Tuesday, July 23, 2013



Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman, telah mengarahkan peguamnya yang juga bekas Peguam Besar Negeri untuk mendapatkan kertas keterangan bekas senator Dr Chong Eng Leong pada siasatan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai pendatang haram di Sabah.

Roderick Fernandez yang baru saja bersara sebagai peguam besar Sabah muncul di sidang RCI di Mahkamah Kota Kinabalu hari ini membuat permohonan bagi pihak anak guamnya.

Musa yang kini juga Ketua Perhubungan Umno Sabah meminta diberi nota keterangan Dr Chong yang antara lain telah menamakannya terlibat dalam isu kad pengenalan palsu atas peranannya sebagai ketua satu Pasukan Khas Umno Sabah untuk mencari pendatang haram dijadikan ahli Umno dan seterusnya pengundi pada tahun 1990-an.

Dr Chong yang dulunya bersama PBS tetapi kini PKR, minggu lalu memberi penjelasan di depan RCI yang beliau mendapat tahu hal itu dari bekas setiausaha pasukan khas Umno itu sendiri iaitu Jabarkan Napi.

Jabarkan sendiri dalam banyak forum dan dokumentasi juga telah membuat dakwaan keterlibatan Musa dalam hal tersebut. Bahkan beliau pernah muncul dalam satu siasatan jawatankuasa Parlimen mengenai hal yang berkaitan.

Pengerusi RCI yang dianggotai lima orang itu, Steve Shim, juga seorang peguam dan bekas Ketua Hakim Sabah dan Sarawak, kemudian membenarkan permintaan Fernandez hari ini.

Menurut Fernandez hari ini, anak guamnya akan membuat tindakan selanjutnya termasuk menimbang sama ada muncul memberi kesaksian sendiri atau tidak di hadapan RCI yang kini berada di penghujung pendengaran.

Banyak pihak di Sabah telah menyuarakan gesaan agar bukan sahaja Musa tetapi bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad dan bekas timbalannya Anwar Ibrahim memberi kesaksian pada siasatan RCI itu.

Musa mungkin ingin membersihkan dirinya

Sementara itu para pemerhati di sini berpendapat Musa mungkin ingin membersihkan dirinya daripada pelbagai kaitan berhubung isu pemberian dokumen Malaysia yang menyangsikan kepada ramai pendatang haram di Sabah terutama pelarian Islam dari selatan Filipina, kepulauan Indonesia dan juga Pakistan.

Mereka berpendapat sebarang kesaksian di depan RCI yang bersidang seperti sebuah mahkamah tinggi adalah dilindungi undang-undang, oleh itu tidak muncul kemungkinan Musa memfailkan saman malu terhadap keterangan Dr Chong atau keterangan orang lain pada siasatan diraja itu.

Kini para penganalisis berpendapat sebarang keterangan Musa di RCI mungkin akan membuka beberapa “rahsia” termasuk pihak-pihak yang selama ini berselindung di sebalik pengaruh para pemimpin kanan Umno.

“Kami tak fikir Musa akan memberi keterangan di RCI. Dia mungkin ditanya banyak soalan yang rumit dan menjelaskan banyak perkara rahsia,” kata seorang pemerhati menambah jika Musa muncul, mungkin ada pihak dalam Umno tidak menyukainya.
sUMBER: FMT

158 ulasan :

Zkiki said...

Semakin hari nampaknya semakin banyak pendedahan yang dibuat. Tapi malangnya ada pihak mengambil kesempatan dalam peluang ini untuk membalas dendam dan bukannya berpandukan kepada bukti yang tepat. Keterangan yang diberikan oleh saksi Mantan Pemimpin PBS Dr Chong Eng Leong dan mantan Setiausaha Kerajaan negeri Sabah Tan Sri Simon Sipaun di mahkamah Kota Kinabalu, berkaitan RCI Pati Sabah, lebih banyak menjurus kepada perasaan dendam. Itulah yang dapat disimpulkan berdasarkan daripada apa yang dinyatakan oleh Bekas dan juga ahli pembangkang sekarang.

Ggie said...

Tidak pasti lagi akan kebenaran dalam semua kenyataan yang diberikan oleh mereka ini. Semua ini telah pun menimbulkan pelbagai pandangan yang negatif kepda Datuk Musa dan masa yang sama menjejaskan nama kerajaan BN Sabah. Namun kebenarannya semua itu hanyalah cakap kosong yang hanya dari pandangan peribadi mereka semata-mata dan apa yang Chong katakan itu adalah daripada kajiselidik yang tidak ada fakta tepat yang dapat diguna pakai.

Embaran said...

Ini antara kenyataan saksi RCI seperti adanya jawatan kuasa khas bagi mencari pendatang tanpa izin untuk dijadikan ahli Umno dan seterusnya menjadi pengundi; memperbanyak pengundi berketurunan "melayu" untuk membolehkan Umno bertapak di Sabah, serta usaha menjatuhkan kerajaan PBS yang diketuai oleh orang kristian dan "agenda Persekutuan" untuk menjadikan Sabah sebuah negeri islam dengan menggalakkan muslim dari Filipina dan Indonesia untuk datang ke Sabah. Apa pun pendapat saya sendiri semuanya berunsur dendam dan persepsi dan bukannya fakta dan bukti.

Emang said...

Kalau benar, Apa jawatan Datuk Musa ketika itu? Sedangkan pada masa itu yang berkuasa adalah Datuk Pairin Kitingan yang mana selaku ketua menteri Sabah pada tahun 1985-1994. Datuk Musa mungkin hanyalah orang biasa yang tidak ada apa-apa jawatan atau kuasa. Kenapa pula Chong seperti membayangkan bahawa dalam kes ini Datuk Musa adalah seorang yang berkuasa ketika itu dengan usaha pemberian projek IC kepada mereka yang tidak sepatutnya.

Fuiz said...

Kita perlu fikirkan sejenak dan seluasnya jika benar Datuk Musa yang menjadi ketua jawatankuasa khas tersebut kenapa perlu menunggu 12 tahun dari 1991 untuk menjadi Ketua menteri pada tahun 2003 atau menunggu giliran selepas 7 ketua menteri dan menjadi yang ke 8 selepas tahun 1991. Sebenarnya pelbagai fitnah cuba dikaitkan dengan Datuk Musa untuk menjatuhkan beliau. Ini adalah fakta dan bukannya rekaan seperti apa yang Chong katakan.

