" Saya tidak akan merajuk dan sabotaj parti" begitu antara kenyataan MP Kota Belud sepenggal ,Datuk Rahman Dahlan apabila diajukan pertanyaan mengenai apa yang akan berlaku kepada diri dan kerjaya politiknya apabila beliau tidak dicalonkan pada PRU 13 yang hanya mengira detik akan berlabuh dari sekarang.
Rahman Dahlan yang sebelum ini sangat kontrovesi atas beberapa skandal politik di Kota Belud, dilihat memikul beban politik sangat berat di Sabah apabila parlimen yang diwakilinya P169 Kota belud dikatakan sebagai 'kawasan' panas apabila beberapa penganalisis politik tempatan termasuk mantan pemimpin UMNO Datuk Lajim Ukin meramalkan P169 bakal menyaksikan perubahan besar selepas PRu 13.
Rahman Dahlan semasa hayat politiknya yang disinonimkan oleh orang ramai dan masyarakat KB sebagai politik Sepenggal sebelum ini menerima kritikan di alam maya dan dunai sebenar atas beberapa isu teramsuk, pembinaan empangan Tambotuan, Skandal tanah Adat di Rampayan, Kes pengagihan peruntukan yang tidak sekata di 3 DUN dalam Parlimen KB, Kes kelewatan pembinaan beberapa buah sekolah rendah dan menengah di KB, serta kes "sukar' ditemui lantaran kesibukan dan sentiasa berada di luar kawasan.
Daripada maklumat yang diperolehi sebelum ini UMNO KB dalam beberapa mesyuarat peringkat Cawangan, ketua-ketua cawangan di kawasan Parlimen turut mengeluh dan membidas Rahman dahlan yang sukar ditemui oleh rakyat, dan sentiasa berada di Kuala Lumpur. Malahan menurut seorang AJK UMNO KB, ketua-ketua cawangan berpendapat, jika Rahman Dahlan sekali lagi diturunkan di KB pada PRU 13, maka kemungkinan sangat besar Parlimen itu bakal digondong oleh pembangkang.
Kenyata Rahman disinarkan oleh Sinarharian:
Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, beliau tidak akan merajuk mahupun mensabotaj parti sekiranya tidak dicalonkan semula untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Menurut Abdul Rahman yang juga Naib Pengerusi Kelab Penyokong-penyokong Kerajaan Barisan Nasional, apa yang penting adalah kesediaan beliau untuk terus berbakti dan berkhidmat kepada masyarakat meskipun tidak bergelar wakil rakyat kelak.
"Saya tidak ada masalah, jadi calon atau tidak jadi calon... itu perkara nombor dua kepada saya. Kalau misalnya saya tidak dipilih menjadi calon nanti, tidak apa, OK," katanya dalam satu wawancara eksklusif bersama Sinar Harian Online.
"Saya kira calon-calon yang berminat termasuk saya sendiri, saya berjanji kalau saya tidak terpilih pun sebagai calon di Kota Belud atau di mana-mana pun, saya berjanji, pertama, saya tidak akan tutup bilik gerakan, saya tidak akan sabotaj, saya tidak akan merajuk.
"Saya tidak akan membubarkan jawatankuasa kempen saya. Saya akan turun ke padang siang dan malam berceramah memastikan kemenangan Umno-Barisan Nasional di Kota Belud. Itu janji saya," kata wakil rakyat penggal pertama ini dengan penuh semangat.
Abdul Rahman menang pada Pilihan Raya Umum 2008 atas tiket BN dan menewaskan calon PKR.
Beliau ditanya pandangannya berhubung pengumuman calon Umno-BN yang akan dibuat lebih awal pada pilihan raya kali ini.
"Saya kira kalau kita sayangkan parti, sayangkan perjuangan, kalau kita betul-betul hendak berjuang dan berkhidmat kepada rakyat, ya... soal calon ini memang penting, semua pemimpin parti mahu menjadi calon. Tetapi kalau tak jadi wakil rakyat, tidak bermakna kita bukan pemimpin.
"Jadi pada saya, sama ada diumumkan calon itu awal atau lambat, kedua-duanya mempunyai kebaikan dan keburukan," jelas beliau lagi yang juga Setiausaha BN Sabah.
