Wednesday, December 28, 2011



Saya, DATUK DR JEFFREY @ GAPARI KATINGAN @ GEOFFREY KITINGAN No. KPT: 471022-12-5367 membuat laporan polis ini atas kapasiti saya sebagai Timbalan Pengerusi Parti Keadilan Rakyat dan Pembayar Cukai yang merasakan adalah menjadi tanggung jawab saya melaporkan kegiatan Jenayah, Pecah Amanah, Salah Laku, Salah Guna Kuasa dan Rasuah agar pihak POLIS dapat men-jalankan siasatan serta mengambil tindakan sewajarnya terhadap KETUA MENTERI SABAH, DATUK SERI MUSA HAJI AMAN, merangkap MENTERI KEWANGAN SABAH merangkap Ketua Perhubu-ngan UMNO Sabah yang secara sedar telah melakukan kesalahan mengikut Seksyen 161, Bab IX, Akta 574, Kanun Acara Jenayah (Pindaan 1997); Seksyen 12 (1), (a), (B), ©, (d) Bahagian III Akta Pencegahan Rasuah 1997; Seksyen 15 (1), (2), (3) Akta Pencegahan Rasuah 1997; Seksyen 8(1) Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960; Seksyen 4 (1) (a), (B) Bahagian II, Akta 613 AKTA PENCEGAHAN PENGUBAHAN WANG HARAM 2001; Akta 372, Akta Bank & Institusi Kewangan 1989; Seksyen 2(1) dan Seksyen 2 (2) Ordinan 22 (KUASA-KUASA PERLU) Darurat, 1970 dan sebagainya. Kenyataan Lengkap saya disertakan bersama ini.

DATUK DR JEFFREY KITINGAN
Timbalan Ketua Perhubungan PKR Sabah

PKR/TP/JK/PDRM/01 19 Mac 2007 
Ketua Polis Daerah,
Ibu Pejabat Polis Daerah,
Karamunsing,
88300 KOTA KINABALU

Tuan, 

LAPORAN POLIS KES JENAYAH, PECAH AMANAH & RASUAH KETUA MENTERI SABAH

Dengan segala hormatnya saya ingin menarik perhatian tuan berhubung perkara di atas. 

SUKACITA saya sekiranya tuan dapat menerima laporan ini sebagai LAPORAN POLIS dan menjalankan siasatan serta mengambil tindakan sewajarnya terhadap KETUA MENTERI SABAH, DATUK SERI MUSA HAJI AMAN, merangkap MENTERI KEWANGAN SABAH merangkap Ketua Perhubungan UMNO Sabah kerana telah MELAKUKAN JENAYAH, PECAH AMANAH, RASUAH DAN SALAHGUNA KUASA mengikut Seksyen 161, Bab IX, Akta 574, Kanun Acara Jenayah (Pindaan 1997); Seksyen 12 (1), (a), (B), ©, (d) Bahagian III Akta Pencegahan Rasuah 1997; Seksyen 15 (1), (2), (3) Akta Pencegahan Rasuah 1997; Seksyen 8(1) Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960; Seksyen 4 (1) (a), (B) Bahagian II, Akta 613 AKTA PENCEGAHAN PENGUBAHAN WANG HARAM 2001; Akta 372, Akta Bank & Institusi Kewangan 1989; Seksyen 2(1) dan Seksyen 2 (2) Ordinan 22 (KUASA-KUASA PERLU) Darurat, 1970 dan sebagainya.

Bersama ini disertakan 25 Tuduhan dan beberapa salinan bukti penglibatan beliau dalam kes ini untuk rujukan dan tindakan tuan selanjutnya.

Sekian, Terima Kasih.

Saya Yang Menjalankan Amanah Rakyat,

(Signed)

DATUK DR JEFFREY KITINGAN
Timbalan Pengerusi Perhubungan PKR Sabah

LAPORAN POLIS KES JENAYAH, PECAH AMANAH & RASUAH KETUA MENTERI SABAH

[b]TUDUHAN PERTAMA:

Telah menggunakan kedudukannya sebagai Ketua Menteri Sabah dan Men-teri Kewangan Sabah ’mendesak’ Kabinet Negeri Sabah meluluskan Kontrak Pengswastaan Skim Bekalan Air Sandakan Fasa II Secara ’Design & Build’ kepada syarikat proksinya, CITY BEST CORPORATION SDN.BHD. bernilai RM450 Juta. Musa secara sedar mengetahui bahawa syarikat berke-naan TIDAK MEMPUNYAI PENGALAMAN dan modal untuk menjalankan projek berkenaan melainkan surat jaminan kredit sejumlah RM500 Juta dari-pada United Overseas Bank (Malaysia) Berhad. Ketika itu syarikat berke-naan masih mempunyai pinjaman sejumlah RM3.4 juta dengan bank berke-naan berbanding modal berbayar syarikat berkenaan hanya RM63,000 pada 26 Februari 2004. Syarikat ini diterajui oleh LAWRENCE CHU JAN TOW, proksi beliau. Sehubungan itu Musa telah melakukan Pecah Amanah kerana gagal memastikan akauntabiliti kerajaan secara efektif, efisen dan ekonomi dengan melantik syarikat TIDAK BERPENGALAMAN dan menggunakan kedudukannya untuk mempengaruhi Jemaah Kabinet Menteri Sabah mengikut Seksyen 161, Bab IX, Akta 574, Kanun Acara Jenayah (Pindaan 1997). Musa juga telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 15 (1), (2), (3) Akta Pencegahan Rasuah 1997.



CABUTAN KERTAS KABINET 2004

2.1 Kabinet telah meluluskan pelaksanaan Bekalan Air Sandakan Fasa II berharga RM450 juta pada 28 Januari 2004. Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan telah diminta untuk mengenalpasti syarikat yang sesuai dan seterusnya melantiknya agar pelaksanaan projek tersebut dapat dimulakan secepat mungkin. 

3.1 Syarikat CITY BEST CORPORATION telah dikenalpasti sebagai syarikat yang sesuai untuk melaksanakan projek berkenaan.... 

3.2 Syarikat berkenaan mempunyai kewangan yang mencukupi untuk membiayai projek ini. Selain daripada kewangan sendiri, syarikat berkenaan telah mendapat surat sokongan kewangan daripada United Overseas Bank (Malaysia) Berhad bertarikh 24 Februari 2004 yang memaklumkan bank berkenaan sanggup untuk mempertimbangkan pakej kewangan berjumlah RM500 juta....