Taha said...

Kerana untuk pengetahuan semua, saksi di depan RCI yang bersidang adalah dilindungi undang-undang, oleh itu tidak mungkin Datuk Musa memfailkan saman terhadap keterangan Dr Chong atau keterangan orang lain pada siasatan diraja itu. Jadi mungkin sebab itulah mereka ini berani membalas dendam di depan RCI.

Nurrul said...

Banyak lagi perkara yang kita perlu tahu ketika tahun 1991. Bagaimana UMNO dapat masuk ke Sabah? Jawapan.. Bahawa Umno masuk ke Sabah pada tahun 1991, atas sebab jemputan Tun Datu Mustapha untuk menggantikan Parti Usno.

Urimb said...

Fahami dan fahamkan betul-betul, dijemput datang oleh Tun Mustapha. Faktor penyebab kepada kemasukan Umno ke Sabah, ekoran tikam belakang Parti PBS kepada BN pada ambang PRU-1990; apabila parti itu keluar BN untuk bersengkokol dengan Pembangkang untuk menjatuhkan kerajaan BN. Jadi kita perlu faham akan sejarah sebelum kita cakap tanpa ada kebenaran. Nanti memakan diri sendiri.

Qq said...

Kenapa pula USNO dibubarkan. Jawapannya... Tujuan sebenarn adalah untuk memudahkan untuk membolehkan semua ahli parti itu menyertai Umno secara enblock atau dalam melayunya dihalang atau disekat. Tapi malang ada pula yang ambil kesempatan cuba untuk memburukan keputusan pembubaran tersebut.

Zamih said...

Bukannya seperti mana dakwaan yang diutarakan di Mahkamah RCI Pati Sabah, bahawa wujudnya satu Jawatan Kuasa untuk mencari penduduk "melayu" bagi membolehkan Umno bertapak. Itu sebenarnya tidak benar. Kalau masih ada orang-orang yang membawa masuk Sabah ini mungkin dapat menjawab semuanya. Tapi malangnya..

Unknown said...

Umno menerima keahlian daripada berbagai suku dan agama, antaranya daripada kaum KDM. Tidak benar, bahawa bertapaknya Umno ke Sabah, kerana berasas kepada kaum "melayu". Tapi bagaimana juga mahu cakap kalau penduduk Sabah ini suka dengan UMNO juga rasanya itu terpulang dengan mereka kalau ingin menjadi ahli. Rasanya tidak ada halangan untuk mereka.

Souldi said...

Macam-macam kita boleh dapat jika kita benar-benar memahami perjalanan sebenar sejarah politik ini. Datuk Pairin adalah ketua menteri antara tahun 1985-awal tahun 1994, sebelum PRU-1990, tiada usaha menjatuhkan kerajaan PBS yang diterajui oleh Pairin, kerana PBS merupakan parti komponen BN, bersama-sama dengan Parti Usno. Di peringkat negeri PBS dan Usno tidak sehaluan. Tapi bila PBS mula dengan langkah sendiri dan mengkhianati BN, maka tercetuslah Usno meninggalkan PBS dan membubarkan Usno dan menyertai UMNO. Ramai ahli Usno ketika itu menyertai UMNO.

Qui WQ said...

Khianat punya pasal terpecahlan kerajaan ketika itu. Disebabkan Parti PBS memilih menyertai Pembangkang pada tahun 1990, maka berlaku pertembungan antara parti itu dengan BN. Biasalah melalui sistem demokrasi, maka adalah lumrah untuk berlawan, parti mana yang menerima sokongan majoriti rakyat, maka itulah yang memerintah.

atiy said...

Memang kita dapat rasanya yang mana ketika itu PBS tidak dapat bertahan walaupun mulanya menang dan selepas itu terus kalah selepas PRU-1994. Pada PRU-1994, Parti PBS mendapat 25 kerusi DUN, manakala BN yang diterajui Umno mendapat 23 kerusi daripada 48 kerusi DUN Sabah. Namun, selepas PRU itu, dua ADUN PBS keluar daripada parti itu- iaitu ADUN Klias-Datuk Lajim Haji Ukin dan ADUN Kemabong- Datuk Rubin Balang untuk menyertai Umno. Akibat daripada itu, maka PBS kehilangan majoriti di DUN Sabah, maka tumbanglah kerajaan PBS yang diketuai Datuk Pairin.

Unknown said...

Memang kita dapat lihat yang mana PBS tidak dapat bertahan lama, Pada PRU-1999, BN menang pilihanraya, kerana Parti PBS sebagai Parti Pembangkang hanya memperolehi 17 kerusi DUN Sabah daripada 48 kerusi yang dipertandingkan. Parti PBS hanya bertahan sebagai parti pembangkang sehingga awal tahun 2002; kerana selepas itu, parti itu menyertai BN semula.

Yoyo said...

Kita keliru bukan bila sudah mendengar keterangan daripada saksi yang kata jawatankuasa khas. Bukankah kejatuhan kerajaan PBS pada ketika itu adalah sebabkan penyertaan ahli mereka kepada BN iaitu UMNO. Jadi keterangan saksi 187 dan 188 pada pendengaran RCI Pati di mahkamah Kota Kinabalu pada Khamis, bahawa kemasukan Umno ke Sabah untuk menjatuhkan kerajaan Negeri yang diketuai Datuk Pairin yang beragama kristian, adalah satu peranyataan yang kurang tepat dan mengelirukan.

Anonymous said...

Jadi fikirkan sendiri akan perkara ini. Setakat mana kebenarannya dan setakat mana penipuan direka-reka. UMNO hanyalah parti yang dijemput dan disokong oleh ahli PBS.

Unknown said...

Dakwaan Mantan Senator Dr Chong Eng Leong yang mengaitkan Datuk Musa Aman mengetuai satu Jawatan Kuasa untuk merekrut pendatang asing bagi menambah undi kaum bumiputera islam pada tahun 1991bercanggah dengan fakta keputusan PRU-1994 dan 1999. Keputusan itu memang boleh menjadi bukti yang mana Chong dan Simon hanyalah cakap kosong tanpa memikirkan fakta sebenar sebelum mengatakan mengenai perkara ini.

Kamillah said...

Dengan apa yang berlaku pada PBS, maka terciptalah parti baru disebabkan oleh ahli tidak suka dengan parti PBS dan meninggalkan parti tersebut dan menubuhkan parti sendiri. Parti yang ada sekarang ialah PBRS dan juga UPKO(PDS) yang ahlinya sebelum ini adalah daripada PBS.

