Saturday, April 28, 2012







Terima kasih kepada Tan Sri Muhyidin Yassin selaku Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO kerana SUDI melawat Kota Belud  semalam (28.04.2012) setelah daerah itu 19 tahun memberanakkan UMNO. Itulah kali pertama TPM datang, Perdana Menteri Datuk Seri Najib masih lagi tidak berpeluang 'menyaksikan' saki-baki darah Nifas UMNO parti yang beliau menjadi PRESIDEN dan PERDANA MENTERI MALAYSIA. Mungkin lepas PRu 13, atau bila-bila masa dari sekarang PM akan 'terbuka' hati turun ke Kota Belud untuk berkempen menjelang PRU 13.

Dalam lawatan ini, kawasan Kadamaian mendapat durian runtuh apabila beberapa peruntukkan yang diumumkan oleh TPM seperti peruntukan Jalanraya di kawasan tersebut dengan kos sebanyak 40 juta, membaikpulih beberapa buah sekolah yang menelan peruntukan sebanyak 5 juta, termasuk membaiki pulih SMK Narinang yang mendapat peruntukan RM 500 ribu serta masjid Kg.Pengkalan Abai yang juga turut memperolehi peruntukan yang sama.

Bagi pemerhati politik di Kota Belud, lawatan TPM ke kawasan Kadamaian memperlihatkan percaturan politik Ahli Parlimen Datuk Rahman Dahlan . Ini kerana sebelum ini, beberapa blogger di Kota Belud telah melahirkan kebimbangan apabila Rahman Dahlan dilihat lebih cenderung membahagikan peruntukkan parlimen di kawasan Kadamaian (KDM). Walaupun mendapat krtikan daripada beberapa pemimpin UMNO Bahagian Kota Belud,namun Datuk Rahman tetap menafikannya.

Kawasan Usukan dan Tempasuk hanya mengiggit jari, kerana selain daripada Masjid Pengkalan Abai , kawasan Usukan langsung tidak mendapat perhatian. Sikap suka menyembunyikan masalah rakyat menyebabkan kelewatan Sk Tamau, dan tanah adat di kawasan Tempasuk cuba ditutup. 

Pasar besar Kota Belud yang sebelum ini menjadi isu pembangkang kerana masalah najis burung dan keadaan yang kotor, mendapat perhatian pemimpin apabila secara 'kilat; bangunan pasar besar itu dicat untuk dipersembahkan kepada TPM. Alahai!!!!


















Saya tidak pasti sama ada kehadiran lautan manusia pada Perhimpunan Bersih 3.0 di padang Bandaran Kota Kinabalu tengahari tadi akan menjadi ukuran kepada kesedaran rakyat tentang kepincangan sistem Pilihanreaya di negera ini. Sedangkan pada waktu yang sama TPM, Tan Sri Muhyiddin Yassin sedang mengadakan lawatan rasmi dua hari ke Sabah.Beliau yang mengadakan lawatan di Ranau dan Kota belud terpaksa menghadapi gelagat  Rakyat yang berkumpul dan berhimpunan menyatakan protes tentang pengendalian Pilihanraya oleh SPR di negara ini.Gambar dibawah adalah gambaran keadaan sebenar.

















Thursday, April 26, 2012



Setiausaha PKR Datuk Saifuddin Nasution mendedahkan bahawa Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz dan timbalannya Mohd Yusof dan datuk Wira Ahmad Omar adalah ahli berdaftar UMNO. Dalam satu kenyataannya ,mempersoalkan bagaimana rakyat boleh mempercayai SPR sedangkan pengerusinya adalah ahli parti yang bertanding. 

Pendedahan ini sungguh memeranjatkan kerana, jika benar maka sewajarnya rakyat sangsi dengan ketelusan SPR sebagai badan bebas yang mengendalikan Pilihanraya di negara ini terutama PRU 13 yang dianggap ibu segala pilihanraya.

Pendedahan itu disiarkan oleh Sinar harian:

PETALING JAYA - Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz dan timbalannya, Mohd Yusof dan Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar dicabar untuk menafikan mereka bukan ahli Umno bagi membuktikan benar-benar berkecuali. Pakatan Rakyat (PR) membangkitkan perkara ini ketika desas-desus menyebut Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan diadakan dalam waktu terdekat sementara membangkitkan ketelusan SPR dalam mengendalikan pilihan raya. Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, pada dasarnya mana-mana ahli panel SPR sepatutnya tidak menganggotai parti politik supaya mereka kelihatan berkecuali dan dapat bertindak tanpa condong kepada mana-mana pihak.



Sehubungan itu kata Saifuddin, beliau mempunyai bukti kukuh mengenai keanggotaan mereka dalam Umno - parti teras Barisan Nasional (BN).

“Saya tahu Aziz ahli Umno, cawangan mana, nombor ahli Umno. Satu-satu SPR di dunia, ketua dan timbalannya secara rasmi menjadi ahli politik yang bertanding dalam pili­han raya.

“Mereka patut lepaslah (keahlian dalam Umno), jangan ada sekelumit prejudis dan prasangka bahawa SPR ini berpihak kepada mana-mana parti politik,” katanya. 

“Saya juga ada maklumat di mana cawangan mana Tan Sri Aziz dan timbalannya (Wan Ahmad) menjadi ahli (Umno),” kata beliau dalam satu temu bual eksklusif dengan Sinar Harian di pejabatnya, semalam.

“Saya minta, esok, mereka menafikan yang mereka bukan ahli Umno. Jika tidak, saya akan dedahkan di cawangan mana mereka menjadi ahli Umno,” katanya lagi.

Saifuddin berkata, kedua-dua Abdul Aziz dan Wan Ahmad seharusnya telah meletakkan jawatan dalam parti sebaik sahaja dilantik ke jawatan penting agensi pengendali pilihan raya itu.

“Kalau ya pun, hati kecil biarlah dapat bersuara... dalam menguruskan SPR, pihak berkepentingan adalah rakyat,” katanya.

Dalam hal ini, katanya, beliau menghormati pendirian Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang melepaskan jawatan dalam parti sebagai Ketua Umno Bahagian Kota Marudu , apabila dilantik ke jawatan itu.

Kata Saifuddin, Pandikar sendiri ada memaklumkan perkara itu kepadanya dan sewajarnya Abdul Aziz dan Wan Ahmad mengikut jejak langkah Speaker Dewan Rakyat.

“Itu (jawatan Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR) bukan jawatan politik, Agong yang lantik, mereka masih ahli Umno yang sah, saya minta mereka menafikan perkara tersebut,” katanya.

Pandikar dilantik sebagai Speaker Dewan Rakyat empat tahun lalu.

Abdul Aziz menjadi Pengerusi SPR pada Januari 2009 manakala Wan Ahmad pula kira-kira setahun sebelum Pilihan Raya Umum 2008.

Wednesday, April 25, 2012



Isu Yayasan Sabah memortong bajet pendidikan sebanyak 40 juta yang dipostkan oleh sdr Musli Oli dalam wall fcbnya mendapat perhatian dari segenap lapisan masyarakat. Apa tidaknya Yayasan Sabah adalah satu-satunya YAYASAN yang dimiliki sepenuhnya oleh Rakyat Sabah. Pelbagai program yang dirancang melibatkan ekonomi , sosial dan pendidikan dikendalikan oleh Yayasan ini sejak ditubuhkan lebih 3 dekad itu.

