Saturday, December 29, 2012

Tindakan Anwar mendahului kehendak PR dalam penentuan calon PRU 13, dilihat oleh banyak pihak terutama penulis pro UBN sebagai tidak menghormati kawan dalam pakatan pembangkang. Jarang yang mengetahui bahawa dalam kebanyakkan startegi politik , Anwar sebenarnya bersikap profesional. Anwar tidak akan sewenang-wenangnya membuat pengumuman jika tidak mendapt restu duluan dari sekutunya PAS dan DAP. Ini bermakna PR sudah duluan punya strategi yang ampuh untuk menakutkan pemimpin BN di Sabah. Anwar tidak mahu terperangkap dengan permainan minda dan rasa yang sekarang ini dialami oleh kebanyakkan pemimpin BN di Sabah.

Sejak kebelakangan ini, pemimpin BN Sabah duduk di atas bara api yang menitiskan peluh di dahi mereka. Senarai calon PRU 13, masih menjadi tanda tanya, walaupun orang-orang harapan Datuk Musa Aman ada sudah yang mencanangkan akan dicalonkan oleh pucuk pimpinan pada PRU 13 nanti. Selebihnya pemimpin kelas pertengahan, masih teraba-raba untuk mencari tempat bergantung , mana satu pemimpin yang akan mereka isytiharkan baait politik. Mereka makin takut, memilih pemimpin ikutan, jika tidak terpilih, kerjaya politik mereka akan merudum. pemimpin yang terpilih menjadi calon pula akan tidak mempedulikan mereka. Itulah senario politik di Sabah sekarang ini. Sebab itu bila Anwar mengumumkan Lajim sebagai calon di Parlimen Beaufort dan John Ghani di Kuala Penyu, Anwar tahu, dengan cara itu, penyokong PR di Sabah tidak akan teragak-agak memberikan sokongan kepada Lajim dan Ghani.

Kekuatan Lajim dan Ghani di dua buah kawasan itu, bukan lagi cerita omongan. Seminggu selepas Lajim mengisytiharkan menyertai PKR, Datuk Musa Aman dan Timbalan pengerusi Perhubungan negeri Datuk Salleh Tun Said turun ke Beaufort, memberikan penerangan. TETAPI adakah rakyat di Beaufort menunjukkan penerimaan? Setiap kali  Lajim melancarkan agenda perjuangannya bersama Bumburing yang dikenali sebagai PPS dan APS, ribuan rakyat akan datang mendengar dan menyertainya.

Perkembangan dan pembangunan yang dinikmati oleh daerah Beaufort sebelum ini adalah hasil usaha Lajim semasa dalam kerajaan. Lajim walaupun dituduh pengkhianat, namun masih ramai yang menganggapnya sebagai wira. Adakah Lajim jadi pendusta hanya kerana tidak menyetujui seseorang yang rakus dengan kuasa dan wang untuk teru kekal sebagai Ketua?

Anwar melihat kawasan Kuala penyu dan Beaufort akan jatuh ke tangan PR. Menyusuri perkembangan politik terkini di Sabah, senario itu bakal menjadi kenyataan. Lajim masih dilihat mampu mengekalkan kuasa politiknya di Beaufort, begitu juga John Ghani yang sebelum ini menjadi wakil rakyat tunggal berstatus "BEBAS" di Sabah.

Dijangka dalam waktu yang terdakt ini, Anwar akan sekali lagi memmbuat pengumuman yang mengejutkan tentang calon-calon PR di Sabah. Selain dari mengurangkan unsur sabotaj, Anwar mendahului UBN dalam mengumumkan calon pada PRU 13 nanti. Najib sekali lagi nampak ketinggalan keretapi, memberikan Anwar peluang mendahului ke destinasi PUTRAJAYA.

Friday, December 14, 2012




Ketua PKR Cabang Tenom, Halik Zaman, menyatakan bahawa bukan sahaja dengan perkataan rakyat mahu tukar Kerajaan BN; tetapi mestilah dengan perbuatan dan semangat untuk tidak mengundi BN walaupun ditawar wang, zink, tangki air, mesin rumput, BR1M untuk membeli hati pengundi.


"Kita tidak larang ambil habuan berkenaan, tetapi undi tetap kepada PKR, PAS dan DAP di kawasan peti undi masing-masing," kata Halik.


Penderitaan rakyat selama 55 tahun, kata Halik, sudah cukup mengajar kita bahawa hanya Menteri-Menteri dan kroni sahaja terus kaya raya dan yang miskin papa kedana adalah rakyat kerana hanya diberi gula-gula 5 tahun sekali.


Tegas halik, perjumpaan Ketua Cabang dan Ketua Bahagian di sekitar Tenom di hotel Perkasa pada hari ini (14 Disember) bertujuan mewujudkan kerjasama dan persafahaman dalam bidang ceramah, strategi dalam satu mood Pakatan Rakyat semasa PRU-13 nanti.

Friday, December 7, 2012

Setiausaha Exco, Pergerakan Komulakan Pertubuhan Pasok Momogun Kadazandusun Murut (UPKO), Mcmanus Sing mengumumkan keluar daripada UPKO serta meletakkan jawatannya dalam parti berkenaan mulai kelmarin.


Mcmanus berkata, beliau membuat keputusan itu selepas hilang keyakinan dan kepercayaan terhadap keikhlasan kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk menyelesaikan isu-isu penting yang berkaitan dengan keselamatan, kedaulatan dan maruah negeri Sabah.


"Kita memahami perkara-perkara yang berkaitan dengan pembangunan sosial boleh dikompromi kerana ini melibatkan pengurusan dan perolehan belanjawan walaupun hakikatnya negeri ini (Sabah) kaya dengan sumber asli, namun perkara yang berkaitan dengan keselamatan, kedaulatan dan maruah rakyat sejati Sabah sesuatu yang tidak boleh dikompromi.


"Mana mungkin dalam sesaat kita boleh menafikan hal ini dan membiarkannya apabila rakyat asing dengan sewenang-wenangnya boleh menjadi warganegara dan yang lebih menyedihkan apabila kita mengetahui bahawa mereka ini dibantu Kerajaan untuk menjadi warganegara dalam sekelip mata," katanya ketika ditemui.


Mcmanus berkata, walaupun Kerajaan telah mengambil langkah menubuhkan Suruhanjaya Di Raja (RCI) untuk menyiasat perkara itu, namun apa yang diharap rakyat Sabah daripada suruhanjaya berkenaan semakin pudar malahan semakin menimbulkan persoalan.


"Rakyat Sabah mengharapkan siasatan sepenuhnya terhadap perkara ini namun keinginan mereka untuk mengetahui dalang di sebalik pengkhianatan ini sesuatu yang mustahil kerana ini tidak termasuk dalam terma siasatan.
"Dalam hal ini, pendekatan mereka lebih kepada tidak mahu mengetahui siapa dalangnya daripada cuba merungkai segala bukti untuk memberi keadilan kepada rakyat Sabah," jelasnya.


Tambah beliau, perkara asas yang perlu dilakukan adalah untuk tidak mensekutukan diri dengan pihak yang bukan sahaja tidak mahu menyelesaikan hal ini namun sebenarnya juga adalah dalang di sebaliknya.


Katanya, beliau keputusan itu kerana situasi tidak lagi berpihak kepada rakyat di negeri ini dan satu anjakan perubahan perlu dilakukan demi kepentingan generasi kini dan generasi akan datang.


"Walaupun berat hati meninggalkan UPKO kerana ia adalah parti pertama yang saya sertai dan mempunyai banyak kenangan dengan rakan-rakan seperjuangan, terutamanya mereka yang bersama-sama saya mengasaskan pergerakan komulakan UPKO pada tahun 2005 lalu, namun saya tegaskan bahawa kita memerlukan perubahan ini demi masa depan dan hari esok yang lebih baik," katanya.


Tambahnya, setakat ini beliau masih belum menyertai mana-mana parti politik tetapi tidak menolak kemungkinan akan menyertai salah satu parti dalam Pakatan Rakyat untuk meneruskan perjuangan politiknya.


Ketika ditanya jika ada ahli lain dalam Pergerakan Komulakan UPKO yang akan menyertainya keluar parti, Mcmanus berkata kebanyakan rakan-rakannya dalam pergerakan itu juga mempunyai sentimen dan kesedaran sama dan tidak menolak kemungkinan beberapa orang lagi berbuat demikian.


"Kita tunggu dan lihat apa yang akan berlaku namun itu semua terpulang kepada mereka. Saya tidak pernah menyimpan sebarang dendam terhadap UPKO selama ini dan saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan dalam upko dengan kerjasama yang diberikan selama ini...selamat maju jaya kepada mereka," katanya.

Sunday, November 25, 2012

Adik bapa kemerdekaan Sabah, Datu Salam Datu Harun yang juga mantan ADUN Bengkoka,Kudat selama 4 penggal hari ini bertindak menyertai PKR di hadapan lebih 10 ribu orang di perkarangan parti itu di Kudat yang turut di hadiri oleh ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Datu Salam dalam satu kenyataannya menyifatkan langkah BN/UMNO menafikan hak-hak Sabah sebenarnya membutkikan Sabah sebenarnya belum merdeka walaupun sudah 40 tahun lebih menyertai pembenatukan Malaysia.

Penyertaan dan pengumuman Datu Salam ini dijangka akan merubah keseluruhannya iklim politik di Kudat, kerana ketika era USNO daerah PANTAI BARAT UTARA itu terkenal dengan LEGASI kepimpinan TUN MUSTAPHA. Sekaligus memberi tamparan paling besar kepada UMNO dan BN di Sabah.

Sejak kebelakangan ini ramai pemimpin era USNO yang 'tersisih' ketika kemasukan UMNO ke Sabah mula menunjukkan protes dengan mengisytiharkan tidak akan menyokong parti UMNO lagi.Malahan ada usaha-usaha terbaru untuk menghidupkan partri keramat USNO, walaupun pendaftarannya tidak pernah diluluskan oleh ROS.

Setakat ini desas-desus      bertiup kencanag bahawa akan ada lagi pemimpin politik di Sabah bertindak menyatakan ikrar mereka kepada PKR dan Pakatan Rakyat.

Selain daripada itu, dalam ucapan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan bahawa apabila PR memerintah, harga minyak akan diturunkan 24 jam selepas PR mengangkat sumpah.PR juga akan menghapuskan PTPTN yang menjadi beban kepada golongan berpendapatan rendah.Di Samping itu Anwar juga menjelaskan akan membayangkan pembinaan lebuhraya di Sabah termasuk Lebuhraya Sabah-Sarawak.

Saturday, November 24, 2012

Pemilik kapal Malaysia telah memberi amaran bahawa ikrar Pakatan Rakyat (PR) untuk memansuhkan dasar kabotaj negara tidak akan menurunkan harga barangan di Malaysia Timur tetapi akan meletakkan kapal pelapik tempatan dan beribu-ribu pekerja krew dari Sabah dan Sarawak hilang pekerjaan.



Persatuan Pemilik Kapal Malaysia (MASA), dalam sebuah kenyataan yang dikirimkan kepada The Malaysian Insider berkata, 60 peratus daripada harga barangan tidak disebabkan daripada bayaran pengangkutan laut, akan tetapi disebabkan oleh pengangkutan jalan darat yang tidak begitu baik di negeri-negeri Malaysia Timur.

Katanya lagi, kos logistik yang tinggi disebabkan oleh kemudahan infrastruktur pengangkutan darat yang lemah, produktiviti pelabuhan dan prestasi yang rendah, caj tersembunyi dan diragui termasuk untung berlebihan oleh pengantara dalam jumlah pengangkutan dan pengedaran.


“Mengapa caj ini tidak diambil kira sekali sebagai kos perkapalan, ia tidak melibatkan MASA. Atau apakah caj ini dijumlahkan sebagai caj perkapalan semata-mata untuk mengukuhkan hujah yang lemah terhadap kabotaj?”


“Bayaran tambang laut hanyalah 40 peratus daripada jumlah kos logistik dari kilang ke pelantar,” kata MASA dalam sebuah kenyataan.


Persatuan itu berkata, perkapalan hanya bertanggungjawab bagi caj tambang lautan dan bukan untuk harga rak barangan.


“Terdapat lapan pengantara dari masa barangan dibawa dari titik asal dan destinasi, dan perkapalan laut hanya salah satu daripada lapan mata pengantara, yang lain adalah seperti pengangkutan keluar, pergudangan, penghantaran barang dan pengendalian pelabuhan dan pengantara sama dalam pergerakan masuk dengan pelantar,”katanya lagi.


PKR berjanji awal minggu ini untuk memansuhkan dasar kabotaj yang mereka dakwa menghendaki barang-barang yang dihantar di dalam negara dengan menggunakan kapal tempatan, dalam usaha untuk menjadikan kereta dan produk-produk lain lebih murah di Sabah dan Sarawak.


Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, polisi itu harus dimansuhkan sepenuhnya kerana tidak memberi apa-apa makna dari segi ekonomi.


Ahli politik dan rakyat Sabah dan Sarawak telah lama menentang dasar kabotaj itu, dengan hujah bahawa ia perlu dilakukan untuk membantu merapatkan jurang ekonomi antara Malaysia Timur dan Semenanjung.