Norman said...

Semua kawasan yang majoriti kaum KDM dan Cina masih dimenangi Parti PBS, manakala kawasan kaum bumiputera islam dimenagi BN pada PRU-1994, ini membuktikan yang mana sokongan kepada PBS masih kuat ditempat bukan islam.

Ibunda said...

Manakala pada PRU-1999 perkara yang sama berlaku, bezanya ada kawasan-kawasan majoriti KDM dan kaum cina dimenangi BN, ekoran keluarnya beberapa pemimpin PBS yang menubuhkan parti masing-masing seperti PDS( kini Upko) dan PBRS. Kawasan-kawasan yang ditandingi PDS dan PBRS dimenangi BN, walaupun asalnya kawasan itu adalah wilayah PBS.

Unknown said...

Bahawa kerajaan Persekutuan mempunyai "agenda" menggalakkan penduduk Filipina dan Indonesia untuk menjadi rakyat Sabah adalah bercanggah dengan keterangan mantan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Chong Kah Kiat; bahawa pihak Persekutuan tiada halangan semasa beliau menjadi Ketua Menteri Sabah berkaitan usaha "crackdown" pendatang Tanpa Izin di Sabah, malah semua agensi Persekutuan menyokong tindakan itu. Keterangan saksi ke-187 dan ke-188 hanya merupakan anggapan mereka sendiri dan "rasa" dendam mereka. Chong kah kiat ketika itu sangat giat membenteras kes pendatang asing ini. Beliau juga merupakan saksi di RCI sebelum ini.

Anonymous said...

Give credit to Musa Aman for working behind the scenes convincing all parties within UMNO Sabah to accept the RCI for the good of Sabah. Must congratulate the chief minister for his foresight to set up the Sabah BN committee on citizenship under the chairmanship of Pairin Kitingan which actually served as a catalyst in the formation of the RCI. It was really difficult for Musa as there were UMNO warlords within UMNO Sabah like Shafie Apdal with vested interest refusing the RCI and manipulating Putrajaya on the process.

asam jawa said...

Bekas Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM), Tan Sri Simon Sipaun mencadangkan agar masalah Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) di Sabah ditangani secara adil di semua negeri di negara ini.

asam jawa said...

Ketika memberi keterangan pada Prosiding Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai PATI di Sabah, beliau menegaskan PATI di Sabah merupakan isu nasional yang harus diselesaikan secara bersama dan bukan hanya di Sabah.

asam jawa said...

Merujuk kepada pemberian kad pengenalan Malaysia kepada orang luar, katanya Kerajaan mesti mengeluarkan formula yang perlu diguna pakai kepada pendatang termasuk mereka yang tidak mempunyai kerakyatan. Beliau turut menyambut baik cadangan penarikan dan pemberian semula kad pengenalan di Sabah untuk memastikan kesahihan kewarganegaraan seseorang.

asam jawa said...

Sementara itu, Naib Presiden Parti Maju Sabah, Datuk Chua Soon Bui memberitahu suruhanjaya itu, Kerajaan Negeri perlu dilibatkan dalam pengeluaran kerakyatan kepada pemohon di negeri ini.

asam jawa said...

Walaupun perkara tersebut tertakluk bawah bidang kuasa Jabatan Pendaftaran Negara, namun katanya adalah lebih baik kerajaan negeri turut berperanan sebagai konsultatif dalam perkara berkenaan.

Anonymous said...

Walaupun kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mempunyai kedudukan selesa kepentingan seluruh rakyat negeri ini berhubung masalah pendatang asing tanpa izin (Pati) yang berlarutan sejak sekian lama, dengan penuh ikhlas, ia menubuhkan sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk menangani perkara itu.

Anonymous said...

Kebanyakan pemimpin negeri, termasuk Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan individu di Sabah menyokong penubuhan RCI.

Anonymous said...

semua menyifatkan penubuhan RCI sebagai kemuncak bagi usaha memerangi isu Pati di Sabah secara habis-habisan

Anonymous said...

keberanian Najib menubuhkan suruhanjaya berprofil tinggi ini memberi nafas baharu kepada seluruh rakyat Sabah setelah sekian lama mereka dilanda isu ini.

Anonymous said...

Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail pernah memberi jaminan kepada rakyat Sabah bahawa kerajaan akan mengambil tindakan terhadap setiap laporan atau resolusi yang dibuat RCI berhubung Pati di Sabah.

Anonymous said...

THE MUCH anticipated Royal Commission of Inquiry (RCI) on Sabah’s illegal immigrant issue has just been announced by Najib Tun Razak. This is good news for Sabah and certainly a historic moment. Finally this issue after so many years is being investigated and given utmost attention by the Federal Government who is actually responsible for the mess Sabah is in today.

Anonymous said...

With this announcement it is confirmed that Dr Mahathir and Najib Tun Razak are at loggerheads.
Mahathir’s politically provocative statement on the eve of Najib’s announcement of the RCI was to create tension within BN Sabah and sabotage the RCI. Now it is proven that Dr Mahathir was all along making systematic attempts to change the political demography of Sabah under his adminstration at the expense of the local indigenous population. Dr Mahathir’s use of history to justify free movement of foreigners into Sabah is seriously flawed, and by his own logic, he seemed to justify the Philippines’ claim on Sabah.

Anonymous said...

I nevertheless give credit to Musa Aman for working behind the scenes convincing all parties within UMNO Sabah to accept the RCI for the good of Sabah. Must congratulate the chief minister for his foresight to set up the Sabah BN committee on citizenship under the chairmanship of Pairin Kitingan which actually served as a catalyst in the formation of the RCI.

Anonymous said...

It was really difficult for Musa as there were UMNO warlords within UMNO Sabah like Shafie Apdal with vested interest refusing the RCI and manipulating Putrajaya on the process.

Anonymous said...

Some time back some people have claimed that Sabah is replete with complex socio-politico problems because of the presence of millions of illegals and if not controlled in time then this wonderful creative race called Kadazan Dusun Murut (KDM) will disappear from the surface of the earth forever.

Anonymous said...

tuduhan terhadap CM hanyalah bersifat tuduhan yang tdk dibuktikan. semoga isu pati ini akan berjaya diselesaikan.

Anonymous said...

I understand why some people could think to this extent. Are the problems that Sabah have witnessed, especially in recent times, myriad enough to exterminate this intelligent and creative tribe? I do think such enormous and myriad problems have taken place in Sabah and its serious.

