Proses kepimpinan global menyaksikan satu perubahan besar, apabila golongan muda diberikan kesempatan mengurustabdir sesuatu organisasi dan Negara. Antara Negara yang menjadi tumpuan ialah Amerika Syarikat dengan Presidennya , Obama yang dikatakan masih muda dan dari keturunan kulit hitam. Menyaksikan budaya Rejuvenasi mula diterima di peringkat antarabangsa sebaliknya sentiment bangsa dan warna kulit menjadi perkara kedua. Begitu juga di Malaysia, ketika membuat pertimbangan memilih pengganti kepimpinan Negara, Tun Mahathir suatu ketika, mengambil kira factor umur, tanpa memikirkan sama ada proses Rejuvenasi atau apa yang dikatakan ‘membeliakan kepimpinan’ itu di terima oleh masyarakat atau sebaliknya. Barangkali dengan pilihan dari segi Usia itu, maka Pak Lah akhirnya menjadi PM, melepasi kepimpinan Datuk seri Najib, yang dikatakan lebih menyerlah.
Dan kerana orang muda dikatakan terlalu gopoh dalam percaturan politiknya, maka kehadiran Khairy Jamaluddin, mempercepatkan proses Rejuvenasi dalam UMNO. Kepimpinan golongan muda disusun dengan pantas dan licik, yang membawa kepada beberapa penyisihan pemimpin golongan berumur, yang pada perkiraan mereka golongan muda belum sepatutnya mengambil alih kepimpinan organisasi seperti UMNO. Wujud konflik antara dua golongan ini…satu golongan melabelkan golongan muda dalam parti sebagai “paling berkuasa” manakala golongan muda pula beranggapan bahawa golongan muda patut diberikan peluang. Akhir daripada situasi ialah’pengguguran” beberapa orang pemimpin berpengalaman.
Dalam kepimpinan Kota Belud, proses Rejuvenasi ini juga mula melanda. Pemimpin muda menuntut diberikan peluang yang lebih..sedangkan pemimpin sedia ada yang terdiri daripada pemimpin berumur ini sering meragui kepimpinan muda. Kononnya mereka tidak akan dapat memikul beban terlebih lagi belum arif dalam menangkis sepak terajang musuh politik. Justeru itu, golongan muda, sukar untuk menyambung nafas perjuangan mereka. Kerana laluan tidak diberikan, maka tunas yang baru bercambah, akhirnya layu..dan ada yang mati tidak berpusara. Konflik dua lapis kepimpinan ini sebenarnya berlaku..tetapi kerana factor team-team dan kelompok, maka ia tidak sangat menyinar. Peralihan kepimpinan secara lebih teratur dan bermaruah tidak diusahakan. Akibatnya berlaku perpecahan antara pemimpin di daerah KB. Pertarungan merebut Ketua Bahagian UMNO, jika didasari atas kepentingan golongan muda yang bakal mewarisi, tentunya tidak akan mewujudkan kelompok perpecahan. Sebaliknya motif dan peribadi diutamakan. Golongan berpengalaman dan berpengaruh lebih melihat peluang yang menanti mereka. Proses Rejuvenasi ini di nafikan kebaikannya.
Lalu,sampai bila, pemimpin sedia ada ini mampu bertahan..? kalau tidak ada pemimpin muda, maka siapa yang akan meneruskan agenda..? atau apakah pemimpin di KB, lebih suka mengikut stail Samy Vellu…memilih mana yang disuka kemudian barulah melepaskan jawatan..? Kenapa kepercayaan tidak diberikan…?Terlebih lagi apabila pemimpin muda seperti YB Japlin dikatakan gagal menyinar atas beberapa kes yang dihadapinya. Begitu Juga DARD yang dikatakan pemimpin luar yang datang bertandang di KB, juga dilihat orang pilihan Musa Aman dan Khairy Jamaludin. Maka wujud konflik emosi di kalangan pemimpin berumur atau yang terisih, kononya kehadiran pemimpin muda ini ‘melambatkan’ peralihan kuasa kepada bangsa majority. Benarkah yang demikian..? atau mereka yang ‘enggan’ mengiktiraf fungsi kepimpinan golongan muda dan berpendidikan ini.
Suatu ketika apabila suku minority gagal dalam pemilihan G7 UMNO KB, maka dikatakan bahawa kerana berpunca dari kegagalan golongan muda ini mempelajari ilmu kependekaran politik pemimpin tertentu..kononnya kerana jika golongan muda dari suku minority ini bertanding ketua pemuda..maka, ‘janji dan kerjasama’ antara dua pemimpin lama akan tercalar…Justeru kerana ‘tidak mendengar cakap’ pendekar muda itu kecundang di medan pertarungan…Begitu mudah percaturan politik mereka yang berpengalaman. Sedangkan naluri dan perjuangan muda tidak ditelaah dan dibaca..Merasa bahawa tidak semua benar apa yang dialami sebagai pengalaman itu, jarang dijadikan prinsip. Maka atas kebenaran yang sudah lama bertapak dalam sanubari pemimpin suku minority ini, akhirnya tunas baru di cantas..dan bilakah lagi akan ada tunas yang baru bercambah..? Pemimpin muda tersebut dalam satu majlis menyatakan bahawa, apakah pemimpin sedia ada itu merasakan bahawa hanya dia seorang yang sayangkan bangsa..? terfikir juga bahawa, perjuangan tidak mengenal usia,kerana yang penting adalah kesediaan kita mengharungi badai perjuangan itu.
Proses Rejuvenasi di KB ini tentu masih jauh diterima. Semacam jauh bumi dengan langit. Tanggapan kerana hanya mereka yang berpengalaman akan hampir kepada kuasa…sedangkan golongan muda baru bertatih..kadang-kadang jatuh dan kadang-kadang berdiri dan berlari..apakah tidak boleh wujud persefahaman dari hati ke hati..?sama-sama membawa kepada perjuangan bangsa. Mungkin ada lojiknya kerana pemimpin USBO di lihat didominasi oleh golongan pemimpin lama dan berpengalaman. Golongan muda entah di mana tempat dan safnya..rasanya pemimpin lama sedia ada perlu menerima hakikat bahawa suatu hari nanti mereka terpaksa berundur..dan kalau tiada pengganti, ke mana ‘kuasa’ diturunkan..biarpun puncak kuasa sudah ditawan..tetapi kerana tidak ada yang berkelayakkan..maka jadilah macam Tun Mustafa..ramai pemimpin USNO dianggap kurang taring dan ilmu sepak terajangnya..Bila sudah keluar dari USNO dan menubuhkan parti baru…ternyata pemimpin hingusan USNO ini Berjaya menggulingkannya…Sejarah akan berulang..dan itu sedari awal harus diberikan pertimbangan.
34 ulasan :
salam KM,
saya tidak komen dulu saya tunggu SMA beri komen. saya amat seronok membaca komen beliau yg spontan tetapi penuh dengan "fakta politik" yg berguna sebagai rujukan. Menjerit hati saya mahu kenal SMA ini untuk menjadikan dia sumber rujukan buku saya terbaru tentang Tun Mustapha.
Tahniah SMA. Bukan sahaja semangatmu saya kagum kerana mempertahankan rumpun kita tetapi juga pengalaman dan ulasan yang begitu berasas dan menepati fakta.
Salam Saudari Kelapa Mawar,
Proses Reguvenasi bukanlah mudah seperti yang disangka, ianya memerlukan pengorbanan semua pihak yang terlibat secara tidak langsung. Melihat scenario politik KB kini beberapa halangan yang perlu di lalui sebelum proses Reguvenasi boleh dilakukan. Proses Reguvenasi yang berlaku pada pilihanraya 2008 telah membawa padah kepada parti UMNO apabila calunnya daripada golongan muda menerima kekalahan. Datuk Khariy Jamaaluddin yang dikatakan membawa pembaruhan ini telah dikecam hebat sehinggakan dikatakan membawa sial kepada parti UMNO.
Justeru itu saya mencadangkan proses Reguvenasi ini dilakukan penuh tertib dan berhemah, supaya tiada siapa yang terasa dari bahang kepada berlakunya proses ini. Jika proses ini berlaku di KB antara halangan yang dapat saya lihat adalah seperti berikut:
1. Golongan lama yang dikatakan DSSK dan TSP kelihatan seolah-olah tidak membenarkan golongan pemimpin muda mengambil ahli posisi mereka di dalam politik KB. Ada golongan muda seperti saudara Musbah, DARD dan Japlin menonjolkan diri, tetapi mereka inilah yang berusaha agar apa juga pembangunan yang cuba dibawa oleh pemimpin ini digagalkan oleh mereka dengan berbagai cara yang yang dianggap terlalu licik.
2. Ada pemimpin lama yang tidak sedar diri kedudukan politik mereka di KB, Sabah, Negara sudah tidak diperlukan lagi, akan tetapi masih ingin menonjolkan diri, sehinggakan peluang golongan muda untuk beraksi tertutup begitu sahaja. Bukan kerana mereka yang terlibat ini hebat sehinggakan tidak dapat ditandingi oleh pemimpin muda. Akan tetapi peluang golongan muda untuk memperlihatkan kemampuan mereka dalam arena politik sentiasa dibayangi oleh pemimpin lama. Masa sudah sampai bagi mereka yang telah lama, harus membuka ruang kepada golongan muda menunjukan kemampuan masing-masing.
3. Golongan pemimpin lama (DSSK/TSP) tidak ingin melihat kuasa kemimpinan KB jatuh kepada anak mereka atau paling kurang kepada kaum keluarga mereka. Oleh kerana anak-anak kepada kedua-dua pemimpin ini terlalu muda untuk menceburkan diri dalam politik dan ada yang tidak minat kepada politik kerana berminat menyelam. Menyebabkan kedua-dua mereka ini mencari helah supaya kekuasan mereka dalam politik KB berterusan sehinggalah timbul dikalangan anak atau kaum kerabatnya mampu mengambil tempat mereka sebagai pemimpin KB. Ini juga menyumbang proses Reguvenasi gagal terlaksana di KB kerana pemimpin seolah-olah mengamalkan pemerintahan Dinasti.