4.1 Dengan hormatnya Jemaah Kabinet diminta untuk mengambil perhatian tentang perlantikan syarikat CITY BEST CORPORATION dan seterusnya memperkenankan perlantikan tersebut. 



TUDUHAN KEDUA:

Telah menggunakan kedudukannya sebagai Ketua Menteri Sabah dan Menteri Kewangan Sabah ’mengarah’ Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan Negeri Sabah, Datuk Hj. S. Abdillah S Hassan mempengaruhi Pengarah Jabatan Kerjaraya Negeri Sabah, Datuk David S.S.Chiu agar memberikan Konsesi kontrak Penyelenggaraan Jalan-Jalan JKR di Sabah Selama 15 Tahun bernilai RM600 Juta tanpa TENDER TERBUKA kepada syarikat proksinya, GLOBINACO SDN.BHD. yang dimiliki oleh LAWRENCE CHU JAN TOW juga. Musa secara sedar telah mengetahui bahawa syarikat berkenaan yang mempunyai modal berbayar RM1.1 juta tidak mampu mengendalikan projek berkenaan dan Musa meletakkan kerajaan negeri di dalam keadaan berhutang RM45 juta setahun kepada syarikat proksinya. Sehubungan itu Mu-sa telah melakukan kesalahan mengikut Seksyen 161, Bab IX, Akta 574, Kanun Acara Jenayah (Pindaan 1997) dan Seksyen 15 (1), (2), (3) Akta Pen-cegahan Rasuah 1997.



TUDUHAN KETIGA:

Telah menggunakan kedudukannya sebagai Ketua Menteri Sabah dan Menteri Kewangan Sabah ’mengarah’ Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan Negeri Sabah, Datuk Hj. S. Abdillah S Hassan mempengaruhi Pengarah Jabatan Kerjaraya Negeri Sabah, Datuk David S.S.Chiu agar memberikan Konsesi kontrak HQ 120/2003 (S) Penyelenggaraan Jalan Pantai Meligan di Sipitang, Sabah Selama 3 Tahun bernilai RM18 Juta tanpa TENDER TERBUKA kepada syarikat proksinya, JATRAYISAN CORPORATION SDN. BHD. yang dimiliki oleh adik LAWRENCE CHU JAN TOW iaitu PATRICK CHU JEN YU dan LAWRENCE CHU JAN TOW menjadi Setiausaha Syarikat. Musa secara sedar telah mengetahui bahawa syarikat berkenaan yang mempunyai modal berbayar RM300,000 sahaja tidak mampu mengendalikan pro-jek berkenaan dan Musa meletakkan kerajaan negeri di dalam keadaan berhutang RM6 juta setahun kepada syarikat proksinya. Sehubungan itu Musa telah melakukan kesalahan mengikut Seksyen 161, Bab IX, Akta 574, Kanun Aca-ra Jenayah (Pindaan 1997) dan Seksyen 15 (1), (2), (3) Akta Pencegahan Rasuah 1997.


TUDUHAN KEEMPAT:

Telah menggunakan kedudukannya sebagai Ketua Menteri Sabah dan Men-teri Kewangan Sabah ’mengarah’ Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan Negeri Sabah, Datuk Hj. S. Abdillah S Hassan mempengaruhi Pengarah Jabatan Kerjaraya Negeri Sabah, Datuk David S.S.Chiu agar memberikan Konsesi kontrak HQ 193/2003 (S) Penyelenggaraan Jalan Nabawan-Se-pulot-Agis, di Keningau, Sabah Selama 3 Tahun bernilai RM10 Juta tanpa TENDER TERBUKA kepada syarikat proksinya, JATRAYISAN CORPORATION SDN. BHD. yang dimiliki oleh adik LAWRENCE CHU JAN TOW iaitu PATRICK CHU JEN YU dan LAWRENCE CHU JAN TOW menjadi Setiausaha Syarikat. Musa secara sedar telah mengetahui bahawa syarikat berke-naan yang mempunyai modal berbayar RM300,000 sahaja tidak mampu me-ngendalikan projek berkenaan dan Musa meletakkan kerajaan negeri di dalam keadaan berhutang RM3.2 juta setahun kepada syarikat proksinya. Sehubungan itu Musa telah melakukan kesalahan mengikut Seksyen 161, Bab IX, Akta 574, Kanun Acara Jenayah (Pindaan 1997) dan Seksyen 15 (1), (2), (3) Akta Pencegahan Rasuah 1997.


TUDUHAN KELIMA:

Telah menggunakan kedudukannya sebagai Ketua Menteri Sabah dan Men-teri Kewangan Sabah ’mengarah’ Kementerian Kerja Raya Malaysia menyenaraikan projek Membina Jalan Dari Donggongon-Papar Spurs Secara ’Design and Build’ bernilai RM200 Juta tanpa TENDER TERBUKA kepada syarikat proksinya, KENATEX SDN.BHD. yang dimiliki oleh ahli keluarga LAWRENCE CHU JAN TOW, iaitu CHU KOK KENG dan CHU SOONG TAU. Musa secara sedar telah mengetahui bahawa syarikat berkenaan yang mem-punyai modal berbayar RM750,000 sahaja tidak mampu mengendalikan projek berkenaan dan Musa meletakkan kerajaan negeri di dalam keadaan berhutang RM200 juta kepada syarikat proksinya. Sehubungan itu Musa telah melakukan kesalahan mengikut Seksyen 161, Bab IX, Akta 574, Kanun Acara Jenayah (Pindaan 1997) dan Seksyen 15 (1), (2), (3) Akta Pencegahan Rasuah 1997.