Anonymous said...

A national population census in 2010 showed an exponential 390 per cent increase in Sabah’s population from 636,431 citizens in 1970 to 3,120,040 citizens in 2010 ? more than double the national population growth of just 164 per cent. Of the 3.12 million Sabahans today, reports have estimated that 27 per cent are foreigners.

Anonymous said...

It is true that socio-political conflicts due to the huge number of illegals in the state has been taking place in Sabah and this has produced some good results rather than bad ones. I guess in the absence of these problems Sabahans would have not become more intelligent and conscious about their rights. Thus, problems can not be looked at cynically all the time.

Anonymous said...

Moreover we can not even imagine a society without problems. Only when the problems are out of hand and when the State exhausts all its energy in overcoming the problems at hand one can argue that problems are impediments to the development/progress of Sabah.

Anonymous said...

Until this stage is reached problems are in fact indispensable engines for pushing Sabahans to move forward. I feel that so many activists, so many social organizations and intellectuals would have not appeared on the soils of Sabah had the illegals gaining Malaysian citizenship via backdoor not happened.

Anonymous said...

It is also to be remembered that there will not be any society where every member fully conforms to the norms and established laws of the State. Having said so, it is also wrong on the part of the authorities if they shirk their responsibilities of solving problems that are being faced by the people.

Anonymous said...

Riding on the high sounding idea of ‘no absolute wrongs’ in the social life, people like Mahathir or groups responsible for allowing the illegals to swamp Sabah use their own peculiar discourses and through them they try to rationalize their actions even though these people know very well that such actions would hurt or affect the lives of the indigenous people of Sabah. Whatever be the context in which they situate their actions and justify their actions my strong contention is that no human actions should be at the expense of the ‘common good’ of Sabah.

Anonymous said...

Fortunately, the Musa government has been really capitalizing on the opportunities thrown by the various problems that inflict Sabah and trying to improve its performances and serve the people better each day that passes by. It knows well that there are in-built solutions in every problems and tries to ferret out the solutions tirelessly rather than wasting time and energy on playing blame or ‘passing the buck’ games.

Anonymous said...

Datuk Lajim Okim and Datuk Bumburing are examples of leaders who are playing blame games.

Humans are emotional so are the many participating members of Musa Aman’s government. But despite of many practical difficulties the leadership of this government, in many occasions, had tackled many sensitive socio-political issues and problems satisfactorily.

Anonymous said...

We have seen that the leadership of this government has never jumped into any hasty or irresponsible decisions. It never allows itself to be swept away or carried away by the quixotic emotional outbursts of other non-state stakeholders, including Dr Mahathir Mohamad or even 'Sultan Sulu' Akjan.

Anonymous said...

Instead the government tries to find or has found out solutions which are based on legal-rational principles, and are acceptable to all the parties. It steadfastly sticks to the moral and legitimate principle of democratic governance believing that the government is not for gratifying particular groups at the cost of welfare of the indigenous people.

Anonymous said...

Some may fret and fume about the existing State of affairs and fire barrage of diatribes inexorably against the handling of the illegals, against the handling of certain socio-political problems arising from the huge number of illegals and even the way the development programmes are being undertaken.

Bea Raymond Kisil said...

The much anticipated Royal Commission of Inquiry (RCI) on Sabah’s illegal immigrant issue has just been announced by Najib Tun Razak. This is good news for Sabah and certainly a historic moment. Finally this issue after so many years is being investigated and given utmost attention by the Federal Government who is actually responsible for the mess Sabah is in today. With this announcement it is confirmed that Dr Mahathir and Najib Tun Razak are at loggerheads.

Bea Raymond Kisil said...

Mahathir’s politically provocative statement on the eve of Najib’s announcement of the RCI was to create tension within BN Sabah and sabotage the RCI. Now it is proven that Dr Mahathir was all along making systematic attempts to change the political demography of Sabah under his adminstration at the expense of the local indigenous population. Dr Mahathir’s use of history to justify free movement of foreigners into Sabah is seriously flawed, and by his own logic, he seemed to justify the Philippines’ claim on Sabah.

Bea Raymond Kisil said...

I nevertheless give credit to Musa Aman for working behind the scenes convincing all parties within UMNO Sabah to accept the RCI for the good of Sabah. Must congratulate the chief minister for his foresight to set up the Sabah BN committee on citizenship under the chairmanship of Pairin Kitingan which actually served as a catalyst in the formation of the RCI. It was really difficult for Musa as there were UMNO warlords within UMNO Sabah like Shafie Apdal with vested interest refusing the RCI and manipulating Putrajaya on the process.

Bea Raymond Kisil said...

Some time back some people have claimed that Sabah is replete with complex socio-politico problems because of the presence of millions of illegals and if not controlled in time then this wonderful creative race called Kadazan Dusun Murut (KDM) will disappear from the surface of the earth forever. I understand why some people could think to this extent. Are the problems that Sabah have witnessed, especially in recent times, myriad enough to exterminate this intelligent and creative tribe? I do think such enormous and myriad problems have taken place in Sabah and its serious.

Bea Raymond Kisil said...

A national population census in 2010 showed an exponential 390 per cent increase in Sabah’s population from 636,431 citizens in 1970 to 3,120,040 citizens in 2010 ― more than double the national population growth of just 164 per cent. Of the 3.12 million Sabahans today, reports have estimated that 27 per cent are foreigners.

Bea Raymond Kisil said...

Then look at this figure, in 1960, Sabah population comprised 32% Kadazan-Dusuns, 23% Chinese, 15.8% other Muslims, 13.1% Bajaus, 5.5% Indonesians, 4.9% Muruts, 1.6% Filipinos and 0.4% Malays. But in 2006, the state’s ethnic composition changed drastically, comprising 25% non-citizens, 17.76% Kadazan-Dusuns, 14.62% other Bumiputeras, 13.4% Bajaus, 11.48% Malays, 9.6% Chinese, 4.8% others and 3.3% Muruts.

Bea Raymond Kisil said...

It is true that socio-political conflicts due to the huge number of illegals in the state has been taking place in Sabah and this has produced some good results rather than bad ones. I guess in the absence of these problems Sabahans would have not become more intelligent and conscious about their rights. Thus, problems can not be looked at cynically all the time. Moreover we can not even imagine a society without problems. Only when the problems are out of hand and when the State exhausts all its energy in overcoming the problems at hand one can argue that problems are impediments to the development/progress of Sabah. Until this stage is reached problems are in fact indispensable engines for pushing Sabahans to move forward.