Pendedahan Musli Oli yang di dakwanya diperolehi daripada pegawai kanan di Yayasan sabah itu disangkal sepenuhnya oleh Bahi Wata Mulia selaku pegawai di Yayasan Sabah. Dalam beberapa ulasan di wall Musli Oli, Bahi wata menyifatkan dakwaan itu tidak logik, dusta dan santa mengelirukan. dengan bantuan beberapa data , Bahi Wata memberikan penjelasan seperti berikut :


( ISU MUSLI OLI )Saya dpt maklumat, Yayasan Sabah telah potong bajet sebanyak RM40 juta yg disediakan utk pendidikan menengah rendah di Sabah..arahan itu dari KM Sabah. Maklumat itu seterusnya mendakwa wang utk rakyat itu kini digunakan utk memperbaiki dan menaikkan imej pemimpin2 BN Sabah menghadapi PRU akan datang.. ..


ULASAN BAHI WATA:



Program Biasiswa Menengah antaranya ialah penghantaran pelajar ke sekolah2 terpilih seperti SBP/Integrasi di Semenanjung/MRSM/dll.Ditaja dari ting. 1-5. Kalaupun 100 org x 5,000 = 500,000.00. Biasiswa Harian/Asrama dalam 300-500 setahun. Kalaupun 10,000 X 500 = 5 juta. Perbelanjaan untuk Biasiswa Menengah 10juta pun tak pernah sampai kerana ramai pelajar kita yg tidak mahu dihantar ke semenanjung Malaysia. Kalu dimasukkan di sini program YS sedepapun tak cukup. 


Bro, sy yg menyediakan bajet untuk program ini, tidak ada yg disembunyikan dalam perkara ini. Setiap tahun kita peruntukan 50 org pelajar dihantar ke SM pun tidak pernah penuh, budak kita tidak mahu belajar jauh. Untuk Biasiswa Asrama/Harian sejak tahun 2005 telah diserahkan ke semua pejabat Zon Yayasan Sabah. Mereka yg menyediakan bajet... Semasa program ini dibawah jagaan sy, peruntukan tidak pernah sampai puluhan juta. Paling banyakpun hanya 2 juta. Ini kerana YS hanya membantu Biasiswa Kecil Persekutuan. Mana pelajar yg tidak dapat barulah YS bagi. 

Bro. peruntukan untuk pelajar lama memang tak pernah dipotong sebab itu sudah kometmen, biasanya tajaan baru yg adakalanya berubah2..tetapi tidak ada kewajarannya untuk program menengah sehingga 40juta. Sejak menyediakan bajet pinjaman(1994-2002)Biasiswa(2003-2012) tidak pernah Program Menengah mencecah 40juta. Sejak Program ini diperkenalkan tahun 1967 sejumlah 25 juta sahaja yg digunakan. So, barangkali org yg memberi maklumat itu tidak puas hati dgn pengurusan YS sehingga sanggup memberikan maklumat yg Tidak masuk akal sama sekali. 

adakalanya maklumat2 begini disupply oleh mereka yg tidak bertanggungjawab, akhirnya akan menjadi fitnah... Bukan sahaja jumlah itu sgt luar biasa tetapi juga kononya digunakan untuk menaikan imej pemimpin Negeri Sabah. Sy rasa Datuk Musa tidaklah sekejam itu, kerana kalau dipotong peruntukan untuk pelajar lama, akibatnya budak2 akan mengamok/ibubapa tidak akan berdiam diri, impaknya kepda Ketua Menteri dan kerajaannya juga. 

Untuk makluman - Program Biasiswa Yayasan Sabah ada 2 : A.Program Pendidikan Menengah dan B. Program Pengajian Tinggi. 
A. Program Pendidikan Menengah :-
1. Biasiswa Sek.Men.Semenanjung Malaysia
2. Biasiswa Pertukaran Pelajar Sabah/Sarawak
3. Biasiswa Perpindahan Pelajar Luar Bandar Ke Bandar
4. Biasiswa MRSM Kuching, Sarawak
5. Biasiswa Perajurit
6. Biasiswa Asrama/Harian
7. Dermasiswa Sek.Men.Semenanjung Malaysia
8. Bantuan Peperiksaan PMR/SPM/STPM - Tiada peruntukan sejak kerajaan mansuhkan bayaran 

Bantuan asrama luar bandar/Asrama Desa memang ada, tetapi program ini dilatakkan di bawah Zon2 Yayasan Sabah. Sebahagian dari asrama desa sdh diserahakan kpd Jabatan Pelajaran. sy difahamkan hanya tinggal beberapa buah saja sekarang ini....walau bagaimanapun, peruntukan tidaklah sampai beratus ribu setahun kerana asrama desa bukannya besar sangat dan pelajar pun tidaklah ramai sangat. 

Tidak dinafikan bahawa peruntukan memang adakalanya dikurangkan, adakalanya pula bertambah....tetapi ini perkara biasa bagi mana2 jabatan sekalipun, apatah lagi pada ketika ekonomi melesit mestilah sana sini dikurangkan. Di negara2 maju sekalipun ini sdh menjadi kelaziman. Di USA misalnya, ada ketikanya, pembelajaran pelajar2 kita terganggu/tergendala bilamana secara tiba2 mereka tidak menerima pelajar kita masuk disebabkan oleh peruntukan ke atas universiti berkenaan dipotong oleh kerajaan sehingga hampir lumpuh dan gagal beroperasi. Pada hemat sy, perkara ini adalah masalah sejagat yg dihadapi oleh mana2 negara apatah lagi Yayasan Sabah. 


Kesimpulannya, dalam kes bajet 40juta dipotong untuk Program Biasiswa Menengah, Yayasan Sabah atas arahan Ketua Menteri dan digunakan untuk memperbaiki dan menaikkan imej pemimpin2 BN di Sabah saya nafikan sekeras2nya dan merupakan DUSTA yg sgt nyata.

Tuesday, April 24, 2012





MP Kota Belud,Datuk Rahman Dahlan dijangka akan menghadiri satu program "WACANA ASPIRASI 'Y', di Restoran Pencarian Bersama di Kota Belud pada 3 mei ini Jam 8 malam. Sasaran utama program bersama MP KOta Belud ini difahamkan ialah golongan anak-anak muda 'atas pagar' yang belum 'sempurna' sokongan mereka kepada BN dan UMNO.

Antara isu yang dilaporkan akan dikupas secara santai oleh MP KOta Belud iniialah isu 20 perkara, isu Royalti minyak kepadaSabah dan isu Autonomi. Isu-isu ini adalah antara isu besar yang ditawarkan oleh Ketua Pembangkang kepada Sabah jika Pakatan Rakyat berjaya menawan Putrajaya pada PRU 13 ini.