Dasar tahun 1980-an memerlukan semua perpindahan barangan kapal domestik dilakukan dengan menggunakan kapal Malaysia dikatakan telah menyebabkan kos-kos pengangkutan semakin meningkat dan seterusnya menyebabkan kos barangan lebih tinggi di Malaysia Timur.


“Katakanlah kita import barangan dari Hong Kong sebagai contoh, mengapa perlu melalui Pelabuhan Klang? Ini yang saya maksudkan sebagai tidak dapat diterima.


“Ia tidak dapat diterima juga dalam ekonomi, kecuali kepada kepentingan kroni… jadi, sebenarnya anda mengkayakan segelintir orang hasil dan dibayar oleh pengguna di Sabah dan Srawak,” kata Anwar.


MASA juga tidak bersetuju dengan pandangan polisi kabotaj menghalang kapal asing untuk ke pelabuhan di Borneo secara langsung.


“Di bawah polisi kabotaj kerajaan, tidak ada larangan kepada mana-mana kapal asing untuk ke mana-mana pelabuhan di Malaysia termasuk perlabuhan di Sabah untuk memuatkan atau mengosongkan kargo dari mana-mana pelabuhan asing,” kata MASA mengulangi kenyataan oleh menteri pengangkutan semalam, Datuk Seri Kong Cho Ha.


Kumpulan itu menambah bahawa terdapat perkapalan asing yang berurusan terus di Teluk Sepangar (Kota Kinabalu), Tawau, Bintulu dan Kuching, bahkan di beberapa pelabuhan kecil dalam perdagangan serantau.


“Perkapalan asing juga dibenarkan untuk memindahkan barang di Kota Kinabalu, Kuching dan Bintulu di mana mereka dapat menyatukan jumlah ambang yang lebih besar untuk penghantaran ke negara-negara ketiga,” kata MASA.


Persatuan tersebut juga berhujah, adalah tidak benar mengatakan jika kabotaj dimansuhkan, pelanggan tidak lagi perlu membayar kos perkapalan dan barang akan dihantar secara percuma oleh syarikat perkapalan asing.


“Ia hanya tekaan bahawa kadar tambang akan turun jika kabotaj tiada lagi. Tiada siapa boleh memberi jaminan kukuh berapa banyak harga akan turun, jika ia akan turun,” kata MASA.


MASA menambah bahawa isu kabotaj tidak seharusnya dilihat dalam konteks “kami” menentang “mereka” bagi semenanjung Malaysia terhadap Sabah dan Sarawak, sambil menambah MASA melindungi syarikat perkapalan dan ahli mereka dari kedua-dua negeri tersebut.

Friday, November 23, 2012

Sejak dari awal lagi saya sudah meragui 'kikhlasan' skuad 169 menganjurkan debat ini yang kemudiannya ditukar kepada "WACANA". Pada asasnya saya setuju kepada istilah "WACANA" itu yang membawa maksud lebih besar kepada percambahan minda yang positif. Namun bila tajuk ditentukan oleh pengajur yang jelas isme politiknya, saya mula merasa bimbang akan natijah debat ini yang tidak kesampaian untuk mendidik dan membantu masyarakat memahami kedudukan kewangan negara pada masa kini.Kebimbangan saya itu turut saya suarakan kepada sdr Msuli Oli  dalam FCB supaya lebih berhati-hati dan mengambil tahu aspek-aspek asas DEBAT tersebut, termasuk kenapa pilih tajuk demikian "BAJET BN DAN BAJET PR, KESAN KEPADA RAKYAT" dan juga kenapa debat itu dibuat diluar daerah Kota Belud, sedang sasaran awal untuk masyarakat di daerah di mana Datuk Rahman menjadi ahli parlimen mereka.

Sekali imbas saya mempertikaikan tajuk Debat/Wacana ini, kerana" Bajet BN dan bajet PR Kesan kepada Rakyat" adalah tajuk yang berat sebelah. Bagaimana menilai keberjayaan bajet PR secara keseluruhannya sedangkan mereka tidak berpeluang membuktikannya? Dengan makna kata, PR belum lagi memerintah, sedang BN telah lebih 50 tahun menggalas beban Bejat mereka. Kita kena akui secara jujurnya bahawa bajet BN sedikit sebanyak memberikan wajah baru setiap tahun kepada dunia pembangunan negera, kerana BN sama ada suka atau tidak, party gabungan antara  tertua di dunia itu terpikul tugas membangunkan negara sebagai memenuhi tanggungjawab mereka sebagai KERAJAN yang di pilih rakyat walaupun ada yang mempertikaikan cara dan bagaimana BN boleh memerintah.

Moderator debat Prof Madya Dr Ismail Ali juga berperanan dengan cukup baik. Saya secara luarnya mengenali beliau sebelum lagi beliau dilantik sebagai Dekan PPIB ( Pusat Penataran Ilmu Bahasa) UMS dan kemudian menjadi pengarah UMS Labuan. Beberapa kali minum dan berbincang terutama ketika beliau dalam perjalanan menghabiskan PHDnya. Namun sejak 4 bulan lepas terutama ketika ada ura-ura debat/wacana ini akan diadakan, saya tidak berpeluang menemui PM Dr Ismail Ali ini. Tapi itu bukan persoalannya, pilihan moderator TEPAT tetapi tajuk debat BERAT SEBELAH.

Disepanjang Debat/Wacana ini dijalankan, penonton nampaknya menyebelahi sdr Musli Oli, kenyataan demi kenyataan yang dikeluarkan oleh Datuk Rahman Dahlan bukan sahaja dipertikaikan oleh penonton melalui reaksi mereka, namun kadang kala di BOOO sehingga mengganggu kelancaran majlis berkenaan.

Seperti yang dikatakan oleh Sdr Musli OLi di awal debata bahawa " KERAJAAN YANG BAIK AKAN MENUN JUKKAN KEJAYAAN, KERAJAAN YANG GAGAL AKAN MENGEMUKAKAN 1001 ALASAN' membawa makna mendalam kepada saya, kerana ungkapan itu bukan sahaja harus ditujukan kepada kerajaan BN tetapi juga PR yang sedang dalam usaha mahu menjadi KERAJAAN.

Hujah Datuk Rahman Dahlan tentang isu kemiskinan dan perbandingan dengan negara lain tidak menyakinkan hadirin yang hadir, malah saya juga turut mempertikaikannya secara senyap. Apa logiknya kadar kemiskinan tahun 70-an dan 80-an di Sabah dan di KB khasnya dengan kadar baru tahun 90-an dan 2000-an ini? sedang taraf hidupo dan kemudahan bertambah. INI bukan sahaja akan dilakukan oleh BN selaku kerajaan tetapi juga akan dilakukan oleh mana-mana KERAJAAN yang memerintah termasuk PR jika diberikan mandat. Selaku rakyat bukan itu yang menjadi isunya tetapi yang menjadi kerangka Utama ialah, adakah Pembangunan yang dibuat itu benar-benar mempergunakan peruntukan yang disalurkan tanpa ketirisan dan kebocoran atau ZERO DEFECT supaya impaknya  benar-benar dirasai oleh rakyat.

Jika kita hitung 50 tahun sejak merdeka, secara logiknya negara kita dan negeri Sabah ataupun khasnya daerah KB, BOLEH membangunkan lebih pesat dari yang berlaku sekarang. Sabah jauh ketinggalan dari negeri-negeri lain yang tidak punya aset hasil bumi yang mneguntungkan? Mengapa berlaku demikian? Bukankah kerana layanan dan polisi kerajaan BN sehingga Sabah menjadi negeri termundur. Kenyataan DARD membandingkan pencapaian kadar kemiskinan dengan negara besar seperti AS bersifat retorik. Bagaimana mungkin AS disamakan dengan Sabah kerana AS punya kawalan kewangan sendiri, sedang Sabah diberikan oelh kerajaan Pusat.

Sdr Musli mengutarakan statistik yang lengkap, memperlihatkan Sabah begitu jauh ketinggalan dari segi pencapaian pembasmian kemiskinan berbanding negeri-negeri lain termasuk yang telah diperintah oleh PR. beliau juga memberikan beberapa polisi bajet PR untuk Sabah termasuk menubuhkan Syarikat Petronas Sabah sendiri untuk mengurus hasil minyak dan gas yang sebelum ini diurus SEPENUHNYA oleh kerajaan BN iaitu dibawah bidang kuasa PM.

Datuk Rahman Dahlan mempertikaian bajet PR kerana bagi beliau, PR tidak ikhlas memperjuangkan kepentingan Sabah disebabkan dalam bajet PR tidak terkandung kaedah membasi kemiskinan di negeri ini. Sedangkan PR telah berjaya menurunkan kadar kemiskinan di negeri-negeri yang diperintah mereka, teramsuk menerima pujian daripada laporan Audit 2011 yang diumumkan baru-baru ini. Sedang mereka baru memerintah dan sebelum itu bajet mereka baru dirangka?

Ikuti sambungannya dalam PART II




Saturday, November 17, 2012

Paparan dari blog ahli parlimen KB, Datuk Rahman Dahlan mengenai kelewatan penyiapan Projek Bekalan Air Bersih Kota Belud yang pada jadual asalnya dijangka siap pada penghujung tahun ini iaitu lebih kurang sebulan dari sekarang, namun beberapa masalah teknikal menyebabkan projek mega dan berimpak besar ini tertunda selewat-lewatnya 6 bulan lagi atau pada awal Jun 2013.

Daripada artikel itu dikatakan bahawa beberapa masalah teknikal seperti halangan memasuki kawasan projek yang melibatkan tanah milik persendirian di bebarap kampung sekitar Kota Belud seperti Kg Pandasan, Kg Ambong dan kg Timbang Dayang.

Artikel berkaitan :

BEKALAN AIR LUAR BANDAR - KOTA BELUD


AIR merupakan keperluan asas bagi setiap mahkluk, tidak terkecuali manusia. Atas sebab itu, setiap penempatan penduduk biasanya berhampiran dengan sumber air.


Akibat kemajuan industri, dengan terciptanya batang-batang paip, penempatan manusia tidak perlu lagi berdekatan dengan sumber air, atas sebab air boleh disalurkan berkilometer daripada sumber air ke rumah-rumah penduduk.


Manakala, sumber air daripada tanah boleh dimanafaatkan melalui tubewell”, manakala air daripada mata-air perbukitan, keadah yang digunakan adalah melalui graviti


Walaupun berbagai teknologi ditemukan untuk digunakan mendapatkan air untuk keperluan manusia, namun perkembangan pertanian yang terpengaruh menggunakan baja-baja kimia, menyebabkan sumber air tercemar. Hujan pula tercemar kerana perlepasan asap monokside ke udara, sehingga air daripada hujan bertukar kepada air asid.


Akibat pencemaran sumber air, maka terciptalah kaedah perawatan air, demi kegunaan manusia/penduduk.


Loji-loji besar perawatan air di bangun, terutama di Bandar-bandar dan pekan-pekan termasuk daerah Kota Belud.


Masalah bekalan air kepada penduduk daerah Kota Belud bermula sejak awal kemerdekaan lagi. Atas sebab itu, pada tahun 1978, kerajaan Berjaya pimpinan Datuk Harris Salleh (kini Tan Sri) mengarahkan pemasangan paip-paip ke kampung-kampung berdekatan pekan Kota Belud; namun kerana sumber air terawat terhad, maka akhirnya paip-paip itu hanya berjaya dipasang, namun tidak berair.


Keperluan air bagi Kota Belud, merupakan isu politik utama bagi daerah itu, atas sebab itu semasa kempen pilihanraya tahun 2008, calon BN bagi kawasan Parlimen Kota Belud, Rahman Dahalan (kini Datuk) berjanji akan memperjuangkan penyediaan air terawat kepada sebahagian besar penduduk.



Al-hasil perjuangan MP Kota Belud itu, pada tahun 2010, Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah memperuntukan RM104 juta untuk maksud penyediaan air terawat bagai daerah Kota Belud dan jika siap kelak, akan meliputi 85 peratus penduduk luar bandar.
Walaupun program penyediaan air terawat bagi dearah Kota Belud sedang rancak berjalan, namun permintaan keperluan terhadap air terawat begitu sinonim dengan kehidupan; sehinggakan kekurangan air terawat, kelihatan sungguh krtikal.


Bagi peminat FB, saban hari kita akan terbaca komen-komen melalui FB persendirian penduduk Kota Belud, bahawa betapa kritikalnya bekalan air bagi daerah Kota Belud, terutama penduduk dikawasan luar bandar yang sudah mempunyai rangkaian perpaipan. Namun, penduduk yang terbiasa menggunakan “tubewell” desakan keperluan air untuk kegunaan harian, belum terasa kritikalnya, kerana sumber air alternatif itu telah menjadi kebiasaan berdekad lamanya, demikian juga bagi penduduk yang menggunakan sumber air graviti, masalah bekalan air bukan suatu masalah.


Penyediaan air terawat bagai daerah Kota Belud adalah perjuangan utama MP Kota Belud, atas usaha itu maka peruntukan besar diperolehi., Kalau dilihat sepintas lalu, perjuangan wakil rakyat adalah untuk mendapatkan dana dan pelaksanaan dan penyiapan projek pula tergantung kepada pihak pelaksana, yakni Jabatan Air dan kontraktor yang telah dilantik.; serta agensi kerajaan yang terbabit


Artikel Suara Rakyat kali ini akan menulis secara komprehensif dan detail mengenai sebab musabab mengapa projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) yang sepatutnya siap pada penghujung tahun ini terlewat dan tarikh baru penyiapannya adalah pada Mei 2013.