Bea Raymond Kisil said...

I feel that so many activists, so many social organizations and intellectuals would have not appeared on the soils of Sabah had the illegals gaining Malaysian citizenship via backdoor not happened. It is also to be remembered that there will not be any society where every member fully conforms to the norms and established laws of the State. Having said so, it is also wrong on the part of the authorities if they shirk their responsibilities of solving problems that are being faced by the people.

Bea Raymond Kisil said...

Riding on the high sounding idea of ‘no absolute wrongs’ in the social life, people like Mahathir or groups responsible for allowing the illegals to swamp Sabah use their own peculiar discourses and through them they try to rationalize their actions even though these people know very well that such actions would hurt or affect the lives of the indigenous people of Sabah. Whatever be the context in which they situate their actions and justify their actions my strong contention is that no human actions should be at the expense of the ‘common good’ of Sabah.

Bea Raymond Kisil said...

Fortunately, the Musa government has been really capitalizing on the opportunities thrown by the various problems that inflict Sabah and trying to improve its performances and serve the people better each day that passes by. It knows well that there are in-built solutions in every problems and tries to ferret out the solutions tirelessly rather than wasting time and energy on playing blame or ‘passing the buck’ games. Datuk Lajim Okim and Datuk Bumburing are examples of leaders who are playing blame games.

Bea Raymond Kisil said...

Humans are emotional so are the many participating members of Musa Aman’s government. But despite of many practical difficulties the leadership of this government, in many occasions, had tackled many sensitive socio-political issues and problems satisfactorily.

Bea Raymond Kisil said...

We have seen that the leadership of this government has never jumped into any hasty or irresponsible decisions. It never allows itself to be swept away or carried away by the quixotic emotional outbursts of other non-state stakeholders, including Dr Mahathir Mohamad or even “Sultan Sulu” Akjan. Instead the government tries to find or has found out solutions which are based on legal-rational principles, and are acceptable to all the parties. It steadfastly sticks to the moral and legitimate principle of democratic governance believing that the government is not for gratifying particular groups at the cost of welfare of the indigenous people.

Bea Raymond Kisil said...

Some may fret and fume about the existing State of affairs and fire barrage of diatribes inexorably against the handling of the illegals, against the handling of certain socio-political problems arising from the huge number of illegals and even the way the development programmes are being undertaken. But my logical question is how many of them have seen any better government than the earlier three governments USNO, Berjaya and PBS, under the present leadership. I know that I may not be politically correct to say this but I am saying this without any political leanings to any parties.

Bea Raymond Kisil said...

At the development front I do not see any inadequacy in the policies and programmes being pursued by the government. So, let us learn to call a spade a spade and appreciate the hard work put in by this Musa government. I also do not find any inadequacy or serious shortcomings in the measures contemplated or taken up by the leadership to address many of the gnawing socio-political problems i.e. due to the presence of millions of illegals in the state.

Bea Raymond Kisil said...

It is important for us to remember that many of the socio-political problems we witness today due to the illegals in Sabah do not come into existence in a day. This means that we can not afford to have quick fix solutions. Rather we need to find out the lasting solutions. This fact, it seems, is very much known to the leadership of the Sabah government. Musa knows he is answerable to the people.

Bea Raymond Kisil said...

And as we all know GE13 is just round the corner and in any democratic set up the people are sovereign and people can deny their elected leaders a chance to become their representatives again if they feel that he or she does not live up to their expectations. Apparently Musa Aman know these democratic processes and values quite well and have outperformed his predecessors in duties of serving the people of Sabah and the Natives specifically.

Bea Raymond Kisil said...

Here, I can not help eulogizing Musa Aman for his political acumen and statesmanship. Under his leadership and guidance the present government has succeeded in getting the RCI on Illegals and has also succeeded attracting unprecedented developmental activities and is, relentlessly, endeavouring to lift the State to the status of one of the most developed States in the country. Take my hats off to the Chief Minister of the State.

Bea Raymond Kisil said...

Like any other leader Musa Aman may also be fallible. But one may not be doing any justice on one’s part if he or she is hell bent on critiquing his shortfalls unmindful of or forgetting about all the invaluable services that he has rendered so far in spite of the various constraints/limitations that he confronts with while governing this complex multi-ethnic society with their divergent vested interests.

Bea Raymond Kisil said...

It can also be sensed that Musa is very much familiar with the concept of ‘micro power politics’. As this element is present in all spheres of politics. And to my observation and belief Musa is well aware of the fact that until and unless the differences that arise out of the power politics at the micro level i.e. among his elected colleagues of his own party UMNO or otherwise, are resolved first, no solutions could be found out to the problems at the macro level. He has dealt with most of the problems that exists at the governmental level successfully and is able to steer his last two coalition governments for two complete terms, 2004 and 2008.

Bea Raymond Kisil said...

10 years as Chief Minister, being a seasoned statesman rising above the petty politics he shepherds the transition of Sabah towards the pinnacle of development. His mind boggling personal charisma and aura reach far beyond the boundaries of the State. His many bold decisions against the odds and his ‘never-buckle-under pressure-tactics’ quality least bothering about such actions may make more political foes than friends endear himself to many Sabahans. He is a ‘cult figure’ in the hearts of many of his admirers in the state.

Bea Raymond Kisil said...

Musa Aman is well aware of the fact that in democracy there is no place for those power elites i.e. Yang Berhormats who try to monopolize the power and the state machineries to their own personal aggrandizement. He makes his colleagues realize that in democracy none of them could remain in power if they do not go in tandem with aspirations of the people. That is the one obvious reason why Musa Aman could win a thumping majority in the last general election in 2008 where he won 59 out of the 60 state seats.

Bea Raymond Kisil said...

Problems are bound to be there. Heroes are those extraordinary humans who fight not only the evils but also who always try to solve the problems or hardships that people face. And to me Chief Minister Musa Aman is a hero. The leadership of the present government had shown in earlier occasions that it believed in the ‘virtues of adversity”. It knows well that if it could not meet the adversities with responsible responses it shall perish. Therefore the leadership of the present government has, time and time again, shown the grit, sagacity, skills and other bold decisions as responses to deal with the situations or challenges which rear its ugly head just like phoenix rising from the ashes.

Bea Raymond Kisil said...

