Sunday, February 26, 2012



Belumpun mana-mana pihak di kalangan parti pembangkang baik dari PR ataupun parti tempatan membuat pengumuman mengenai pembahagian kerusi pada PRU 13, Parti SAPP bertindak lebih awal dengan Presidennya Datuk Yong Teck Lee membuat kenyataan bahawa SAPP akan bertanding di 40 kawasan di Sabah pada PRU 13 akan datang. SAPP yang dilihat mula hilang taring dengan kekalahan Datuk Yong Teck Lee di PRK Batu Sapi sebaliknya tidak menunggu parti pembangkang lain untuk mengagihkan kerusi demi menumbangkan BN di Sabah.

Katanya, rakyat harus memberikan mandat kepada parti tempatan itu membentuk kerajaan baru.

"SAPP dalam tempoh dua tahun akan memastikan kaum bumiputera khasnya Kadazandusun dan Murut (KDM) di luar bandar yang memohon Tanah Hak Adat Anak Negeri (NCR) akan diluluskan dan diberikan geran NT.



"Kerajaan Sabah tidak perlu meminta kerajaan pusat membantu kerana kami boleh mentadbir dan membaiki pendapatan ekonomi Sabah termasuk royalti minyak," katanya di majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Batu 1, di sini, Selasa lepas.

Turut hadir ialah Pengerusi CLC Bingkor merangkap Pengerusi Penganjur, Richard Lee Puan Hiam, Naib Presiden SAPP merangkap Pengerusi Zon Pedalaman dan CLC Liawan Datuk Frankie Chong Yu Chee, Naib Presiden SAPP merangkap Bendahari Agung SAPP Duli @ Dullie Bin Marie, Timbalan presiden SAPP merangkap Pengerusi CLC Inanam Datuk Eric Enchin Majimbun dan Pengerusi Jawatankuasa Manifesto Induk SAPP Datuk Hj Mohd Noor Mansoor dan juga pemimpin-pemimpin SAPP pedalaman.

Sementara iru, pada majlis berasingan di TENOM, Yong menolak tanggapan umum bahawa program Forest Management Unit (FMU) yang ditubuhkan sekitar 1998 sebagai satu penyalahgunaan tanah yang tidak memberi manfaat dan terpesong kepada tujuan asal FMU.

"Sebenarnya, semasa saya menjawat jawatan Ketua Menteri, kita mengkaji kesesuaian tanah simpanan kelas dua yang bekas dibalak supaya dipulihara dan diletakkan di bawah pengawasan FMU untuk memberi peluang kepada rakyat yang tidak bertanah menerokai kawasan ltu.

"Tujuan kita untuk membantu membina semula kekayaan mereka dan bukan mengaut kekayaan rakyat," katanya di majlis penerangan dasar reformasi tanah dan pelan perancangan ekonomi di perkarangan Hotel Perkasa, di sini, malam Selasa lepas.

Bekas Ketua Menteri itu turut mempertikaikan pemberian geran komuniti atau geran komunal kepada rakyat di mana ianya merugikan rakyat.

"Mereka diberi geran panjang... letakkan nama-nama pemiliknya tanpa mengira asal usul mereka dan selepas itu segala usaha penerokaan dan penanaman sudah ada syarikat gergasi yang dilantik kerajaan untuk mengusahakannya. Manakala rakyat... sekadar menjadi penonton," tegasnya.

Sementara itu, berhubung persiapan menghadapi PRU-I3 Yong berkata, rakyat perlu diperjelaskan hala tuju SAPP.

Beliau menggesa jentera pilihan raya di setiap bahagian dikemaskinikan dan mampu digerakkan pada bila-bila masa.

Katanya lagi, beliau yakin kerajaan Barisan Nasional (BN) mampu ditumbangkan sekiranya jentera parti kukuh dan lebih bersedia menghadapi pilihan raya kelak, sambil menambah, tidak ada keperluan bergabung tenaga dengan parti-parti pembangkang luar Sabah untuk menumbangkan BN.

Pada majlis itu, beliau turut menerima kemasukan ahli baru seramai 80 orang yang diketuai oleh Dzulkifli Gunsika.

13 ulasan :

Anonymous said...

sukar bagi SAPP untuk membentuk kerajan semula. dalam membuat kerjasama dengan parti2 pembangkang yang lain pun selalu saja tidak mencapai kesepakatan.

Anonymous said...

jika SAPP bertanding 40 kerusi, pasti sukar parti2 lain nak bekerjasama dgn SAPP.

Anonymous said...

kita tgklah berapa kerusi yang SAPP boleh menang nnti.

Anonymous said...

huh.. betulkah dia boleh mentadbir ekonomi Sabah dan menyelesaikan isu royalti minyak Sabah tanpa perlu merujuk kepada kerajaan pusat??

Anonymous said...

agaknya SAPP terdesak sudah mahu dapatkan sokongan rakyat.. sebab kiri kanan depan belakang dia ada pesaing.. pesaing dikalangan parti pembangkang sendiri..

TuhauBam said...

macam kampen jadi ketua menteri Sabah saja tu.

Kris Jr said...

YTL cakap besar. kita sebagai rakyat harus menilai sebaik mungkin janji2 YTL.

Bujang Senang said...

Mimpi SAPP mahu menang 40 kerusi yang ditandingi nanti.

Bujang Senang said...

Kenapa SAPP tidak tanding semua kerusi yang ada. Kenapa cuma ambil 40 kerusi.

Bujang Senang said...

Biarkan SAPP bertanding dimana mereka mahukan. Yang penting sekarang ini kerajaan BN telah mengerakkan jentera mereka untuk terus membantu rakyat.

Hamdan Hadillah said...

40 kerusi sikit saja itu SAPP. Mampukan tukar kerajaan dengan hanya 40 kerusi atau SAPP sedar jika ditambah maka penyokong akan berpecah.

Hamdan Hadillah said...

SAPP sebenarnya tidak akan peluang menang. Ini kerana ada sebab kukuh yang ada bahawa DAP tetap memberikan persaingan yang sengit kepada SAPP.

jackie said...

Kalau kalah, hilang banyak deposit.