TUDUHAN KEENAM:

Telah menggunakan kedudukannya sebagai Ketua Menteri Sabah dan Men-teri Kewangan Sabah ’mengarah’ Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan Negeri Sabah, Datuk Hj. S. Abdillah S Hassan mempengaruhi Pengarah Jabatan Kerjaraya Negeri Sabah, Datuk David S.S.Chiu agar memberikan kontrak Penyelenggaraan Jalan Jeroco, di Lahad Datu, Sabah Selama 3 Tahun bernilai RM9.5 Juta melalui PENGECUALIAN TENDER kepada syari-kat proksinya, CITY BEST CORPORATION SDN. BHD. yang dimiliki oleh LAWRENCE CHU JAN TOW. Musa secara sedar telah mengetahui bahawa syarikat berkenaan yang mempunyai modal berbayar RM10,000 sahaja tidak mampu mengendalikan projek yang ’DIANUGERAHKAN’ dan Musa meletak-kan kerajaan negeri di dalam keadaan berhutang RM3.2 juta setahun kepada syarikat proksinya. Sehubungan itu Musa telah melakukan kesalahan mengi-kut Seksyen 161, Bab IX, Akta 574, Kanun Acara Jenayah (Pindaan 1997) dan Seksyen 15 (1, (2), (3) Akta Pencegahan Rasuah 1997.



TUDUHAN KETUJUH:

Telah menggunakan kedudukannya sebagai Ketua Menteri Sabah dan Men-teri Kewangan Sabah ’memberi tekanan’ kepada Menteri Kewangan II Malaysia, Tan Sri Noor Mohamed Yaakub agar membatalkan kelulusan projek membina LAPANGAN TERBANG ANTARABANGSA KOTA KINABALU bernilai RM800 juta yang telah dianugerahkan kepada TAN SRI TING PEK KING (setelah menyiapkan pembinaan Terminal II Air Asia) dan memberikan projek berkenaan kepada syarikat proksinya, WCT SDN. BHD yang dimiliki oleh ahli keluarga LAWRENCE CHU JAN TOW. Musa telah berjaya memaksa Kerajaan Persekutuan memberikan sebahagian besar projek berkenaan bernilai RM500 juta kepada syarikat Proksinya. Musa secara sedar telah menge-tahui telah menyalahgunakan kedudukannya melobi projek dan sehubungan itu Musa telah melakukan kesalahan mengikut Seksyen 161, Bab IX, Akta 574, Kanun Acara Jenayah (Pindaan 1997); Seksyen 15 (1), (2), (3) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan Seksyen 2 (2) Ordinan 22 (KUASA-KUASA PERLU) Darurat, 1970.


TUDUHAN KELAPAN:

Telah menggunakan kedudukannya sebagai Ketua Menteri Sabah dan Men-teri Kewangan Sabah ’mengarahkan’ sayap Pelaburan Kerajaan Negeri, WARISAN HARTA SABAH SDN. BHD yang memiliki sebidang tanah seluas 3.75 ekar berdekatan Centrepoint Kota Kinabalu dengan melantik syarikat proksi-nya iaitu SAGAJUTA (SABAH) SDN. BHD yang diwakili oleh nomineenya, MAZLAN ZAKARIA untuk membangunkan Kompleks Membeli Belah bernilai RM120 Juta. Musa secara sedar telah mengetahui bahawa Pemegang Sa-ham Sagajuta (Sabah) Sdn.Bhd iaitu RAMAJUTA PROPERTIES SDN.BHD telah menggagalkan projek Perumahan Kos Rendah Kerajaan Negeri di Kuala Menggatal dan melantik Mazlan sebagai nomineenya di dalam tiga syarikat yang berkepentingan iaitu SAGAJUTA (SABAH) SDN. BHD, RAMAJUTA PROPERTIES SDN. BHD dan NUSMETRO DEVELOPMENT (SABAH) SDN. BHD. Sehubungan itu Musa telah melakukan kesalahan mengikut Seksyen 161, Bab IX, Akta 574, Kanun Acara Jenayah (Pindaan 1997), Seksyen 15 (1), (2), (3) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan Seksyen 2(1) dan Seksyen 2 (2) Ordinan 22 (KUASA-KUASA PERLU) Darurat, 1970. 


TUDUHAN KESEMBILAN:

Telah menggunakan kedudukannya sebagai Ketua Menteri Sabah dan Men-teri Kewangan Sabah ’menasihati’ Pemilik Syarikat Alam Mesra Sdn.Bhd. Datuk Tengku Adlin ‘mewakafkan’ seluas 25 ekar tanah daripada keluasan tanah yang diluluskan kepada Persatuan Islam Sabah Bersatu (USIA) secara percuma. Sebagai Imbalan, Musa telah ’mengarahkan’ Yang Dipertua USIA melantik syarikat proksinya iaitu SAGAJUTA (SABAH) SDN. BHD yang diwa-kili oleh nomineenya, MAZLAN ZAKARIA dan RAYMOND CHAN BOON SIEW bekerjasama dengan WARISAN HARTA SABAH SDN.BHD untuk membangunkan Kompleks Membeli Belah bernilai RM1 Billion. Musa secara sedar telah mengetahui bahawa Pemegang Saham Sagajuta (Sabah) Sdn. Bhd iaitu RAMAJUTA PROPERTIES SDN.BHD telah menggagalkan projek Perumahan Kos Rendah Kerajaan Negeri di Kuala Menggatal dan melantik Mazlan sebagai nomineenya di dalam tiga syarikat pemegang saham 1Bor-neo, SAGAJUTA (SABAH) SDN. BHD, RAMAJUTA PROPERTIES SDN. BHD dan NUSMETRO DEVELOPMENT (SABAH) SDN.BHD. Mazlan telah bekerja dengan Musa sejak hampir 30 tahun lalu. Musa secara sedar telah mengetahui telah menyalahgunakan kedudukannya sebagai Ketua Menteri Sabah mengeluarkan seluas 25 ekar kawasan milik Alam Mesra Sdn. Bhd ’SECARA KHIANAT’ untuk kepentingan peribadinya dan sehubungan itu Mu-sa telah melakukan kesalahan mengikut Seksyen 161, Bab IX, Akta 574, Kanun Acara Jenayah (Pindaan 1997); Seksyen 15 (1) , (2), (3) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan Seksyen 2(1) dan Seksyen 2 (2) Ordinan 22 (KUASA-KUASA PERLU) Darurat, 1970. 


