senang said...

Cari yang terbaik untuk membantu rakyat. Kita tidak boleh terlalu memilih calon kerana tidak semestinya calon yang dikatakan itu boleh melakukan dan memikul beban yang diberikan.

Anonymous said...

dalam sukan, pemain import banyak menyumbang kepada kemenangan pasukan.. dalam politik, belum tentu pemain import itu boleh menyumbang dan begitu juga halnya dengan pemain tempatan..

Anonymous said...

bagaimana pula dengan pasukan import?? jika pemain import dipertikaikan, pasukan import juga perlu dipertikaikan seperti PR dan STAR..

mike said...

KB melahirkan ramai pemimpin...muka baru harus diberikan peluang dan ruang untuk menjadi wakil di tempat mereka sendiri.

mike said...

BN harus berhati-hati untuk memilih calon mereka pada pru13 nanti..ahli politik recycle tidak harus diketengahkan sebagai calon...muka2 lama yang membuatkan rakyat KB muak juga tidak harus dicalonkan semula..

mike said...

jika suara rakyat diketepikan, kemungkinan peluang untuk BN menang menjadi tipis...

zam said...

pemain import atau tidak, yang penting kepimpinannya berkesan.

zam said...

pemimpin yang menjalankan tugasnya dengan baik pasti akan tetap dikenang.

zam said...

siapa pun yang dicalonkan nanti, pastikan ianya berusaha untuk menjaga kebajikan rakyat.

No name said...

Rakyat di KB pandai menilai dan faham siapakah calon yang bersesuaian.

No name said...

Calon tempatan atau import sebenarnya tiada beza, yang penting sanggup berjuangkan yang terbaik untuk rakyat.

No name said...

Sejauh mana STAR boleh menetap di Sabah? Masih awal untuk membuat keputusan.

No name said...

Semoga projek yang dijalankan berjaya mengurangkan masalah pengangguran.

No name said...

Siapakah calon tempatan yang boleh dicalonkan?