Mengulas lanjut, Abdul Rahman berkata, "saya setuju dengan pandangan Khairy Jamaluddin, mungkin ia sesuai untuk keadaan-keadaan tertentu yang mana kita memerlukan masa untuk memperbaiki keadaan jika pengumuman itu dibuat terlalu singkat."
Khairy yang merupakan Ketua Pemuda BN sebelum ini berpendapat jarak masa dua minggu atau selewat-lewatnya sebulan sebelum pilihan raya umum adalah tempoh paling sesuai sekiranya cadangan menamakan calon-calon BN lebih awal mahu dilaksakan.
Ini kerana katanya, bukan setiap kawasan bersedia diumum calon awal disebabkan faktor dalaman dan risiko lain yang perlu ditangani terlebih dahulu.
"Nak umum sekalipun jangan umum enam bulan sebelum pilihan raya. Daripada kita umum dua hari sebelum penamaan calon, BN boleh umum dua minggu atau sebulan, itu paling sesuai," beliau dipetik sebagai berkata.
Pada 26 Oktober lepas, Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, BN berkemungkinan akan menamakan calon PRU13 lebih awal berbanding pilihan raya sebelum ini.

15 ulasan :
saya sangt setuju dengan beliau. "Kalau pun kita bukan wakil rakyat, tak bermaksud kita bukan pemimpin". seharusnya, semua pemimpin-pemimpin harus bersikap sedimikian dan bukannya tak menang parti saja trus pg tukar parti. Tidak ada kesetiaan. Bagaimana kita boleh melakukan perkara yang besar kalau perkara kecil pun kita tak setia?
Teruskan perjuangan Rahman Dahlan! saya percaya ramai yang menyokong beliau terutamanya di Kota Belud.
Rahman tak kisah walaupun dia akan digugurkan, dia akan terus memberi sokongan kepada kepimpinan BN.
sikap rahman ini harus dicontohi.
Kalau tidak tercalon, harus pandai terima kenyataan dan redha dengan keputusan yang telah dibuat di peringkat pucuk pimpinan.
Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mengakui jawatankuasa khas mampu mencegah cubaan sabotaj dan khianat dalam kalangan ahli parti menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Katanya, ia termasuk taktik pemimpin sebelum ini yang melarikan diri ke luar negara untuk mengelak tindakan tidak bermoral dilakukan terhadap parti dikesan.
Bagaimanapun katanya, dengan penubuhan jawatankuasa khas yang akan memantau perkara ini, siasatan dan tindakan segera boleh diambil terhadap pihak tidak bertanggungjawab.
Setiap kali pilihan raya, ramai tidak puas hati tidak menjadi calon dan pergi ke luar negara, tetapi apabila (BN) sudah menang, dia muncul kembali ke depan dan menuntut supaya diberikan jawatan itu dan ini.
Diharapkan semua pihak bersikap matang selari dengan kematangan parti yang sudah bertapak sejak sekian lama.
Katanya, walaupun ramai pemimpin parti tidak tercalon dalam Pilihan Raya Umum ke-12 lalu, masing-masing tunjuk semangat kepartian tinggi dalam membangkitkan kemaraan parti melawan musuh dan mempertahankan negeri.
"Saya tidak menolak jika pengumuman calon lebih awal dibuat dikawasan-kawasan yang tidak bermasalah. Tetapi bagi kawasan yang tegang dalam konteks kepimpinan, ia perlu diberi perhatian, ataupun jangan letak satu nama sahaja. Mungkin boleh letak dua atau tiga nama calon berpotensi.-Datuk Idris Haron
"Kalau kita memahami maksud winnable candidate, ialah dalam keadaan parti yang begitu kritikal, kita letak siapapun, kita akan kembali berkuasa. Mereka yang tak terpilih perlu ingat, menjadi wakil rakyat bukan jalan keluar politik yang paling penting."
Ahli Parlimen Bebas (Kulim Bandar Baru), Zulkifli Noordin berpendapat tindakan mengumumkan calon secara terbuka kepada umum tidak sesuai kerana cara tidak langsung ia seperti mendedahkan rahsia parti.
"Tak perlu umum kepada orang awam, tetapi hanya kepada parti. Ini kerana yang buat kerja ialah parti dan yang nak sabotaj pun orang dalam parti," katanya.
Ini lah nama dia peimimpin yang setia kepada parti, tidak perlu buang parti lama jika tidak di calonkan.
Semangat tinggi seperti ini harus di tunjukkan semua pemimpin Bn.
Post a Comment