4. Sesuatu yang malang kepada pemimpin golongan muda apabila pemimpin lama (DSSK/TSP) tidak yakin kepada pemimpin muda KB, walaupun hakikatnya pemimpin muda belum diberi peluang oleh mereka beraksi dalam dunia politik. Pada saya, perkara ini sengaja diadakan sekadar buang masa, bagi memastikan anak atau kaum kerabat mereka betul-betul matang mengambil tempat mereka apabila mereka betul-betul berhenti dalam politik nanti.
5. Seperti yang dilaung-laungkan oleh TSP, konon belum adalagi anak bajau dan Iranun mampu atau berkebolehan seperti DSSK/ TSP. Kalau ada pun, Cuma sekadar jadi Ketua Bahagian UMNO. Inilah kata-kata yang membawa kebencian anak-anak muda Iranun kepada TSP. Dia bercakap seolah-olah dia sahaja yang pandai, orang lain tidak boleh.
Justeru itu pemimpin lama dan pemimpin baru perlu ada toleransi yang mendalam, jika kita mahu melihat lebih ramai pemimpin KB yang lahir dan boleh diketengahkan diperingkat negeri dan Negara. Perasaan ikhlas untuk berundur perlu ada kepada pemimpin seperti DSSK/TSP, demikian juga kepada pemimpin muda perlu menghormati pemimpin lama. Wasalam
Selamat berpuasa...kak KM..
Saya terbaca catatan kak ni...macama cerita wayang gambar...filem hindustan...Sharuk Khan..
Ada satu cerita yg saya ingin kongsikan kepada semua yang ada..
Dulu ada adik Tan Sri Pandikar kerja di yayasan Sabah..namanya baei wata...dia baik orangnya..sebut saja orang Iranun dia bantu..saya ingat lagi waktu saya memohon biasiswa kerana melanjutkan pelajaran di IPTA di semenanjung...saya pergi menemui Baei Wata..dan memaklumkan hajat saya..
Dia begitu peramah, biarpun tidak mengenali saya..dai tolong uruskan..terangkan kepada saya...mengisi borang...akhirnya saya dapat biasiswa...
Saya rasa tidak tepat kalau kita ceritakan bahawa pemimpin Iranun ni tak menolong bangsanya...
kita jangan jatuhkan pemimpin Iranun..kalau dia ada salah..tegurlah cara baik..
selamat berpuasa.
Salam Sdri kelapa Mawar dan salam juga untuk kalian,
Satu Introduksi yang begitu ‘ambitious’ dimulakan dengan isu global. Dimana ‘Barrack Hussein Obama’ , president Amerika Syarikat digunakan sebagai simbol bahawa budaya Rejuvenasi sudah mula diterima di peringkat antarabangsa. Dan mungkin juga proses ‘assimilation’ saperti ini, sudah mulai diketengahkan di Malaysia.... Ready for A Change ?
Dalam pada itu, mengikuti analisis KM, terbayang juga keraguan sama ada tindakan ala-ala intifada ini akan memberi kesan positif atau disebalik nya. Terutama sekali kepada parti pemerentah.
Amat susah untuk ditentukan atau di ‘experiment’ kan pada PRU13 akan datang? Kalau berkesan dan menang, ganjaran nya ada lah saperti biasa..Terus memerentah. Kalau ia gagal dan berakhir dengan kekalahan , macam mana?
Berbalik kepada isu pokok, setakat ini kita telah banyak membicarakan kegemilangan dan kegagalan pemimpin yang sedia ada, saperti DSSK, TSP DARD, Musbah dan , Japlin.
Tidak kurang juga kita ceritakan gambaran (yang kurang jelas) para pemimpin pelapis bayangan(who and who ?) yang dijangka akan mengambil alih tanggung jawab dan kuasa dari pemimpin-pemimpin yang lama ini.
Namun pada pandangan saya setakat ini, jawapan kearah itu maseh belum tercapai? Kenapa?
Mungkin kah rasa nya isu-isu saperti ini boleh di labelkan sebagai complex ? Maksud nya sampai bila pun, ‘resolution’ yang mutlak tetap tidak akan tercapai.
Disebalik nya, percanggahan pendapat bertambah…Ya?
Pada pendapat saya, selama ini kita telah membicarakan ala-tuju yang sama; mencari pemimpin yang ideal. Pemimpin yang memenuhi cita rasa kemahuan kita.
Beza nya ada yang menjelajah ke timor dan ada pula yang menjelajah ke barat untuk mencari nya.
However, kerana dunia ini bulat, akhir nya pertemuan itu akan terjalin di satu ‘focal point’. Contoh nya untuk pergi ke New York USA, kita boleh terbang melalui ‘route’ timor atau pun barat. Kerana akhir nya ia akan menuju ke distanasi yang sama.
Cuma mungkin masaalah nya timbul, bilamana kita banyak buangkan masa untuk singgah disana sini. Fikir-fikir kan lah.
Justru itu, saya rasa sudah tiba masa nya untuk kita lebih serius untuk memikirkan hal-hal yang besar saperti;
i) Memikirkan cara-cara untuk memertabatkan semua kaum kita yang telah terpinggir.
ii) Memikirkan cara-cara kita bersatu semula demi untuk memupuk semula kasih sayang yang semakin pudar.
iii) Memikirkan cara-cara mengambil alih kuasa yang sepatutnya kita punya selama ini.
iv) Memikirkan cara-cara untuk memperkuatkan lagi ekonomi dan jurang pendidikan dikalangan kita.
v) Banyak lagi, untuk kalian fikirkan
Dalam cita-cita untuk mencapai ‘missi dan visi’ yang begini mudah, pasti nya akan berakhir dengan kemusnahan kalau kita tidak tanam semangat baru ‘ bercerai kita rubuh bersatu kita kukuh’.
Ingat!! suku kaum yang lain sudah memulakan nya, sejak keputusan PRU12 diumumkan.
Saperti biasa, mohon maaf kalau ada kata-kata dan pendapat saya yang tersasul lagi menyakiti hati kalian..Niat saya ada lah telus.
Semuga kalian sukses. Selamat berpuasa.
Salam sdri KM..
Mana sudah sdr SMA ni ah..ramai sudah menunggu untuk mendengar tazkirah politiknya..jangan pula tak datang..
Sdri KM..
rasanya ada juga kebenaran apa yg sdri katakan itu...ada pemimpin yg enggan memberikan peluang kepada pemimpin muda..kenapa ah..?
Saya juga tertarik dgn ulasan sdr solymone...kita kena fikirkan bagaimana nak dapatkan kuasa yg terlepas dari tangan...macam mana KM bolehkah..?
Salam dan selamat bertemu Kembali.
Harap Ibadah Puasa Bejaya dilaksana walaupun banyak dugaan dan godaan.
Obama sebagai individu DALAM rejuvenasi masih boleh dipersoal kerana Obama sudah berumur 48 tahun 5 bulan kini. Perananya dalam masyarakat juvenile dan juga golongan 40-an begitu mendalam sehingga pihak-pihak yang berniat untuk bertanding jawatan Presiden Amerika kelak melarang ucapan Obama diudarakan di sekolah-sekolah remaja kerana dikhuathirkan akan cengkaman pengaruh Obama meresapi minda golongan muda ini dan sukar "dilawan".. Walhal itu adalah wasiat dari The Presiden Of The United States Of America. Menurut rekod, dia lahir selepas lebih kurang 7 bulan setelah ibu-bapanya berkhawin sah. Ini buka halangan untuk Obama.
Obama adalah graduan Columbia Unversity dan Harvard Law School dan menjadi Presiden Harvard Law Review dan menjadi tenaga pengajar di University Of Chicago sekolah undang-undang dan mengkhusus dalam Perundangan dan Perlembagaan. Dia juga sebagai Peguam Hak-Hak Asasi di Chicago, Illinois. Obama menganggotai Rumah Senate Illionis selama 7 tahun (1997-2004). Dia bertanding Senator Illinois dan menang dengan mencatat rekod majoriti yang terbesar dalam sejarah politik Illinois.
Ini rekod Obama sebelum dia menjadi Presiden USA. Jadi agak tepat kiranya Obama dilihat sebagai individu yang meniupkan dan memberikan “inspirasi yang besar“ kepada golongan belia esp. graduan, untuk menjadi individu yang Vigilant kepada isu-isu politik tetapi dia BUKAN belia atau juvenile perse.
Obama adalah pecinta sejarah dan amat menyanjung tinggi jasa dan perjuangan bekas-bekas Presiden USA. George Washington dan Thomas Jefferson adalah antara pemimpin yang menjadi "rujukan" Obama. Mandela dan Ghandi sering di"rujuk" Obama.
Golongan muda juga BUKANlah golongan yg GOPOH. Mereka berilmu. Cuma ada pihak yang tergopoh gapah mengkehendaki mereka sehingga tak sempat menhirup kopi di gelas , mereka diheret ke dunia yang fantasi yang sebenarnya BUKAN fantasi mereka.
Terkadang mereka terperangkap dan termakan pujian sehingga mereka merasa terlalu bijaksana dan "dibijaksanakan" sehingga terlupa berguru dan sekaligus terlupa bahawa mereka baru saja berguru pada para professor di Universiti dengan buku-buku tebal dan ilmiah.
CUMA SATU LAGI, Oleh kerana kita terlalu menyanjung Obama, saya hampir pasti ada antara kita menghadapi kesukaran menjawab soalan ini:..Siapa Timbalan Obama? Hillary Clinton?