In earlier occasions the government might have faced some difficulties as to how to deal with such situations. It must have really racked its head over the solutions. But as time passes by it is able to have explored really well thought out responsible responses to deal with all the challenges. I am citing the RCI as an example.

Bea Raymond Kisil said...

Extraordinary people are those who face the challenges and adversities with extraordinary ingenuity and with the only available resources boldly rather than meekly surrender. Sabah government under the able and extraordinary leadership of Musa Aman, have met with all the challenges all the turbulent phases daringly and fearlessly and on every occasion it came out victorious and triumphant. The main reason of the success of the leadership of this government, I believe, is that it has faith in the core values of democracy and always capitalizes on the ‘virtues of adversities’.

Bea Raymond Kisil said...

The present Sabah government is an epitome of statesmanship and democratic values. At the end I have to confess that this small write-up is not an insider’s comment on the workings of the government. It is just a common man’s observation.

mantera said...

Musa tidak perlu risau kerana dia mmg tidak terlibat dalam isu ini. lagipun Musa jg ada ambil peranan dalam menyokong penubuhan RCI

Anonymous said...

trpulag pada Musa samada nak memberi keterangan atau tidak dalam RCI, dia tidak perlu risau

mantera said...

kenyataan Chong melibatkan Musa dgn projek IC tidak ada bukti dan asas pun.. dia tu main sembarang saja buat tuduhan

mantera said...

kalau Musa tidak sokong penubuhan RCI dan menyakin semua pemimpin UMNO untuk tubuhkan RCI, RCI takkan ditubuhkan.

mantera said...

kerana Musa jglah RCI di tubuhkan

kamal said...

musa aman memainkan peranan yang penting untuk menubuhkan RCI tersebut..beliau memberikan sokongan penuh kepada penubuhan RCI..

zambri said...

ada kemungkinan juga tuduhan ini dibuat untuk menjatuhkan imej dan kredibiliti musa aman selaku KM sabah setelah kemenangan BN di sabah pada pru13..

zambri said...

tanpa bukti kukuh, tuduhan terhadap KM sabah hanyalah tuduhan yang tidak berasas yang bermotifkan politik..

asam jawa said...

musa tidak perlu memberi keterangan tentan masalah ini, ada pihak yang sengaja memburuk-burukkan nama musa kita harus menunggu hasil siasatan dari Suruhanjaya Siasatan Diraja.

asam jawa said...

pembankang tidak perlu menggangu kerja-kerja siasatan dari Suruhanjaya Siasatan Diraja.

asam jawa said...

ada pihak yang tidak berpuas hati dalam kerajaan yang suka membuat fitna terhadap musa.Mantan Pemimpin PBS Dr Chong Eng Leong ada lah duri dalam badan kerajaan...

nab said...

Datuk Radin Malleh mencadangkan kepada Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI)“Batalkan dokumen pengenalan IMM13 bagi warga negara Filipina di Sabah”.

nab said...

Jelas beliau, pengeluaran IMM13 pada masa kini tidak seharusnya berlaku.

nab said...

Sehubungan itu, katanya warga Filipina berkenaan harus kembali ke negara asal.

nab said...

Datuk Radin yang juga Menteri Pembangunan Luar Bandar turut mencadangkan PATI yang mendapat dokumen kerakyatan secara haram perlu dihantar semula ke negara asal masing-masing.

nab said...

Beliau turut menyokong cadangan bekas Peguam Besar Negeri, Tan Sri Herman Luping agar sindiket atau ejen pemberi dokumen secara haram didakwa mengikut kod jenayah berbeza dan dibicara di mahkamah terbuka.

uno said...

It doesn't make sense if Musa was involved in the project IC. RCI is impossible to be set up without the support of Musa.

uno said...

If Musa is involved, then its not impossible for Chong to be involved too .

Anonymous said...

This problem could have been solved earlier if it has been addressed when it first started.

Anonymous said...

Musa is guilty till it is proven. Statement that has been made by any witnesses is not enough to prove that he is guilty.

Anonymous said...

kita harus meyokong RCI, jgn ada memperlekehkan RCI

asam jawa said...

kerja pembangkang ini hanya tahu membut fitna saja.. cakap ikut neluri hati saja.. cakap tidak ada fakta..

asam jawa said...

masalah ini tidak perlu lah pihak pembangkan nak perbasar-besarkan, pihak rci tahu untuk membuat kerja merika.

asam jawa said...

musa juga telah menyokon penubuhan rci... masalah pati ini tidak boleh di salah kan di sebalah pihak saja.. masalah ini harus dibincang bersama.

asam jawa said...

Chong Eng Leong ini sengaja memberi masalah kepada musa.. dia ini menyimpan dendam lama dalam politik lama.

kesundalan said...

Banyak lagi yang sedang mengawai pergerakan Musa ni tapi main tapuk2 pasal takut. Cabar ba kita.

sundalkerna said...

Saya rasa soalan ini patut diutarakan oleh Steve Shim sendiri

baubadan said...

Dia memang tidak sempurna namun dia tahu apa kelemahan dirinya sendir

Kemang said...

KALAU ANWAR BUAT PENAFIAN, SENANG SAJA MEDIA PEMBANGKANG BUAT PENAFIAN.. TAPI BILA PEMIMPIN BN BUAT PENAFIAN, MACAM2 PERSOALAN MEREKA BANGKITKAN..

Kemang said...

TIDAK HERANLAH DR CHONG MARAH DENGAN MUSA AMAN DAN UMNO KERANA ORANG TUA ITU MASIH BERDENDAM DENGAN UMNO EKORAN SIKAP BELIAU YANG ENGGAN MENERIMA KEKALAHAN.. DR CHONG MEMANG SEBIJI MACAM ANWAR IBRAHIM.. BILA KALAH, MACAM2 FITNAH DIA TABUR..

Kemang said...

JIKA BENAR MUSA AMAN TERLIBAT, DR CHONG SEPATUTNYA MENGEMUKAKAN BUKTI2 KUKUH BUKAN SEKADAR BERDASARKAN KENYATAAN DARI PENJENAYAH SEPERTI JABAR KHAN..

Kemang said...

BAGAIMANA PULA DENGAN PENGLIBATAN ANWAR IBRAHIM?? BUKANKAH BELIAU JUGA PERNAH MEMGANG JAWATAN PENTING DALAM PERSEKUTUAN PADA WAKTU PROJEK IC INI BERMULA?? DANA BUKANKAH ANWAR PERNAH MEMBANTAH PENUBUHAN RCI??

