Friday, February 3, 2017


  1. Sejak kebelakangan ini media mula berspekulasi bahawa Pilihanraya DUN di Sabah mungkin diawalkan sekitar pertengahan tahun ini. Pegawai-pegawai SPR dilaporkan mula bergerak dan memulakan siri penjelasan kepada pegawai-pegawainya yang dilantik. Tambahan lagi media melaporkan bahawa Sabah kini menjadi KPI kepadaUMNO dan BN. Jika Sabah kekal menjadi fixed Deposit BN, bermakna hayat BN dan UMNO di Semenanjung masih panjang. Jika sebaliknya berlaku maka petandanya, BN dan UMNO akan musnah dari persada politik negara
  2. 2.Penentangan terhadap BN dan UMNO di Sabah mula hangat kembali dengan tumpuan mediakepada parti Baru WARISAN di bawah pimpinan mantan Naib Presiden UMNO , Datuk Shafie Apdal. Di dalam media maya, perkhabaran bertiup kencang kononnya dalam setiap road show WARISAN mendapat sambutan luar dari biasa. Dalam laman FB WARISAN dimuatnaik gambar-gambar dan video beberapa siri jelajah Shafie Apdal dan sememangnya ia mendapat sambutan.
  3. Jika berdasarkan pengamatan penulis, ada kebrangkalian BN-UMNO di Sabah mengalami saat-saat sukar dan lebih sukar daripada PRU13 lepas. Ini berdasarkan beberapa kes besar yang dekat dengan hati pengundi-pengundi generasi Y seperti GST, 1MDB, kenaikan harga minyak,kekurangan minyak masak dan banyak lagi.
  4. Di Sabah beberapa isu besar seperti skandal Rasuah Jabatan Air Sabah, Pemecatan Datuk Shafie Apdal dari UMNO dan penubuhan WARISAN, isu-isu Sabahan yang tertunggak dan seperkara yang turut dikatakan akan mempengaruhi mod pengundi ialah pengunduran Tan Sri Pairin dari dunia politik.
  5. Kedudukan Musa Aman juga menjadi perhatian umum apabila dalam media sosial ketua Menteri Sabah ini dikecam oleh seorang anak muda yang mempunyai follower yang ramai yang dikatakan akan menentang Musa Aman di Dun Sibuga.