Maklumat yang dipaparkan selain maklumat lapangan juga dibantu melalui maklumat yang diperolehi daripada Jabatan Air Kota Belud, dengani kerjasama MP Kota Belud dan Jurutera Air Bahagian Kota Belud.


Maklumat Lapangan


Daripada maklumat lapangan pada masa artikel ini ditulis, semua kawasan yang diliputi projek BALB Kota Belud tahap pencapaian penyiapannya antara 55 peratus hingga 98 Peratus; berbanding dengan jadual asal tahap penyiapan adalah 100 peratus.


Antara punca kelewatan penyiapan ini disebabkan kelewatan kontraktor memasuki tapak akibat halangan daripada pemilik tanah di kawasan-kawasan tertentu, seperti di Pandasan, Rosok dan Ambong serta Timbang Dayang.


Disebabkan projek BALB menggunakan system retikulasi, maka jika sebahagian daripada projek itu terlewat maka akan memberi kesan terhadap usaha membekalkan air secara keseluruhan.


Sebagai contoh akibat halangan pemilik tanah di Kampung Pandasan, pembinaan loji rawatan air yang bernilai RM38 juta sepatutnya kontraktor mula berkerja pada November 2011, tetapi terlewat sehingga Julai 2012. Demikian juga di Kampung Rosok –penyambungan batang paip, pembinaan tangki, intake dan loji yang bernilai RM35 juta hanya bermula pada Jun 2012. Sementara di Kampung Ambong –pembinaan tangki simpanan dan rangkaian perpaipan yang bernilai RM9 juta sepatutnya bermula pada Oktober 2011, hanya dapat bermula September 2012. Manakala Kampung Timbang Dayang- penyambungan paip yang bernilai RM10 juta sepatutnya siap pada bulan September 2012, akan tetapi penyiapannya terbantut sehingga kini hanya disebabkan halangan pemilik tanah dimana melibatkan hanya 100 meter jarak batang paip.


Mengapa Projek BALB menjadi keutamaan MP Kota Belud?


Ada tiga faktor yang dikenal pasti. Pertama beberapa kampung yang sepatutnya berada dalam liputan Bekalan Air Jabatan Air belum menikmati bekalan air terawat, manakala kampung-kampung yang telah mendapat bekalan, mengalami masalah bekalan yang dikategorikan oleh Jabatan Air sebagai, Langsung tiada bekalan walaupun batang paip telah tersedia-antaranya Tamau, Merabau, Tawadakan Suang Punggur; manakala yang kedua adalah bekalan air yang kerap terganggu antaranya-Kg. Labuan, sebahagian Kota Peladok, Taun Gusi Padang; dan yang ketiga bekalan air akan terganggu akibat kerosakan di loji air dan paip pecah.- meliputi kawasan pekan.


Kenapa Timbulnya Masalah Bekalan Air?


Penyebab utama gangguan terhadap bekalan air adalah jumlah permintaan yang melebihi kapasiti loji yang sedia ada (Loji Air Lama Pekan Kota Belud dan Loji Air Bayayat). Kedua-dua loji ini hanya mampu mengeluarkan pada kadar purata antara 28 Juta Liter Sehari (JLH) sehingga 33 juta liter sehari(JLH) berbanding dengan permintaan 36JLH atau peratus kekurangan mencecah 22 peratus. Selain daripada itu faktor ketiadaan paip transmisi utama yang yang digunakan untuk menghantar air ke tangki utama seperti paip transmisi ke tangki Timbang Dayang telah menyebabkan masalah bekalan air yang serius di kawasan Kulambai. Selain daripada itu Loji lama di kawasan Pekan kerap terganggu pengeluaran kerana kerosakan terhadap komponen utama mekanikal dan elektrikal. Faktor usia loji ini yang sudah lama menyebabkan komponen tersebut mengalami kerosakan.


Projek Mengatasi Bekalan Air


Pada tahun 2010 telah diluluskan peruntukan sebanyak RM104 juta untuk menaik taraf loji lama di Pekan, membina loji baru, membina rumah pam penggalak, memasang paip transmisi baru, menyediakan tangki takungan tambahan dan memperluas bekalan berasaskan gravitasi serta menaik taraf 30 peratus sistem perpaipan.


Apabila projek ini siap pada bulan Mei 2013, pengeluaran air terawat yang berjumlah 43JLH akan menjangkau 85 peratus penduduk keseluruhan, manakala kawasan pekan adalah 100 peratus. Dijangkakan juga, projek baru ini akan dinikamti antara 15-20 ribu penduduk buat pertama kali.


Sistem Baru


Melalui Projek BALB 2011-2012, sistem baruakan memperolehi sumber air daripada mukasauk (intake) menggantikan “borewell” yang menggunakan 13 “borewell” yang dibangun lebih 25 tahun lalu.


Kelebihan sistem baru ini, adalah sumber air yang diproses berpunca daripada Sungai Tempasuk, berbanding sistem lama yang menggunakan air bawah tanah.


Kelebihan menggunakan sumber air daripada sungai adalah daripada segi pemantuan, kerana adalah mudah memantau air yang kelihatan mengunakan pancaindera, berbanding sumber air bawah tanah, yang sukar diketahui statusnya.


Melalui sistem baru ini, terdapat empat pam digunakan, akan tetapi untuk satu-satu masa, hanya dua pam dioperasikan, manakala yang dua lagi digunakan untuk tujuan berjaga-jaga (standby) jika berlaku gangguan kerosakan. Inilah kelebihan sistem baru ini, berbanding sistem lama, di mana 13 “borewell” beroperasi secara serentak untuk menghasilkan 13JLH. Apabila ada “borewell” yang mengalami kerosakan maka sudah pasti pembekalan air tidak akan sampai ke tahap maksimum. Ini bermakna pengeluaran air di Kota Belud sentiasa terdedah kepada gangguan sekiranya berlaku kerosakan terhadap mana-mana pam diborewell tersebut.


Selain itu faktor usia paip yang sudah terlalu usang dan tua menyebabkan paip kerap mengalami kebocoran dan situasi ini sudah tentu akan mengurangkan tekanan air. Pertambahan penduduk juga merupakan faktor utama kerana banyak kawasan yang sudah meningkat bilangan penduduk tetapi saiz paip masih lagi tidak berubah sejak 30 tahun yang lalu.


Keupayaan BALB Baru


Keupayaan loji Pekan yang dinaik taraf akan mengeluarkan 22JLH, manakala Loji baru di Pandasan 6JLH dan Loji Bayayat 15JLH, ini menjadikan jumlah bekalan sebanyak 43JLH. Bekalan ini melebihi permintaan semasa 36JLH, dan perkirakan bekalan 43JLH akan mampu memenuhi keperluan penduduk Kota Belud sehingga tahun 2020.


Impak BALB Kota Belud


Apabila Projek BALB Kota Belud siap sepenuhnya pada Mei 2013, kawasan-kawasan yang selalu mengalami gangguan seperti di Timbang Dayang, Kulambai, Kota Peladuk, Wakaf, Taun Gusi, Sembirai, Kondis, Labuan, Suang Punggur, Gunding, Pantai Emas, Sangkir, Renig dan Tempasuk2 akan menikamti bekalan sepanjang masa, sementara kawasan-kawasan lain yang langsung tidak menerima bekalan air seperti Kinasaraban,Kelawat,Mingkop, Ambong,Tawadakan, Merabau, Tamau,Rampayan Laut,Kayu Puteh, Pandasan, Timbang, Rampayan Ulu, Sarang, Taburan, Bakilong, Gaur, Rajunah dan Tamui Darat akan juga turut menikamti bekalan sepanjang masa.


Menurut Jabatan Air, diperkirakan selepas BALB Kota Belud beroperasi sepenuhnya dijangka antara 15-20 ribu penduduk untuk pertama kali akan menikamti bekalan air terawat.


BALB Kota Belud juga akan mengatasi semua keperluan 4400 rumah bermeter.


Kesimpulan


 Disebabkan halangan yang dialami kontraktor, maka penyiapan BALB Kota Belud tidak mengikut jadual.


 BALB baru akan memperkenalkan system baru dan menggantikan system lama.


 Projek BALB Kota Belud akan menghasilkan 43 JLH (Juta Liter sehari) berbanding permintaan yang hanya 36JLH.


 15-20 ribu penduduk buat pertama kali menikmati air terawat.


 Tiada lagi ganguan bekalan air di kawasan liputan terutama di kawasan Pekan.


 Kampung-kampung yang belum pernah menikmati bekalan air, untuk pertama kalinya akan menikmatinya pada Mei 2013.

Friday, November 16, 2012

Saya copy artikel ini dari Fcb Datu Tigabelas berkenaan pandangan beliau mengenai Tamu Besar Kota Belud yang disifatkannya sebagai sudah tidak ada Ummphh dan perlukan penjenamaan semula. Tamu Besar Kota Belud ini dijangka akan diadakan pada 23 November 2012 ini. Ikuti pandangan beliau "

Sungguhpun Perayaan Tamu Besar Kota Belud sebenarnya Telah Mula diadakan Sejak Era Penjajahan British lagi Namun Hakikatnya Jenama Tamu Besar KB Kini Semakin Lesu dan Sudah Kurang Popular Berbanding Dulu..

Ini Kerana Aturcara nya Sudah Kurang Daya Tarikannya Terutama kepada Para Pelawat Luar dan Pelancong Pelancong Luar Negara.. Ada Memang Ada Akan Tetapi Sudah Jauh Jumlahnya Berkurangan..
Teringat Saya DiEra Tahun 60an hingga Tahun 70an Dulu Suasana Count Down Tamu Besar KB ini Seminggu Sebelumnya Sudah Meriah Oleh Acara Acara Sukan dan Pertandingan Senaman
" Indian Clubs " Melibatkan Sekolah Sekolah. Lepas itu Ada Pertangan Kraftangan dan Gerai Gerai diantara Sekolah Sekolah..


Rasanya Penggunaan Jenama TAMU BESAR itupun Macam Sudah Tiada Uumphnya lagi.. Daerah Daerah yang Dulunya turut mangadakan Tamu Besar sebagai Perayaan Tahunannys Sudah Tidak lagi Menggunapakai Tajuk Tersebut! Daerah Semporna Kini sudah dengan Fiesta Regatta Lepa Lepa nya, Tenom dengan Pesta Kalimaran nya, Kuala Penyu dgn Pesta Rumbia nya, Kota Marudu dgn Pesta Jagung nya, Tawau dgn Pesta Kebudayaannya, Beaufort dgn Pesta Begandangnya, Putatan dgn Pesta Betitiknya, Ranau dgn Pesta Kobisnya, Tambunan dgn Pesta Bambunya.. Penampang dgn Pesta Kaamatan nya..


KB SEPATUTNYA MENJENAMAKAN SEMULA PERAYAAN TAMU BESAR TAHUNNYA DGN TAJUK YANG LEBIH ETNIK ATAU TRADISIONAL.MISALNYA SAPERTI
PESTA SEMEO KB (Tidak Perlu sebut Oyo atau Besar lagi sebab ungkapan PESTA itu sudahpun menunjukkan sesuatu yg BESAR! FIKIR2KANLAH..
24.November ini, satu lagi siri lawatan ketua pembangkang di Sabah akan berlangsung. Kali ini Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka akan berkunjung di Tawau dan mengadakan pertemuan dengan rakyat di sana.Serentak itu juga desas-desus politik di pantai Timur menyaksikan dua orang lagi ahli parlimen BN dikatakan akan meninggalkan parti itu dan menyatakan ikrar menyokong Pakatan Rakyat.

Mengikut sumber yang boleh dipercayai dua ahli Parlimen itu ialah MP Kalabakan, Datuk Ghapur Salleh yang sebelum ini lebih senang dipanggil "brother Ghapur' ketika DSAI menjadi Timbalan Perdana Menteri dahulu. Datuk Ghapur Salleh menjadi tumpuan media alternatif ekoran beberapa ucapan 'panas' dan 'pedas' ketika dalam Parlimen mengenai hak dan kepentingan umum rakyat Sabah. Malah dalam beberapa berita yang disensasikan sebelum ini membayangkan bahawa Datuk Ghapur adalah antara MP BN yang 'tersenarai' akan meninggalkan parti itu ketika Projek 16 September, namun dinafikan oleh MP Kalabakan itu.

MP Parlimen BN yang juga disebut-sebut akan meninggalkan parti itu pada 24 November ini ialah MP Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin. Beliau sebelum ini juga dispekulasikan antara MP BN Sabah yang ingin menyertai PR ketika projek 16 September itu.

Mengikut pemerhati politik, antara sebab mengapa sejak kebelakangan ini beberapa MP BN Sabah meninggalkan parti itu ialah kerana mereka tidak tersenarai sebagai calon padan PRU 13, atau lebih tepat digugurkan.