Selamat Berjuang. Semoga maju jaya.
Sdr/i KM dan teman-teman Bloggers yang lain,
Sdr. Musli, tabik hormat dari orang Palahu.
Saya terharu membaca komen yang ‘memuji’ dari seorang penulis buku politik terkemuka tanah air dan sebagai seorang penganalisa politik yang berpengalaman.
Pada saya, tulisan KM kali ini memaparkan persoalan yang banyak. Namun, inti tulisan ini ialah berkisar kepada isu ‘PEMIMPIN YANG SEDIA ADA SEKARANG DAN PEMIMPIN PELAPIS’.
Tajuk tulisan ini pun boleh dibahas dengan panjang lebar dan boleh dipertikaikan , iaitu samada ianya wajar untuk dibincang dari sudut kaitannya dengan TSP dan DSSK.
Pun demikian, saya cuba membuat komen berdasarkan kepada pandangan orang luar yang tidak punya kepentingan politik di daerah Kota Belud bersandarkan kepada fakta-fakta politik di Daerah Kota Belud, dahulu dan sekarang.
Erti Rejuvenasi:
Erti rejuvenasi ialah menyegarkan yang lesu, layu dan tidak bermaya lagi.
Di dalam konteks politik pula, pada saya tajuk ini membawa dua pengertian:
Pengertian pertama ialah ‘mebeliakan’ kepimpinan di Kota Belud dengan mengasuh pemimpin pelapis (seperti yang ditekankan oleh KM dalam tulisan ini).
Pengertian kedua ialah bahawa kepimpinan DSSK dan TSP di Kota Belud telah lesu, tak segar lagi dan perlu untuk disegarkan kembali.
Atas sebab itu saya akan buat komen kepada dua pengertian ini.
Pertama:
Adakah kepimpinan DSSK dan TSP lesu dan layu?
Pada saya kepimpinan dua tokoh ini masih segar-bugar. Seandainya pun, bahawa kepimpinan DSSK dan TSP telah layu dan tidak segar lagi, yang perlu kita tanya ialah apakah sebenarnya punca kelesuan dan ketidaksegaran itu?
Bersambung....
sambungan...
Adakah ini disebabkan oleh kelemahan mereka sebagai pemimpin. Kelemahan yang dimaksudkan disini ialah:
Tiada pendidikan,
Tiada kemampuan daya fikir,
Tiada kemampuan dari sudut penyokong sebab rumpun mereka adalah minority,
Tiada pangalaman dalam politik,
Kesihatan mereka tidak membenarkan mereka untuk berpolitik,
Umur mereka terlalu tua dan kedua-dua ini telah nyanyuk dan kadang-kadang kecing di celana tanpa mereka sedari.
Mereka dituduh di mahkamah atas kesalahan jenayah,
Di dapati Bankrupt dan sebagainya.
ATAU, kelesuan dan ketidaksegaran mereka ini adalah disebabkan oleh ‘tekanan’ politik dari ‘musuh-musuh’ politik mereka yang tidak ingin melihat ‘persaingan’ di peringkat politik yang lebih tinggi, iaitu peringkat negeri dan Negara.
ATAU, kelesuan ini adalah di akibatkan oleh propaganda yang dicetuskan oleh mereka yang semangnya mempunyai agenda politik sendiri iaitu ingin “MELAPIS”.
Kalau kelesuan dan ketidaksegaran ini adalah di akibatkan oleh ‘tekanan dari luar’ atas sebab persaingan, maka adalah menjadi tanggungjawab pemimpin-pemimpin muda yang sealiran ideoli dengan DSSK dan TSP untuk membantu menyegarkan mereka ini dengan melafazkan kata-kata dan ikrar sokongan dan teguran secara ‘berdepan’ dengan penuh berhemah dan tanggungjawab.
Kalau kelesuan pula disebabkan oleh propaganda dari musuh politik di daerah Kota Belud seperti PAS dan PKR, maka pemimpin-pemimpin muda yang sealiran idealogi dengan DSSK dan TSP, wajar dan perlu untuk mempertahan DSSK dan TSP.
Tetapi kalau kelesuan ini adalah disebabkan oleh ‘persaingan sesama sendiri di dalam UMNO’, soal ini memang rumit untuk mendapat penyelesaian . Kecuali pihak-pihak yang terlibat termasuk pihak DSSK dan TPS berkompromi dengan pihak ‘lawan’ mereka.
bersambung....
sambungan.....
Pada saya orang luar, ‘kelesuan’ yang dikatakan ini adalah kelesuan yang diakibatkan oleh ‘tekanan politik’ dari luar yang lebih berkuasa yang ‘memperkuda’kan pemimpin daerah untuk melesukan dan mematikan politik DSSK dan TSP.
Kalau pendapat saya ini benar, maka pemimpin-pemimpin muda UMNO di Kota Belud bukan berniat untuk mahu jadi pemimpin PELAPIS, tetapi di sebaliknya. Meraka ini sebenarnya ingin dan berniat untuk menjadi pemimpin MELAPIS dengan menggunakan ‘kuasa’ luar untuk merealisasikan obejektif politik mereka juga.
Jadi, kalau lah itu yang sebenarnya telah berlaku, bukankan mereka ini juga mencari jalan pintas untuk ‘mencantas’ politik DSSK dan TSP. Maka timbullah politik ‘cantas mencantas’. Di dalam keadaan seperti begini, adilkah kalau kita katakan bahawa apabila golongan muda gagal dalam objektif mereka mencantas politik TSP dan DSSK, kita tuduh mereka (DSSK dan TSP) enggan memberi laluan pada golongan muda ?
Dalam keadaan ‘cantas mencantas ini’, adil kah kalau kita tuduh DSSK dan TSP mencantas golongan pemimpin muda yang gagal dalam misi mereka menjatuhkan DSSK dan TSP, atas gagasan politik luar yang ingin medominasikan dan mengekalkan ‘kuasa besar’ di negari Sabah.?
Pada saya, tindakan DSSK dan TSP di dalam hal seperti ini adalah ‘menghadang atau menggagalkan’ gagasan kuasa luar itu. Malangnya di dalam tindakan menghadang ini ‘terkorban dan tersungkurlah’ pendekar-pendekar muda yang ‘derhaka’.
Di dalam perebutan jawatan Ketua Bahagian UMNO Kota Belud baru-baru ini, DSSK atas sokongan TSP telah berjaya untuk ‘merampas’ balik jawatan yang telah diserahkannya secara ikhlas kepada Datuk Haji Musbah beberapa tahun yang lalu (sebelum PRU11), Walhal pasukan Datuk Haji Musbah adalah ‘kuda’ tunggangan Musa Aman. Mereka ini termasuklah DARD dan Datuk Japlin. Dibelakang mereka ini adalah Khairy Jamaluddin.
Pada saya, tidak ada logiknya kalau kita katakan bahawa politik DSSK dan TSP telah lesu dan layu dan perlu untuk direjuvenasikan. Kemenang ini
Bersambung.....
Sambungan...
membuktikan bahawa DSSK dan TSP masih mempunyai penyokong yang ramai di Daerah Kota Belud.
Kedua:
PEMIMPIN PELAPIS ATAU PEMIMPIN MELAPIS
Makna perkataan ‘pemimpin pelapis’ dan ‘pemimpin melapis’ adalah berbeza. Pemimpin pelapis adalah pemimpin muda yang berada di ‘kedudukan’ yang membayangkan kepada umum bahawa atas kesepakatan semua pihak yang berwajib dan berkenaan, individu tersebut adalah layak untuk mengambil alih kepimpinan yang sedia ada. Kelayakan pula mesti selari dengan tuntutan semasa, seperti berpendidikan tinggi, keperibadian yang baik, tidak ultra di dalam pemikiran, akan mendapat sokongan yang luas dan boleh diketengahkan sehingga keperingkat atas dan tidak kurang juga pentingnya bahawa individu tersebut adalah ‘pengamal’ politik yang aktif di Bahagiannya (kalau UMNO).
Sementara ‘pemimpin melapis’, adalah golongan pemimpin yang terdiri:
i) Seperti apa yang telah dilakukan oleh TSP di dalam perjuangan politiknya sewaktu mula-mula beliau mencebur diri dalam arena politik tanah air, (Soal ini tidak payah saya panjangkan sebab telah diketahui umum)
ii) Pemimpin yang mempunyai cita-cita tinggi untuk jadi pemimpin tetapi tidak ada gagasan yang mantap. Dia cuma berbekalkan kepercayaan bahawa, ‘kalau pemimpin lain boleh buat, saya pun boleh buat. Maka dia akan mencuba nasibnya untuk menggugat kedudukan pemimpin yang lebih senior darinya secara sendirian.
iii) Pemimpin yang juga mempunyai cita-cita tinggi untuk naik di dalam politik, tetapi mempunyai gagasan yang dapat membantunya untuk merealisasikan objektifnya, seperti gagasan mengunakan dirinya sebagai ‘kuda’ kuasa luar untuk menggugat kedudukan pihak yang memberikan persaingan kepada ‘kuasa luar’ yang berkenaan.
Bersambung....
Sambungan...
Pada pengamatan saya, di daerah Kota Belud, pemimpin pemuda yang ramai adalah mereka yang terdiri dari golongan pemimpin MELAPIS. Jadi, kalau itu lah keadaan yang sebenarnya, kenapa persalahankan DSSK dan TSP bahawa mereka ‘gagal’ untuk membimbing pemimpin pelapis.
