Saturday, February 18, 2012

Ceramah umum Anwar Ibrahim di Pahang seperti yang dilaporkan oleh blog PKR Pahang sangat mendapat sambutan. Sekatan jalan raya oleh PDRM dikatakan tidak mematikan ribuan rakyat di negeri itu turun mendengar ceramah DSAI. Akibat kesesakan `jalanraya Anwar terpaksa membonceg motosikal untuk ke tempat ceramah. Inilah gambar-gambar yang menyaksikan lautan manusia menyambut DSAI. Apakah rakyat dan orang Melayu sudah bersedia mengubah kerajaan?








Pentas ceramah digunakan secara maksimum oleh Anwar dan pakatan rakyat untuk beri penjelasan, beri maklumat berkenaan isu semasa, dan menjawab tuduhan, tapi ia tidak pernah selalu mudah, seperti apa yang terjadi di kubu kuat najib ( pekan, Pahang) selang beberapa malam lepas, jelas menggetarkan Najib dan Rosmah Mansor.

Anggota Polis diperkudakan "tangan ghaib" untuk mengadakan sekatan jalan raya di jalan utama menuju ke ibupejabat PAS di Pekan, tempat ceramah Anwar Ibrahim akan diadakan, namun tindakan itu tidak mampu menghalang atau menggagalkan ceramah Anwar pada malam itu .

Anggota Polis yang "diperkudakan" tanpa rela itu mengadakan sekatan jalanraya yang mengakibatkan kesesakan hampir 5 kilometer serta menyebabkan Anwar Ibrahim dan rombongan terperangkap lebih 40 minit sebelum diselamatkan oleh sekumpulan penduduk kampung yang mahu pergi ke ceramah berkenaan dengan menaiki motosikal.


Begitulah semangat Anwar Ibrahim, seorang negarawan yang menghadapi berbagai ujian dan dugaan. walau apa cara sekalipun, dia takkan mudah dilemahkan, dia tidak akan mudah menyerah kalah, walaupun terpaksa membonceng motosikal sejauh 3 kilometer meredah kesesakan jalanraya menuju ke kampung mengkasar. ceramah akan terus diadakan.

Namun sekatan itu jelas satu "SABOTAJ" apabilasekatan jalanraya atas arahan "tangan ghaib" itu dihentikan sebaik Anwar sampai ke lokasi ceramah.

Namun sekali lagi kerja-kerja jahat menghentikan ceramah itu dilakukan, pihak polis datang dan minta ceramah itu dihentikan atas alasan melebihi masa.


Menurut Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dzulkefly Ahmad kira-kira 3,000 orang menghadiri program tersebut, "kebanyakannya penduduk tempatan", yang disifatkannya sebagai "luar biasa bagi Pekan"


Halangan sedemikian bukan sesuatu yang menghairankan kerana kawasan itu adalah kubu kuat Umno dan terletak dalam kawasan Parlimen Pekan disandang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Ini membuktikan, ada kerja jahat untuk menghalang Anwar menyampaikan ceramahnya, menghalang anwar menjawab isu-isu dan serangan kepadanya, dan jelas, menunjukkan najib sedang ketakutan, sehingga "demam sebelum berdebat"

12 ulasan :

Anonymous said...

memang Anwar juga la paling manang.. sempoi berabis.. sekali sekala join mat rempit..

walaupun pelbagai sekatan dikenakan, kononnya ada pihak yang mahu mensabotaj ceramah beliau, yang pasti Anwar tetap dapat menghabiskan ceramah beliau dan lautan manusia itu sempat juga mendengar ceramah2 beliau.. ini menunjukkan demokrasi di negara ini sentiasa berada dalam keadaan baik..

Anonymous said...

ketika PRN Sarawak, ceramah Anwar/Pakatan juga mendapat sambutan umpama lautan manusia.. tapi hasilnya walaupun ada peningkatan, tapi masih tetap gagal merampas negeri itu..

running man said...

Yang datang tu semua sudah cukup umur untuk mengundikah? Jumlah individu yang hadir dalam ceramah itu bukanlah penentu keputusan PRU13. Namun, ini juga menandakan bahawa aura DSAI masih kuat. BN kena hati-hati.

Anonymous said...

yang datang tu tidak semestinya semua penyokong Anwar. mana tau ada datang untuk suka-suka sahaja.

DorianG said...

At least it is fair to say that there are no totalitarian efforts being impose against DSAI from conducting his 'ceramah' to masses.

DorianG said...

End of the day, the people will have to differentiate between what is factual, and what fiction, what is reality and what is dreams.

Green Sabah said...

I think the opposition should be allowed to give their talks and campaign for their party. Just let the people make their own decision on which party is the best for them.

Green Sabah said...

A fair and healthy competition among all parties will be good for all of them, its up to the people to judge each one and cast their votes during the next GE.

Hinamori said...

ramai macam mana pun bukan pengukut sebab orang2 yang datang bukan mengundi pun.

TuhauBam said...

tengok saja PRU13 calon dari parti mana yang dipili

Unknown said...

Anwar sememangnya hebat namun tidak akan mampu menawan jawatan sebagai PM kita.

Unknown said...

Jawapan untuk semua itu akan terjawab pada PRU13 nanti.