Pengguguran beberapa pemimpin politik berpengaruh di Sabah ketika PRU bukanlah satu isu baru malah telahpun berlaku sebelum ini. Pada PRU 2008, nama Datuk Salleh Tun Said, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, Datu Amir Kahar Tun Mustapha dan beberapa orang lagi adalah antara yang digugurkan, namun pemimpin politik itu lebih suka 'menerima ' secara pasrah dan rela, walaupun ada cubaan untuk menghimpunkan bumiputera Islam di Sabah dalam rumpun USBO.

Wednesday, November 14, 2012

Debat antara Musli Oli dengan MP Kota Belud Datuk Rahman Dahlan dijangka akan diadakan pada 18hb .Nov.2012 bersamaan pada hari Ahad bertempat di Palace Hotel Kota Kinabalu jam 2.00 petang. Daripada sumebr maklumat yang sah, tajuk debat atau wacana ini adalah "Bajet Bn dan Bajet PR kesan kepada rakyat."

Siri wacana ini dijangka akan mendapat perhatian dari seluruh rakyat Sabah dalam segenap lapisan masyarakat kerana ia adalah merupakan julung-julung kali seumpamanya diadakan di Sabah. Satu bentuk penyuburan demokrasi tulen dan matang yang dibungai oleh wacana debat memperlihatkan ketajaman minda dan keupayaan menganalisis masa depan rakyat yangt menerima impak kepada bajet kedua-dua parti iaitu BN yang menunjangi kerajaan dan PR yang menjadi "check and balance" kepada pemerintah.

Dalam dunia maklumat tanpa batasan kini, Sabah mengorak langkah politiknya dengan menyaksikan wacana debat ini akan menjadi sejarah yang terakam sebelum PRU 13.

Kedua-dua tokoh adalah yang terpilih, DARD begitu lantang mengkritik bajet PR, manakala MO pula secara sinis dan berterus terang mempertikaikan beberapa program kebajikan yang dirancang oleh kerajaan BN termasuk pemberian BR1M dan bantuan one off kepada golongan belia dan murid-murid sekolah.

Apakah kali ini, wacana debat itu akan menjadi lonjakan kepada pemikiran dan minda rakyat Sabah terutama golongan muda yang sejak kebelakangan ini mengecam dan berani bersuara di laman sosial FCb dan blog?

kita saksikan lanjutan episod penulisan ini sejurus selepas debat itu diadakan. nantikan!
Dua buah kawasan DUN di Kota Belud iaitu DUN N8 USUKAN dan DUN N6 TEMPASUK adalah antara 15 kawasan DUN di Sabah yang dijangka akan jatuh ke tangan pembangkang pada PRU 13.Ini berdasarkan sentimen rakyat sejak kebelakangan ini yang mula menunjukkan protes secara terang dalam dunia maya dan dunia sebenar. Beberapa kes ketidakpuasan hati rakyat di dua buah kawasan ini begitu berani disuarakan secara terang oleh mereka yang mula melihat peranan kedua-dua wakil rakyat mereka 'gagal' berfungsi.

DUN USUKAN yang masih panas dengan beberapa isu besar seperti pampasan tanah kepada penduduk berikutan projek jalanraya Baypass Kota Belud- Kudat selain isu bekalan air bersih dan isu kemudahan jalaraya yang masih ditakuk lama. Sebagai rekod kawasan USUKAN adalah kawasan yang sepatutnya dibangunkan oleh pemimpin UMNO SABAH kerana disinilah UMNO mencatat sejarahnya apabila kawasan itu menjadi kubu kuat UMNO setelah UMNO memasuki Sabah.

DUN TEMPASUK pula dikatakan gagal membangun seperti yang dirancang sebelum ini. Projek Jelapang padi nampak tergendala dan bekalan air bersih juga sehingga saat akhir PRU 13, masih belum diselesaikan. Walaupun wakil rakyat kawasan ini Datuk Musbah dikatakan selalu turun padang ,namun beliau mengikut satu kajian yang dilakukan oleh pembangkang, juga gagal menyelesaikan masalah di kawasan TEMPASUK.

Surat ini barangkali boleh dikongsi :


HAYAT pemerintahan BN di Sabah bakal sirna dalam masa lima bulan lagi oleh jika majoriti rakyat Sabah membuat keputusan nekad untuk menguburkan BN setelah tidak ada jalan keluar yang dibentangkan BN.


Berdasarkan analisa dan 'Cakap Kedai Kopi', pembangkang Sabah bakal membentuk kerajaan baru Sabah jika berjaya menakluki 10 kerusi Cina dan 14 kerusi KDM.


Kajian beberapa pihak juga menunjukkan 15 kerusi kubu kuat Umno akan berjaya ditawan PKR atau PPPS yang diketua Datuk Lajim Haji Ukin iaitu Klias, Lumadan, Pantai Manis, Sindumin, Bongawan, Kawang, Tempasuk, Usukan, Sulaman, Petagas, Sekong, Banggi dan beberapa kerusi parlimen juga bakal beralih kepada Pakatan Rakyat.


Ketahuilah, rakyat Sabah tidak perlu dikaburi dengan pembangunan dan dirasuk dengan isu besar kerana mereka pernah menukar pemerintah seperti menukar baju!
Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) Tan Sri Bernard Dompok mengesahkan ahli majlis tertinggi parti itu ada membincang mengenai kedudukan Upko dalam BN sama ada kekal atau meninggalkan gabungan itu.

Namun katanya, Upko bersetuju tidak meninggalkan BN selepas Datuk Seri Najib Razak melulus penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai pendatang tanpa izin di Sabah.

"Majoriti menyuarakan supaya kami terus bersama BN disebabkan apa yang dilaksanakan oleh BN berhubung RCI dan sebagainya.

"Jadi saya boleh mengesahkan bahawa perkara itu (Upko keluar BN) ada dibincangkan tetapi parti memutuskan untuk tidak bersetuju," katanya selepas merasmikan konvensyen Upko Bahagian Penampang 4 November lalu.

Sebelum ini, bekas Timbalan Presiden Upko, Datuk Seri Wilfred Bumburing dan bekas Naib Presiden Upko, Datuk Maijol Mahap mengakui parti itu nyaris meninggalkan BN bersama mereka pada penghujung Julai lalu namun tertangguh kerana RCI.

wilfred dan Maijol kini mengetuai Angkatan Perubahan Sabah (APS) bagi membantu Pakatan Rakyat menawan sebanyak mungkin undi masyarakat Kadazan Dusun Murut (KDM) di Sabah pada Pilihan Raya Umum akan datang.

Pakatan Rakyat turut bekerjasama dengan Pakatan Perubahan Sabah (PPS) pimpinan bekas Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Lajim Ukin bagi menarik sebanyak mungkin undi Melayu dan Bumiputera Islam di Sabah.

Manakala bagi masyarakat Cina, sokongan kaum itu sangat konsisten bersama Pakatan Rakyat sejak 2008 dan hingga kini, malah terus bertambah selepas gabungan itu membentang buku Jingga pada 2009 dan Belanjawan Alternatif oleh Datuk seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

Tuesday, November 13, 2012

Pendedahan penulis M.D. Mutalib beberapa bulan lepas mengenai seorang penolong kanan di SMK Balung Tawau yang diragui kerakyatannya ekoran nombor IC guru tersebut milik seorang warganegara di kg. Kulambai, Kota Belud tidak terhenti di situ sahaja, kerana laporan berita menyatakan seorang lagi warga asing yang menggunakan IC orang lain yang telah meninggal dunia untuk memperdaya pihak KPM sehingga berjaya menamatkan latihan perguruan di Maktab Keningau.

Kegembiraan seorang graduan kerana mendapat kerja sebagai guru di sebuah sekolah di sini tidak berpanjangan apabila dia didapati menggunakan MyKad seseorang yang sudah lama meninggal dunia.

Insiden itu terdedah minggu lepas apabila wanita Indonesia itu, berumur 25, memohon pekerjaan dan tertakluk kepada penapisan biasa serta temuduga.


Tetapi penipuannya terbongkar apabila Jabatan Perkhidmatan Awam mendapati dia selama ini menggunakan MyKad milik seseorang yang sudah mati.

Sumber berkata wanita itu mengikuti kursus lima tahun di Institut Perguruan Keningau dan lulus dalam bidang Teknologi Rekaan.

Polis sedang menyiasat tetapi hairan bagaimana wanita itu boleh menghabiskan pendidikan rendah dan menengah tanpa dikesan.

Pada 7 Mac, Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara Sabah, Ismail Ahmad, memberitahu Harian Ekspres bahawa adalah menjadi satu kesalahan untuk menyimpan MyKad orang yang telah meninggal dunia dan mereka yang didapati melakukannya boleh dihukum.

Ismail juga berkata dia sedar sesetengah individu, termasuk mereka yang memegang jawatan lantikan politik seperti ketua-ketua kampung atau pengerusi JKKK, memegang MyKad orang yang sudah meninggal dunia.

Dilaporkan juga bahawa pendatang tanpa izin mencari MyKad seperti itu dan diketahui menawarkan antara RM2,500 dan RM4,000 setiap satu untuk surat lahir orang yang meninggal dunia.

Adalah dipercayai bahawa dokumen anak yang meninggal dunia tidak diserahkan kepada pihak berkuasa, sebaliknya diserahkan oleh saudara maranya kepada wanita itu, yang datang kemudian ke Sabah.

Sumber : Harian Ekspres

Tuesday, November 6, 2012

" Saya tidak akan merajuk dan sabotaj parti" begitu antara kenyataan MP Kota Belud sepenggal ,Datuk Rahman Dahlan apabila diajukan pertanyaan mengenai apa yang akan berlaku kepada diri dan kerjaya politiknya apabila beliau tidak dicalonkan pada PRU 13 yang hanya mengira detik akan berlabuh dari sekarang.

Rahman Dahlan yang sebelum ini sangat kontrovesi atas beberapa skandal politik di Kota Belud, dilihat memikul beban politik sangat berat di Sabah apabila parlimen yang diwakilinya P169 Kota belud dikatakan sebagai 'kawasan' panas apabila beberapa penganalisis politik tempatan termasuk mantan pemimpin UMNO Datuk Lajim Ukin meramalkan P169 bakal menyaksikan perubahan besar selepas PRu 13.

Rahman Dahlan semasa hayat politiknya yang disinonimkan oleh orang ramai dan masyarakat KB sebagai politik Sepenggal sebelum ini menerima kritikan di alam maya dan dunai sebenar atas beberapa isu teramsuk, pembinaan empangan Tambotuan, Skandal tanah Adat di Rampayan, Kes pengagihan peruntukan yang tidak sekata di 3 DUN dalam Parlimen KB, Kes kelewatan pembinaan beberapa buah sekolah rendah dan menengah di KB, serta kes "sukar' ditemui lantaran kesibukan dan sentiasa berada di luar kawasan.

Daripada maklumat yang diperolehi sebelum ini UMNO KB dalam beberapa mesyuarat peringkat Cawangan, ketua-ketua cawangan di kawasan Parlimen turut mengeluh dan membidas Rahman dahlan yang sukar ditemui oleh rakyat, dan sentiasa berada di Kuala Lumpur. Malahan menurut seorang AJK UMNO KB, ketua-ketua cawangan berpendapat, jika Rahman Dahlan sekali lagi diturunkan di KB pada PRU 13, maka kemungkinan sangat besar Parlimen itu bakal digondong oleh pembangkang.

Kenyata Rahman disinarkan oleh Sinarharian:

Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, beliau tidak akan merajuk mahupun mensabotaj parti sekiranya tidak dicalonkan semula untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).


Menurut Abdul Rahman yang juga Naib Pengerusi Kelab Penyokong-penyokong Kerajaan Barisan Nasional, apa yang penting adalah kesediaan beliau untuk terus berbakti dan berkhidmat kepada masyarakat meskipun tidak bergelar wakil rakyat kelak.


"Saya tidak ada masalah, jadi calon atau tidak jadi calon... itu perkara nombor dua kepada saya. Kalau misalnya saya tidak dipilih menjadi calon nanti, tidak apa, OK," katanya dalam satu wawancara eksklusif bersama Sinar Harian Online.

"Saya kira calon-calon yang berminat termasuk saya sendiri, saya berjanji kalau saya tidak terpilih pun sebagai calon di Kota Belud atau di mana-mana pun, saya berjanji, pertama, saya tidak akan tutup bilik gerakan, saya tidak akan sabotaj, saya tidak akan merajuk.

"Saya tidak akan membubarkan jawatankuasa kempen saya. Saya akan turun ke padang siang dan malam berceramah memastikan kemenangan Umno-Barisan Nasional di Kota Belud. Itu janji saya," kata wakil rakyat penggal pertama ini dengan penuh semangat.

Abdul Rahman menang pada Pilihan Raya Umum 2008 atas tiket BN dan menewaskan calon PKR.

Beliau ditanya pandangannya berhubung pengumuman calon Umno-BN yang akan dibuat lebih awal pada pilihan raya kali ini.

"Saya kira kalau kita sayangkan parti, sayangkan perjuangan, kalau kita betul-betul hendak berjuang dan berkhidmat kepada rakyat, ya... soal calon ini memang penting, semua pemimpin parti mahu menjadi calon. Tetapi kalau tak jadi wakil rakyat, tidak bermakna kita bukan pemimpin.

"Jadi pada saya, sama ada diumumkan calon itu awal atau lambat, kedua-duanya mempunyai kebaikan dan keburukan," jelas beliau lagi yang juga Setiausaha BN Sabah.