Bersandarkan kepada analisah saya terhadap kemelut politik di Kota Belud, di dapati bahawa tidak ada ‘wadah’ yang tersedia yang disepakati bersama oleh semua pihak yang berwajib dan berkenaan untuk menyediakan pemimpin pelapis. Dan tidak ada pemimpin pelapis yang ‘berkelayakan’ yang menonjol, yang juga ‘pengamal’ politk yang aktif di Bahagian (kalau UMNO).
Ini bukannya bermakna bahawa di Kota Belud tidak ada yang layak. Ramai yang layak untuk di asuh dan di ketengahkan. Akan tetapi mereka yang ‘layak’ ini semuanya ‘tersembunyi atau bersembunyai’ atas kehendak masing-masing. Kebanyakan mereka ini adalah kakitangan kerajaan dan tidak ikut serta berpolitik secara ‘aktif’ di dalam Bahagian (kalau UMNO). Dan tidak kurang juga bilangan mereka yang layak tetapi tidak minat berpolitik langsung.
Di samping itu, pemimpin-pemimpin lama di dalam Bahagian yang aktif yang ‘kurang atau tidak berkelayakan’ untuk di asuh dan diketengahkan mendominasikan politk UMNO Bahagian KB.
Sebenarnya, bagi pendapat saya ‘kumpulan kayu mati’ inilah yang menjadi penghalang besar dan bukannya TSP dan DSSK.
Sebagai bukti, ada juga kakitangan kerajaan yang ‘berkelayakan’ dan berpelajaran tinggi yang telah mencuba nasib mereka di dalam politik UMNO KB tetapi telah gagal menembusi ‘kota’ yang diwujudkan oleh pemimpin-pemimpin ‘kayu mati’ di Kota Belud.
Jenar Lamdah dan Datu Tiga Belas telah gagal. Dan baru-baru ini, saya dengar cerita bahawa Abdullah Sibil juga gagal untuk memenangi Jawatan Naib Ketua UMNO Bahagian Kota Belud. Beliau cuma mendapat 30 undi sahaja (bayangkan Presiden SAMA dapat undi cuma 30 org saja). Manakala lawannya si Mohan Haji Ahmad (kayu mati) mendapat lebih 200 undi.
Begitu juga halnya dengan Musli Oli (seorang penulis terkenal, penganalisah politik tanah air terkenal dan terpelajar) kalah merubut tempat sebagai wakil
Bersambung.....
Salam ramadan dan Selamat Menyambut Aidil Fitri.
Nampaknya KB sudah kuat angin Pilihanraya dan bercalon! No wonder UMNO lahir di sana (KB).
Solymone sini, Adik Musli sini, Sabahkita sini. Apa lagi nanti kalo pegi Taman Negara layak di suruh bayar toll double charge!
Sabahkita main psycho lagi.. mcm bilang kalo mau ambil Obama sebagai contoh mesti ambil kualiti kepimpinannya dan rekod kemimpinannya bukan kerana kulitnya atau umurnya. Nanti pula ramai yg gunting rambut mcm Obama dan mula buat slogan "A change we need". Nanti ikut KULIT SAJA, ISInya lain-lain!
Baguslah jika ada kesedaran mengenai kempimpinan dan kepemimpinan KB. Tetapi sebarang USAHA yang hanya berniat menyingkirkan pemimpin ikon seperti TSP dan SSK hanya menguntungkan pihak lain TETAPI BUKAN ORG KOTA BELUD, seperti yg org KB rasakan kini.
Ingat juga pujangga "takkan aku pinjamkan pisau ditangan aku ini kepadamu untuk membunuh aku".
Saya juga yakin bahawa kalo org KB mau maju, dan KB mahu maju, mestilah di tangan orang KB secara afdal, BUKAN DI TANGAN orang luar KB.
Mengenai soalan Sabahkita saya tidak tahu siapa Timbalan Presiden US sebab tiada timbalan , yang ada Vice Presiden..itupun saya tidak tahu.
Yang saya tahu TIMBALAN BILL CLINTON dulu iaitu MONICA LEWINSKY. Betul kah?
Sambungan.....
G7. Saya di fahamkan bahawa Naumul Haji Mulud (seorang pegawai kerajaan dan berpendidikan tinggi) telah juga gagal merebut tempat sebagai wakil G7.
Fakta-fakta politik ini jelas membuktikan kepada kita bahawa ‘fakta penghadang’ utama untuk ‘mengasuh’ pemimpin muda adalah ‘sisitem politik’ di KB yang di jaga rapi dan didominasi oleh kumpulan pemimpin ‘kayu mati’
.
Tetapi saya tidak nampak di dalam mana-mana tulisan termasuk tulisan Kelapa Mawar yang menyetuh hal ini. Ada disentu oleh Nyawa bin Badan dalam komen kepada tulisan KM ini, saya petik:
"Ada pemimpin lama yang tidak sedar diri kedudukan politik mereka di KB, Sabah, Negara sudah tidak diperlukan lagi, akan tetapi masih ingin menonjolkan diri, sehinggakan peluang golongan muda untuk beraksi tertutup begitu sahaja. Bukan kerana mereka yang terlibat ini hebat sehinggakan tidak dapat ditandingi oleh pemimpin muda. Akan tetapi peluang golongan muda untuk memperlihatkan kemampuan mereka dalam arena politik sentiasa dibayangi oleh pemimpin lama. Masa sudah sampai bagi mereka yang telah lama, harus membuka ruang kepada golongan muda menunjukan kemampuan masing-masing."
Mungkin juga apa yang dimaksudkan oleh Nyawa bin Badan di dalam komennya ini ialah merujuk kepada pemimpin-pemimpin ‘kayu mati’ di dalam Bahagian UMNO KB yang enggan memberikan laluan kepada mereka yang lebih layak.
Tetapi yang ashik di persalahkan ialah DSSK dan TSP. Kenapa begitu?
Sebagai bukti yang saya boleh ajukan bahawa DSSK mempunyai kesedian untuk memberikan laluan kepada pemimpin muda ialah tindakan beliau untuk memberikan lalaun kepada Datu Haji Musbah sebagai Ketua Bahagian UMNO . Pada waktu itu mantan Ketua Pemuda UMNO, Shukor Haji Mumin mendesak supaya DSSK lepas tangan dari menerajui UMNO KB sebab kononnya DSSK ‘pembohong’ dan sebagainya.
Jadi saya nak tanya kepada Kelapa Mawar, setelah DSSK telah tidak menerajui dan tidak campur hal dengan politik UMNO KB, apakah Haji Musbah dan kuncu-kuncunya telah buat untuk memertabatkan kepimpinan Kota Belud atau berapa orang sudah pemimpin muda yang telah di asuh?
Bersambung.....
Sambungan...
Setahu kita, Shukor Hj. Mumin telah menyertai PKR dan begitu juga pemimpin-pemimpin lain dari suku Iranun telah bersimpati dan menyokong PAS dan PKR.
Semenatara itu, Encik Japlin yang menjawat jawatan Ketua Pemuda UMNO Sabah telah tidak menonjol kepimpinannya sehingga tempuhnya habis baru-baru ini. Sedangkan Japlin telah diberikan peranan sebagai pemimpin pelapis yang diharapkan untuk terus menegakkan ‘bendera’ kepimpinan dari Kota Belud yang dari merdeka sehingga ke tangan DSSK dan TSP belum pernah ‘terjatuh’ di peringkat negeri dan negara.
Semua ‘kekagalan ini’ telah bermain di hadapan mata DSSK dan TSP. Tetapi mereka pula yang dipersalahkan, sedangkan mereka ini juga ‘separuh mati ‘mempertahankan kedudukan politik mereka dari di cantas oleh mereka yang lebih berkuasa di dalam UMNO.
Jadi , apa bila namapak semua ‘kegagalan ini’ bermain di mata mereka sehingga ‘orang luar’ di datangkan ke KB atas agenda ‘kuasa luar’, salah kah kalau TSP dan DSSK bergabung tenaga untuk ‘mengembalikan’ maruah bangsa yang mereka nampak semangkin lama semangkin terhina.
Bagi saya, itu tidak salah. Malahan kita semua serumpun harus menyokong mereka dengan mengenepikan perselisihan yang sebesar manu pun, apa tak lagi perselisihan yang remeh.
DSSK dan TSP pun boleh mengenepikan ‘perselisihan’ mereka yang begitu tebal demi untuk memertabatkan bangsa, kenapa pula yang lain tidak boleh? Kecuali yang tidak boleh itu, sememangnya mempunyai agenda sendiri iaitu hendak jadi pemimpin MELAPIS.
Kelapa Mawar,
Di penghujungan tulisan ini kelapa mawar telah menyatakan, ‘maka jadilah macam Tun Mustafa..ramai pemimpin USNO dianggap kurang taring dan ilmu sepak terajangnya..Bila sudah keluar dari USNO dan menubuhkan parti baru…ternyata pemimpin hingusan USNO ini Berjaya menggulingkannya…Sejarah akan berulang..dan itu sedari awal harus diberikan pertimbangan.’
Pendapat ini seoalah-olah mengatakan bahawa, kalau kepimpinan yang ada di KB sekarang ini tidak memberi laluan kepada pemimpin-pemimpin muda, ada kemungkinannya pemimpin-pemimpin muda akan memberontak dan
Bersambung....
Sambungan....
menggulingkan kepimpinan yang ada dan mungkin mereka akan berjaya seperti apa yang terjadi pada zaman UNSO dan Tun Mustapha dahulu.
Kelapa Mawar,
Adakah ura-ura bahawa pemimpin-pemimpin muda di Kota Belud akan berkumpul bersama-sama untuk mendaftarkan parti politik yang baru?
Kemungkinan itu adalah jauh!
Kemungkinan yang dekat dan telah pun berlaku ialah, pada mereka yang tidak sabar ‘menanti’, mereka menyertai pembangkang, PKR dan PAS atau SAPP. Itu kan sudah menjadi kelaziman politik pada kamu di Kota Belud?