TUDUHAN KE SEPULUH:

Telah menggunakan kedudukannya sebagai Ketua Menteri Sabah meluluskan Konsesi Pembalakan di Benta Wawasan kepada 3 syarikat yang diketuai oleh seorang China yang berasal daripada Filipina, NASIR YEO yang mendapat kad pengenalan projek daripada Musa ketika Musa menjadi Pengerusi TASK FORCE UMNO Sabah. Musa menjadi dalang utama yang mendaftar penda-tang asing tanpa izin sebagai ahli dan pengundi setelah diberi kad pengenalan projek. Nasir telah menggunakan adik iparnya untuk mempengaruhi Musa me-luluskan Konsesi Pembalakan di Benta Wawasan kepada Nasir Yeo, John Nip, John Lim, Andrew Lim, Michael Chia Tien Foh dan Edmond Looh. Kesemua mereka telah membayar sejumlah RM70 juta kepada Musa sebagai imbalan meluluskan 82,000 ekar konsesi kayu balak kepada mereka. Bayaran dibuat di Hongkong dan Singapura secara peribadi kepada Musa. Musa telah sedar bahawa pemberian konsesi untuk mendapatkan keuntungan segera menyalahi undang-undang dan pecah amanah dan meninggalkan negara untuk mengambil wang di Hongkong dan Singapura tanpa memaklumkan kepa-da Perdana Menteri. Sehubungan itu Musa telah melakukan kesalahan mengi-kut Seksyen 161, Bab IX, Akta 574, Kanun Acara Jenayah (Pindaan 1997), Seksyen 15 (1), (2), (3) Akta Pencegahan Rasuah 1997, Seksyen 2(1) dan Seksyen 2 (2) Ordinan 22 (KUASA-KUASA PERLU) Darurat, 1970 dan Seksyen 8(1) Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960. 


TUDUHAN KESEBELAS:

Telah menggunakan kedudukannya sebagai Pengarah Yayasan Sabah de-ngan melantik seorang wanita Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) yang mendapat kad pengenalan projek daripada Task Force UMNO, RAHMAWATI sebagai kerani di Yayasan Sabah. Rahmawati tidak mempunyai sebarang ke-lulusan. Ketika itu ibu bapa Rahmawati juga tidak mempunyai sebarang dokumen. Musa telah membayar sejumlah RM5,000 kepada Pengarah Jabatan Pendaftaran Sabah, Abdul Rauf Sani (Bekas Tahanan ISA kerana KP Projek) untuk mendapatkan kad pengenalan projek berkenaan. Musa turut mempu-nyai SKANDAL SEKS dengan gadis berkenaan sehingga melahirkan anak ’LUAR NIKAH’ yang dihantar ke Banjar Masin, tempat asal gadis berkenaan untuk menutup rahsia. Musa menghantar Rahmawati melanjutkan pelajaran ke Australia dengan meluluskan biasiswa Yayasan Sabah kepada RAHMA-WATI yang dinikahinya. Setelah kembali daripada Australia, Musa melantik isterinya (Rahmawati) sebagai PENGURUS WILAYAH YAYASAN SABAH SANDAKAN sehingga kini. Sehubungan itu Musa secara sedar telah menya-lahguna kuasa melakukan rasuah mengikut Seksyen 2(1), Seksyen 2 (2) Ordinan 22 (KUASA-KUASA PERLU) Darurat, 1970 dan Seksyen 8(1) Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960.


TUDUHAN KEDUA BELAS:

Telah menggunakan kedudukannya sebagai Ketua Menteri Sabah dan Men-teri Kewangan Sabah mengarahkan nomineenya, arkitek MELVINYEO KIAN-DEE dan TERENCE CHU SHENG TAUR (adik Lawrence Chu Jan Tow) me-majukan SEMENANJUNG EMAS iaitu tanah seluas 70 ekar di Sutera Harbour dimiliki DANAHARTA MANAGERS SDN.BHD. Musa telah melupuskan tanah Danaharta TL 017544866 seluas 70 ekar kepada Melvin melalui syari-kat ACTALAND SDN. BHD untuk membina 150 lot bungalow mewah berhar-ga RM1.48 juta setiap satu. Melvinyeo Kiandee pemegang kad pengenalan H0439908/630401125039 ialah ahli UMNO (02945593) Kampung Batu Putih Bersatu, Bahagian Libaran dan Musa masih menjadi Ketua UMNO Libaran sehingga kini. Sehubungan itu Musa secara sedar telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 161, Bab IX, Akta 574, Kanun Acara Jenayah (Pindaan 1997) dan Seksyen 2(1) dan Seksyen 2 (2) Ordinan 22 (KUASA-KUASA PERLU) Darurat, 1970.



TUDUHAN KETIGA BELAS:

Telah menggunakan kedudukannya sebagai Ketua Menteri Sabah dan Men-teri Kewangan Sabah ’MENDESAK’ peniaga berbangsa Tiong Hua membeli antara satu hingga tiga lot bungalow yang dimajukan oleh ACTALAND SDN.BHD. Musa telah menjual lot berkenaan pada harga RM88 hingga RM108 sekaki persegi walaupun diperolehi dengan harga RM33 sekaki persegi. Musa telah ’secara langsung’ memperoleh RM55 bagi satu kaki persegi atau RM139 JUTA bagi penjualan 150 lot bungalow berkenaan. Musa telah mencemarkan imej Kerajaan Negeri Sabah dan kedudukannya dengan ’menjual sendiri’ 150 lot bungalow dan menyalah gunakan Pejabat Ketua Menteri Sabah dan Instrument Kerajaan yang lain untuk kepentingan diri. Sehubungan itu Musa telah melakukan kesalahan MENGGUBAH WANG HARAM di bawah Seksyen 4 (1) (a), (B) Bahagian II, Akta 613 AKTA PENCEGAHAN PENGUBAHAN WANG HARAM 2001. Musa juga melakukan kesalahan di bawah Seksyen 161, Bab IX, Akta 574, Kanun Acara Jenayah (Pindaan 1997); Seksyen 15 (1) , (2), (3) Akta Pencegahan Rasuah 1997; Seksyen 2(1) dan Seksyen 2 (2) Ordinan 22 (KUASA-KUASA PERLU) Darurat, 1970. 