Mengulas lanjut, Abdul Rahman berkata, "saya setuju dengan pandangan Khairy Jamaluddin, mungkin ia sesuai untuk keadaan-keadaan tertentu yang mana kita memerlukan masa untuk memperbaiki keadaan jika pengumuman itu dibuat terlalu singkat."

Khairy yang merupakan Ketua Pemuda BN sebelum ini berpendapat jarak masa dua minggu atau selewat-lewatnya sebulan sebelum pilihan raya umum adalah tempoh paling sesuai sekiranya cadangan menamakan calon-calon BN lebih awal mahu dilaksakan.

Ini kerana katanya, bukan setiap kawasan bersedia diumum calon awal disebabkan faktor dalaman dan risiko lain yang perlu ditangani terlebih dahulu.

"Nak umum sekalipun jangan umum enam bulan sebelum pilihan raya. Daripada kita umum dua hari sebelum penamaan calon, BN boleh umum dua minggu atau sebulan, itu paling sesuai," beliau dipetik sebagai berkata.

Pada 26 Oktober lepas, Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, BN berkemungkinan akan menamakan calon PRU13 lebih awal berbanding pilihan raya sebelum ini.


Presiden Barack Obama berjaya mempertahankan jawatannya buat penggal kedua dengan memperoleh 281 undi pemilih - lebih 11 undi minimum yang diperlukan.

Obama yang dilihat ketinggalan di awal proses pengiraan undi, yang bermula sekitar jam 7 pagi tadi waktu Malaysia, melepasi garisan minimum 270 undi yang diperlukan kira-kira 12.20 tengah hari. Kedudukan itu meningkat kepada 281 kira-kira 20 minit kemudian dan dijangka mencecah paras 300 kerana ada negeri yang belum diketuai keputusan rasmi.

Pemilihan ini dilihat sebagai paling sengit dalam sejarah AS walaupun Obama menang dengan selesa empat tahun lalu dan muncul sebagai pemimpin kulit hitam pertama memenangi jawatan presiden pada 2008. Selain isu panas dan tiga debat nasional yang sengit, kedua-dua calon - Obama dan Mitt Romney, juga dilaporkan membelanjakan hampir RM6 bilion kali ini.

Di peringkat awal pengiraan undi, Romney yang mula dengan 'bergaya' dan mendahului Obama beberapa kali sepanjang lima jam yang lalu, memperoleh 203 undi pemilih.

UNDI PEMILIH:
Barack Obama: 281
Mitt Romney: 203

UNDI POPULAR: (Undi membabitkan 47 daripada 51 negeri/wilayah)
Barack Obama: 46,088,635 (49.2%)
Mitt Romney: 46,299,165 (49.4%)
Lain: 1,367,862 (1.5)


Laporan CNN menyebut Obama memenangi pemilihan kali ini, yang menyaksikan AS jelas berpecah dua, dengan gelombang sokongan kumpulan minoriti, wanita dan golongan moderat untuk kekal di White House buat penggal kedua.

Malah laporan CNN juga menyebut Obama mengatasi Romney dengan menyapu kejayaan di Ohio. Kejayaan di negeri itu memberikannya undi pemilih 271 berbanding 201 bagi Romney.

Sebaik sahaja Obama memperoleh sejumlah undi pemilih itu, penyokong presiden 'tenggelam' dalam arus kegembiraan di ibu pejabat parti Demokrat di Chicago, negeri kelahiran pemimpin itu.

Obama juga menang di Pennsylvania, Wisconsin dan Iowa - yang memberi tekanan ke atas Romney.

Bagaimanapun dari segi undi popular, Romney masih di depan. Beliau menguasai 49.4 peratus berbanding Obama 49.2 peratus.

Obama mengumpulkan 46,088,635 undi manakala Romney 46,299,165 undi. Calon bebas memperoleh 1,367,862 undi.

Keputusan empat negeri masih belum habis dikira. Ini termasuklah Florida yang menyediakan 29 undi pemilih. ( Sinarharian)

Sunday, November 4, 2012

Segala masalah yang dihadapi Umno dan negara sekarang ditujukan sepenuhnya kepada Tun Dr Mahathir Mohamad.

Sekurang-kurangnya, tiga dari bekas pemimpin Umno yang meninggalkan Umno meletakkan kesalahan itu kepada Mahathir.

Datuk Tamrin Ghafar, Datuk Kadir Sheikh Fadzil dan Datuk Yahya Lampong meletakkan kesilapan Dr Mahathir atas kehancuran Umno sekarang.

"Umno dah rosak dan Dr Mahathirlah punca segala kerosakan ini," kata Tamrin Ghafar dalam Konvensyen PAS Johor hari ini.

Tamrin, Kadir dan Yahya sudah mengumumkan pendirian mereka meninggalkan Umno.

Ketiga-tiganya meletakkan Mahathir sebagai punca utama mereka tinggalkan Umno.

Kira-kira 750 pemimpin PAS peringkat kawasan dan negeri menyertai konvensyen ini menyebabkan Markas Tarbiyah PAS Parit Bisu, Batu Pahat penuh sesak.

"Kita jangka 500 sahaja yang hadir. Tak sangka pula begini ramai," kata Datuk Dr Mahfodz Mohamad, Pesuruhjaya PAS Johor kepada Harakahdaily.

Tamrin adalah salah seorang pembentang kertas kerja dalam konvensyen ini.

Turut datang adalah Datuk Abdul Rahman Yunos, AJK Umno Bahagian Segamat yang menjadi tetamu konvensyen.


Petronas

Bukan sahaja Umno rosak, Petronas juga rosak apabila Mahathir menjadi penasihatnya, kata Kadir.

"Dr Mahathir, Penasihat Petronas sepatutnya bantu Petronas tetapi dia lebih bantu anaknya, Mirzan yang sebelum ini pemagang saham 19.9 peratus San Maguel, syarikat arak yang kini menguasai rangkaian stesen minyak Petrol.

"Awas tuan-tuan, jangan sampai kereta tuan-tuan mabuk pula," kata Tamrin.

Menurutnya, satu kawasan carigali minyak baru dekat Sabah telah diserahkan kepada Kencana Oil, milik Mirzan yang sepatutnya diserahkan kepada Petronas.

"Atas sebab-sebab itulah saya lari," kata Tamrin menafikan beliau berhasrat mahu bertanding.

"Saya lari tu bukan nan tanding, tak nak dah. Saya jadi MP dah dua penggal, dah jadi Pengerusi Mara dan sebagainya. Dah cukup tu," katanya.

Tamrin juga berkata, kalau selama Wanita Umno sangat kuat tetapi kini sudah lembik.

"Naib Wanita Umno kata mereka sudah malu turun ke bawah kerana kita sudah dianggap 'wanita lembu', sedangkan selama ini mrekalah yang paling berkesan," kata Tamrin.
Pendedahan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berhubung pendedahannya mengaitkan keluarga Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz dengan jutawan balak, Michael Chia menimbulkan banyak persoalan.


“Kenyataan Nazri mengesahkan bahawa hubungan Michael Chia dengan beliau dan anak beliau tidak semudah 'sekadar meminjam sebuah kereta Hummer bernilai setengah juta.' Sama seperti kes derma RM40 juta kepada Umno Sabah, takkan derma sebanyak itu diberi tanpa mengharapkan pulangan apa-apa?” soal Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataan.


Tuan Ibrahim juga bertanya selain menderma RM40 juta kepada Umno Sabah dan meminjam kereta mewah untuk kegunaan anak Nazri, apakah ada lagi ahli politik atau orang institusi awam seperti di Jabatan Peguam Negara dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menerima habuan berbentuk derma atau pinjaman daripada Chia?


“Adakah Chia kini dilayan seperti seorang VVVIP di dalam Umno sebagaimana seorang pelanggan bank yang membuka akaun mewah di mana-mana bank?


"Adakah Chia mendapat manfaat berbentuk 'kekebalan' dan 'perlindungan khas' daripada kerajaan Umno BN atas segala kegiatannya kerana sikap 'dermawan' beliau?” tanya beliau lagi.


Pesuruhjaya PAS Pahang itu berkata SPRM perlu bertindak untuk membuka kembali fail Chia dan memberikan satu jawapan yang jelas kepada rakyat Malaysia apakah asas-asas untuk tidak meneruskan siasatan terhadap derma sebesar RM40 juta tersebut.


Chia sebelum ini dilaporkan tertangkap dengan wang tunai bernilai RM40 juta di Lapangan Terbang Hong Kong.


Namun, Nazri ketika memberikan penjelasan di Parlimen berkata, wang itu adalah milik Umno Sabah, sekaligus membersihkan Chia daripada tuduhan rasuah.


"Kalau betul Michael Chia tidak bersalah, beliau perlu kemukakan dokumen bukti terutamanya surat pengesahan dari Suruhanjaya Bebas Pencegahan Rasuah Hong Kong (ICAC).


"Kita inginkan bukti dan bukannya hanya sekadar penjelasan di Parlimen, kalau betul dan berani sila kemukakan, saya nak tengok," sambung Rafizi lagi.


Semalam Rafizi mendakwa kenyataan Nazri itu dilihat mempunyai konflik kepentingan.


Katanya, ini kerana anak sulung Nazri, Nedim ada hubungan dalam bentuk kenderaan dengan Chia.


Kenderaan itu ujarnya berupa SUV Hummer berwarna hitam, yang berharga lebih RM459,000, yang dimiliki oleh Chia dan mungkin telah digunakan oleh Nedim.


Sehubungan itu beliau juga akan membuat satu laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Isnin depan terhadap Nazri dan juga menuntut siasatan semula terhadap Chia.
Dengar  khabarnya Mursidul Am PAS Tuan Guru Nik Aziz merestui hasrat sebilangan pengikut parti itu yang mahukan Presiden PAS menentang PM Datuk Seri Najib di pekan pada PRU 13 nanti. Menurut Mohd Sayuti Omar dalam blognya.

Muryisul Am Pas Nik Abdul Aziz Nik Mat sependapat dengan saya bersetuju kalau Abdul Hadi Awang bertanding di Pekan untuk menentang Najib Razak. Nik Aziz juga berpegang kepada alasan sama dengan saya, tidak timbul kalau Abdul Hadi kalah. Beliau mengalu-alukan langkah Abdul Hadi itu kerana menentang orang yang berjuang menegakkan semangat nasionalisme adalah satu kewajiban.

Dalam keyakinan Pas Umno adalah pejuangan kebangsaan, di mana satu perjuangan yang batil sebab perjuangan menegakkan kaum tidak merupakan perjuangan mutlak dalam kehidupan seorang manusia sebagai hamba Tuhan.

Dari sudut lain saya melihat tindakan Abdul Hadi itu boleh membersihkan fikiran sesetengah pihak yang mengatakan beliau (Abdul Hadi) masih lagi menyimpan hasrat untuk mewujudkan unity government. Jadi dengan beliau menentang Najib, sampah UG itu boleh dibersihkan. Tindakan Abdul Hadi itu sebagai membuktikan bahawa hasrat untuk menubuhkan UG sudah tidak ada lagi.

Sedar atau tidak masih ada di kalangan kecil baik di dalam Pas maupun PKR dan DAP sebelum dapat menerima sepnuhnya kerjasama Pas dengan PKR dan DAP. Ada yang beranggapan Pas masih menaruh harapan akan wujud kerjasama dengan Umno. Ada suara-suara dan nada kebimbangan yang Pas akhirnya akan berpelukan dengan Umno.

Tanggapan negatif itu membahayakan Pakatan Rakyat di mana timbul perasaan curiga di antara satu sama lain. Jadi sekiranya Abdul Hadi mendada dengan Najib di Pekan ia boleh menyapu perasaan itu. Semangat di kalangan Pakatan Rakyat juga akan meningkat serta merta. Tindakan Hadi itu akan menampakkan iltizam Pas dengan Pakatan Rakyat tinggi.

Kesimpulannya Pas perlu melepaskan Abdul Hadi untuk ke Pekan. Atau Abdul Hadi boleh menggunakan kuasa proregatifnya sebagai presiden untuk berbuat demikian. Sebagai presiden Abdul Hadi boleh endorce jemaahnya sendiri. Yakinlah tindakan Abdul Hadi itu - Presiden bertempur dengan presiden akan dicatat dalam sejarah politik tanah air. Seperti dikatakan tadi soal sejarah itu tidak penting yang penting menunjukkan komitment perjuangan.

Hendaknya apa disuarakan presiden Pas itu akan turut dibangkit didalam muktamar tahunan Pas yang akan berlangsung di Kota Bharu minggu depan. Dan saya juga percaya Abdul Hadi bukan sengaja melontarkan idea itu kecuali untuk mendapat pandangan dari akar umbi.

Wednesday, October 31, 2012

Parlimen P169 Kota Belud yang kini diwakili oleh Datuk Rahman Dahlan dari UMNO adalah antara kawasan yang 'bakal' diramalkan jatuh ke tangan PR pada PRU 13, berdasarkan trend pengundi muda dan atas pagar serta sindrom politik KDM yang mewakili kiri-kira 40% daripada jumlah pengundi di parlimen itu.