Jadi, kalau tukar parti dan gagal dalam pertandingan sewaktu pilihan raya, salah DSSK dan TSP juga kah itu, sebab DSSK dan TSP tidak berkempen untuk mereka sedangkan mereka ini adalh pemimpin pelapis?
Waduhai!, Kelapa Mawar,
Kalau nak buat perbandingan, biar lah perbandingan itu ‘sama-sama’. Maksud saya kalau kita hendak membandingkan manisnya sebiji buah apple, jangan kita bandingkan dengan durian. Apple mesti dibandingkan dengan apple juga.
Keadaan politik dulu dan senarionya adalah berbeza dengan keadaan politik sekarang.
Saya setuju mungkin Tun Mustapha telah gagal menyediakan pemimpin pelapisnya. Kita boleh salahkan beliau sebab USNO adalah partinya dan dia berkuasa untuk menyediakan pemimpin pelapis di dalam USNO.
Bandingkan pula keadaan Tun Mustapha dulu dan USNOnya dan DSSK dan TSP dengan APANYA?
DSSK bukan Presiden UMNO. TSP bukan presiden sebuah parti seperti PBS. Dia pernah jadi presiden AKAR, itu pun atas ehsan Dusunkadazan dalam AKAR. Anak-anak Iranun yang terpelajar menentang beliau dan telah tidak bersetuju dengan gagasannya sehingga beliau tiada pilihan dan membubarkan AKAR. Pengakuan TSP ini saya terbaca di dalam blog halaman Kelapa Mawar ini juga.
Di dalam UMNO , DSSK dan TSP adalah ‘pemimpin biasa’ yang juga perlu untuk menjaga diri masing-masing daripada di cantas, apa kan lagi ‘mengasuh’ pemimpin pelapis.
Bersambung....
Sambungan...
Dan kalau perbandingan dengan Tun Mustapha adalah tidak patut, maka tidak patutlah juga kepimpinan mereka di bandingkan dengan Sammy Vellu dan MICnya.
Kesimpulan/Rumusan:
Pada kami orang luar, DSSK dan TSP tidak ada ‘kelemahan’ besar berbanding dengan pemimpin-pemimpin bangsa lain yang pernah memegang jawatan tinggi. Kalau pun ada ‘kelemahan’ yang ada pada diri mereka ini, kelemahan itu adalah kelemahan biasa seperti yang di paparkan di dalam tulisan ini dan komen-komen bloggers di KB yang saya terbaca, kalau lah cuma itu kelemahan mereka, semuanya itu adalah kelemahan ‘biasa’ pada setiap pemimpin dimana-mana pun.
Sebagai contoh, Dr. Mahathir pernah menjadi Perdana Menteri Malaysia selama 22 tahun dan sebelum itu menjadi Timbalan Perdana Menteri dan sebagai Menteri berpuluh-puluh tahun, tetapi Kubang Pasu, kawasan yang di wakilinya tidak sepesat pembangunannya berbanding dengan kawasan lain di Negeri Selangor.
Tun Daim Zainuddin, mantan Menteri Kewangan dan mewakili Parlimen Merbok telah tidak dapat membangunkan kawasan Merbok seperti yang di buat oleh Tan Sri Chong Kah Kiat di Kudat dalam tempoh dua tahu.
Saya amat setuju dengan Kelapa Mawar bahawa Samy Vellu perlu memberikan laluan kepada pemimpin muda di dalam parti MIC , tetapi bukankan tindakannya sekarang ini di dalam ‘merestui’ beberapa orang pemimpin sahaja adalah termasuk juga dalam ruang lingkup erti ‘pemimpin-pemimpin yang telah di asuh dan direstui sebagai pemimpin pelapis?
Kalau dalam pandang kita tindakan Sammy Vellu ini adalah salah, tidak kah nanti menjadi kesalahan kalau DSSK dan TSP juga akan mengenal pasti pemimpin-pemimpin muda di KB yang mereka fikir boleh diketengahkan dan mereka restui pemimpin-pemimpin yang berkenaan?
Bersambung.....
Sambungan...
Seperkara lagi yang perlu saya nyatakan disini yang saya fikir menjadi tandatanya setiap pemimpin-pemimpin muda di KB ialah, samada TSP dan DSSK kini sedang menungguh ‘kebersediaan ‘ anak-anak mereka untuk mengambil alih kepimpinan mereka.
Astagah!, kenapa pula perkara yang sekecil ini menjadi masalah bagi masyarakat dan pemimpin di KB. Bukan kah pemimpin-pemimpin di KB semuanya mempunyai fikiran yang ‘terbuka’. Sanggup menerima orang luar atas alasan orang luar tersebut berkeupayaan dan berkelayakan.
Kalau sanggup menerima orang luar atas alasan bahawa orang luar itu berkeupayaan, kenapa pula menolak ‘orang dalam’ yang juga sama keupayaan dan pendidikannya dengan ‘orang luar’, cuma atas sebab bahawa ‘orang dalam’ itu adalah anak orang tertentu (anak DSSK dan TSP)?
Kan sudah menjadi tren di mana dunia pun bahawa ‘politik dainasti’ diamalkan dan diterima.?
Politik di dalam Negara Malaysia pun mengamalkan budaya politik sebegini, samada dalam Kerajaan atau Pembangkang.
Kelapa Mawar,
Kadang-kadang saya tersenyum apabila terbaca tulisan bloggers di KB yang menyindir dan mengaibkan TSP sebab berbini dua. Sungguh sempitkah pemikiran kita sehingga ‘bermadu’ pun yang dihalalkan oleh agama dipersoalkan.? Kan itu soal peribadi dan tidak kena mengena dengan soal politik.?
Untuk makluman, Tok Guru Hadi Awang ada dua bini; Tun Dain Zainuddin ada tiga bini; Datuk Nazri Aziz ada tiga bini; Datuk Musa Aman ada dua bini....dan seterusnya....dan seterusnya. Tetapi ini tidak dipertikaikan.
Pada saya, saya tabik hormat pada TSP sebab dia tidak ‘sorok’ bininya yang kedua. Dia ‘nyatakan’ dengan terang-terang kepada dunia bahawa dia bangga dengan keadaannya yang bermadu.
Tetapi, pemimpin lain yang di dapati di mahkamah melakukan perkara diluar tabie’ di sanjung dan dipuji malahan di buat sebagai pemimpin idola yang
Bersambung....
Sambungan...
kononnya mempunyai ‘idealisma’ yang dekat pada hati pemimpin-pemimpin muda.
Kelapa Mawar,
Kalaulah apa yang dipaparkan di dalam blog bloggers KB adalah isi hati mereka masing-masing yang sebenar dan bukan provokasi, maka kini saya faham kenapa TSP dan DSSK belum nampak ‘pemimpin pelapis yang sebenar’ di daerah Kota Belud?
Kelapa Mawar,
Itu sahaja lah komen saya pada isu politik yang kompleks ini. Apapun saya berterima kasih kepada KM sebab memaparkan isu ini. Setidak-tidaknya pendapat orang luar macam saya-Palahu-dapat memberikan padangan yang ‘ditengah-tengah’, bukan mempertahankan kepimpinan DSSK dan TSP semata tanpa ada fakta-fakta politik yang perlu untuk di ambil kira.
Sekian,
SMA
P/S. Untuk Saudara Musli Oli,
Kalau nak ‘input’ politik hantar saja alamat sdr pada saya, insaAllah saya akan jawab persoalan sdr. Saya malu jumpa orang macam sdr yang terkenal orangnya. Orang Palahu pemalu dan badannya bau ikan ba.
Salam SMA..
Saya ingin menjawab soalan yg paling last dlm komen sdr SMA berkaitan berapa orang pemimpin muda yg telah di asuh oleh Datuk Musbah...
Jawapannya.. Datuk Musbah sudah mengasuh SEPUPUNYA; ARHSAD HJ BISTARI menjadi pelapis kepimpinannya. Dari tukang tarik kereta kini da jadi Timbalan Ketua Pemuda Kota Belud.. Hai itu pun sdr somprot tak tahu ke??
Mungkin selepas ini, Datuk Musbah akan mengasuh Albi Hj Bistari sebagai pelapis kedua. Albi ni bukan calang2 orang tau.. Agrobank pun kalah dgn dia... Bayangkan?? Jari pun ada 6.. fengshui bagus kata org cina.
Hebat ba Datuk Musbah ni.. berpandangan jauh. Guna blue ocean strategy agaknya.. pendek org, tapi panjang akalnya.
Salam kelapa Mawar,
Saya amat teruja penjelasan yang dipamerkan oleh SMA, namun dalam kesempatan ini ingin saya katakan bahawa politik DSSK dan TSP telah diketahui umum oleh semua yang bergelar pemimpin, khususnya mereka yang terlibat dalam kancah politik KB. Kata orang “ Sekilas ikan di air ku tahu jantan betina”. Saya nak ceritakan politik cantas mencantas yang begitu lama dilakukan oleh DSSK terhadap pemimpin UMNO kota belud. Sebagai pemimpin UMNO yang terlibat secara langsung dalam politik KB, suka saya berkongsi dengan saudara-saudara sepak terajang DSSK dalam mengekalkan kelangsungan politiknya di daerah kota belud.
Siapa yang tidak pernah merasa bisa suntikan maut dari DSSK apabila beliau membunuh keria politik seseorang itu. Saya pernah dengar seorang kawan yang mengatakan jika DSSK membunuh politik seseorang tidak akan mengalirkan darah keluar langsung, tapi orang itu terterungkur sendiri.