Sebelum ini, setiausaha BN Sabah itu merupakan pemimpin politik paling lantang di Sabah mengkritik dan mempersoalkan keikhlasan Anwar Ibrahim menawarkan janji-janji kepada Sabah. Dalam media sosial, Rahman Dahlan bukan sahaja mendapat kritikan pedas daripada Musli OLi seorang aktivitis sosial dan penulis politik mengenai isu membabitkan 20 perkara ini, tetapi juga Rahman Dahlan turut mempersoalkan perkara yang sama ketiuka dalam beberapa siri perdebatan dan perbincangan sama ada di siarkan secara langsung di TV1 ataupun dalam internt. Bicara Rakyat, Wacana Sinar Harian dan banyak lagi adalah antara program di mana Rahman Dahlan 'menghentam' pembangkang.

Apakah program Wacana Aspirasi Y ini adalah ekoran daripada rasa takut dengan kehadiran Anwar di Kota Belud? atau adakah ia cuba menyeimbangi program Penerangan parti PKR yang dikelolakan oleh Musli Oli di Kota Belud yang dilaporkan mendapat sambutan menggalakkan dari kalangan generasi Y di Daerah itu?




Iklan Berkaitan:


"WACANA ASPIRASI "Y" BERSAMA MPKOTABELUD SESI 1. Berbicara, Mengupas, Memahami dan Bertanya tentang isu-isu semasa berkaitan dengan isu 1. Perkara 20. 2. Royalti minyak. 3. Autonomi. 


Anak-anak muda Belia Kota Belud yang ingin mengetahui dengan lebih jelas lagi tentang isu2 tersebut adalah dijemput untuk datang pada tarikh 3 Mei 2012(Khamis) bertempat di mini dewan Restoren Pencarian Bersama pada jam 8 malam. Penyertaan bagi sesi pertama ini terbuka kepada 100 orang yang terawal. Majlis penerangan ini terbuka kepada anak2 muda (Lelaki/Perempuan) tanpa mengira fahaman politik dan malah Persatuan NGO belia adalah dialu-alukan. Kepada yang berminat bolehlah menghantar Nama,No.Telefon dan Alamat ke email ezamahmad@ymail.com atau sms ke 013-8044969(Hizam Ahmad)


Pembongkaran RM 1.4 juta milik peribadi pelakon Zahida Rafik yang dikaitkan dengan Menteri Kemajuan Luar bandar dan Wilayah oleh pihak-pihak tertentu terutamanya Zuraida kamarudin MP Ampang, menimbulkan kegusaran di hati setiap rakyat di negara ini. Bagaimana boleh akaun peribadi dalam Bank yang diakui sulit boleh diketahui oleh orang lain. seolah-olah memberi makna, tidak ada perkataan SULIT dalam sistem perbankan di negara ini.Maklumat peribadi boleh diakses oleh sesiapa sahaja tanpa ada perlindungan.

Walaupun ada akta yang memperuntukkan supaya maklumat peribadi pengguna dirahsiakan dan dilindungi namun ia tidak mencukupi. Bukan sahaja maklumat perbankan boleh dicerobohi, malahan juga maklumat telekomunikasi juga boleh didapati sewenang-wenangnya. Tidak HAIRAN jika anda mennerima panggilan dari orang yang tidak dikenali tetapi mengetahui nama dan nombor telephone anda! Pelik tapi benar itulah yang berlaku di negara ini.

Sebab itulah tidak mengejutkan jika akaun milik  Zahida boleh diketahui. Tapi yang menghairankan ialah mengapa pihak Bank yang tidak disalahkan, sebaliknya Zuraida pula yang mahu disaman?

lihat kenyataan rasmi zahida mengenai perkara ini :

Assalamualaikum Warrahmatulallhi Wabarakatuh.

1. Pada Rabu 18hb April 2012, Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin telah mendedahkan satu dakwaan bahawa seorang menteri telah memberi wang sebanyak RM 1.4 Juta kepada saya selama 4 bulan (Oktober, November, Disember dan Januari). Ia adalah susulan daripada kes pemandu peribadi saya yang melarikan wang saya sebanyak RM 200 Ribu.

2. Untuk pengetahuan umum, saya melakukan perniagaan penjualaan kereta import bersama abang ipar saya serta perniagaan arang batu di Kalimantan, Indonesia bersama abang angkat saya. Semua penyata akaun serta wang yang dimaksudkan oleh Ahli Parlimen Ampang adalah benar tetapi ia adalah hasil titik peluh saya sendiri dalam perniagaan yang diceburi dan ianya tiada kaitan dengan seorang MENTERI yang dikaitkan oleh YB. Zuraida Kamaruddin kepada umum.

3. Saya mempunyai pelbagai rangkaian perniagaan yang diceburi setelah tidak lagi aktif dalam bidang lakonan kerana bagi saya perniagaan sendiri lebih menguntungkan untuk hidup yang lebih sempurna. Ini adalah satu tanggapan yang serong terhadap saya dan keluarga kerana pertuduhan ini dapat menjejaskan karier perniagaan saya serta kehidupan seharian saya sebagai rakyat Malaysia.

4. Mengikut undang-undang Malaysia, akta BAFIA 1989, mana-mana individu, syarikat atau juga badan kerajaan mahupun bukan termasuklah institusi kewangan (bank), dilarang sama sekali untuk mendedahkan mana-mana akaun peribadi, syarikat atau mana-mana badan badan kerajaan mahupun bukan kerajaan kepada UMUM dan SEKIRANYA ini terjadi, maka si PELAKU boleh dikenakan tindakan mahkamah.

Mengikut akta tersebut juga, akaun kewangan seperti ini hanya boleh didedahkan dengan perintah HAKIM.

5. Maka dengan ini, saya mengambil keputusan untuk mendakwa Ahli Parlimen Ampang di mahkamah kerana mendedahkan akaun peribadi saya serta menfitnah saya berhubungan sulit dengan seorang MENTERI yang dikaitan bagi membersihkan nama baik saya serta keluarga saya.

Sekian, terima kasih.
Wassalam.



Zahida Rafik
20hb April 2012.
(novandri.blogspot)

Perhimpunan BERSIH 3.0 yang dirancang diadakan di dataran merdeka pada 28hb  ini juga diadakan diseluruh negara. Di Sabah perhimpunan BERSIH 3.0 ini dilaporkan akan menjadi Padang Merdeka di kota Kinabalu sebagai tempat berhimpun menyatakan beberapa tuntuan mengenai pengendalian Pilihanraya oleh SPR.

Setakat ini di semenanjung, pemimpin-pemimpin politik pembangkang telahpun ,menyatakan kesediaan menjunjung Perhimpunan BERSIH 3.0. Tuan Guru Nik Aziz dilaporkan menyeru penganut politik PAS untuk turut 'meramaikan' perhimpunan tersebut. PKR,DAP tidak ketinggalan akan bersama-sama Datuk Ambiga dan sasterawan negara A. Samad Said atau lebih mesra dipanggil Pak Samad itu.

Manakala beberapa opemimpin UMNO di Sabah mula gusar tentanf perkembangan Perhimpunan BERSIH 3.0 ini. UMNO  Penampang adalah antara yang mengelurkan rahan supaya orang ramai ,menjauhi Perhimpunan BERSIH 3.0 ini nanti.

Sebelum ini perhimpunan Bantah yang dianjurkan oleh beberapa NGO membantah isu pengambilan Tanah Adat di sabah mendapat sambutan. Walaupun tidak mendapat liputan media arus perdana tetapi di laman-laman blog dan fcb, jelas menunjukkan bahawa semacam ada kebangkitan untuk mempertahankan hak di kalangan rakya di negeri ini.