Kemang said...

PEMIMPIN2 BN SABAH, TERMASUKLAH DATUK MUSA AMAN TIDAK PERNAH MEMBANTAH PENUBUHAN RCI.. MALAHAN MENGGALAKKAN PENUBUHANNYA BAGI MENYELESAIKAN MASALAH INI.. JESTERU, KESUNGGUHAN DATUK MUSA AMAN DAN PEMIMPIN2 BN YANG LAIN DALAM MENYELESAIKAN MASALAH INI SEPATUTNYA DILIHAT SECARA POSITIF OLEH SEMUA PIHAK..

Premium said...

Pembangkang tidak henti2 mempolitikkan isu RCI ini kerana penubuhan RCI itu sendiri berjaya menarik sokongan rakyat untuk terus memberikan mandat kepada Barisan Nasional.. pembangkang selama ini tidak pernah menyangka bahawa kerajaan BN berani menubuhkan RCI, jesteru tidak heranlah para pemimpin pembangkang seolah2 meroyan sejak RCI dilaksanakan..

Premium said...

eleh.. Musa sudah nafikan tuduhan Dr Chong.. kalau Dr Chong tidak puas hati, dedahkan saja bukti dan buat laporan polis..

Premium said...

kadang kala sikap pemimpin2 pembangkang negara ini bikin rakyat meluat.. nasib banduan dalam penjara dibela habis2an.. penjenayah yang masih berkeliaran, pura2 tidak nampak.. jika berlaku apa2 terhadap banduan atau jenayah yang dilakukan penjenayah, isu itulah yang akan dimainkan oleh pembangkang untuk menyerang kerajaan BN.. sebab itu sindiket projek IC yang didalangi pegawai JPN tidak pernah diungkit oleh pembangkang.. memang sudah menjadi objektif mereka untuk menyelamatkan penjenayah sebenar.. sebaliknya pihak yang cuba menyelesaikan masalah itu pula yang dianggap sebagai penjenayah..

andy said...

janganlah percaya 100% kepada semua testimoni yang diberikan oleh para saksi RCI, kerana mereka mungkin juga mempunyai agenda tersendiri.

katy said...

yes, all the witnesses presented in the RCI must also be identified in advance.

Anonymous said...

janganlah kita percaya akan semua keterangan yang diberikan oleh saksi terhadap Musa dalam perbicaraan RCI ini

Anonymous said...

Mungkin Musa tidak mempunyai apa-apa kaitan sama sekali mengenai Projek IC yang diperkatakan oleh Dr Chong Eng Leong itu

Anonymous said...

jika tidak, manakan pula Musa mahu bersetuju dan menyokong penubuhan RCI ini pada awalnya?

julian said...

janganlah kita cepat membuat kesimpulan tanpa bukti yang sahih terhadap KM kita..

julian said...

harus kita ingat bahawa RCI masih sedang dijalankan dan para panel masih dalam penyiasatan mereka.

jai said...

kebanyakkan saksi-saksi yang dipanggil semuanya dari pihak kerajaan atau pro-kerajaan, mungkin sudah tiba masanya pihak lawan atau anti-kerajaan seperti Anwar dipanggil untuk hadir sebagai saksi dalam perbicaraan RCI ini.

Anonymous said...

ya, sokong...mengapa tidak kalian semua menggesa agar Anwar mengakui penglibatannya dalam projek IC, rasuah, akaun asing, liwat dan lain2?

Anonymous said...

Dr Chong sendiri tidak mempunyai bukti-bukti yang kukuh untuk mengaitkan Musa dengan IC projek

Anonymous said...

apa yang Dr Chong ada hanyalah berdasarkan maklumat yang dikumpulkan daripada Jabar Khan yang sebelum ini ditahan di bawah ISA tindakan ..

CT said...

Before you want to believe the allegations of Dr Chong Eng Leong and his comrades, try to see how many of Sabahans who do not even have their IC yet

CT said...

Based on the latest information last year, the Director of National Registration Department, Datuk Haji Jaffear Henry says that there are over 50,000 poor Sabahans who do not have MyKad because they live in a far remote area

kenji said...

ya betul, walaupun fakta ini disangkal oleh penulis kontroversi Allahyarham Mutalib MD dimana menurut kajiannya lebih 500,000 rakyat Sabah yang berusia 12 tahun ke atas tidak memiliki MyKad, namun fakta ini cukup untuk menjelaskan fungsi sebenar Jawatankuasa Khas yang diketuai oleh Datuk Musa Aman pada tahun 1991.

anie said...

kita patut berterima kasih kepada agensi-agensi kerajaan kerana sebilangan besar mereka telah menjalankan tugas masing-masing dengan prestasi yang cemerlang di mana membuktikan bahawa kerajaan negeri adalah serius dalam menyelesaikan masalah-masalah di Sabah ini.

Munyir said...

Dr Chong tidak sepatutnya cuba menjatuhkan maruah kerajaan tetapi seharusnya memuji langkah-langkah kerajaan yang cuba sedaya-upaya untuk membanteras dan mencegah isu-isu berbangkit seperti PATI dan Project IC daripada merebak lebih teruk

Anonymous said...

kegiatan "menjual" kedaulatan negara oleh 15 orang pegawai pendaftaran dan 25 orang awam melalui penahanan dibawah akta ISA adalah salah satu kejayaan yang besar pernah dilakukan oleh kerajaan kita

Anonymous said...

selain itu, kerajaan juga telah melakukan pelbagai aktiviti mengusir sehinggalah kepada penubuhan RCI ini...

Pin said...

Kita percaya bahawa Datuk Musa akan menegakkan kebenaran dalam tuduhan tersebut.

Pin said...

Dr Chong sendiri tidak ada bukti untuk mengaitkan Datuk Musa. Jadi, itu boleh dikatakan sebagai satu fitnah semata-mata.

nana said...

semoga penubuhan RCI berkesan menangani masalah PATI dan Project IC di Sabah...

Anus War said...

Dr Chong Eng Leong harus bersedia menerima surat saman dari Musa Aman kerana tindakannya yang hanya mahu meraih populariti.

Anus War said...

Sepatutnya Anwar perlu menasihatkan pengikutnya agar berdiam diri, supaya beliau tidak perlu memberikan keterangan dalam penyiasatan R.C.i ini.

facepalm said...