TUDUHAN KEEMPAT BELAS:

Telah menggunakan kedudukannya sebagai Ketua Menteri Sabah dan Men-teri Kewangan Sabah mengarahkan nomineenya, MELVIN YEO KIANDEE dan TERENCE CHU SHENG TAUR (adik Lawrence Chu Jan Tow) pemilik syarikat ACTALAND SDN. BHD yang memajukan tanah TL 017544866 berkenaan MEMUNGUT DEPOSIT 50% daripada nilai harga bungalow mewah berkenaan pada masa menandatangani kontrak jual beli sedangkan pembi-naan belum dimulakan. Kebanyakan pembeli terpaksa membayar RM741,224 sebagai deposit dan bakinya masing-masing 45% iaitu RM667,101.60 hendaklah dijelaskan dalam masa 3 BULAN dan 5% atau RM74,122.40 lagi setelah selesai proses penukaran nama hak milik. Memandangkan ACTALAND SDN. BHD (SPIRAL GLOBE SDN. BHD) hanyalah syarikat pemaju peruma-han dan bukannya syarikat kewangan yang dilesenkan sebagai agen pengambil deposit, maka ia menyalahi peraturan Bank Negara Malaysia. Sehubungan itu Musa dan kroninya secara sedar telah melakukan kesalahan mengikut Akta 372, Akta Bank & Institusi Kewangan 1989 dan Peraturan Bank Negara Berhubung Agensi Pengambilan Deposit dan Akta Pemaju Perumahan.



TUDUHAN KELIMA BELAS:

Telah menggunakan kedudukannya sebagai Menteri Kewangan Sabah yang bertanggung jawab di atas sayap pelaburan Kerajaan Negeri Suria Capital Holding Berhad mengarahkan SABAH PORT SDN. BHD melantik anak saudaranya, MOHD HASNOL BIN AYUB AMAN (H0659323) sebagai PENGARAH pada 17 Jun 2002. Hasnol juga pengarah syarikat S.P. SATRIA SDN. BHD yang membolot semua kontrak kerja di Lembaga Pelabuhan Sabah tanpa SEBARANG TENDER. Sehubungan itu Musa telah melakukan kesalahan mengikut Seksyen 2(1) dan Seksyen 2 (2) Ordinan 22 (KUASA-KUASA PERLU) Darurat, 1970. 


TUDUHAN KEENAM BELAS:

Telah menggunakan kedudukannya sebagai Ketua Menteri Sabah, Menteri Kewangan Sabah dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah memungut derma untuk membina BANGUNAN UMNO di atas tapak tanah milik-nya berdekatan Wisma BSN di Karamunsing di Kota Kinabalu. Sehingga kini Musa masih memungut ‘DERMA @ RASUAH’ tabung bangunan berkenaan TANPA PERMIT POLIS walaupun telah mengumpul sejumlah RM160 Juta dan TIDAK MENGISYTIHARKAN pungutan tersebut kepada BENDAHARI UMNO dan MAJLIS TERTINGGI UMNO MALAYSIA. Sehubungan itu Musa telah melakukan kesalahan mengikut Seksyen 2(1) dan Seksyen 2 (2) Ordinan 22 (KUASA-KUASA PERLU) Darurat, 1970, Seksyen 10 (a), (B), (aa), (bb) dan Seksyen 12 (1), (a), (B), ©, (d) Bahagian III Akta Pencegahan Rasuah 1997. 



TUDUHAN KETUJUH BELAS:

Telah menggunakan kedudukannya sebagai Ketua Menteri Sabah, Menteri Kewangan Sabah mengarahkan SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SABAH, Datuk KY Mustafa melanjutkan tempoh perkhidmatan Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan, Datuk S Abdillah Hassan yang sepatutnya bersara wajib secara kontrak. Sehubungan itu Musa telah melakukan kesalahan mengikut Seksyen 2(1) dan Seksyen 2 (2) Ordinan 22 (KUASA-KUASA PERLU) Darurat, 1970 kerana telah menggunakan perlanjutan tempoh perkhidmatan Setiausaha tetap berkenaan untuk menjalankan ARAHAN yang berasaskan keuntungan kepadanya. 


TUDUHAN KELAPAN BELAS:

Telah menggunakan kedudukannya sebagai Ketua Menteri Sabah, Menteri Kewangan Sabah dan Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Dalam Negeri Sabah mengarahkan Kerajaan Persekutuan MEMBATALKAN khidmat FOMEMA SDN. BHD (agensi pemeriksaan kesihatan pekerja asing di Sabah) dan melantik syarikat proksinya, GROWARISAN SDN. BHD menjalankan tugas penting berkenaan. Musa secara sedar telah membenarkan proksinya, AZLAN BIN NASIR @ YEO GUAN HOCK (anak NASIR YEO) menggunakan alamat rumah kediaman rasmi MUSA, SRI LIBARAN, Kampung Sungai Kayu, Batu 7, Jalan Airport, 9000 Sandakan sebagai alamat tetap. Azlan dilantik sebagai Pengarah GROWARISAN SDN.BHD pada 2 November 2006. Musa juga sedar bahawa syarikat berkenaan hanya mempunyai modal berbayar RM100 sahaja. Akibatnya GROWARISAN SDN.BHD yang mengambil alih tu-gas Fomema pada Disember 2006 terpaksa melantik FOMEMA SDN. BHD sebagai Subkontraktor kerana mereka tidak mempunyai pengalaman, logistik dan kewangan. GROWARISAN kini bertindak sebagai CETI memungut wang daripada FOMEMA SDN.BHD pada kadar RM15 seorang pekerja asing yang diperiksa TANPA MELAKUKAN SEBARANG KERJA kerana semua kakitangan, sistem komputer dan modal dikeluarkan oleh FOMEMA SDN.BHD yang juga hanya menerima RM15 bagi juga, manakala bakinya untuk yuran klinik, makmal dan x-ray. Oleh itu Musa telah melakukan kesalahan mengikut Seksyen 2(1) dan Seksyen 2 (2) Ordinan 22 (KUASA-KUASA PERLU) Darurat, 1970.