Parti USNO ( Belum didaftrakan) dalam fcb sudah menyatakan kesediaan mereka untuk turut serta pada perhimpunan BERSIH 3.0 kali ini. Apakah STAR dan gabungannya serta SAPP dan pemimpin PR di sabah akan turun ke padang Merdeka Sabtu ini?

nilailah dan perhitungilah kerasionalan Perhimpunan BERSIH 3.0 ini. Sama ada Waras atau tidak, jawapannya ada pada anda

Monday, April 23, 2012



Pembantu menteri pertanian dan asas tani, Datuk Musbah Jamli adalah antara pemimpin politik di Kota Belud yang disifatkan oleh ramai pemerhati politik di daerah itu sebagai 'pemimpin berjiwa rakyat'. ADUN TEMPASUK itu yang juga mantan Ketua UMNO KB adalah pemimpin yang kerap turun padang dan juga senang didekati oleh segenap lapisan masyarakat. 

Sebelum ini dalam beberapa artikel yang dimuatkan dalam blog kelapamawar ini, juga mengutarakan betapa Datuk Musbah mempunyai kelebihan yang tidak dimiliki oleh pemimpin lain di Kota belud iaitu 'kerap' menghadiri upacara perkahwinan dan kematian di pelusuk Kota Belud terutama di kawasan Tempasuk. Malah ramai yang bersetuju dengan kelapamawar, sikap dan pendekatan Datuk Musbah ini meletakkan beliau antara pemimpin yang memahami kehendak dan denyut nadi rakyat bawahan.

Terbaru pada 21.04. 2012 yang lepas, Datuk Musbah memperuntukkan masa  antara 3-4 Jam dengan menyertai gotong royong membersihkan Kuburan Batu gadung di Kampung Tamau.Gotong-royong bersama penduduk setempat itu turut di hadiri oleh AJK UMNO Kota Belud yang juga mantan Pegawai Esekutif Majlis daerah, Sdr Roslan Hj. Manshor, ketua kampung, Pengerusi JKKK, Pengerusi PIBG Sk Tamau, dan beberapa pemimpin setempat.

Atas usaha dan keperhatinan Datuk Musbah sebelum ini juga, masyarakat kampung Tamau akan  'memperolehi' sebuah masjid baru yang dikatakan menelan perbelanjaan antara RM 500 ribu- RM 650 ribu ringgit. pembinaan Masjid yang dilihat oleh kebanyakkan pemimpin masyarakat di kawasan itu sebagai 'menyatukan' dan menguatkan perpaduan di kalangan masyarakat Iranun sekitarnya itu sedang dalam pembinaan berdekatan dengan tapak asal Masjid lama.

Dalam beberapa kenyataan Datuk Musbah sebelum ini, mengharapkan apabila siapnya Masjid berkenaan, masyarakat kampung Tamau akan memperolehi kemudahan beribadat denbgan lebih selesa.


kekalutan skandal Shafie Apdal dengan artis Zahida Rafik telah membawa kepada pelbagai spekulasi dan penafian dari kedua-dua pihak. Zahida dalam laman twitternya menafikan hubungan intim berkenaan. Datuk Shafie Apdal pula dalam satu kenyataannya juga menafikan isu skandal tersebut serta bersedia untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas mereka yang menyebarluaskan isu berkenaan. 

Bagi individu yang bertanggungjawab mmebongkar kes atau skandal ini iaitu MP Ampang Zuraida Kamaruddin pul bersedia untuk disaman berhubung kenyataannya yang mengaitkan seorang pelakon wanita(Zahida Rafik ) dengan menteri kabinet (Shafie Apdal )yang dibuat minggu lepas.

“Kita bersedia dengan segala tindakan yang akan diambil. Kalau dia nak saman maka kita bersedia,” kata Zuraida ketika dihubungi TVSelangor di sini hari ini.

Zuraida yang juga Ketua Wanita PKR berkata demikian bagi mengulas reaksi pelakon, Zahida Rafik, yang menafikan dakwaan yang beliau terlibat di dalam hubungan dengan Menteri Kemajuan Luar Bandar, Datuk Seri Shafie Apdal.

Zahida di dalam kenyataan yang dimuatnaik ke dalam laman web sosial twitter, menafikan dakwaan itu dan menyerahkannya kepada peguamnya untuk tindakan selanjutnya.

Menurut Zuraida, pendedahan perkara itu dibuat atas dasar ingin membantu pemandu peribadi Zahida yang dipercayai menjadi mangsa di dalam kes tersebut.

Katanya, pihaknya juga mahu menteri yang dikaitkan dengan kes itu untuk memberi penjelasan.

“Kita buat pendedahan ini atas dasar membantu pemandu pribadinya mendapat pembelaan sewajarnya. Ia adalah berdasarkan segala dokumen dan bukti yang dimilik.”

Zuraida berkata, beliau telah menjangka bahawa Zahida akan menafikan perkara itu.

Di dalam sidang media pada Apr 18 Zuraida mendedahkan satu laporan polis yang kononnya dibuat oleh bekas pemandu peribadi Zahida, Mohd Azuan Abdullah.

Di dalam laporan itu, Mohd Azuan mendakwa Zahida mengkhianatinya dengan membuat laporan palsu kononnya dia telah melarikan wang sejumlah RM200,000.

Mohd Azuan mendakwa Shafie telah mengarahnya supaya menjadi pemandu peribadi kepada Zahida dan menjadi perantara antara pelakon itu dan Shafie.

Beliau menyatakan telah berkhidmat selama tiga tahun dan meletak jawatan pada 29 Februari lalu kerana tidak tahan dengan tekanan tinggi akibat jawatan itu.

Zahida menafikan dakwaan Mohd Azuan apabila menulis di dalam laman Twitternya, pada 19 dan 20 April lalu.

Beliau menulis:

“Wow!!! Besnya if tis story is tru!! Kesian my x driver tu, sanggup buat cite palsu semata2 utk buat duit!! May allah bless him!

(Wow, besnya kalau cerita ini benar. Saya berasa kesian pada bekas pemandu saya itu kerana sanggup buat cerita palsu semata-mata untuk buat duit. Moga Allah Merahmatinya!)

Zahida berkata beliau tidak berdiam diri dan sudah melantik peguam untuk menyelesaikan isu ini.

Akhirnya Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Shafie Apdal menafikan sekeras-kerasnya berita yang mengaitkan beliau dengan artis seksi Zahida Rafik . Dalam satu kenyataan , Datuk Sahfie Apdal berkata bahawa ia adalah berunsur politik dan berniat jahat. Beliau juga bersedia mengambil tindakan mahkamah kepada mereka yang melontarkan fitnah berkenaan.

“Dengan ini, saya ingin menyatakan bahawa semua yang tertera di dalam laporan polis berkenaan adalah TIDAK BENAR sama sekali dan kenyataan-kenyataan iringan oleh individu yang menyebarluaskan salinan laporan polis berkenaan adalah BERNIAT JAHAT dan BERUNSUR POLITIK semata-mata. 

“Sehubungan dengan itu, saya bersedia mengambil tindakan undang-undang terhadap sesiapa saja yang terus-terusan memfitnah saya dan mengaitkan saya dengan perkara ini. 