Bekas Timbalan Menteri Persekutuan Datuk Yahya Lampong meletakkan keyakinan yang sangat kuat bahawa BN akan gagal mengekalkan kuasanya pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan datang.


Menurutnya, daripada keseluruhan 222 kerusi parlimen di seluruh negara, beliau menjangkakan 118 kerusi akan dimenangi Pakatan Rakyat pada PRU13 kali ini dan 104 kerusi sahaja akan diperoleh BN.


Beliau yang telah keluar BN dan mengumumkan menyertai PKR baru-baru ini berkata, asas pengiraannya adalah dengan formula (82 + 20 + 16 = 118)


82 katanya adalah jumlah kerusi yang telah dimenangi oleh gabungan PAS, PKR dan DAP pada PRU12, 2008 yang lalu dan dijangka jumlah itu akan kekal pada PRU akan datang.


20 pula adalah jumlah kerusi parlimen yang majoritinya adalah pengundi Cina dan India yang dimenangi BN dalam PRU12 yang sudah tentu pada jangkaannya akan menolak BN pada PRU akan datang.


Asas kekalahan BN itu juga jelasnya, turut disandarkan pada keyakinan bahawa lebih separuh kerusi parlimen Sabah - selama ini menjadi 'tempat berpaut' BN untuk mengekalkan kuasa termasuk pada PRU12 lalu - akan 'swing' kepada Pakatan Rakyat.


Kata Yahya, sekurang-kurangnya 16 dari 25 kawasan parlimen di Sabah bakal dimenangi Pakatan Rakyat pada PRU13 akan datang.


Kawasan itu masing-masing adalah 13 kerusi dari kawasan majoriti pengundi Kadazan, Dusun, Murut (KDM) dan Cina (KDM-C) dan tiga lagi dari kawasan campuran KDM-C dengan pengundi Islam.


Tiga kawasan campuran KDM-C dengan pengundi Islam adalah di Beaufort, Papar dan Kota Belud.


Di Papar dan Kota Belud katanya, jumlah peratusan pengundi KDM-C adalah 40 peratus dan hanya memerlukan sekurang-kurangnya 15 peratus sahaja lagi sokongan pengundi Islam bagi memenangi kedua-dua parlimen tersebut.


Bagi Beaufort pula, parlimen itu diyakini akan dimenangi Pakatan Rakyat apabila bekas Ahli Majlis Tertinggi Umno yang juga bekas Ketua Umno Beaufort, Datuk Seri Panglima Lajim Ukin disebut-sebut bertanding di situ.


Jika benar jangkaan Yahya ini berlaku, bermakna Pakatan Rakyat sudah boleh menguasai Putrajaya dengan 118 kerusi tidak termasuk kerusi parlimen dari Sarawak.


"Pakatan hanya memerlukan 112 kerusi untuk membentuk Kerajaan Persekutuan. Justeru, Pakatan Rakyat sudah berupaya membentuk kerajaan dengan sokongan rakyat Semenanjung dan Sabah. Maka kawasan parlimen Sarawak adalah Bonus," katanya

Sunday, October 28, 2012

Kedatangan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim berulang kali sejak awal tahun ini semakin membuahkan hasil buat Pakatan Rakyat!

Barisan Nasional (BN) kini ditinggalkan seorang lagi pemimpin masyarakat Sabah.
Balanting Erom, abang ipar kepada Salleh Tun Said mengisytiharkan penyertaannya ke dalam Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) di Kampung Raganan, Tuaran sebentar tadi.

Beliau juga merupakan bekas Timbalan Presiden Angkatan Keadilan Rakyat (AKAR).

Borang menyertai KEADILAN diserahkan sendiri Balanting kepada Ketua Cabang Tuaran, Ansari Abdullah dalam satu ceramah 'Bicara Rakyat - Kebangkitan Rakyat Menuntut Perubahan' di kampung itu malam tadi.

Balanting merupakan antara tenaga penggerak mengemudi perjuangan untuk mengembalikan hak-hak rakyat termasuk penubuhan Suruhanjaya Sisatan Diraja (RCI) berkaitan pendatang asing tanpa izin (PATI) dan pengembalian Hak Tanah Adat (NCR) di Sabah.

Kedua-dua isu tersebut kini digalas pengerusi Angkatan Perubahan Sabah (APS) yang juga ahli parlimen Tuaran, Wilfred Mojilip Bumburing yang keluar dari Barisan Nasional (BN) awal Julai lalu. Seorang lagi pemimpin BN yang keluar dan menubuhkan Pakatan Perubahan Sabah (PPS), Lajim Ukin turut mendekati rakyat terutamanya di kalangan kaum bumiputera Islam di pantai barat negeri itu.

Bekas ahli parlimen kawasan itu dari BN, Monggoh Orow turut bersama dengan APS membantu Ansari meneruskan kegiatan mendekati para pengundi dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Sulaman sejak Bumburing meninggalkan BN.

Tugas mereka kini mendekati masyarakat Lotud Tuaran yang terdiri daripada Monggoh sendiri; bekas Ketua Cawangan Umno Kampung Nulu, Mohd Fairuz Bandar; bekas Naib Ketua Bahagian Parti Bersatu Sabah (PBS) DUN Sulaman, Dominic Ombilod Onul, Richard Libau; Balanting dan bekas Ketua Bahagian BERJAYA DUN Sulaman, Sylvesyer Saraban Daniel.

Tuesday, October 23, 2012

Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak sudah seperti mula menerima hakikat bahawa BN akan kalah selepas PRU13."Gambaran ini diucapkan beliau dalam kenyataan-kenyataan terkini, seolah-olah membayangkan mereka akan kalah dan menjadi pembangkang selepas ini manakala Pakatan Rakyat akan meneraju kerajaan pula," kata Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia, Riduan Mohd Nor.


Katanya, Najib melaungkan amaran bahawa rakyat mungkin tidak berpeluang untuk menukar kerajaan semula kepada BN sekiranya Pakatan Rakyat gagal menjalankan tugas sebagai Kerajaan Persekutuan."Katanya negara akan 'hancur' dalam tempoh lima tahun sekiranya PR mengambil alih pentadbiran negara. Negara boleh rosak merudum, ekonomi boleh lumpuh, saham boleh jatuh jika dengan PR. Najib menganggap jika BN kalah dalam PRU13 maka kiamatlah dunia ini.
"Najib mungkin memikirkan hanya beliau dan partinya sahaja layak memerintah negara. Beliau merasakan dalam negara ini hanya mereka sahaja memiliki pakar ekonomi, ahli politik serta strategis yang bijak pandai. Rakyat Malaysia yang lainnya semuanya dungu dan tidak tahu apa-apa," ujarnya dalam satu kenyataan.Malahan kata beliau, Najib cuba membayangkan PR sama seperti BN atau mungkin lebih kejam daripada itu.


Hakikatnya, tegas Riduan PR jauh berbeza daripada BN, ibarat langit dengan bumi.Tambahnya, tidak mungkin PR akan melakukan aksi yang sama seperti mereka dengan menutup ruang demokrasi yang terbuka, memenjarakan aktivis politik pembangkang, menyekat akses media, memperguna agensi kerajaan, merantai pegawai kerajaan, menggunakan pelbagai akta dan undang-undang bagi mengugut dan menakut-nakutkan rakyat.


Menurutnya, mustahil PR akan mufliskan ekonomi negara dengan amalan kronisme, monopoli, rasuah, korupsi, penyalahgunaan kuasa dan pelbagai penyelewengan sehingga merudumkan ekonomi negara seperti yang mereka lakukan.Sebaliknya, ujar Riduan lagi PR dengan dasar perjuangannya berusaha membuka seluasnya ruang demokrasi sehingga tidak ada pihak yang dizalimi, parti-parti politik bebas menjalankan kegiatannya, mendapatkan akses media secara adil, mengisytiharkan tarikh pilihan raya umum lebih awal, tiada ugutan kepada penjawat awam, SPR dibersihkan, dan lain-lain lagi.Menurut beliau, sebenarnya yang merasa paling gerun dan gusar sekarang ini bukan rakyat, kerana rakyat sudah bersedia menerima perubahan kerajaan.


Malah, ujarnya rakyat gembira dengan kehidupan selesa bersama PR di negeri Kedah, Kelantan, Selangor dan Pulau Pinang."Yang paling tergugat sekarang adalah Najib sendiri bersama dengan pasukannya kerana kekalahan akan membuatkan masa depan mereka dalam kegelapan," katanya.
Dalam kedekatan menjelangnya PRU 13 ini, banyak polimek mewarnai persadan politik Sabah. Isu-isu besar yang ditimbulkan oleh pembangkang di Sabah terutama dalam jelajah DSAI dan juga program turun padang Dr Jeffry Kitingan bersama STAR di hampir seluruh daerah  perbukitan di Sabah ini telah mula meninggalkan kesan besar pada jiwa masyarakat asal di negeri yang menyertai pembentukan Malaysia 46 tahun yang lalu.

Selain daripada isu 'pencabulan' hak Sabah dalam 20 perkara yang menjadi isu utama sekarang ini, isu kedua yang meruntun juga adalah berkaitan dengan Tanah Adat atau NCR yang berada pada 'kuasa' kerajaan negeri yang ditadbir oleh UMNO dan BN. Kes NCR ini bukan sahaja berlaku pada teori pertindihan hak milik tetapi juga kes 'rampasan' yakni mengambil tanah NCR yang diduduki dan diusahakan oleh rakyat Sabah oleh syarikat-syarikat besar yang berselindung disebalik nama KOPERASI sangat berleluasa 6 tahun yang lepas. Beberapa kes yang terlibat menumpahkan darah seperti kes di Tingkayu, dan ada juga yang membawa ke mahkamah, selain laporan polis beratus sudah dibuat, termasuk juga laporan kepada SUHAKAM dan SPRM. TETAPI semuanya menemui jalan buntu. Rakyat terus menunggu dan menunggu sekalipun ada yang sudah melepasi  beberapa purnama.

Siapa yang kata kes NCR di Sabah tidak kronik? semuanya berlaku tanpa pembelaan. Hanya dalam waktu terdekat ini ketua menteri Sabah di Dewan Undangan negeri memberikan response akan menjadi keutamaan kerajaan negeri mempertahankan hak rakyat asal terhadap tanah NCR? Persoalannya mengapa baru sekarang pembelaan ini berlaku? mengapa sejak kes ini menjadi runtutan nafsu rakyat Sabah ia tidak pernah cuba diselesaikan walaupun kerajaan negeri mempunyai hak mutlak dalam bidang perundangan mengenai tanah di Sabah?

Apakah ini sandiwara politik? atau gimik murahan yang tidak boleh dijadikan asas kukuh kepada pemberian jaminan itu. Dr Jeffry dalam satu kenyataan menyifatkan kenyataan KM Musa Aman itu sebagai bohong dan tidak serius.

Ibarat nasi sudah menjadi bubur, isu NCR ini pada hemat saya menjadi satu paltform kepada pembangkang untuk membuktikan bahawa pembelaan hak rakyat asal di negeri ini tidak dilakukan secara sungguh-sungguh oleh kerajaan BN dan UMNO. Sebab itu arus kebangkitan mula kelihatan di kalangan rakyat Sabah. Jangankan golongan muda, golongan pertengahan usia sekitar 50-60 tahun juga mula membicarakan isu NCR ini. Mungkinkah ini petanda akan ada perubahan kepimpinan di Sabah selepas PRU 13?

kenyataan Akhbar:

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Musa Haji Aman menegaskan Hak Tanah Adat Anak Negeri (NCR) adalah keutamaan dan prioriti kerajaan negeri.


Sehubungan itu, katanya, kerajaan sentiasa terbuka menerima teguran dan cadangan yang membina untuk meningkatkan keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan bagi mening- katkan tahap pemeliharaan dan perlindungan NCR dan hak pemilikan tanah oleh anak negeri Sabah.


“Isu NCR tidak seharusnya diputar-belit kerana ia menyentuh kepentingan orang asal, sebaliknya setiap pihak harus memberikan sokongan bagi memastikan isu-isu berkaitan NCR dapat diselesaikan dengan baik demi menjaga kepentingan dan hak asasi orang asal negeri Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kawasan Kunak Datuk Nilwan Kabang, pada sesi soal jawab, persidangan dewan undangan negeri di Dewan Undangan Negeri, di sini, kelmarin.


Musa berkata, bagi memastikan lebih ramai orang asal mempunyai tanah, kerajaan negeri telah mengambil inisiatif untuk menukarkan rizab hutan kepada tanah kerajaan.


“Saya secara peribadi akan memastikan prinsip menjaga, memelihara dan melindungi kepentingan hak-hak orang asal, akan sentiasa didahulukan.


“Oleh itu saya berharap, tidak ada lagi pihak yang akan memanipulasikan perkara berkaitan NCR, sebaliknya bekerjasama membantu menyelesaikan apa-apa sahaja perkara berkaitan NCRdemi kepentingan dan hak-hak orang asal negeri Sabah.


“Saya juga berharap isu ini tidak dijadikan bahan politik murahan untuk meraih dan memenuhi kepentingan dan agenda politik golongan tertentu,” katanya.