TUDUHAN KESEMBILAN BELAS:

Telah menggunakan kedudukannya sebagai BENDAHARI UMNO SABAH pada 1991, mempengaruhi Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Tun Ghaffar Baba (Allahyarham) melantiknya sebagai Pengerusi Task Force UMNO untuk merekrut pendatang asing tanpa izin (PATI) Filipina dan Indonesia dan memberi kad pengenalan projek. Musa telah membelanjakan wangnya sendiri sejumlah RM2 juta untuk membiayai pemberian 82,000 kad pe-ngenalan projek kepada PATI yang diselia oleh Haji Jabar Khan Napi @ Yasser Arafat. Musa turut memberikan RM10 juta untuk urusan membawa pengundi hantu ke kawasan pilihanraya di seluruh Sabah dan sekaligus mela-kukan Kesalahan di bawah Akta Kesalahan Pilihanraya 1954. Haji Jabar telah memberi keterangan di hadapan Jawatankuasa Khas Parlimen Mengenai Integriti pada 26 Februari 2007. Di antara 1991-1993, Musa dengan sedar dan relahati telah melibatkan diri dalam kegiatan yang memudaratkan Keselamatan Malaysia menaja Sindiket memberi kerakyatan Songsang kepada Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) daripada Filipina, Indonesia, Pakistan dan India secara diluar undang-undang dan peraturan Malaysia untuk kegunaan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) bagi membolehkan mereka tinggal, bekerja dan bergerak bebas di Malaysia. Sehubungan itu Musa telah melakukan kesala-han dan sewajarnya ditahan di bawah Seksyen 8(1) AKTA KESELAMATAN DALAM NEGERI (ISA) 1960 kerana MENGANCAM KESELAMATAN NEGA-RA dan MENDERHAKA kepada YANG DIPERTUAN AGONG.


TUDUHAN KEDUA PULUH:

Telah menggunakan kedudukannya sebagai Pengarah Yayasan Sabah dan kini Ketua Menteri Sabah meluluskan konsesi kayu balak di Benta Wawasan kepada 18 syarikat kroninya TANPA TENDER dan penjualan kayu balak bulat Yayasan Sabah di bawah harga pasaran kepada syarikat kroni dan nomi-neenya seperti John Lim. Sehubungan itu Musa secara sedar telah menyalah-guna kuasa dan pecah amanah mengikut Seksyen 2(1) dan Seksyen 2 (2) Ordinan 22 (KUASA-KUASA PERLU) Darurat, 1970 dan Seksyen 161, Bab IX, Akta 574, Kanun Acara Jenayah (Pindaan 1997)


TUDUHAN KEDUA PULUH SATU:

Telah menggunakan pengaruh dan kedudukannya sebagai Pengarah Yaya-san Sabah BERSUBAHAT dengan SAMSUDIN BIN YAHYA yang mengupah 3 orang lelaki, dua daripadanya Awang Damit dan Muhammad mendatang-kan kecederaan dengan niat terhadap rakan kongsi Musa, LUE SUE SENG sehingga luka parah kerana mendedahkan rahsia hubungan sulit Musa dan Rahmawati kepada umum. Sebagai balasannya, Musa telah memilih SAM-SUDIN YAHYA (Mantan Pemandu Teksi) sebagai Calon BN bagi DUN Se-kong pada pilihanraya umum 2004 yang lalu. Lue Sue Seng pula bertanding dalam pilihanraya berkenaan sebagai calon bebas kerana ingin membalas dendam di atas kekejaman Musa. Musa secara sedar telah menyalahguna kuasa dan jenayah mengikut Seksyen 2(1) dan Seksyen 2 (2) Ordinan 22 (KUASA-KUASA PERLU) Darurat, 1970.

TUDUHAN KEDUA PULUH DUA:

Telah menggunakan pengaruh dan kedudukannya sebagai Pengarah Ya-yasan Sabah membayar sejumlah tertentu kepada KETUA POLIS DAERAH SANDAKAN, ILLYAS IBRAHIM untuk menutup kes jenayah yang dilakukan oleh SAMSUDDIN YAHYA dan Tiga orang lagi terhadap LUE SUE SENG. Samsuddin telah ditangkap polis dan dibebaskan dengan campurtangan Musa dan atas budibicara Ilyas Ibrahim. Setelah menjadi Ketua Menteri Sabah, Musa secara sedar telah melantik ILLYAS IBRAHIM yang juga sepupunya sebagai DATUK BANDAR Dewan Bandaraya Kota Kinabalu dan perkhidmatan ILLYAS IBRAHIM (Datuk) sebagai Datuk Bandar dilanjutkan selama 2 tahun lagi sebagai membalas jasa Illyas menutup kes SIASATAN jenayah dan subahatnya. Musa secara sedar telah menyalahguna kuasa dan rasuah mengikut Seksyen 2(1) dan Seksyen 2 (2) Ordinan 22 (KUASA-KUASA PERLU) Darurat, 1970.

TUDUHAN KEDUA PULUH TIGA:

Telah menyalahgunakan kedudukannya sebagai Ketua Menteri Sabah dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah bersama-sama Ketua UMNO Bahagian Petagas, DATUK YAHYA HUSSIN dan pegawainya, HAJI KAHAR MOHD ZAIN cuba merasuah dan menghalang saksi yang disapena oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Mengenai Integriti, HAJI JABAR KHAN NAPI @ YASSER ARAFAT daripada hadir dengan melakukan pelbagai gangguan dan cadangan bagi menghalang Jabar mendedahkan penglibatan-nya dalam kegiatan memudaratkan Keselamatan Negara. Musa secara sedar telah MENGHINA PARLIMEN dan menyalahguna kuasa dan rasuah mengikut Seksyen 2(1) dan Seksyen 2 (2) Ordinan 22 (KUASA-KUASA PERLU) Darurat, 1970.

TUDUHAN KEDUA PULUH EMPAT:

Telah menyalahgunakan kedudukannya sebagai Ketua Menteri Sabah, Men-teri Kewangan dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah mempengaruhi dan MENGHALANG Pengarah Badan Pencegah Rasuah Sabah (BPR) Hajjah Latifah Binti Md Yatim menerima laporan yang saya ingin buat terhadap Musa pada 9 Februari 2007 dan mengarahkan saya datang pada 12 Februari 2007. Menurut Latifah, pihaknya perlu menyiasat terlebih dahulu sebelum boleh menerima laporan dan bercanggah dengan Akta Pencegahan Rasuah 1997 yang pada dasarnya menggesa agar laporan hendaklah dibuat segera. Ketika saya mengunjungi Latifah pada 12 Februari 2007, saya lihat Latifah berada di dalam ketakutan dan meminta agar saya tidak dedahkan kepada media kes Skandal Wisma Bandaraya kerana bimbangkan keselamatan semua. Musa secara sedar telah MENGHALANG TUGAS pegawai awam dan menyalahguna kuasa mengikut Seksyen 2(1) dan Seksyen 2 (2) Ordinan 22 (KUASA-KUASA PERLU) Darurat, 1970.