KUALA LUMPUR – Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Shafie Afdal menafikan sekeras-kerasnya dakwaan bekas pemandu, Noor Azman Azemi, yang mengaitkan beliau dengan pembayaran wang dalam jumlah yang besar kepada seorang artis wanita, Zahida Rafik.

Menurut kenyataan bertulis yang kami terima sebentar tadi, Shafie menjelaskan bahawa segala yang tertulis di dalam laporan polis yang dibuat oleh Noor Azman adalah tidak benar sama sekali. 

Beliau yang juga Naib Presiden UMNO turut menyifatkan tindakan segelintir pihak yang menyebarkan laporan polis tersebut sebagai berniat jahat yang bermotifkan kepentingan politik pihak tertentu.

Shafie turut menegaskan bahawa beliau tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang berterusan memfitnah dan mengaitkan namanya dengan isu tersebut.

Zahida sebelum ini membuat laporan polis terhadap Noor Azman yang dikatakan telah melarikan sejumlah RM200,000 wang syarikatnya setelah meminta pemandunya itu memasukkan wang tersebut di dalam akaun syarikat perniagaan milik keluarganya.

Noor Azman yang “hilang” sebelum ini muncul dengan membuat laporan polis mendakwa bahawa seorang menteri kabinet menyerahkan wang sejumlah RM1.5 juta kepada seorang artis wanita yang dipercayai bekas majikannya, Zahida.

Spekulasi itu terus meruncing apabila beberapa pemimpin parti politik pembangkang membuat sidang akhbar menyebarkan dakwaan tersebut dengan mengaitkan nama Shafie sebagai menteri terbabit yang memberikan wang beberapa kali kepada Zahida dalam jumlah yang besar.

Berikut adalah kenyataan penuh Shafie yang diterima hari ini;

“Saya mengikuti dengan rapat beberapa laporan di dalam media dan blog-blog tempatan yang telah mengaitkan nama saya dengan satu laporan polis oleh seorang yang bernama Noor Azman bin Azemi (No. K/P: 740214146237) No report AMPANG/007017/12 yang bertarikh 13 Mac 2012 yang mendakwa bekerja sebagai pemandu di bawah saya, dan mengaitkan saya dengan pembayaran wang yang sebegitu banyak kepada seorang artis bernama Zahida Binti Mohamed Rafik,” katanya.

“Dengan ini, saya ingin menyatakan bahawa semua yang tertera di dalam laporan polis berkenaan adalah TIDAK BENAR sama sekali dan kenyataan-kenyataan iringan oleh individu yang menyebarluaskan salinan laporan polis berkenaan adalah BERNIAT JAHAT dan BERUNSUR POLITIK semata-mata. 

“Sehubungan dengan itu, saya bersedia mengambil tindakan undang-undang terhadap sesiapa saja yang terus-terusan memfitnah saya dan mengaitkan saya dengan perkara ini. 

Sekian, terima kasih. 

Dato’ Seri Mohd Shafie Afdal – Putrajaya, 23 April 2012.”


Artikel ini cuba menyingkap perihal strategi parti pembangkang SAPP dan STAR di bumi Sabah pada PRU 13. Kedua-dua parti ini mempunyai 'based power' yang boleh dimanfaatkan oleh pembangkang, tetapi kerana hala tuju kedua parti ini macam 'mencurigakan' terutama dari segi keikhlasan, maka ada logiknya jika kedua parti ini memberi laluan kepada PR supaya situasi 'satu lawan satu' menjadi kenyataan.

Baca artikel ini:

Walaupun Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah menyatakan kesediaan untuk memberi laluan kepada SAPP-Star untuk bertanding di kerusi yang sebelum ini ditandingi KEADILAN di negeri itu, namun kedua-dua parti itu jelas tidak menghormati Ketua Pembangkang itu.

Terbaru, bekas anggota KEADILAN yang berpaling tadah dan terkenal dengan sikap melompat parti dengan kini menjadi Pengerusi Star Sabah, Datuk Dr Jeffrey Kitingan membayangkan partinya akan bertanding di 60 kerusi DUN di negeri itu.

Bukan setakat itu, Jeffrey juga menunjukan keegoannya apabila menegaskan akan bertanding di ke semua 25 kerusi Parlimen di negeri itu.

Suatu hakikat yang pasti, bukan mudah untuk sebuah parti baru bertanding di ke semua kawasan kerana ia memerlukan perbelanjaan besar.

Melainkanlah Jeffrey mendapat 'bantuan' daripada abangnya, Datuk Seri Pairin Kitingan.Pairin ialah Timbalan Ketua Menteri Sabah dan Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS-BN), sekutu kedua terbesar BN di negeri itu.

Jeffrey sebelum ini merupakan anggota PBS sebelum meninggalkan parti itu untuk menyertai Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), sebuah parti serpihan PBS.

Ada yang melihat penyertaan Jeffrey ke PBRS untuk menggabungkan kedua-dua parti itu untuk memperkukuhkan kedudukan abangnya dalam PBS.

Dalam PBRS, Jeffrey pernah cuba merampas jawatan Presiden, selepas gagal, dia merajuk dan keluar parti dan cuba menyertai Umno.

Selepas Umno menolaknya, barulah Jeffrey menyertai KEADILAN selepas melihat kerjaya politiknya kian suram dengan beliau turut kalah pada PRU 2004.

Dalam KEADILAN, bukan lagi rahsia apabila Jeffrey turut bertelagah hampir ke semua bekas Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri (MPN) termasuk pimpinan KEADILAN Pusat, Saifuddin Nasution Ismail, Azmin Ali, Fuziah Salleh yang dihantar sendiri ke Sabah oleh Anwar.Jeffrey hanya diam seketika semasa Anwar memangku jawatan MPN Sabah.

Ada cakap-cakap politik di internet dan dalam kalangan pimpinan Pakatan Rakyat Sabah bahawa Jeffrey juga sengaja bertanding di Parlimen Keningau pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu bagi mengelakan kawasan itu dirampas Pakatan Rakyat.

Sekurang-kurangnya jika abangnya kalah di situ, kawasan itu masih diwakili beliau dan sebab itu juga mengapa DAP Sabah beriya-iya meletak calon di kerusi itu kerana sudah menghidu taktik Jeffrey.

Sesuatu yang tidak dapat dilupakan juga ialah semasa Majlis Makan Malam Tahun Baru Cina, anjuran KEADILAN Kota Kinabalu sebelum ini, Jeffrey turut hadir dalam program dengan Anwar juga menunjukan komitmen untuk bekerjasama dengan semua parti pembangkang Sabah termasuk Star.Malangnya, tidak lama selepas majlis itu berakhir, muncul berita anggota KEADILAN 'dicuri' oleh Star dalam Cabang Kota Belud.

Kota Belud antara Cabang KEADILAN yang kian aktif dengan kerjasama erat parti itu bersama PAS di situ.

Malah, Parlimen Kota Belud yang diwakili Datuk Abdul Rahman Dahlan adalah antara kerusi yang disasar Pakatan Rakyat untuk menang kerana ada banyak 'bukti menarik' untuk menumbangkan calon Umno itu.