Musa berkata, jumlah keseluruhan keluasan tanah kerajaan yang telah diperuntukkan kepada anak negeri Sabah melalui lima kaedah sama ada dalam bentuk hak milik tanah Native Title (NT), ekuiti dan pewartaan adalah seluas 890,626.47 hektar atau 45 peratus daripada keluasan tanah kerajaan yang telah diberi milik di negeri Sabah.


“Keluasan ini adalah lebih besar daripada keluasan negeri Selangor yang mana berukuran seluas 795,600.00 hektar sahaja. Ini membuktikan bahawa Kerajaan Negeri serius meningkatkan pemilikan tanah oleh anak negeri Sabah,” katanya.


Katantya lagi, walaupun Ordinan Tanah Sabah telah digubal pada 13 Disember 1930, namun tuntutan NCR masih boleh dikemukakan di bawah Seksyen 14 kepada Penolong Pemungut Hasil Tanah (PPHT) dan pada masa yang sama kerajaan negeri akan terus berusaha meningkatkan pemilikan hartanah oleh Anak Negeri.


“Kerajaan Negeri Sabah telah menjalankan tanggungjawab fiduciary untuk memelihara dan melindungi hak tanah adat dan pemilikan tanah anak negeri. Tohmahan yang mengatakan kerajaan mengetepikan tuntutan Tanah Adat Anak Negeri Sabah dan mendiskriminasikan pemberi milikan tanah kepada Anak Negeri Sabah adalah tidak benar,” katanya.


Berkenaan dengan pemberi milikan tanah melalui proses kelulusan permohonan tanah kepada anak negeri, Musa berkata sehingga Disember 2011, kearjaan negeri melalui Jabatan Tanah dan Ukur telah mendaftar sebanyak 348,652 hak milik tanah dan daripada jumlah itu, 190,452 adalah hak milik tanah anak negeri (NT) telah diberikan kepada anak negeri.


”Jumlah keseluruhan keluasan tanah yang telah diberi hak milik ialah seluas 1,970,961 hektar dan daripada jumlah itu, seluas 487,680 hektar adalah keluasan bagi hak milik tanah NT. Jumlah ini merupakan 24.7 peratus daripada jumlah keluasan hak milik tanah yang didaftarkan di Sabah,” katanya.


Beliau berkata bagi meningkatkan jumlah bilangan dan keluasan hak milik tanah NT kepada anak negeri, kerajaan telah mempercepatkan proses kelulusan dan pengukuran permohonan tanah serta penyediaan hak milik tanah.


”Sehingga bulan Ogos 2012, sebanyak 35,350 permohonan tanah telah diproses dan daripada jumlah itu 10,540 permohonan tanah telah disokong untuk diluluskan melalui mesyuarat Jawatankuasa Penggunaan Tanah Daerah (LUC).


”Daripada sebanyak 10,540 permohonan tanah yang telah disokong untuk kelulusan, 9,922 adalah terdiri daripada permohonan tanah syarat NT untuk anak negeri,” katanya.


Dari segi pewartaan tanah simpanan anak negeri, sehingga Disember 2011, keluasan tanah kerajaan yang telah diwartakan untuk kegunaan anak negeri seperti perkampungan dan padang ragut ialah seluas 53,190.857 hektar (131,437.267 ekar).


Dari segi pemberi milikan tanah kepada anak ngeri melalui geran komunal, Musa berkata sehingga Disember 2011, sebanyak tujuh geran komunal NT dengan keluasan 12,777.14 hektar telah dikeluarkan kepada seramai 2,661 peserta yang melibatkan tiga buah daerah.


Sebanyak 52 geran komunal dengan keluasan 23,046.07 hektar akan dikeluarkan kepada seramai 5,373 benefisiari (peserta) yang melibatkan tujuh buah daerah. Jumlah keseluruhan geran komunal yang telah dan akan dikeluarkan ialah sebanyak 58 geran komunal NT dengan keluasan 35,823.21 hektar, melibatkan seramai 8,034 benefisiari (peserta). Geran komunal NT tersebut terletak di sembilan buah daerah melibatkan sebanyak 122 buah kampung.


Katanya lagi, kerajaan negeri juga merancang untuk mengeluarkan geran komunal di kawasan Kota Marudu seluas 17,000 ekar, Pitas seluas 10,000 ekar, Tongod seluas 15,000 ekar, Semporna (Hutan Simpan Mount Pock dan Tanjung Nagas) seluas 5,177.12 ekar


“Bagi membolehkan beberapa geran komunal dikeluarkan, kerajaan negeri melalui Persidangan Dewan Undangan Negeri pada April 2010 telah membubarkan seluas 24,563 hektar daripada Hutan Simpan Sook Plain dan Mandalom secara land swap dengan tanah kerajaan demi kesejahteraan rakyat di luar bandar khususnya anak negeri Sabah,” katanya.


Musa berkata, penggubalan undang-undang tanah pada 13 Disember 1930 pada zaman pemerintahan British North Borneo Chartered Company telah memberi kesan besar terhadap tuntutanNCR di negeri Sabah.


Beliau berkata, sebelum tahun 1930, pendudukan tanah oleh seseorang anak negeri adalah secara bebas tanpa sekatan undang-undang. Bagaimanapun, sselepas tahun 1930, pendudukan tanah kerajaan oleh seseorang anak negeri adalah tertakluk kepada Seksyen 5, Seksyen 6(1), Seksyen 65 dan Seksyen 88 Ordinan Tanah Sabah di mana pendudukan tersebut perlu ditentu-sahkan secara sah atau tidak sah terlebih dahulu.


“Jika pendudukan didapati sah dan memenuhi kriteria Seksyen 15 Ordinan Tanah Sabah (definasi Hak Tanah Adat), maka pendudukan tersebut akan dipertimbangkan dan diiktiraf sebagai pendudukanNCR dan hak milik tanah boleh dianugerahkan,” katanya.


Katanya lagi, sejak penggubalan undang-undang tanah tersebut, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Tanah dan Ukur telah menggunapakai perundangan tersebut sebagai asas untuk memutuskan sebarang tuntutan hak tanah adat di negeri Sabah.


Sehubungan itu, katanya sejak 1997 hingga September 2012, Jabatan Tanah dan Ukur menerima sebanyak 615 kes tuntutan NCRmelibatkan seramai 1,164 orang penuntut di seluruh Sabah. Daripada jumlah itu 207 kes diiktiraf sebagai pendudukan NCR, 70 kes telah ditolak dan 338 kes masih dalam penyiasatan.


“Kerajaan Negeri berjanji akan mempercepat proses siasatan terhadap 338 kes dengan menggunakan Unit Bergerak Anak Negeri atau PANTAS. Kehadiran PANTAS di kampung-kampung, masalah berkaitan tanah anak negeri di luar bandar akan dapat diselesaikan dengan cepat dan teratur mengikut undang-undang Ordinan Tanah Sabah,” katanya.

Monday, October 22, 2012

Untuk apa debat perlu diadakan antara MP Parlimen Kota Belud Datuk Rahman Dahlan dengan penulis politik nasional Sdr Musli Oli yang juga setiausaha penerangan PKP Sabah? Segala-galanya tidak mempunyai sebab kuat untuk Datuk Rahman menyahut cabaran demi cabaran yang dilontarkan oleh Musli Oli.

Walaupun sebelum ini Rahman Dahlan yang lebih mesra dengan singkatan DARD menunjukkan kelantangan dan kepopulisannya melalui beberapa debat yang dianjurkan oleh Wacana Sinar Harian dan program Bicara Rakyat tetapi semua itu kerana berpangkalan di semenanjung. Isu-isu yang dibincangkan juga adalah isu yang melingkari setiap inci parti BN dan UMNO. Selebihnya Datuk Rahman menunjukkan sikap dolak dalik seperti yang berlaku kepada Lim Kit Siang mengenai isu empangan Tambatoun.

DARD bukan sahaja melihat tidak berkeperluan langsung dengan Musli Oli emmperdebatkan isu Sabahan tetapi juga DARD tahu sesei debat itu tidak akan dipancarkan terus kepada seluruh jentera pimpinan UMNO di peringkat Pusat. Ramai pemerhati politik ketingkahan dan ketangkasan laku politik yang ditunjukkan oleh DARD sejak dua menjak ini adalah satu strategi politik peribadinya untuk mendapatkan perhatian dan ruang dalam kepimpinan Najib . Semua orang tahu DARD suatu ketika dulu digelar oleh kebanyakkan penganalisis politik tempatan sebagai 'pelarian' politik kerana DARD tidak punya kawasan untuk ditandingi .Sedangkan desas-desus bertiup jika DARD sekali lagi di turunkan di parlimen KB ada kebarangkalian yang sangat besar akan ditolak oleh pengundi. DARD juga patut tahu daripdada kajian yang dilakukan kerusi PARLIMEN KB adalah antara kerusi panas di SABAH.

JUSTERU itu tidak ada sebab untuk Dard MELAYAN Cabaran MO itu. Faedahnya kurangh menyengat. Hanya akan menaikan popularitinya di kalangan penyokongnya di KB sedangkan bukan itu yang diimpikan oleh DARD, kalau boleh Najib perlu mengetahui DARD adalah antara pemimpin muda yang walau macamanpun harrus diberikan tempat pada PRU 13 nanti. Selain lantang DARD juga mempunyai daya intelek yang tinggi dan pengalaman yang luas dengan pernah mencatat kedudukan sebagai setiausaha BN di peringkat negeri dan Pusat.

Adalah lebih baik jika DARD menumpukan program santai anak muda yang dibuatnya selain memperkukuhkan skuad  P169 yang dibentuknya. Tambahan lagi MO tidak akan bertanding pada PRU 13 nanti, baik DARD simpan kepetahannya apabila bergelar MP nanti di dewan Rakyat sejurus selepas PRU 13, sama ada sebagai pembangkang ataupun sebagai SENATOR dilantik.

Sunday, October 21, 2012


USIK USIK GERAI KELAPA BAKAR
Gerai Gerai Kelapa Bakar Salut diJalan Sulaman (Jalan KK-KB) Adalah Kini Sudah Begitu Popular dan Menjadi Tumpuan Persinggahan kepada Orang Ramai khasnya Mereka yang Berkereta dari Utara Sabah Ke KK dan DiSebaliknya.

Selain Kelapa Bakar, Kelapa Muda, Puding Kelapa Pelbagai Rasa, Keropok Ubi, Lokan dan Ketam Panggang juga menjadi Tarikan Utama Orang Ramai termasuk Pelancong Pelancong Singgah ke Gerai Gerai Kelapa Bakar diJalan tersebut. Gerai Gerai ini diBuka dari Awal Pagi hinggalah ke Larut Tengah Malam pada Setiap Hari!

SAYANG DAN SEDIHNYA GERAI GERAI YANG TURUT DIKINJUNGI OLEH PARA PELANCONG TEMPATAN DAN LUAR NEGARA INI JELAS SEKALI DALAM KEADAAN DAIF SEKALI!

IA JELAS TELAH DIBINA SECARA PERSENDIRIAN DAN TIDAK SERAGAM OLEH PARA PEMILIK GERAI GERAI BERKENAAN. YANG MANA 100% TERDIRI DARI KAUM BUMIPUTERA. IA JUGA TIADA LANGSUNG MEMPUNYAI KEMUDAHAN TANDAS AWAM!

Justeru Sesiapa saja yang Singgah keGerai Gerai Kelapa Bakar Salut diJalan Sulaman, Tuaran itu PASTI Akan TerCium Bau Kuat NAJIS yang datangnya dari Arah Belakang Gerai Gerai tersebut! Dulu Saya dan Keluarga pun Kerap Singgah Minum Kelapa Bakar dan Makan Ketam dan Lokan Panggang disitu. TAPI disebabkan oleh Bau Najis disitu maka Kami Sudah TIDAK lagi Berselera Singgah diGerai Gerai itu lagi.. AGAKNYA APALAH YANG DIKATAKAN OLEH PARA PELANCONG YG SINGGAH DI SITU BILAMANA MEREKA TERCIUM BAU YANG MENJIJIKKAN ITU?

Yang Jelas Jalan dan Gerai Gerai ini sememangnya Kerap dilalui Oleh Para Pemimpin dan Pegawai Pegawai Pihak Berkuasa atau Jabatan Berkenaan. SOALNYA MENGAPA MACAM TIADA YG PERIHATIN DAN BERTINDAK UNTUK MEMPERBAIKI KEADAAN GERAI SERTA KEMUDAHAN AWAM DISITU?
(Tidak Mcm diGerai Gerai Pekan Nabalu, KB)

Mungkin Mereka termasuk para Pemimpin juga TIDAK Sedar akan SITUASI ini.
(sebab Mereka pun TIDAK PERNAH Singgah Minum atau Makan Ketam atau Lokan Panggang.disitu?? (Rasanya mcm Mustahil juga!)

JUSTERU KITA MOHON PERKARA BERBANGKIT INI DAPAT DISAMPAIKAN KEPADA MEREKA YG BERKENAAN AGAR MENGATASI SEGERA SITUASI DAN KEADAAN GERAI GERAI KELAPA BAKAR SALUT DI JALAN SULAMAN INI! (Sebelum Nama Baik Negeri Sabah ini Tidak Terus TerCemar diMata Orang Awam khasnya Para Pelancong!)

dI PETIK DARI FCB .DTigabelas Zaianlabidin.