TUDUHAN KEDUA PULUH LIMA:

Telah menyalahgunakan kedudukannya sebagai Ketua Menteri Sabah, Men-teri Kewangan dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah mempenga-ruhi dan merasuah sejumlah RM? (jumlah sebenar tidak dapat dikenalpasti) Ketua Pengarah Badan Pencegah Rasuah Malaysia, Datuk Zulkifli Mohd Noor 10 hingga 11 Februari 2007 dalam perjumpaan sulit di hotel MANDARIN ORIENTAL Kuala Lumpur agar melengahkan siasatan berhubung SKANDAL WISMA BANDARAYA. Musa secara sedar telah MENGHALANG TUGAS pegawai awam, rasuah dan menyalahguna kuasa mengikut Seksyen 2(1) dan Seksyen 2 (2) Ordinan 22 (KUASA-KUASA PERLU) Darurat, 1970; Seksyen 12 (1), (a), (B), ©, (d) Bahagian III Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan Seksyen 15 (1), (2), (3) Akta Pencegahan Rasuah 1997

ADUAN KHAS:

Sehubungan itu, atas kesedaran dan kepentingan awam, maka saya membuat laporan ini untuk siasatan Polis bagi memastikan Sabah bersih daripada amalan pecah amanah, rasuah dan salahguna kuasa yang didalangi oleh pe-mimpin politik dan kakitangan kerajaan.

Saya juga meminta POLIS membuka semula Fail Siasatan terhadap Kes Lue Sue Seng yang cedera parah dibelasah oleh Musa dan Kuncu-Kuncunya dan menjalankan penyiasatan terperinci bagaimana Ketua Polis Sandakan boleh bersubahat dan mencemarkan imej Polis Diraja Malaysia.

Saya turut mencadangkan agar JAWATANKUASA PILIHAN KHAS PARLIMEN MENGENAI INTEGRITI memanggil Musa memberi keterangan kerana kegiatan subversifnya di antara tahun 1991 hingga 1993 memberi kerakyatan kepada warga asing Filipina, Indonesia, Pakistan dan India dengan kerjasama KAKITANGAN Jabatan Pendaftaran Negara telah mengancam keselamatan negara dan sewajarnya ditahan di bawah Seksyen 8 (1) Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Saya berpendapat, Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan Sabah, Datuk S Abdillah S Hassan yang turut bersubahat dengan Musa adalah PENYIMPAN RAHSIA MUSA (key player) dan siasatan awal polis hendaklah ditumpukan kepada beliau.

Saya tidak membuat laporan di pejabat BPR kerana saya tidak memper-cayai kewibawaan BPR menangani isu rasuah kerana Ketua Pengarah BPR sedang dalam siasatan polis.

Selaku pembayar cukai, saya mengucapkan tahniah kepada Polis yang telah menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan profesional setelah Ketua Polis Negara, TAN SRI MUSA HASSAN telah memulihkan imej polis yang tercemar sebelum ini. SYABAS!

Sekian,

(Signed)

DATUK DR JEFFREY KITINGAN
Timbalan Pengerusi PKR Sabah
Wakil Pembayar Cukai[/b]

--------------------

76 ulasan :

Anonymous said...

laporan ini dah lama dibuat, tapi hingga kini belum ada apa2 tindakan dilakukan, ini mungkin kerana laporan ini kurang berasas.

Anak Sabah said...

Mungkin Si Jeffrey in mahu menarik perhatian rakyat dengan menggunakan strategi seperti ini.

Anak Sabah said...

Harap rakyat akan pandai membuat penilaian, tiada sesiapa yang boleh membuktikan apa yang dikatakan oleh Jeffrey selagi tiada siasatan dibuat.

Anonymous said...

hakikatnya hingga kini Musa masih KM Sabah dan ia byk membantu dalam membangunkan negeri Sabah.

PCSB said...

why bring out these issues again? All projects have done well. It is better than projects not completed .

Sabah has the least abundant projects in Malaysia under the leadership of MUSA

Anonymous said...

laporan tanpa bukti yang kukuh takkan memberi apa2 kesan. kita harus lihat pada pembangunan yang telah dilakukan Musa terhdap negeri Sabah.

Anonymous said...

jika nak buat laporan, pastikan ada bukti kukuh.

Anonymous said...

No action until now. What the fuss?

Anonymous said...

Laporan hanya tinggal laporan. Ada sesiapa yang mempunyai maklumat tentang progress laporan ini? Macam tiada khabar apa2 pun.

zam said...

laporan kalau tanpa bukti yang kukuh ianya tidak akan ke mana pun.

zam said...

mungin cara ini digunakan untuk mendapatkan perhatian.

zam said...

kita boleh menilai sendiri perubahan yang berlaku di Sabah kini. harap Sabah akan terus membangun.

muallaf said...

km

kalau beginilah hakikatnya kita rakyat sabah dimakan hidup-hidup pula macam undang-undang rimba, tapi saya rasa cina-cina itulah tukang saport wang pru-13 nanti, ini parti umno ah kalau tak pakai duit saya rasa lama sudah kekubur tapi wang adalah segala-galanya, kalau kita rakyat tak ambil wang tersebut itulah harga negeri kita..........kita orang tulin sabah bangali yang kuda kita.....kalau dulu hamba abdi adalah orang yang kena jual secara nyata tapi dizaman ini orang boleh dijual tanpa pengatahuannya....dunia oh dunia...........

Smookiekins said...

Kes ini tidak sepatutnya menjadi isu lagi. Sehingga kini tiada tindakan susulan.

Harap2 Musa tidak mengabaikan rakyat dan sentiasa membangunkan Sabah. Rakyat memang mengharapkan sesuatu yang positif dari pemimpin Sabah.

Anonymous said...

bila dekat PRU, isu ini terpaksa diangkat semula dan tidak mustahil lebih banyak isu2 lama akan diberi nafas baru untuk digunakan semasa kempen nanti..

Anonymous said...

baik rujuk terus dengan pihak polis..

PCSB said...

If the accusation are true then let the police handle the case. Stop blickering or flickering !!

Unknown said...

Betul..Saya pernah mendengar mengenai laporan tersebut. Tapi mungkin kerana tidak ada bukti yang kukuh dan merasakan KM tidak bersalah maka siastan selesai begitu saja.

Sanih Alias said...

Biarlah JK buat apa yang dia mahukan. Semua apa yang dikatakannya itu tidak berasas. Kita tunggu saja apa yang akan berlaku nanti.