Adalah sesuatu yang malang, Star enggan bekerjasama dengan Pakatan Rakyat dalam keadaan Pilihan Raya Umum kian hampir.Kecualilah Star memang dibentuk dengan sengaja untuk memecah belahkan pembangkang di negeri itu.

Kita jangan lupa, pada PRU lalu, Jeffrey antara yang terlibat dengan perbincangan kerusi dengan pembangkang di Sabah.

Namun, beliau gagal yang menyaksikan Umno BN menang mudah dengan menang 59 daripada 60 kerusi DUN dan 24 daripada 25 kerusi Parlimen.

Antara sebabnya kerana parti pembangkang di Sabah bertembung sesama sendiri termasuk yang menyaksikan 8 penjuru dalam sesebuah kawasan dan yang tertinggi di seluruh negara.

Pada PRU lalu, 12 kerusi DUN atau satu pertiga daripadanya dimenangi oleh BN dengan majoriti tipis.

Malah kesemua 12 kerusi DUN itu jika menyaksikan satu lawan satu, jumlah undi rakyat terhadap parti-parti pembangkang melebihi jumlah undi yang dimenangi Umno BN.

Star berasal dari Sarawak yang diasaskan oleh Dr Patau Rubis dan kini dikembangkan Dr Jeffrey ke Sabah.Bagi SAPP pula, parti pimpinan Yong Teck Lee ini juga pernah mensasarkan mahu bertanding lebih 45 daripada 60 kerusi DUN dengan bakinya terserah kepada KEADILAN, PAS dan DAP.

Walaupun SAPP juga pernah menunjukan komitmen untuk bersama Pakatan Rakyat, namun kita jangan lupa SAPP juga bertanding disaat-saat akhir menentang KEADILAN-Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Batu Sapi sebelum ini.

Malah, Yong sendiri adalah calon SAPP di situ yang menyaksikan parti itu menduduki tangga tercorot termasuk memburukan KEADILAN-Pakatan dalam kepen PRK itu.

Sudah tiba masanya, Pakatan Rakyat mengumum bahawa gabungan itu hanya dalam kalangan KEADILAN, PAS dan DAP dan selesai serta umumkan segera agihan kerusi kamu dan memperkemaskan gerak kerja penerangan.

Jangan dilayan lagi parti seperti SAPP-Star ini kerana ia hanya membazirkan masa dalam keadaan Parlimen akan dibubar penghujung Mei ini atau awal Jun depan.

Pakatan harus ingat, selain SAPP-Star, Umno BN juga menaja beberapa parti pembangkang di negeri itu untuk memecah belahkan pembangkang.

Parti ini termasuklah Pertubuhan Kebangsaan Pasok Nunukragang Bersatu (PASOK), Parti Demokratik Setiahati Kuasa Rakyat Bersatu Sabah (SETIA) dan Parti Barisan Rakyat Sabah Bersekutu (Bersekutu) yang hanya mencul menjelang PRU.

Ke semua parti ini kita tidak pernah dengar mengadakan sebarang kongres atau himpunan untuk pemilihan pemimpinnnya, namun ada wang pula bertanding di semua kawasan setiap kali ada PRU.

Bersekutu diasaskan oleh Datuk Harris Salleh yang juga rakan rapat Tun Dr Mahathir dengan logo partinya ada lambang dacing.

Manakala Setia kini menukar nama kepada Parti Bersatu Sasa Malaysia (BERSAMA) pada 23 Mac tahun lalu dan akan bertaning di kerusi tertentu di Kedah khasnya di kawasan PAS dan KEADILAN.

Sama seperti Star, dari mana semua parti-parti ini dapat dana? dan mampu pula bertanding di semua kerusi di Sabah yang tidak sedikit perbelanjaan untuk menaja kesemua calon mereka.

Itu tidak termasuk parti serpihan Usno, Parti Perpaduan Rakyat Sabah yang dikaitkan dengan Parti Ekonomi Rakyat Sarawak (PERSB) dan Parti Kebenaran Sabah (PKS) yang kini menyokong BN. tidak hairan aoabila Pendaftar Pertubuhan (ROS) bersedia melulus 12 parti baru di Sabah baru-baru ini.

Rakyat Sabah khasnya golongan muda sudah tidak sabar untuk menumbangkan Umno BN di negeri itu, namun mereka menyampah dengan pertelagahan yang tiada kesudahan ini.

Penulis sekadar meluahkan suara mereka dan terpulanglah kepada pimpinan Pakatan Rakyat negeri dan pusat untuk bertindak.

masdarwahid

Sunday, April 22, 2012

Anggapan segelintir masyarakat di negara ini yang kononnya, kerajaan di bawah BN begitu bermurah hati kerana memberikan pelbagai bantuan seharusnya tidak lagi menjadi isu besar pada PRU akan datang. Ini kerana selain daripada tanggungjawab kerajaan itu sendiri, segala bantuan seperti BR1M dan lain-lainnya itu adalah 'wang' rakyat yang dikembalikan kepada rakyat.

Dr Asri seorang ilmuan ketika mengupas persoalan itu menganggap bahawa wang kerajaan sebenarnya adalah wang rakyat yang diamanahkan kepada kerajaan ketika itu.






Dilema yang menyelubungi ketua cawangan UMNO Kampung Kupang Kota Belud tentang status cawangan mereka seharusnya tidak timbul di saat-saat PRU 13 hampir menemui pengundi. Ketua cawangan kampung berkenaan Mejan Tun berkata cawangan berkenaan telahpun diberikan kebenaran oleh setiausaha agung UMNO Datuk Tengku Adenan Mansor bertarikh 4 julai 2008 tetapi hingga kini cawangan itu tidak pernah diarah untuk mengadakan mesyuarat cawangan.

Setiuasaha UMNO Bahagian Kota belud, sdr Marali Adim pula dalam satu kenyataan, mengatakan tidak terdapat cawangan berkenaan dalam senarai cawangan UMNO di Kota Belud. Datuk Salleh selaku ketua UMNO Bahagian Kota Belud yang dihubungi oleh Sabahkini,net. pula cuma memberikan kenyataan supaya perkarta itu dapat dirujuk kepada setiuasah UMNo Bahagian, Sdr Marali Adim.

Adalah sesuatu yang menghairankan kerana sebagai Bahagian UMNO yang pertama di sabah, UMNO Kota Belud seharusnya tidak menimbulkan keresahan di kalangan ketua-ketua cawangan parti berkenaan. Seolah -olah gambarannya data atau rekod UMNO Bahagian Kota belud tidak pernah dikemaskini,kerana jika tidak masakan cawangan Kg Kupang ini boleh tidak tersenarai dalam rekod UMNO Bahagian Kota Belud.

Datuk Salleh selaku ketua UMNO Bahagian sewajarnya mengambil tindakan drastik mengenai perkara ini, kerana dari maklumat yang diperolehi, ahli-ahli cawangan seramai  lebih 60 orang telah bvertindak menyertai pembangkang.



Oleh : ISMAIL MOHD ROSLI



SERAMAI 61 ahli cawangan Umno Kampung Kupang, Kota Belud, melahirkan rasa kecewa kerana tidak pernah diarahkan untuk mengadakan mesyuarat cawangan di kampung itu sejak beberapa tahun yang lalu tanpa sebarang alasan daripada pihak yang berkenaan.

