Tuesday, February 28, 2012


Datuk Salleh Tun Said bersama Datuk Musbah

Jika benar bahawa UMNO KB telahpun 'merestui' Datuk Musbah dicalonkan kembali di DUN N6 TEMPASUK, maka bererti Ketua UMNO Bahagian Kota Belud, Datuk Salleh Tun Said telahpun 'merancang' dari awal strategi politiknya dengan menolak calon selain dari Datuk Musbah.Dan kalau 'perestuan' UMNO KB ini diterima oleh pucuk pimpinan negeri, bermakna sekali lagi pemimpin pertengahan suku Iranun terpaksa 'merelakan' keadaan itu. Dalam 5 tahun mendatang, Iranun akan ketiadaan pemimpin politik di peringkat negeri dan daerah Kota Belud.

Ramai pemerhati politik meramalkan, taktik Datuk Salleh ialah mungkin 'menyingkirkan' secara halus kepimpinan Tan Sri Pandikar, kerana setakat ini maklumat yang diperolehi, pendirian UMNO KB mengenai siapa calon di kawasan Parlimen P169 Kota Belud,masih 'samar'. Tidak ada pendirian mutlak sama ada meletakkan Datuk Salleh atau Tan Sri Pandikar. Begitu juga di DUN USUKAN, UMNO KB masih 'menggantung' senarai calon yang difikirkan sesuai. Namun mengapa DUN TEMPASUK pula sengaja diwar-warkan bahawa UMNO KB memang mencadangkan Datuk Musbah kembali?


Datuk Japlin (ADUN USUKAN), Datuk Musbah (ADUN TEMPASUK), Datuk Salleh (KETUA UMNO KB) dan Datuk Rahman Dahlan (MP KOTA BELUD)


Bagi saya alasan yang paling muktamad ialah UMNO KB tidak menginginkan kawasan TEMPASUK untuk ditandingi  oleh ketua Bahagiannya yakni Datuk Salleh . Hanya dua kawasan iaitu sama ada di Parlimen atau di DUN USUKAN.Justeru kedua kawasan pilihanraya ini sengaja 'disembunyikan'status calonnya.



Awang Laiman calon PKR pada PRU 2008 di Tempasuk.calon baru dalam politik tetapi hampir menewaskan datuk Musbah.


Mungkin juga strategi lain untuk 'membunuh' karier politik pembantu menteri pertanian dan Industri makanan . Ini kerana kawasan TEMPASUK sudah mula memasuki label kawasan 'hitam' bagi BN dan UMNO. Bersandarkan rekod PRU12, Datuk Musbah memperolehi 6,541manakala calon PKR yang tidak punya rekod dan pencapaian maksima dalam Politik Ustaz Awang Laiman Ikin boleh memperolehi undi 4,109 dengan menjadikan majoriti kemenangan Datuk Musbah hanya 2,432 . Rekod PRU 2008 itu menunjukkan Datuk Musbah kalah di semua peti undi kawasan suku Iranun kecuali di Kota Peladok yang hanya menang dengan kelebihan  beberapa undi sahaja.

Peralihan parti Awang Laiman dari PKR ke PAS, mungkin 'menyukarkan' sedikit peluang tokoh politik Iranun yang baru menyinar itu di kawasan TEMPASUK.Kerana bagi saya faktor agama itu masih menjadi prasyarat pengundi di kawasan bercampur antara suku Iranun, Bajau dan dusun ini. PAS dilihat dengan imej Islamnya berbanding dengan imej PKR sebelum ini.

Namun itu mungkin menjadi faktor kecil bagi menawan hati pengundi berdaftar di Kawasan Tempasuk sekitar 14, 291 orang itu. Bergantung kepada kesepakatan Pembangkang, sama ada meletakkan calon PAS yakni Awang Liman kini selaku ketua setiausaha penerangan PAS Sabah di Tempasuk atau tidak.