Dr. Chong hanya mahu perhatian dari pihak kerajaan diatas tuduhan tanpa asas beliau itu, kerana dalam PKR dia hanya orang suruhan.

Dr. Love said...

Kenapa dulu Dr Chong Eng Leong berada dalam PBS, & sekarang dalam PKR... sebab utama ialah manusia ini tiada pendirian, perlukah kita mempercayai orang sebegini?

Anonymous said...

Musa Aman pasti akan memberikan kerjasama dalam Siasatan diraja ini, tuduhan penulis artikel ini iaitu' mungkin ada orang UMNO tidak akan menyukainya" sangatlah keanak-anakan... grow up lah.

Yusuf taiyob said...

Kerajaan bukan seperti pembangkang yang sering melindungi KAWANYA yang berbuat salah, contohnya memang ANWAR menyokong ISRAEL, tapi rakan mereka PAS, & DAP tidak pula banyak bising.

Anonymous said...

Orang seperti Dr Chong Eng Leong harus meminta maaf kepada Musa, kerana tindakan menuduhnya seperti itu amat tidak professional, harap Musa memaafkan Dr. gila nama ini di bulan yang mulia ini.

Anus War said...

Pelbagai usaha pihak pembangkang mahu menhjatuhkan/memburukkan pihak kerajaan, termasuklah sanggup menuduh tanpa bukti, macam kes 40k pengundi bangla... tiada bukti, & mujur kerajaan yang prihatin tidak menyaman mereka (pembangkang).

Salleh said...

Sya amat hairan, mengapa Dr Chong Eng Leong menuduh Anwar yang pernah menjadi timbalan perdana Menteri suatu ketika dulu? Walau pun tidak tahu sejauh mana kebenarannya projek i.c ini, tapi kena adil lah... Dr Chong Eng Leong juga patut tuduh Anwar, jangan kerana Anwar juga dalam PKR, kamu diam2 seperti anjing jinak.

Salleh said...

Mungkin semasa Dr.Chong tidak dapat jawatan yang dikehendakinya di dalam PBS, & apabila lompat ke PKR, dia membalas dendam dengan memburuk-burukan kerajaan.

Pencil berdarah said...

Dr. Chong mungkin terlibat dalam project i.c ini, biasanya orang yang menuduh inilah yang terlibat.

Anus War said...

R.C.i berkenaan menyiasat pendatang tanpa izin ini, adalah usaha kerajaan Negeri Sabah, adalah tidak logik sama sekali jika Musa Aman terlibat, adakah Dr. Chong ini sudah tidak waras???

RedBeanArmy said...

Terfikir juga apa sumbangan Dr. Chong Eng dalam membanteras pentang tanpa izin di Sabah ini? Kalau hanya tahu menuduh, & memburukkan keadaan, lebih baik kamu diam saja la.

Anus War said...

Kenapa apabila kerajaan mahu berbuat sesuatu yang baik, para golongan PKR ini selalu mencari kesalahan, bila kesalahan tidak dapat dicari... mereka akan menuduh pula... amat bodoh sombong.

khairul said...

setakat ini tiada kebenaran dalam apa yang didakwa oleh dr chong kepada musa aman..bukti pun tiada..dakwaan dr chong ini lebih dilihat sekadar mahu memburukkan-burukkan UMNO dan musa aman berikutan perasaan dendam dr chong kepada UMNO..

ah meng said...

dr chong memanipulasikan RCI untuk kepentingan politik pembangkang...juga sebagai platform untuk membalas dendam...

jemu said...

dalam banyak2 saksi RCI, hanya Chong saja yang mengaitkan musa aman dengan isu projek IC...pasti ada sebab...sekarang anwar secara tiba2 pula menawarkan diri sebagai saksi...ada komplot tersembunyi ni..

RedBeanArmy said...

Sampai Roderick Fernandez yang sudah bersara pun mahu menolong Ketua Menteri Sabah, diharap bekas peguam besar Sabah Roderick Fernandez dapat membawa Chong Eng Leong ini ke muka pengadilan, kerana keceluparan mulutnya.

Pewira Sabah said...

R.C.i telah membuka banyak pendedahan berkenaan pihak yang tidak bertanggungjawab dalam memberi i.c palsu kepada pendaang tanpa izin ini, tapi pihak pembangkang seperti chong eng leong seperti mahu merosakkan siasatan diraja ini, dengan menuduh Ketua Menteri Sabah, iaitu orang yang mencadangkan R.C.i itu sendiri, pertuduhan chong eng leong seperti kelakuan orang yang menggelak kesalahan sendiri.

Faizal said...

Saye ni berasal dari Johor, boleh dikatakan Sabah ini beruntung kerana R.C.i telah diluluskan di Sabah, sisatan diraja ni sangat susah diluluskan, pada pandangan saye Dr Chong yang dari Pakatan Rakyat ini ada agenda tersembunyi, dia telah memalukan diri sendiri dengan menuduh orang tanpa bukti, & menghina R.C.i ini sendiri.

Anus War said...

Sudah menuduh tanpa bukti, chong eng leong dari PKR ni melibatkan Jabarkan Napi pula, dia betul2 mahu orang dalam kerajaan ini bergaduh sesama sendiri, inikah car PKR meraih undi???

Saiful said...

Blogger Kelapa Mawar ini walaupun anti kerajaan, kamu harus tahu, menuduh orang tanpa bukti yang nyata adalah sau dosa, & memburukkan keadaan, kalau dengan menggunakan mulut sahaja boleh menuduh orang, jadi apa yang keluar dari mulut Saiful (yang diliwat secara paksa oleh Anwar Bin Ibrahim) adalah BENAR!

Amran Shah said...

Mentang2 lah siasatan diraja ini orang tidak boleh disaman ketika bersuara, pihak pembangkang dari PKR seperti CHONG ENG LEONG ni mengambil kesempatan melakukan fitnah.

*komen dari penyokong kuat kerajaan Daerah Kudat.

Jainad Omar said...

Kalau Musa Aman memberikan keterangan nanti, dia pasti memberikan kerjasama sepenuhnya, tidak seperti chong eng leong yang dari PKR hanya tahu menyebarkan fitnah seperti tuanya Anwar.

Sintak said...

Saya rasa blogger ini juga penyokong kuat kerajaan kerana dia berbangsa Iranun, kerana majoriti rakyat berbangsa Iranun berasal dari Kota Belud, & kemenangan Rahman Dahlan dari BN telah membuktikanya.