TSP yang sekarang ini berkawan baik dengan DSSK , suatu ketika dulu juga pernah menjadi mangsa DSSK, siapa yang tidak ingat sewaktu DSSK ketua UMNO bahagian KB, bukan kah dia yang menyebabkan TSP tidak dapat bertanding kembali dalam pilihanraya suatu ketika dulu. DSSK telah menghasut orang-orang UMNO KB supaya menuntut kawasan tempasuk diserahkan kepada UMNO, yang sebelum ini tempasuk di wakili oleh TSP atas tiket AKAR. Malang bagi TSP dan masyarakat Iranun kerana tidak dapat bertanding pada pilihanraya tahun 1999 dan menyerahkan kawasan itu kepada Dtk Haji Musbah atas tiket UMNO. Setahun lepas itu DSSK mengumumkan TSP calun parlimen KB dan jentera TSP telah dibentuk untuk menghadapi pilihanraya parlimen tersebut. Tahukah ? saudara kelapa mawar apa yang terjadi selepas itu? TSP tidak dapat bertanding kerana kononnya DSSK masih diperlukan khidmatnya pada ketika itu. Wal hal ini semua sepak terajang DSSK mempengaruhi KL mencalunkan dirinya dalam pilihanraya tersebut.
Banyak lagi contoh liciknya DSSK dalam mempermainkan politik KB, nak tahu Tanya Musbah, Awadnir, Dr Saijan, Arwah Kadri, Cikgu Jikal, Cikgu Deraman dan banyk lagi. Mereka ini semua telah merasai tikaman maut dari DSSK. Kalau mahu cerita yang lebih detil bolehlah saudara bertanya mereka ini.
Salam KM,
sekali lagi saya teruja dengan komen panjang lebar SMA. Saya rasa KM pun tidak kisah blognya dijadikan medan oleh SMA kerana komen beliau memang bernas.
Malam tadi saya berjumpa dengan 3 pemimpin Sabah di KL. Selepas berbuka puasa di Prince Hotel dgn Dato Azian Osman, Pengerusi SPNB saya kerumah Dato Lajim yg juga mengadakan majlis berbuka puasa. Meriah. Spt biasa Lajim begitu mesra layan kawan-kawan. Ramai yag persoal latarbelakang pendidikan Lajim, tetapi saya melihat kekuarang itu diatasi dengan kerja keras dan PR yang baik. Bagi saya Lajim berjaya sebagai pemimpin bukan sahaja di kawasan yg diwakili tetapi juga peringkat negeri dan national.
Selepas itu ketika balik ke Seri Pacific hotel, kelihatan Datuk Japlin yg bersendirian di ruang menunggu. Pemimpin KB yang pernah jadi KP UMNO Sabah bersendirian sedangkan lobi dipenuhi org politik? Kenapa?
Saya salam dan terus masuk ke lobi dan bertemu kawan-kawan termasuk timbalan CPO Sabah dan Tuan Zainal (SB Politik dari Sabah) juga Sang Kelembai. Kita bincang soal politik.
Kira-kira jam 12 tengah malam saya kembali ke tempat Japlin dan dalam perjalanan itu saya bertemu dengan KM, Dato Musa Aman yang diiring DARD, D Masidi, D Ampong Puyon. Menurut Musa mereka dari terawih dengan pelajar Sabah.Barulah saya tahu kenapa Japlin berseorangan, rupanya dia sedang menunggu Dato Musa.
Apakah iktibar dari pertemuan ini?
Pertama, dari segi personaliti, pemimpin dari KB masih tidak mampu berdiri sendiri. Jika pada ketika itu D Musbah ada di KL dia juga akan bersama Musa Aman atau menunggu di lobi hotel.
Kedua, saya tidak terfikir SSK atau TSP akan menunggu Musa Aman atau menjadi pengiring beliau.
Barangkali DARD terkecuali kerana kebetulan beliau hadir dalam majlis yg sama dan beliau pernah jadi SETPOL Musa dan wajarlah beliau mengiringi KM Sabah itu.
Nah disinilah saya melihat "leadership". Aura kepimpinan bukan sesuatu yang mudah. Ia barangkali semula jadi. Lajim ada auranya. begitu juga Musa, SSK, TSP.
KB ingin pemimpin pelapis bukan kuih lapis! dalam konteks ini saya tidak nampak Serin Sudah yang beria-ia menonjol diri sbg pemimpin pelapis, kerana kerjanya hanya mencium tangan pemimpin. Bayangkan besarnya badan Serin asyik cium tangan Musbah. Sekarang kerjanya cium tangan SSK? Dan tangan semua pemimpin KL.
Perkara ini tidak dilakukan SSK, TSP, Yahaya Lampong! Saya sendiri tidak pernah cium tangan SSK atau sesiapa sahaja.
SMA telah mengulas dengan baik tentang SSK dan TSP. saya tidak berhasrat mengulangi, cukuplah pengalaman satu malam saya dengan pemimpin ini sebagai iktibar kepada kita semua.
Salam...
Sdra SMA, kelesuan DSSK dan TSP bukan faktor akademik, kesihatan fizikal mahupun pengalaman politik tetapi minda mereka yang lesu yang mana bertahun2 menjadi pemimpin tetapi apa pencapaian mereka. Apa pembangunan KB yang mereka bawa? cuba buktikan!!! HJ Musbah walaupun dikatakan tidak berpendidikan tetapi beliau ada jelapang padi dan DARD ada perancangan untuk air bersih di KB.
TSP dulu pernah berjanji pada penduduk kampung yang terdiri drp petani dan saya masih ingat lagi kata2 beliau "na imantu sekanu aa paguma, paka pelusaiagenku su ilau yu" ketika itu beliau menteri pertanian sabah. Nelayan begitu juga teringat janji2 beliau bahawa perahu dayung akan ditukar kepada bot...na sekarang macam mana sudah bertukarkah???
Banyak lagi yang tidak ingin saya ceritakan di sini....
salam sdr Musli..
Pencapaian politik peribadi tidak sama dengan pencapaian politik bangsa...ertinya mungkin seorg pemimpin itu berjaya dari segi mengangkat nama nya dlm bidang politik dan itu org ramai akui..ada juga kata orang ..Dah nasibnya...!!!
Tapi pencapaian politik bngsa merujuk kepada sumbangan seorang pemimpin yg berjaya politik [peribadinya kepada bangsa dan masyarakatnya.
Jika bangsa itu majoriti, dan pemimpin dari bangsa itu juga ramai, maka sumbangan itu tidak berapa nampak kerana banyak yang menyumbang....banyak sumbangan atau tidak...pernilaiannya di pandang bahagi kerana ramai pemimpinnya..
Tapi kalau bangsa minoriti dan pemimpin harapannya adalah seorang..maka sumbangan permimpin itu berfokus kepada seorang...maka itu TSP menjadi perhatian bangsa Iranun..
Kita hanya melihat dari luar sahaja...tetapi yang merasa adalah orang Iranun...kalau mrk katakan bahawa TSP 'gagal' membangunkan Iranun ( pembangunan dari semua aspek ) maka itu adalah hak mereka kerana mrk yg merasakan...Kalau sdr Musli katakan bahawa TSP dan DSSK adalah pemimpin bertaraf itupun diakui oleh org Iranun...
Cumanya kerana apa yg dikatakan oleh mrk bahawa TSP gagal membangunkan bangsa Iranun..itu saya rasa ada kebenarannya..kerena perkampungan Iranun masih Daif dari segai keperluan asasnya, termasuk pendidikan dan ekonomi..
Namun saya tidakpasti kalau DSSK juga berbuat demikian kerana Bajau di KB banyak pemimpinnya ( DSSK, HJ Musbah) maka, kalaupaun DSSK membangunkan bangsanya...mungkin di katakan rancangan DT.Musbah..dan ramai lagi...
Tapi kalau perkampungan Iranun mundur..maka siapa yang dipersalahkan..? Arwah Dt.Bandira kah..? atau Razak Rakunman Kah..? atau Ustz Laiman (PKR) kah..? Maka sebagai orang bukit..saya katakan bahawa TSP itulah yg bertanggungjawab kerana dialah satu-satunya pemimpin Iranun yg menyerlah dan berpengaruh...termasuk pernah menjawat jawatan menteri dan senator..
Bagi saya, sama ada pemimpin itu mencium tangan dan sebaliknya..bukan perkara besar..kerna yg dinilai oleh masyarakat ialah sumbangan kepada masyarakat itu...
Sambungan..
Sdri KM dan Sdr Musli..
Kalau sabah meredak dah hampir 46 tahun ( berdasarkan 16.sept) dan TSP bergiat dlm politik lebih 30 tahun..adalah amat menghairankan kalau dlm tempoh itu tidak ada satu perkampungan Iranun yg lengkap keperluan asasnya dan bertaraf Desa wawasan..(perkampungan bajau ..ada kan..) Sedangkan TSP sajalah tempat org iranun berharap.
Soal org iranun tidak memberikan sokongan ketika dlm AKAR..itu satu lumrah politik kerna tidak semua idea perjuangan kita diterima...biarpun Iranun dlm UMNO, juga PKR, juga PAS ,juga SAPP..tetapi kerana matlmat memperjuangkan bangsa itu sama, maka bagi saya tidak menjadi satu kesalahan...
Biarpun TSP bukannya malaikat tetapi kerana dia jadi perhatian masyarakat Iranun, maka itu dia menerima pelbagai kegusaran dan kebimbangan orangt Iranun tentang halatuju politik iranun..
Namun sejak saya membaca pelbagai penulisan sdri KM tentang Iranun dan juga ulasan TSP tentangnya..dan kemudiannya sdr SMA..maka saya sangat merasa kasihan dengan nasib org Iranun..
TSP nampaknya pandai kerana setiap penerangan maka dia kaitkan dgn DSSK, sedangkan isu Iranun sendiri dia gagal menyelesaikannya ..