Saturday, October 20, 2012



Pucuk pimpinan UMNO disaran supaya mengumumkan lebih awal nama-nama calon parti yang bakal bertanding kerusi Parlimen dan DUN dalam pilihan raya umum ke-13 nanti sebagai pendekatan terbaik membendung rasa kekecewaan dikalangan anggota parti yang boleh menjurus kepada perbuatan mensabotaj parti.

Ketua Penerangan Wanita UMNO Malaysia, Dato’ Hamidah Osman yang membuat saranan ini berkata, jika isu calon ini ditimbulkan pada saat akhir ia boleh menimbulkan satu suasana yang tidak harmoni .

Katanya, masalah mensabotaj parti ini sebenarnya merupakan penyakit yang dihadapi parti disebabkan kekecewaan yang timbul apabila ada nama-nama yang menjangkakan diri mereka akan dicalonkan tetapi tidak dicalonkan.

Beliau menyambut baik langkah persetujuan Majlis Tertinggi UMNO untuk menubuhkan jawatankuasa khas untuk memantau dan mengambil tindakan segera terhadap mana-mana anggota parti yang mengkhianati atau mensabotaj calon BN.

``Penubuhan jawatankuasa khas ini memang tepat sekali kerana dalam menghadapi pilihanraya ini yang mana ada pihak yang bekerja bersungguh-sungguh dan ada pula pihak yang tidak puashati, kecewa seterusnya bertindak mensabotaj parti,’’ katanya.

Friday, October 19, 2012

Kerajaan negeri Sabah memperuntukkan RM4.088 bilion bagi Belanjawan Negeri 2013, yang meningkat RM40 juta berbanding anggaran perbekalan bagi 2012.


Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman, yang juga Menteri Kewangan Negeri, berkata anggaran perbekalan 2013 merangkumi tiga komponen utama iaitu Anggaran Emolumen RM663.17 juta (pertambahan RM39.51 juta berbanding RM623.66 juta pada 2012), Perbelanjaan Berulang RM1.120 bilion (pertambahan RM32.92 juta berbanding RM1.O87 bilion) dan Perbelanjaan Khas RM2.337 bilion (pertambahan RM34 juta berbanding RM2.303 bilion).


"Belanjawan 2013 ini merupakan bukti komitmen kita untuk terus memberikan perkhidmatan dan pembelaan yang terbaik kepada rakyat dan negeri Sabah."


"Belanjawan negeri ini untuk semua lapisan rakyat dengan mengambil kira keperluan dan kesejahteraan rakyat di seluruh negeri untuk memacu pembangunan negeri ke tahap yang lebih tinggi," katanya kepada pemberita selepas membentangkan Belanjawan Negeri itu di Dewan Undangan Negeri di sini Jumaat.


Musa berkata hasil negeri juga meningkat dan dianggarkan berjumlah RM3.828 bilion tahun depan berbanding anggaran asal RM3.69 bilion tahun ini.


"Dengan mengambil kira bahawa hasil purata negeri Sabah bagi tempoh tiga tahun lalu (2009-2011) yang berjumlah dalam lingkungan RM3.8 bilion setahun, maka kerajaan negeri yakin bahawa sasaran kutipan hasil yang ditetapkan pada tahun depan adalah munasabah."


-- BERNAMA

Wednesday, October 17, 2012

Kenyataan PM Datuk Seri Najib dalam lawatannya ke Kudat 3 hari lepas antara lain membayangkan persetujuan awal kerajaan Pusat dalam pembinaan Lebuh Raya Kudat-Tuaran di sepanjang pesisir pantai menimbulkan kegirangan sama ada di kalangan pemimpon politik mahupun rakyat Sabah yang mendiami daerah-daerah yang menjadi laluan lebuh raya itu kelak.

Sebagai ketua UMNO KB, Datuk Salleh Tun Said dipetik sebagai berkata bahawa pembinaan lebuh raya itu kelak akan mentransformasikan ekonomi negeri Sabah khasnya dan penduduk yang terlibat amnya.Di samping memudahkan perjalanan ke Kudat dari Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota belud. Ulasan Datuk salleh itu mengingatkan saya juga kepada kenyataan beliau ketika pembinaan jalan raya Bypass Kudat-Kota Belud yang menjadi sangat kontovesi apabila sehingga kini dikatakan lebih daripada 25% pampasan tanah kepada penduduk sekitar kamung Wakap dan Kg Labuan tidak dilunaskan.

Ketika pembinaan Jalanraya Bypass Kudat- Kota belud, Datuk Salleh juga mendakwa ia akan membawa kemajuan ekonomi kepada perkampungan sekitar jalan raya tersebut di samping mengurangkan kesesakan  menuju pekan Kota belud.Siapakah yang mendapat anugerah projek Bypass Kudat- Kota belud ini??? Dan siapakah orang penting yang terlibat??? rasanya masyarakat Kota belud telahpun sedia tahu.

Justeru itu saya tidak terkejut dengan kenyataan Datuk Salleh kerana pada asasnya adalah benar dan boleh diterima atas minda yang waras, namun perlaksanaannya harus dilakukan dengan tidak berkepentingan dan bersifat telus mata dan telus hati.

Membicarakan kawasan pesisir pantai yang dijangka terlibat dalam pembinaan lebuhraya seperti yang diumumkan oleh Najib itu, terbayang diruang mata saya berkenaan nasib masyarakat yang mendiami kawasan pantai ini. Kalau di Kota belud, majoriti yang mendiami kawasan ini ialah Suku Iranun. Dari kg Liang, pantai emas, Tamau, Pintasan, nanamun, kayu putih, Rampayan , Sarang, Dudar, kebanyakkannya adalah suku Iranun dan sedikit suku bajau dan Dusun.

Jika projek lebuhraya pesisir pantai ini terlaksana di Kota belud, secara adil,  telus dan berwawasan, maka ia kan menjadi satu limpahan rehmat buat penduduk di kawasan berkenaan. namun yang mengusarkan saya ialah kawasan-kawasan di pesisir pantai ini bukan hak individu dan bergeran, namun telah lama di diami oleh penduduk. Di Kg Tamau dan Pintasan misalnya , kawasan pensisir pantai dijadikan kawasan 'wakaf' untuk tanah perkuburan. Malahan tanah datuk salleh yang dibangunkan sebagai kawasan permainan padang golf juga terletak di kawasan pensisir pantai dan dikatakan adalah kawasan bergeran.

Apa yang terbayang di benak saya agar apa yang berlaku di Kg wakaf dan kg Labuan ketika pembinaan Jalanraya bypass Kudat-kota belud tidak akan berlaku ketika pembinaan lebuh raya ini kelak.

Tuesday, October 16, 2012



Pada hujung minggu ini Perdana Menteri Malaysia Najib Razak mengatakan adalah “betul” bagi parti politiknya untuk menerima derma berjuta-juta dollar dari penderma yang tidak perlu didedahkan.
Empat tahun yang lalu Ketua Menteri Sabah, Musa Aman telah berusaha menafikan bahawa wang ini ada kaitan dengannya atau mempunyai sebarang kaitan dengan seorang yang benama Michael Chia.

Namun kini, Perdana Menteri telah terpaksa berhadapan dengan bukti-bukti yang menunjukkan bahawa wang itu dikaitkan dengan Musa. Musa seharusnya memohon maaf kerana telah menafikan adanya kaitnya dengan Michael Chia, dan dia juga harus memohon maaf pada Sarawak Report yang telah dituduhnya menerbitkan dokumen-dokumen palsu dan menyebarkan fitnah terhadapnya.
Beralasankan bahawa semua bayaran itu dibuat kepada UMNO telah termusnah kerana bukti-bukti bahawa Michael Chia telah juga membuat pembayaran menggunakan akaun-akaunnya kepada anak-anak Musa selama beberapa tahun mereka menuntut di luar negara.

Adakah pengajian anak-anak Musa di Australia itu ada kepentingan dan kaitan dengan wang UMNO?
Nampaknya Pengerusi UMNO Sabah itu bukan sahaja menggunakan wang itu untuk kepentingan politiknya (sebagaimana dia berikan sebagai alasan) lebih dari kegunaan peribadinya. Wang itu juga turut digunakannya untuk membiayai perbelanjaan ahli-ahli keluarganya.

Nampaknya BN cuba mengatakan bahawa kaedah yang digunakan oleh negara-negara bertamadun yang lain untuk mempastikan keboleh-percayaan tidak dipedulikan oleh BN, kerana kita boleh percaya pada mereka bahawa mereka tidak menerima sebarang wang rasuah!
Lim bersaudara mempunyai banyak lesen dan konsesi yang diterima mereka dari Yayasan Sabah yang dipengerusikan oleh Musa Aman (yang juga Ketua Menteri Sabah dan juga Pengerusi UMNO Sabah). Hasil-hasil kajian kami mendapati bahawa syarikat-syarikat Maxland Sdn. Bhd., Cergas Kenari Sdn. Bhd dikendalikan oleh Priceworth Industries Sdn. Bhd. dimana Andrew Lim merupakan ketua mereka. Lim juga merupakan pengawal dan pengendali bagi banyak syarikat pembalakan di Sabah.

Andrew Lim dan saudaranya Freddy Lim juga berada di sebalik agen-agen pembalakan Wayco Enterprise Ltd, yang berpangkalan di Hong Kong dan syarikat Hillywell Inc adalah pembayar berjuta-juta dollar ke dalam akaun-akaun UBS Michael Chia. Pembayaran-pembayaran ini telah ditimbulkan oleh pihak ICAC Hong Kong dalam siasatan-siasatan mereka.

Jika ianya bukan suatu kesalahan dengan berjuta-juta dollar yang didermakan kepada UMNO Sabah (yang dipengerusikan oleh Ketua Menteri Musa Aman) diterima daripada kroni-kroni pembalakan yang telah dianugerahkan lesen-lesen pembalakan dari Lembaga Pengarah yayasan Sabah (yang juga dipengerusikan oleh Ketua Menteri Musa Aman), kenapa pula Perdana Menteri membiarkan Sarawak Report menerbitkan semua ini?
Musa seharusnya mengumumkan mengenai para penyumbang dananya dan dia seharusnya merasa bangga bahawa UMNO Sabah mendapat faedah dari berjuta-juta wang sogokan untuk mendapatkan lesen-lesen pembalakan memusnahkan saki-baki hutan dara dan bahawa mereka gembira mengharapkan ketibaan wang yang cuba diseludup masuk ke Sabah oleh Michael Chia (yang mendapat banyak lesen pembalakan dan mempunyai banyak kereta mewah, telah banyak kali mengakui bahawa dirinya adalah seorang yang buta huruf dalam mahkamah).

Syarikat-syarikat yang dikaitkan dengan kroni pembalakan dari Sarawak, Ting Pek Kiing juga pernah menerima banyak lesen pembalakan dari Yayasan Sabah. Dalam pada itu, syarikat-syarikat lain yang dikaitkan dengan kroni ini juga turut bermurah hati menyumbangkan dana ke dalam akaun-akaun Michael Chia yang menjadi punca kewangan RM40 juta untuk dibawanya kepada Musa dalam tahun 2008.
Simon Ling Ding Dieng adalah sepupu Ting Pek Kiing yang juga rakan niaganya yang turut menerima lesen-lesen pembalakan, dan begitu juga seorang lagi kroni pembalakan yang bernama Ngui Ing Chuan.

Maka, tidak hairanlah bagi Ngui Ing Chuan dan anak Ting Pek Kiing, Peter Ting Sie Huong merupakan pemegang utama saham-saham dalam syarikat Borion yang telah menyumbang dana yang besar ke dalam akaun-akaun Michael Chia, yang kemudiannya dikeluarkan untuk dijadikan dana kepada Pengerusi UMNO Sabah, Musa Aman!
Edmond atau Admond Looh Boon Chai adalah Ketua pengarah Eksekutif dalam Java Industries sehingga 2010 dan merupakan penerima banyak lesen dari Yayasan Sabah menerusi banyak syarikatnya.

Looh juga merupakan pengawal atau pengendali banyak syarikat yang telah menyumbangkan banyak dana ke dalam jaringan syarikat-syarikat yang dikendalikan oleh Michael Chia bagi pihak Musa Aman (sebagaimana yang telah diakui). Pihak SPRM kini mempunyai bukti-bukti banyak pembayaran yang dibuat oleh syarikat-syarikat kendalian Looh, lagi pun Looh juga merupakan penerima banyak lesen pembalakan dari Musa Aman dalam kapasitinya sebagai Pengerusi Yayasan Sabah.

Sebenarnya banyak wang telah dialirkan dari syarikat-syarikat milik Looh ke dalam akaun-akaun Micahel Chia selama beberapa tahun dan semua mahlumat ini ada pada pihak SPRM!
Ini merupakan jawapan pelik Perdana Menteri pada hujung minggu ini:
“Setiap parti politik berhak menerima sumbangan politik,” katanya, katanya, sebagai menambah bahawa sumbangan politik dilakukan dengan cara yang betul.
Perdana Menteri Najib enggan mengulas lebih lanjut punca kewangan itu dan turut menambah bahawa parti pembangkang juga menerima sumbangan dana politik. “Pembangkang juga menerima sumbangan dan mereka tidak mengisytiharkannya,” [New Straits Times]
Pengakuan-pengakuan sedemikian seharusnya diuji di mahkamah.