Dengan tidak mencalonkan kembali wakil dari suku Iranun terutama Tan Sri Pandikar, saya yakin masyarakat Iranun akan masih gagal dipujuk oleh Datuk Musbah di Tempasuk. Walaupun senario politik di kawasan ini memungkinkan sokongan dari suku Bajau dan Dusun boleh menjamin kemenangan,tetapi 'harapan' itu meleset jika taktik "menghambur" tidak boleh digunakan lagi. Datuk Musbah bagi saya masih berada dikedudukan 'panas'.



Bangunan SUIS di Kg Merbau, yang uzur dan selalu dilanda banjir.Pernah Datuk Musbah 'berjanji' menyelesaikan masalah ini.tetapi hingga kini tidak ada tindakan dari YB itu.

Melihat dari perkembangan politik suku Iranun, banyak isu berlaku yang 'gagal' diselesaikan oleh Datuk Musbah. peluang yang diberikan kepada beliau dalam 5 tahun kebelakangan ini dilihat kurang dimanfaatkan secukupnya. Kelewatan SK Tamau misalnya bukan sahaja mendapat protes senyap di kalangan penduduk kampung sekitarnya tetapi juga di kalangan warga pendidik di sekolah terbabit yang juga berketurunan Bajau dan Iranun.. Apakah protes senyap ini boleh dilupakan oleh Datuk Musbah begitu sahaja selaku wakil rakyat di mana isu keterbengkalaian SK Tamau ini berada pada pengawasannya di DUN TEMPASUK? Kehadiran datuk Musbah bersama MP Kota Belud, Datuk Rahman Dahlan di sekolah tersebut sehari sebelum rombongan Ir Datuk Nizar Jamaluddin di perkarangan rumah Awang Laiman dikatakan cuba 'menutup' bangkai gajah dengan sehelai kain pelikat.


Bangunan Sk Tamau yang gagal disiapkan oleh sudah mencecah 2 tahun. Peranan  Datuk Musbah ditagih?


Begitu juga isu Pegawai Kemajuan Rakyat (PKR) Kouta Iranun yang dilepaskan oleh sdr Baghdad Turogan yang hingga kini 'kosong' juga boleh dianggap sebagai tidak ada usaha berterusan datuk Musbah menggamit sokongan dari suku Iranun. Ini mungkin terlepas pandang tetapi impaknya sangat besar kepada gelombang sokongan kepada beliau.

Isu projek Jelapang padi juga dikatakan gagal menggamit sokongan masyarakat Iranun kerana hanya perkampungan Pintasan yang terlibat, sementara perkampungan lain seperti Kota peladok, Pantai Emas, Merbau dan kawasan lain di Nanamun masih tidak merasa tempias projek mega ini.

Projek Jelapang Padi di bawah Datuk Musbah

Sesungguhnya satu kelebihan Datuk Musbah iaitu kerap turun padang menghadiri acara perkahwinan dan upacara kematian di mana-mana di kawasan Tempasuk ini.Tidak ketinggalan dengan lagu "SEMUT MERAH" , Datuk Musbah mengalunkan lagu dangdut itu dengan cukup bertenaga.Namun begitu kelebihan ini sukar menjadi 'faktor' kepada kemenangan pada PRU 13 akan datang. Satu usaha drastik menarik kembali sokongan masyarakat Iranun di Tempasuk harus dilakukan secepat mungkin.Terpulang kepada Datuk Musbah memikirkannya!!!

6 ulasan :

Anonymous said...

belum lagi ada pengumuman tentang calon winnable. kita tunggu dan lihat saja nanti siapa yang akan terpilih.

Anonymous said...

apapun, kita tunggu ja penamaan calon dan pastikan calon dipilih adalah yang terbaik.

Kris Jr said...

Dekat2 PRU macam2 boleh didengari. Kabar angin entah betul atau tidak.

Kris Jr said...

Segala persoalan akan terjawab juga tu pada PRU13. cuma perlu tunggu dan lihat saja. tapi kena bijak menilai sebelum mengundi.

Anonymous said...

kalau suka, sokong saja.. kalau tidak suka, tolak saja.. apa susah..

Unknown said...

Kalau datuk Musbah dapat memberikan sumbangan yang terbaik rasanya tidak ada masalah jika beliau terus dikekalkan memegang kerusi di Tampasuk itu.