Kenapa pemuda Iranun melawan TSP..(rujuk Penulisan sdri KM Sebelum ini ) ..saya rasa TSP gagal menyelesaikan masalah dlm 'kelambu' nya sebab itulah dia digigit oleh RENGGIT...
Saya juga sprti sdr Musli..berdarah Bajau..tetapi ramai kawan dari suku Iranun..dan itu saya banyak dengar keluhan mereka...DSSK di mata orang Iranun tidak berapa teruk kerana keakraban suku itu terhad..tetapi TSP adalah 'bapa' adalah 'Ibu' adalah 'pendekar", adalah "panglima" Iranun, Justeru itu mereka ,sedih dan pilu dgn TSP apabila 'gagal' menyumbang sesuatu yg sangat berharga dlm sukunya..
Saya membuka cerita ini...kerana beberapa hari yg lalu..saya bertanya kepada rakan-rakan saya orang Iranun..dan versi cerita yang saya saya dengar...jika itulah yg berlaku..PATUTLAH ORANG IRANUN MULA MEMBELAKANGKAN TSP..
Kita orang luar ni..cukup hanya melihat sahaja.
sambungan..
Sdri KM dan sdr Musli..
Saya menjangkakan bahawa posting PANDIKAR-MUSBAH TEMAN SEPERMAINAN adalah suara hati ikhlas org Iranun...KM ceritakan tentang anggapan dan pemikiran org Iranun thdp TSP..tetapi apabila membaca ulasan TSP..saya juga tidak faham..kerana kesalahan semuanya diserahkan kepada orang Iranun...sedangkan peranan Dia sebagai Taiko Iranun tidak dilihat. Apakah TSP seorag yg maksum sehingga tidak ada kesilapan..? kalau ada tidak ada salahnya membetulkan kesilapan itu..sebelum org Iranun lebih banyak yg tidak berpuas hati..
Memang tidak semua hati org dpt kita puas..kan tetapi apa yg dikatakan oleh SDRI KM itu adalah benar2 berlaku di kalangan org Iranun ( saya dengar sendiri ) kalau saya buat Nisbah..dalam 10 org yg saya tanya..hanya 2 org yang katakan TSP berjaya membangunkan bangsanya. Ertinya 8:2..
saya amat mengharapkan agar, TSP dan org Iranun dapat bersemuka dan mbincangkan permasalahan ini..kerana Iranun juga main peranan dlm politik di KB..bayangkan dlm PRU-12, sikongan Iranun kpd Pembangkang bertambah meningkat..kenapa TSP tidak ambil tahu hal ini dan cuba mencari apa puncanya..?
Kalau TSP benar2 bimbangkan bangsanya..keadaan ini tidak akan dibiarkannya..tapi bagi saya..TSP bukan bimbangkan bangsanya tetapi bimbangkan kedudukan politiknya...
Salam sayang utkorg Iranun dan sdri KM..maaf atas penerangan yg panjang ini.wssalam.
KM, sebagai seseorang yang kurang arif dalam soal politik, saya ada beberapa persoalan yang saya fikir memerlukan bantuan KM untuk memperjelaskannya:-
1. Siapakah sebenarnya yang bertanggungjawab menjadikan seseorang itu sebagai pemimpin. Maksud saya, adakah pemimpin yang lebih atas atau rakyat?. Saya bertanyakan demikian kerana, apabila KM menyebut bahawa DSSK dan TSP gagal menyediakan pemimpin pelapis, pada saya yang tidak arif berpolitik ini; yang saya faham ialah seseorang itu menjadi pemimpin kerana diletakkan "disitu" oleh pemimpin yang lain. Dan, kalau inilah lumrahnya, maka saya berpendapat bahawa sampai hari kiamatpun kita tidak akan mendapat pemimpin yang benmar-benar berjuang untuk masyarakatnya.. Bukankah kalau seseorang itu sememangnya mempunyai ketokohan untuk memimpin dan cara dan kaedah perjuangan beliau diterima oleh rakyat maka rakyat akan mengangkatnya menjadi pemimpin?...
2. Berdasarkan pernyataan saya diatas, bukankah menjadi tanggungjawab pemimpin muda (kalau betul-betul merasakan bahawa diri mereka adalah pemimpin yang lebih baik dari pemimpin sediada) untuk membuktikan kepada rakyat bahawa mereka mempunyai kualiti kepemimpinan yang sebenar berlandaskan usaha serta perjuangan yang baik. Pada hemat saya, mana-mana pemimpinpun, apatah lagi yang muda, kalau berhasrat untuk menjadi pemimpin tetapi mendapatkannya dengan cara yang "hina" seperti memburuk-burukkan orang lain, meletakkan kesalahan kepada orang lain dan sebagainya maka individu ini sebenarnya tidak layak menjadi pemimpin kerana apa yang mereka tunjukkan dengan perbuatan sedemikian adalah sikap dan sifat buruk yang sepatutnya dijauhi oleh pemimpin terbilang. Kalaulah benar, ada calon pemimpin yang lebih unggul dalam kes yang KM sebutkan maka pemimpin muda ini perlulah membuktikannya. Saya tidak fikir pemimpin muda ini memerlukan sokongan DSSK atau TSP untuk menaikkan namanya. Cukup dengan berusaha dan membuktikan kepada rakyat sehingga rakyat mengiktiraf sumbangannya dan mengangkatnya menjadi pemimpin.
3. Saya juga mohon penjelasan, andai sumbangan DSSK dan TSP kepada masyarakat kononnya dipersoalkan oleh para pemimpin muda ini, apakah pula sumbangan yang telah mereka berikan?... adakah mereka fikir bahawa dengan hanya menjadi wakil rakyat atau ketua bahagian UMNO maka semua projek pembangunan boleh diluluskan begitu sahaja?.. Mohon jelaskan bagaimanakah proses pelaksanaan projek pembangunan ini berjalan terutamanya dari mula iaitu memohon peruntukan sehinggalah pelaksanaan dan pemantauannya?
bersambung...
4. Mengandaikan bahawa pemimpin seperti DSSK dan TSP berundur untuk memberi laluan kepada pemimpin muda yang "idealistik" ini untuk memimpin, apakah jaminan KM bahawa pembanguanan dan perubahan akan berlaku dengan cepat dan secara besar-besaran di KB?..
5. Atas landasan apakah bahawa KM begitu yakin yang pemimpin muda ini mendapat sokongan ramai dari masyarakat dan sebaliknya menolak kepimpinan DSSK dan TSP?... hakikat bahawa DSSK telah dipilih semula sebagai Ketua Bahagian UMNO KB oleh rakyat dan bukan oleh Ketua Menteri dan sebagainya membuktikan bahawa mereka masih diterima. Begitu juga, perlantikan TSP sebagai Yang Di-Pertua Dewan Rakyat adalah merupakan pengiktirafan atas kebolehan dan kepimpian beliau. Perlantikan ini telah secara tidak langsung mengangkat martabat suku Irranun yang merupakan suku minoriti di Sabah. Beranikah KM menamakan sesiapa dari suku Irranun atau Bajau dar4i darerah KB yang boleh dan mampu menggantikan TSP sebagai Speaker Dewan Rakyat terutamanya dalam menjalankan tugas sebaik beliau?..
6. Akhir sekali, adakah pemimpin muda yang KM katakan ini telah benar-benar bersedia untuk memimpin atau, sekadar sudah tidak sabar menahan "gelojoh" membayangkan seronoknya menjadi pemimpin, atau sedang "diperkudakan" oleh orang tertentu untuk merosakkan kepimpian tertentu yang dikhuatiri boleh menjejaskan kepentingan pihak-pihak berkepentingan daerah dan negeri?.
7. Buat saudara Musli dan SMA, saya menyatakan persetujuan dangan pandangan saudara berdua dan sesungguhnya masih ramai orang yang berfikiran seperti kita di Sabah... "Belum tersasar dan tidak akan dapat disasarkan oleh siapapun......" Buat DSSK dan TSP, selagi masyarakat memerlukan, teruskan perjuangan membela masyarakat dan bangsa tanpa rasa takut dan gusar.. kami setia di belakang kalian berdua.
Salam sdr belum pendekar..
Saya sebenarnya tak mahu sdri KM jawab kerana Sdr sendiri belum pendekar..mcm mana nak jawab org yg belum ditauliahkan sebagai pendekar????
Saya yg akan jawabkan..
Soaln 1. Jawapan rakyat yang tentukan bukan pemimpin..dan sekarang pemimpin muda dari suku Bajau dan Iranun sedang berjuang....biarpun DSSK dan TSP cuba nak cantas...
Soalan 2. Pemimpin muda ini tidak pernah memburuk2kan DSSK dan TSP tapi dua org ini yg tidak senang duduk takut jatuh kuasa politik mereka..jadi mrk gunakan apa cara sekalipun utk cantas termasuk menggunakan politik wang...
soalan 3. Macam mana nak sumbang kalau asyik diperlekehkan kononnya belum kuat menerima tugas dan tanggungjawab..tapi itupun mrk usaha juga utk buat sesuatu. DARD sedang usahakan bekalan air bersih di KB..Tidak malu kah DSSK dan TSP mrk berpuluh tahun jadi menteri air bersih di KB tidak selesai..org muda dan org luar pula yg buat..
soalan 4.Perubahan memerlukan masa..bukan sekelip mata.Mrk akan berjuang kearah itu.
Soalan 5.Kita yakin mrk akan membawa perubahan. Contohnya DARD bolehlah setakat ini.
Soalan 6.Mrk sudaj bersedia..cuma DSSK dan TSP yg takut terancam politk mrk sbb mrk ini nak sangat jadi KM..konon utkbangsa.
