Sunday, June 28, 2015


  1. Datuk Salleh Tun Said dalam satu kenyataan memaklumkan, Pertubuhan Bajau Bersatu Sabah, yang sebelum ini di kenali dengan nama singkatnya USBO telah bertindak meminda perlembagaan pertubuhan itu untuk membolehkan USBO menerima beberapa etnik di sabah sebagai gabungan dalam pertubuhan itu.
  2. Istilah "BAJAU" dalam USBO ditukarkan kepada BUMIS yang membawa konotasi berbeda dengan sebelumnya. BUMIS merangkumi etnik BAJAU, UBIAN, MELAYU,IRANUN DAN SULUK.Ini membawa pengertian sosiopolitik yang sangat besar terutama dalam konteks politik bumiputera Islam di Sabah.
  3. Sekaligus, USBO-BUMIS turut merombak kepimpinan tertinggi dengan menyaksikan Datuk Nasrun seorang peguam berbangsa suluk dilantik sebagai Setiuasaha baru manakala Barur Sawi  menjadi Timbalan Setiausaha.
  4. Penyatuan Rumpun BUMIS ini dalam satu wadah NGO politik ( Rakan bersekutu BN), mendapat pelbagai kritikan dan pandangan. USBO yang asalnya dari NGO PBSS dikatakan bermatlamat untuk menjaga dan memperjuangkan kepentingan suku Bajau-Samah di Sabah.
  5. Bagi pemerhati politik penjenamaan USBO- BUMIS tidak banyak menyalurkan ideaq-idea baru dalm soal p-eningkatan taraf hidup BUMIS di Sabah. Malahan penjenamaan ini hanya dilihat sebagai persediaan menghadapi PRU 14 akan datang.
  6. USBO sebelum inipun dilihat tidak punya rentak yang konsisten dan memastikan suku-suku yang bernaung di bawah rumpun USBO ini terpelihara dari 'penindasan' ekonomi dan 'pelacuran' pembangunan luar bandar di Sabah. Rumpun ini kekal miskin dan terpinggir.
  7. Justeru, ramai yang percaya USBO-BUMIS tidak akan dapat menyatukan gerakan politik bumiputera islam di Sabah, kerana, ia di tolak oleh sebahagian besar pemimpin kelas pertengahan bumiputera islam di Sabah.
  8. Beberapa tinjaun awal di peringkat bawahan hanya menyatakan bahawa USBO-BUMIS berkepentingan secara individu dan kelompok tertentu dalam politik Sabah.
  9. Malah dengan kemunculan USNO-BARU dan beberapa gerakan menuntut hak-hak sabah setaraf dengan Malaya, yang begitu membuak-buak pada masa sekarang menjadikan USBO-BUMIS bukanlah pilihan tepat kepada rakyat bumiputera islam di Sabah.
  10. Apakah USBO-BUMIS ada agenda yang lebih besar dari penyatuan bumiputra islam Sabah dalam konteks sosio politik dan ekonomi?