Saturday, April 14, 2012



Adun Tempasuk yang juga pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Musbah Jamli yang sebelum ini mendapat kritikan paling pedas dari masyarakat Iranun berikutan peranannya yang paling minimum dalam kes kelewatan Sk Tamau, serta projek Jelapang Padi dan Agropolitan yang sedang rancak di kawasan tempasuk, akhirnya turun padang mengadakan dialog dengan rakyat di Kg Rosok ekoran bantahan penduduk yang tidak berpuas hati dengan kerja-kerja kontraktor dalam projek berkenaan.

Laporan yang dibuat oleh blogger Amini Gawis menceritakan perhal peristiwa itu:


KOTA BELUD: Para pegawai agensi kerajaan disini, diminta agar memberi kerjasama sepenuhnya dengan pemimpin masyarakat dalam agenda menjayakan Projek Pembangunan Negara, berdasarkan konsep Satu Malaysia, Rakyat didahulukan dan Pencapaian diutamakan.

Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Musbah Haji Jamli berkata, projek-projek Pembangunan Infrastruktur Asas luar Bandar dibawah inisiatif Bidang Keberhasilan Utama Negara(NKRA) adalah sebahagian daripada agenda Projek Pembangunan Negara, yang melibatkan empat projek infrastruktur seperti, pembinaan jalan raya, pembekalan air bersih, pembekalan eletrik dan projek perumahan.

Katanya, agenda NKRA itu juga merupakan salah satu formula untuk menjayakan Jelapang Padi Sabah dan Projek Agropolitan di Kampung Kolibungan, Kota Belud, yang perlu sokongan dan kerjasama jitu daripada semua pihak termasuklah pegawai-pegawai kerajaan, pemimpin-pemimpin masyarakat, penduduk kampung dan pihak kontraktor berkenaan. 

“Kita yakin Projek Agropolitan itu akan dilawati oleh Timbalan Perdana Menteri, Perdana Menteri dan kita mungkin akan bertanggungjawab apabila di pihak mereka ini bertanya mengenai perkembangan projek berkenaan,” katanya ketika mengulung Majlis Dialog Pembangunan Infrastruktur, Tempasuk, bersama pegawai-pegawai kerajaan, kontraktor, pemimpin-pemimpin masyarakat dan penduduk kampung Mukim Rosok, di Dewan Masyarakat, Kampung Rosok Rantai, pada Khamis. 

Musbah berkata, melalui dialog itu, selain beliau, pegawai-pegawai kerajaan dan kontraktor berkenaan, mereka telah memahami serba sedikit mengenai keperluan rakyat yang mendesak dan pada sesi dialog itu setiap kampung hanya diwakili oleh dua orang yang akan mengemukan pertanyaan berkenaan pembinaan projek naiktaraf jalan raya Kampung Rosok ke Kampung Sorob yang juga melibatkan pembinaan jalan raya Projek Agropolitan ke Kampung Kolibungan.

Katanya, manakala dipihaknya pula, semua kemuskilan yang diperolehi daripada dialog itu, beliau akan membawanya pada Masyuarat Tindakan Daerah, Kota Belud, 


Kassim Buliwan@Lantang yang mewakili masyarakat kampung yang terlibat telah menggulungkan kesimpulan bantahan dan penambahbaikan mengenai pembinaan infrastruktur berkenaan, dimana mereka meminta kepada pihak kerajaan dan kontraktor agar memberi ganti rugi, kepada tanah perkuburan, rumah perseorangan, kerosakan tanah dan tanaman, gangguan dan hilang pendapatan, pemasangan kalbut dan gebian disetiap kawasan rumah yang terlibat.

Menurut JKR hanya 30 kalbut sahaja yang diluluskan daripada lebih seratus permohonan kalbut oleh pihak atasan sebab berdasarkan prosedur semasa meluluskan permohonan masyarakat kampung terlibat.

Difahamkan hanya tujuh buah rumah yang terlibat dalam projek pembinaan jalan raya itu dijangka akan diberi surat tawaran ganti rugi dalam tempoh terdekat ini.

Dialog itu melibatkan Ketua Jurutera Pengusaha Projek Kawasan Utara, Jabatan Kerja Raya, Julas Joenol, Pegawai Penerangan Pantai Barat Utara, Supian Musa, Penolong Pegawai Daerah,(Pembangunan) Charlie William Dabi, Ketua Cawangan Khas, IPD Kota Belud, Lores Matius, wakil Jabatan Tanah dan Ukur Kota Belud, Wakil Jabatan Pertanian Kota Belud, Wakil Syarikat Sedia Snd Bhd, wakil kontraktor, Ketua-ketua masyarakat dan penduduk Kampung Rosok yang terlibat.


Oleh AMINI GAWIS

0 ulasan :