Ketua Cawangannya, Menjan Tun, berkata cawangan Umno di kampung itu telah menerima ‘Sijil Kebenaran’ daripada Umno pusat bertarikh 4 Julai 2008 nombor rujukan SBH.251/88-20812 yang ditandatangani oleh Setiausaha Agung Umno Malaysia, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor pada ketika itu.

Menurut Menjan, cawangan kampung itu telahpun dirasmikan oleh Datuk Musbah Jamli tahun 2008 yang pada ketika itu selaku Ketua Bahagian Umno Kota Belud dan perasmian itu turut disaksikan oleh Datuk Japlin Akim.

“Malangnya selepas tahun tersebut cawangan Umno di kampung ini tidak pernah diarahkan untuk mengadakan mesyuarat, tidak ada satupun surat arahan untuk bermesyuarat saya terima, kami amat kecewa, semua dokumen yang diperlukan oleh pejabat Umno Bahagian Kota Belud telahpun kami hantar, namun sehingga ke hari ini tidak ada sebarang jawapan yang menggembirakan,” katanya lagi.

Menurut Menjan lagi, disebabkan tidak pernah diarah untuk bermesyuarat selepas tahun 2008 ada di kalangan ahli-ahli Umno di cawangan itu menemui beliau menyatakan hasrat untuk menyertai parti pembangkang kerana merasakan khidmat mereka di dalam parti Umno Kota Belud tidak diperlukan.

Katanya, beliau berusaha memujuk dan meyakinkan ahli-ahli Umno di cawangan ini agar tidak bertindak mengikut perasaan dan perlu bersabar menunggu sehingga masalah yang menjadi dilema selama ini dapat ditangani secepat yang mungkin pihak yang berkenaan.


“Apa yang diharapkan oleh ahli-ahli Umno di cawangan ini kami cuma memohon agar di masa hadapan cawangan kami juga diarahkan untuk mengadakan mesyuarat sama seperti cawangan-cawangan Umno yang lain di Kota Belud,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Ketua UMNO Bahagian Kota Belud, Datuk Seri Panglima Mohd Salleh Tun Said ketika dihubungi di Jakarta meminta Sabahkini merujuk isu tersebut kepada Setiausaha Bahagian, Marali Adim.

Dalam kenyataannya, Marali menjelaskan bahawa UMNO Bahagian Kota Belud tidak pernah menghalang mana-mana cawangan daripada bermesyuarat melainkan cawangan yang bermasalah dengan Pendaftar Pertubuhan, terutama yang gagal menghantar laporan tahunan sebagaimana yang dikehendaki di bawah Akta Pertubuhan.

Menurut semakannya, Marali memaklumkan bahawa Cawangan Kg Kupang tiada dalam senarai cawangan aktif UMNO Bahagian Kota Belud bagi 2011 dan 2012.

"Dalam hal ini baik kita tunggu ulasan Ketua Bahagian kerana sejak saya mengambil alih jawatan Setiusaha Bahagian pada 1 Januari 2011 daripada Adlan Lonoh, Cawangan Kupang memang tidak tersenarai dan tiada sesiapa menghubungi saya berhubung isu ini," kata Marali lagi.


Perdana Menteri yang juga presiden UMNO mengingatkan pemimpin UMNO dan parti komponen BN supaya tidak merajuk dan bertindak mensabotaj parti jika tidak dipilih sebagai calon pada PRU 13 nanti. Sambil mengingatkan ahli parti bahawa kesetiaan kepada parti adalah sangat penting dalam menjamin kemenangan pada PRU 13, Najib juga berkata ada pemimpin yang berkecil hati, merajuk dan ada juga yang menutup bilik gerakan serta enggan bekerja dan berkempen, apabila mengetahui tidak dipilih sebagai calon.Malahan kata Najib ada yang bertindak protes dan meninggalkan parti untuk keluar negara. Datuk Seri Najib berkata demikian ketika berucap dalam lawatan singkatnya ke Pulau Pinang.

Walaupun pada awalnya pemimpin ini kata, supaya keputusan muktamad diberikan kepada pucuk pimpinan parti, namun bila keputusan dibuat dan tidak menyebelahi mereka, maka mereka akan bertindak mensabotaj parti katanya lagi.

Perbuatan mensabotaj parti ini bukan saja berlaku ketika PRU 2008 tetapi juga di jangka akan berlarutan pada PRU 13 ini berikutan beberapa perkembangan politik di beberapa bahagian yang bertindak tidak mencalonkan pemimpin tertentu.

Di Sabah bantahan pemimpin import dan pemimpin tertentu juga berlaku. Di Beaufort mislanya, UMNO Bahagian itu bertindak tidak mencalonkan ADUN KLIAS Datuk Azizah Mohd Dun.Manakala di Kimanis juga dikhabarkan Datuk Anifah Aman mendapat potes masyarakat setempat kerana faktor bukan orang tempatan di kawasan itu. Datuk LajimUkin yang sebelum ini juga di war-war akan meninggalkan UMNO kerana dikatakan tidak dicalonkan semula. Namun ia tidak menjadi kenyataan.


Menteri pembangunan masyarakat dan hal ehwal pengguna Sabah, Datuk Azizah Mohd. Dun dilaporkan terlibat dengan nahas kemalangan jalanraya di Jalan Kepayan-Lok Kawi Km6. Pegawal peribadinya cedera bersama pemandu.Manakala Datuk Azizah dilaporkan selamat.

Sebelum ini, Datuk Azizah mencuri perhatianb media kerana dilaporkan tidak dicadangkan oleh UMNO Bahagiannya sebagai calon pada PRU 13.

KOTA KINABALU: Menteri di Sabah, Datuk Azizah Mohd Dun (Gambar atas)terselamat dengan mengalami kecederaan ringan apabila kenderaan yang dinaikinya berlanggar pagar besi sebelum terbabas ke dalam longkang di Jalan Kepayan di sini pada pukul 7.45 pagi Ahad. Azizah, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah, dikejarkan ke Hospital Queen Elizabeth, doktor dilaporkan memberi rawatan pesakit luar dan kecederaan itu dijelaskan sebagai kecederaan minor. 


Bagaimanapun, pengawal peribadi beliau, Sairul Hamid, 51, dilaporkan tidak sedarkan diri dan mengalami kecederaan kaki yang serius dan mungkin memaksa doktor memotongnya. Pemandu, Yousrie Syah, 33, juga mengalami kecederaan dan berada di bawah pemerhatian hospital. Difahamkan Azizah dalam perjalanan dari Kota Kinabalu ke kampungnya di Beaufort apabila pemandu yang memandu Toyata Prado dikatakan hilang kawalan di Km6 Jalan Kapayan-Lok Kawi sebelum melanggar pagar dan sebahagiannya terbabas ke dalam sebuah longkang.


 Azizah dan pemandu telah dibawa ke hospital oleh polis manakala ambulans membawa pengawal peribadi. Seorang pembantu Azizah berkata bahawa beliau dalam keadaan baik walaupun terkejut dengan kejadian itu. Beliau dalam perjalanan pulang ke Beaufort untuk menghadiri tiga majlis rasmi.

