Pemilik kapal Malaysia telah memberi amaran bahawa ikrar Pakatan Rakyat (PR) untuk memansuhkan dasar kabotaj negara tidak akan menurunkan harga barangan di Malaysia Timur tetapi akan meletakkan kapal pelapik tempatan dan beribu-ribu pekerja krew dari Sabah dan Sarawak hilang pekerjaan.
Persatuan Pemilik Kapal Malaysia (MASA), dalam sebuah kenyataan yang dikirimkan kepada The Malaysian Insider berkata, 60 peratus daripada harga barangan tidak disebabkan daripada bayaran pengangkutan laut, akan tetapi disebabkan oleh pengangkutan jalan darat yang tidak begitu baik di negeri-negeri Malaysia Timur.
Katanya lagi, kos logistik yang tinggi disebabkan oleh kemudahan infrastruktur pengangkutan darat yang lemah, produktiviti pelabuhan dan prestasi yang rendah, caj tersembunyi dan diragui termasuk untung berlebihan oleh pengantara dalam jumlah pengangkutan dan pengedaran.
“Mengapa caj ini tidak diambil kira sekali sebagai kos perkapalan, ia tidak melibatkan MASA. Atau apakah caj ini dijumlahkan sebagai caj perkapalan semata-mata untuk mengukuhkan hujah yang lemah terhadap kabotaj?”
“Bayaran tambang laut hanyalah 40 peratus daripada jumlah kos logistik dari kilang ke pelantar,” kata MASA dalam sebuah kenyataan.
Persatuan itu berkata, perkapalan hanya bertanggungjawab bagi caj tambang lautan dan bukan untuk harga rak barangan.
“Terdapat lapan pengantara dari masa barangan dibawa dari titik asal dan destinasi, dan perkapalan laut hanya salah satu daripada lapan mata pengantara, yang lain adalah seperti pengangkutan keluar, pergudangan, penghantaran barang dan pengendalian pelabuhan dan pengantara sama dalam pergerakan masuk dengan pelantar,”katanya lagi.
PKR berjanji awal minggu ini untuk memansuhkan dasar kabotaj yang mereka dakwa menghendaki barang-barang yang dihantar di dalam negara dengan menggunakan kapal tempatan, dalam usaha untuk menjadikan kereta dan produk-produk lain lebih murah di Sabah dan Sarawak.
Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, polisi itu harus dimansuhkan sepenuhnya kerana tidak memberi apa-apa makna dari segi ekonomi.
Ahli politik dan rakyat Sabah dan Sarawak telah lama menentang dasar kabotaj itu, dengan hujah bahawa ia perlu dilakukan untuk membantu merapatkan jurang ekonomi antara Malaysia Timur dan Semenanjung.
Dasar tahun 1980-an memerlukan semua perpindahan barangan kapal domestik dilakukan dengan menggunakan kapal Malaysia dikatakan telah menyebabkan kos-kos pengangkutan semakin meningkat dan seterusnya menyebabkan kos barangan lebih tinggi di Malaysia Timur.
“Katakanlah kita import barangan dari Hong Kong sebagai contoh, mengapa perlu melalui Pelabuhan Klang? Ini yang saya maksudkan sebagai tidak dapat diterima.
“Ia tidak dapat diterima juga dalam ekonomi, kecuali kepada kepentingan kroni… jadi, sebenarnya anda mengkayakan segelintir orang hasil dan dibayar oleh pengguna di Sabah dan Srawak,” kata Anwar.
MASA juga tidak bersetuju dengan pandangan polisi kabotaj menghalang kapal asing untuk ke pelabuhan di Borneo secara langsung.
“Di bawah polisi kabotaj kerajaan, tidak ada larangan kepada mana-mana kapal asing untuk ke mana-mana pelabuhan di Malaysia termasuk perlabuhan di Sabah untuk memuatkan atau mengosongkan kargo dari mana-mana pelabuhan asing,” kata MASA mengulangi kenyataan oleh menteri pengangkutan semalam, Datuk Seri Kong Cho Ha.
Kumpulan itu menambah bahawa terdapat perkapalan asing yang berurusan terus di Teluk Sepangar (Kota Kinabalu), Tawau, Bintulu dan Kuching, bahkan di beberapa pelabuhan kecil dalam perdagangan serantau.
“Perkapalan asing juga dibenarkan untuk memindahkan barang di Kota Kinabalu, Kuching dan Bintulu di mana mereka dapat menyatukan jumlah ambang yang lebih besar untuk penghantaran ke negara-negara ketiga,” kata MASA.
Persatuan tersebut juga berhujah, adalah tidak benar mengatakan jika kabotaj dimansuhkan, pelanggan tidak lagi perlu membayar kos perkapalan dan barang akan dihantar secara percuma oleh syarikat perkapalan asing.
“Ia hanya tekaan bahawa kadar tambang akan turun jika kabotaj tiada lagi. Tiada siapa boleh memberi jaminan kukuh berapa banyak harga akan turun, jika ia akan turun,” kata MASA.
MASA menambah bahawa isu kabotaj tidak seharusnya dilihat dalam konteks “kami” menentang “mereka” bagi semenanjung Malaysia terhadap Sabah dan Sarawak, sambil menambah MASA melindungi syarikat perkapalan dan ahli mereka dari kedua-dua negeri tersebut.

5 ulasan :
Masa memang mempertahankan sebab itulah keuntungan mereka tapi yang tanggung seluruh rakyat Sabah .! Cakap ribuan rakyat Sabah dan Sarawak kehilangan perkerjaan jika kapal domestik tidak beroprasi.lberapa ramai rakyat Sabah Sarawak berkerja di sini, bukankah lebih ramai pekerja asing seperti Indonesia yang berkerja seperti ini.Lagi pun gaji tak sampai 1000.Kerjaan yang perskutuan memang tidak adil sejak Sabah menyertai Malaysia.
Masa bercakap bahawa kapal asing boleh mengosong kapal mereka di pelabuhan disabah dan serawak,tetapi apa kah barang yang dipungah itu sah disisi undang-undang malaysia,sebagai contoh barang-barang dari Jepun dan china perlu mendapat kelulusan dari pelabuhan klang,ini bermaksud kalau barang itu tidak ada cap keluar dari pelabuhan klang ia di anggap barang seludup atau haram,sebagai contoh sport rim 4x4 ,kalau dibeli dari Jepun harga RM nya 500.00 dan jika kapal asing terus pungah dipelabuhan sabah dan syarikat pengimport terus pasarkan kepada pengguna disabah mungkin harganya sekitar RM 900.00 tapi disebabkan ia harus melalui port klang dan perlu dibawah oleh kapal milik malaysia ke sabah maka harga sport rim yang dijual disabah sekarang sekitar RM 3000.00 hingga RM 4000.00,bukan kah ini membuatkan polisi cabotaj mencekik pengguna kenderaan disabah...ini MASA mana tahu semua ini..memang kita sokong apa yang diutarakan oleh PR dalam buku jingga mereka.
apapun, baik dasar ini dikaji semula dan pastikan ia ada penambaikan.
Selain pengangkutan air, pengangkutan darat juga salah sebab harga barang tinggi..
Polisi kabotaj ini perlu dipertimbangkan semula untuk kebaikan semua
Post a Comment