Mcm mana Sdri KM ....? ok kah Jawapan saya ni..
harap Sdri KM dpt membalasnya.wassalam
Salam
Saya bersetuju dgn sdr paling berani.. Tidak di nafikan DSSK dan TSP memang tokoh politik yg unggul dan terbilang, tapi betul jugak kata PB, sudah berpuluh tahun menjadi pemimpin.. BERAPA SUMBANGAN NYA KPD BANGSA/MASYARAKT ?? KB masih lg diantara daerah termiskin d malaysia, walhal dari zaman keruak lgi kita sudah pegang kuasa di sabah; sudah lahir pemimpin2 terbilang yg ada aura (kata sdr musli) dan bukan calang2... MEMANG MRK ITU DIAKUI HEBAT HINGGA KE PERINGKAT NASIONAL.. TABIK LAH.. TAPI MRK GAGAL MEMAJU/MEMBANGUNKAN DAERAH SENDIRI... Pelan Pembangunan KB pun lintang pukang, nasib baik lah ada Gui brothers, KB lodge, Yick Ming, Restoran Mayang Sari, Restoran Kota Raya, KFC dsb memeriahkan ekonomi KB ni.. kalau tidak.. pekan kota belud ni macam hidup segan mati tak mahu.. Walhal dgn kehebatan DSSK & TSP sepatutnya mrk ini dapat tarik pelabur luar melabur di KB.. mcam d tuaran, ada Rasa Ria resort, Tang Dynasty lodge.dsb.. Agak nya Datuk Hajiji ni pintar dlm ekonomi. Makanya saya sarankan kita calon kan Ah Liang @ gui brothers jadi calon next PRU, tak pandai politik pun tapi pandai berniaga..
salam kak KM..
Saya setuju dgn pendapat palingberani ..kerana ada juga kebenarannya..tidak ada kita nampak TSP punya jasa besar dlm pembangunan perkampungan Iranun...tapi mungkin ada sebabnya..
Datuk salleh pula..Jalanraya Tuaran-KB bukan dia yg rancang kah..?
TQ.
Salam Saudara-Saudara,
Dari hujah-hujah yang saya baca, semuanya ada kebenarannya dari sudut pandangan masing-masing. Apa pun hujah yang diutarakan hanya tertumpu kepada dua orang tokoh KB (DSSK/TSP). Wajarkah mereka ini turun takta dan memberi laluan golongan muda mengambil ahli kepimpinan KB?
Atau membiarkan mereka ini meneruskan perjuangan mereka, sedangkan kita sudah tahu kebolehan mereka mentadbir KB melalui pengalaman mereka memegang berbagai-bagai jawatan diperingkat negeri dan pusat.
Pada saya mudah sahaja untuk kita menjelaskan perkara ini. Saudara Khairul Azman Mohammad satu ketika dulu adalah penjaga gol nombor satu malaysia. Tetapi lama-kelamaan kelincahannya bermain telah pudar kerana beberapa sebab misalnya faktor usia, pun begitu namanya masih lagi dikenang sehingga ke hari ini sebagai penjaga gol terbaik di zamannya.
Inilah yang harus diterima hakikat oleh kedua-dua tokoh ini, zaman politik mereka telah pun berlalu, Datuk Osu Sukam, Datuk Chong, dan sebagainya yang sezaman dengan mereka telah pun berundur dalam dunia politik. Secara peribadinya saya mengakui bahawa kedua-dua tokoh ini sedikit sebanyak telah memberi sumbangan kepada daerah Kota Belud, mustahil jugalah langsung kedua-dua tokoh ini tidak membuat sesuatu yang baik bagi KB. Cumanya kita kena terima hakikat, yang mereka ini tidak dapat menerima hakikat bahawa orang suruhan mereka dulu-dulu kini menjadi Ketua Menteri dan menteri, dan pada masa yang sama mereka ini masih merasakan kuat dan mampu melaksanakan tanggungjawab itu.
Hidup ini umpama sebuah roda yang sentiasa berpusing, di kala kita berada di atas gunakan peluang itu sebaik mungkin, sehinggakan kita merasa puas hati atas sumbangan yang kita lakukan. Tetapi apabila kita sudah berada di bawah terimalah saja hakikat yang kita ini berada di bawah dan jangan lagi bising-bising . Sewaktu kita berada di atas takta dulu pun bukan ada orang yang kacau kamu. Apa pun terserah kepada mereka untuk memikirkannya.
salam....
Ayo.yo...inilah masalah pemimpin yang terlupa dan teralpa begitu lama...mimpi yang indah2 sahaja...sekali Si Rengit datang menggigit baru nak ingat kelambu dan Redsect....
Si Rengit sangat bersetuju dengan ulasan dan komen saudara Palingberani...inilah yang kita mahu saudara....kasi berani saja...mapaittantu pun tak apa....
Kerana Iranun minoriti dan kempimpinan diterajui oleh TSPA...maka tumpuan...kritikkan...pujian...pujaan...tohmahan..semuanya tertumpu pada yang satu...TSPA...Ambil lah Iktibar kepada perkara yang lampau...Senario politik dan dunia kian berubah...na bahsaulah den saumur-umur na sekayan bu eh khan sa gula...na kencing manisen bu sekayan...na imantu nyailai tanu den na gianan den suka pasang yan kuman sa gula...nyatun yan bu su abal-abal yan...
Pendapat saya tetap saya...SUMBANGAN DAN KEBAIKAN TELAH DILITUPI OLEH KERAKUSAN DAN KELEMAHAN KEPIMPINAN MEREKA...FIKIRKAN...
Apapun kita masyarakat Iranun semuanya punyai akal fikiran dan mata yang boleh melihat...masing-masing ada hak menilai...berkatalah kamu wahai umat manusia seklai pun ia mapaittantu...tq
salam sdr-sdr semua..
ma kasih banyak2 dengan pandangan sdr semua. Kalau rasanya saya membalas pandangan sdr-sdr semua..maka memakan masa dan terlalu panjang..oleh yang demikian saya akan membalasnya dalam posting yg akan saya paparkan nanti..harap sdr dapat menunggunya. Wassalam..ma kasih sekali lagi..
Saudara paling berani,
Terima kasih atas jawapan saudara kepada orang yang masih Belum Pendekar ini... saya Belum Pendekar kerana saya merasakan bahawa saya belum cukup berpengetahuan. Masih banyak yang perlu dipelajari dan ditimba. Tidak seperti saudara Palingberani yang sudah luas pengetahuannya dan mungkin telah ditauliahkan dengan serba macam perkara. Cuma, jangan lupa "Ular yang menyusur akar, tidak akan hilang bisanya". Untuk saudara palingberani, jawapan balas saya begini:-
1. Jika rakyatlah yang meletakkan seseorang sebagai pemimpin, maka takut apa dengan DSSK dan TSP sehingga sedemikian rupa?.. sampaikan kepada pemimpin muda yang mengiktiraf diri mereka sendiri telah layak menjadi pemimpin ini supaya berusaha dan berjuang dengan cara yang murni.. buktikan bahawa mereka lah pejuang bangsa yang telah menyumbang kepada rakyat.
2. Bolehkah saudara buktikan bahawa DSSK dan TSP lah yang mencantas pemimpin muda pilihan saudara, dan sebaliknya bukannya rakyat yang menolak kepimpinan mereka sehingga mereka kalah dalam pertandingan?
3. Untuk makluman saudara, jika kita "ikhlas" untuk menyumbang kepada masyarakat, tidak perlu kita menjadi Ketua Bahagian atau Wakil Rakyat pun.. Masalahnya, kita selalu beranggapan bahawa kita hanya boleh menyumbang andai kita menjadi ketua... persepsi ini tidak benar sama sekali... Jadi, tidak perlulah meletakkan kesalahan kepada orang lain andai pemimpin saudara tidak menyumbang kepada rakyat...
4. Kalau saudara yakin bahawa perubahan memakan masa, maka bersabarlah... Tahukah bahawa pelaksanaan sesuatu projek memerlukan proses yang panjang dan bergantung kepada banyak faktor. Sumber kewangan sedia ada dan sebagainya memainkan peranan.. ingatlah bahawa DSSK dan TSP bukan perdana menteri atau TPM yang ada peruntukan khusus mereka sendiri. Mereka sentiasa berusaha seperti kata saudara. Kebelakangan ini, kira-kira dua billion ringgit diperuntukkan kepada Sabah di bawah pakej rangsangan ekonomi... apa yang telah dibawa ke Kota Belud oleh wakil-wakil rakyat samada ADUN mahupun Parlimen yang rakyat dapat nikmati?.. Dulu, tiada peruntukan sebanyak ini..
5. Soalan saya, benarkah DARD yang telah mengusahakan projek yang saudara maksudkan atau memang projek berkenaan telahpun dirancang oleh kerajaan sejak sekian lama iaitu sebelum beliau menjadi ahli parlimen lagi?.. Bagaimana dengan jalan pintas Tuaran-Kota Belud dahulu?.. bukan kah itu usaha DSSK? atau mcm mana?
6. Kalau sudah bersedia, kenapa sehingga kini mereka tidak mendapat sokongan rakyat dan kepercayaan kepimpinan pusat?.. kenapa PM masih melantik DSSK sebagai Timbalan Pengerusi Perhubungan dan bukannya pemimpin muda ini?... DSSK dan TSP nak sangat jadi Ketua Menteri?... apa salahnya kalau mereka jadi Ketua Menteri?.. adakah mereka tidak layak?.. Orang KB sepatutnya bangga pemimpin mereka menjadi Ketua Menteri... kenapa pula perlu berbangga bila orang lain menjadi Ketua Menteri?... melainkan memang ada niat dengki dan irihati.. atau mungkin terlihat ada peluang yang boleh "dikebas" dengan cara menyalahkan
orang lain....
Wassalam..
Post a Comment