Saturday, April 21, 2012



PM Datuk Seri Najib yang mengadakan lawatan dua hari ke Sabah dan berakhir semalam, datang tanpa membawa apa-apa 'buah tangan' walaupun sejambak bunga harapan buat penduduk Sabah. Lawatan Datuk Seri najib ke Sabah sebelum ini yang disifatkannya sebagai lawatan akhir atau akan ada lawatan susulan, diwar-warkan akan mengumumkan penubuhan RCI atau Suruhanjaya Diraja mengenai Pendatang Tanpa izin (PATI) di Sabah. TETAPI harapan itu berkecai apabila Najib pada waktu itu pulang tanpa mengumumkan penubuhan RCI tersebut.

Semalam lawatan Najib ke Sabah dilihat sebagai lawatan terakhir buat Perdana Menteri itu sebelum Parlimen di bubarkan, namun peluang terbuka dan cukup bermakna itu sekali lagi disia-siakan oleh Najib apabila beliau pulang ke Kuala Lumpur tanpa menyentuh tentang penubuhan RCI, walaupun desakan dari pemimpin komponen parti BN dan di kalangan pemimpin UMNO sendiri berlaku.

Dijangka ketelusan kerajaan Pusat dalam merealisasikan penubuhan RCI ini akan terus menjadi isu utama pembangkang tempatan di sabah pada PRU 13 nanti. Parti SAPP,parti STAR dan gabungannya UBA akan terus memainkan isu ini sebagai bahan kempen mereka, manakala PR dan sekutunya lebih sukia memainkan isu tentang ketirisan,kebocoran,dan kelemahan kerajaan BN pada waktu ini terutama dalam aspek pentadbiran dan pengurusan ekonomi negara., selain isu tempatan seperti isu tanah adat dan pembangunan di kawasan tersebut.

Apakah 'kegagalan' Najib mengumumkan RCI ini adalah petanda kepada kemerosotan sokongan rakyat Sabah kepada Bn dan UMNO? atau apakah Najib punya strategi lain dari apa yang dijangkaan oleh segelintir rakyat Sabah?

Lawatan Najib ke Sabah pada kali ini sebaliknya melahirkan keyakinan terhadap kemampuan Musa Aman mengetuai Bn pada PRU 13 di sabah. keyakinan Najib itu atas kepercayaannya bahawa Musa Aman boleh mengekalkan Sabah sebagai fixed deposit BN. Reputasi Musa Aman pada PRU 2004 dan 2008 adalah bukti mengenai keyakinan Najib itu. Namun apakah tsunami politik 2008 yang berlaku di semenanjung akan berlaku di sabah kali ini???


Sebelum ini isu pemansuhan PTPTN  begitu laris dibicarakan.Ada yang pro dan ada yang kontra.Blog-blog pro UMNO dan BN bukan sahaja menganggap pemansuhan PTPTN sebagai 'menjerumuskan'bumiputera dan orang Melayu dalam lembah 'kebodohan' tetapi juga melabelkan mahasiswa yang mengadakan Demontrasi aman sebagai 'pencacai' pembangkang.Namun bagi pro Pakatan Rakyat, perjuangan memansuhkan PTPTN adalah satu reformasi pendidikan menuju kepada pendidikan percuma.

Hari ini pengarah strategik PKR, Rafizi Ramli menggariskan 5 prinsip untuk menjadikan pendidikan percumasebagai realiti jika PR berjaya menawan Putrajaya pada PRU 13 nanti. 

Salah satu prinsip itu, menurut Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli ialah pelaburan yang besar akan dibuat untuk menambah peluang pendidikan tinggi di institusi awam, termasuklah pembinaan universiti teknikal khusus bagi lepasan sekolah yang lebih berminat dalam kemahiran teknikal.

"Ini penting untuk mengimbangi jumlah tempat yang ditawarkan di institusi awam berbanding institusi swasta, seterusnya mengelakkan pergantungan kepada pendidikan tinggi berbayar di masa hadapan," kata beliau dalam satu kenyataan media hari ini.

Prinsip kedua, jelas beliau, ialah yuran pengajian di institusi awam akan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan.

Selain itu katanya, kerajaan juga akan menyediakan elaun sara hidup untuk menanggung kos sara hidup bagi pelajar-pelajar yang layak.

"Kelayakan untuk menerima elaun sara hidup dikira berdasarkan tahap pencapaian akademik dan latar belakang sosio ekonomi pelajar mengambil kira tanggungan keluarga," kata beliau lagi.

Di bawah prinsip ketiga, kata Rafizi, bagi pelajar di institusi awam yang tidak memenuhi syarat untuk menerima elaun sara hidup kerana datang dari keluarga berpendapatan tinggi, mereka boleh memilih untuk membiayai sendiri elaun sara hidup atau layak untuk memohon pinjaman elaun sara hidup dari satu tabung khas untuk membiayai kos sara hidup dan pendidikan swasta yang akan ditubuhkan kelak.

Prinsip keempat menekankan bahawa pelajar yang tidak mendapat tempat di institusi awam, mereka boleh terus memohon untuk meminjam dari dana pembiayaan seperti yang ditetapkan.

"Pembiayaan pendidikan akan meliputi yuran dan kos sara hidup pada kadar yang ditetapkan, mengambil kira subsidi yuran yang akan diberikan kerajaan sepadan dengan yuran purata bagi kursus yang setara di institusi awam; dan "(Kelima) pembiayaan untuk menampung elaun sara hidup dan sebahagian yuran di IPTS seperti yang diterangkan di atas tidak akan dikenakan sebarang faedah," kata Rafizi lagi.

Rafizi menambah, kelima-lima prinsip itu akan diguna pakai oleh Pakatan Rakyat untuk merangka mekanisme khusus dalam melaksanakan dasar pendidikan percuma kelak.

"Ia jelas menangkis dakyah pihak lawan bahawa dasar pendidikan percuma akan merugikan pelajar Melayu/Bumiputera kerana ketiadaan pembiayaan sara hidup," kata Rafizi.

Sebaliknya, menurut Rafizi, dasar pendidikan percuma akan meluaskan akses kepada pendidikan tinggi percuma kepada lebih ramai rakyat Malaysia pelbagai kaum.

"Pada masa yang sama, ia menukar model pembiayaan pendidikan tinggi yang kini terbukti menindas rakyat dan tidak dapat bertahan di masa hadapan," katanya.

Sehubungan itu kata Rafizi, beliau menganggarkan peruntukan tambahan untuk menyediakan elaun sara hidup, menanggung baki yuran yang kini dibayar pelajar dan menyediakan subsidi yuran yang setara kepada pelajar di IPTS adalah sebanyak RM3 bilion setahun.

"Persoalan pokok yang perlu dijawab oleh semua rakyat Malaysia adalah sama ada kerajaan mampu menanggung peruntukan tambahan sebanyak RM3 bilion setahun ini," katanya.

Rafizi juga berkata, beliau percaya penghapusan konsesi tol lebuh raya seperti yang dijanjikan dalam Buku Jingga akan menjimatkan sebanyak RM5 bilion setiap tahun kerana "inilah wang pampasan yang dibayar Barisan Nasional kepada pengendali konsesi lebuh raya setiap tahun."

"Wang ini lebih dari cukup untuk menampung peruntukan tambahan sebanyak RM3 bilion yang diperlukan untuk menyediakan pendidikan percuma," katanya lagi.