Unknown said...

Jeffery siapa tidak tahu sengaja buat perkara ini last minit. Ini sebenarnya ada sebab kenapa Jeffery buat semua ini. Maka janganlah terpedaya dengan cara mereka sepertini.

Hamdan Hadillah said...

Saya tidak setuju dengan cara JK ini. Dia sengaja mahu memburukkan nama Datuk Musa dalam pelbagai kes tuduhan. Kalau mahu menang pun pada PRU13 tidak perlulah membuat khabar angin lagi.

Bujang Senang said...

Datuk Musa Aman tetap yang terbaik untuk Sabah dalam pentadbiran dan pengurusan ekonomi. Harap Datuk Musa akan terus memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk penduduk Sabah.

Sanih Alias said...

Percaya atau tidak kebenarannya masih belum terbukti. Maka kita tunggu saja apa keputusan seterusnya mengenai perkara sebegini. Selagi kebenaran belum ada maka kita tidak perlu percaya dengan tuduhan yang tidak berasas ini.

Unknown said...

Tidak hairanlah kalau KM selalu kena seperti ini. Mesti ada orang yang tidak berpuas hati dengan kebolehan pentadbiran beliau sehingga menggunakan cara sedemikian untuk menjatuhkan seseorang.

Bujang Senang said...

Sudah-sudahlah JK buat perkara yang kurang elok ini. Tidak baik buat fitnah sana sini.

Bujang Senang said...

Laporan polis telah dibuat tunggu siastan dan keputusan saja lagi dari pihak polis. Dari pandangan saya sendiri pasti Datuk Musa tidak melakukan perkara ini. Ini semua adalah perasaan dengki dari pihak lain sebenarnya.

Bujang Senang said...

Kerajaan Negeri telah berusaha untuk membangunkan negeri Sabah dan mahu menjadikan Negeri yang membangun di Malaysia. Sabah merupakan antara negeri yang pesat dengan pembangunan sumber dari beberapa laporan yang diterima. Maka teruskan usaha untuk memastikan kemajuan dapat dikecapi. Namun pembangunan infrastuktur seperti jalan raya juga tidak boleh dilupakan dan perlu dinaik taraf.

Anonymous said...

kenapa laporan ni ditimbulkan semula dekat2 PRU? nampak sangat politiknya..apapun, samada tuduhan ni benar ataupun tidak, tunggu saja hasil sisatan pihak berkuasa.

No name said...

Old story been repeated but yet no action been taken from the government, why?

No name said...

I am more positive to Jeffrey as I am sure he is doing and strike the best for the people.

No name said...

Pembangunan Sabah tidak harus sebegini sahaja jika dibandingkan.

No name said...

Kalau ada bukti yang sah, harus juga membuat laporan, biarlah pihak berkuasa memulakan siasatan dan mengambil tindakan jika disabit menyalahi undang-undang.

No name said...

Harus bersikap positif terhadap tuduhan Jeffrey, berkemungkinan ada juga sebabnya untuk beliau membuat hujah tersebut.

No name said...

Pemimpin di Sabah harus meneruskan perjuangan untuk memperjuangkan hak & kepentingan orang Sabahan.

No name said...

Tuduhan rasuah harus dibuat berdasarkan bukti yang sah.

No name said...

Kabinet telah meluluskan pelaksanaan Bekalan Air Sandakan Fasa II berharga RM450 juta pada 28 Januari 2004. Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan telah diminta untuk mengenalpasti syarikat yang sesuai dan seterusnya melantiknya agar pelaksanaan projek tersebut dapat dimulakan secepat mungkin.

Kerajaan harus menjamin semua projek yang dijalankan mencapai kualiti yang ditetapkan dan tempoh yang ditetapkan juga.

No name said...

Semoga tuduhan ini mendapat pemerhatian yang wajar. Sabah memerlukan kerajaan yang bersih dan amanah.

No name said...

Banyak juga projek didapati gagal dan menyebabkan kerugian yang teruk, siapakah yang harus bertanggung jawab?

No name said...

Musa telah menjual lot berkenaan pada harga RM88 hingga RM108 sekaki persegi walaupun diperolehi dengan harga RM33 sekaki persegi. Musa telah ’secara langsung’ memperoleh RM55 bagi satu kaki persegi atau RM139 JUTA bagi penjualan 150 lot bungalow berkenaan

Adakah ini betul berlaku? Tidak harus juga berlaku sebagai orang penting di Sabah.

No name said...

Im sure to some extent Jeffrey is right.

No name said...

Tubuhan RCI untuk membuat siasatan supaya tiada pihak mengambik kesempatan terhadap kewangan negeri Sabah.

No name said...

Saya juga meminta POLIS membuka semula Fail Siasatan terhadap Kes Lue Sue Seng yang cedera parah dibelasah oleh Musa dan Kuncu-Kuncunya dan menjalankan penyiasatan terperinci bagaimana Ketua Polis Sandakan boleh bersubahat dan mencemarkan imej Polis Diraja Malaysia.

Tidak dapat dibayangkan perkara ini juga berlaku. Semoga siasatan dibuat agar imej semua golongan dijaga.

No name said...

Sama-sama kami membasmi rasuah di negara kami, tanggung jawab semua pihak amat diperlukan.

Anonymous said...

Kami menanti perkembangan isu tersebut.

Anonymous said...

Musa indeed getting great support in Sabah, anyway, we will see how things progress in coming PRU.

Anonymous said...

Hoping all the issues been settle accordingly so that people not judging the government very negatively.

Anonymous said...

Kenapa tiada pihak yang mengambil tindakan yang wajar sedangkan begitu banyak kes ditedahkan?

Anonymous said...

Harus membuat siasatan terperinci sebelum mengambil tindakan. Ini melibatkan ketua negeri Sabah, harus bertindak lebih berhati-hati.

Anonymous said...

Pasti Jeffrey tidak membuat tuduhan yang bukan-bukan, pasti juga ada yang tidak kena dan munasabah. Semoga pihak berkuasa menjalankan tugas dengan lebih amanah.

Anonymous said...

Cuma membuat siasatan yang dapat memberi jawapan, lebih baik menubuhkan ahlijawatan kuasa untuk berfokus atas kes melibatkan Musa.

Anonymous said...

Berdasarkan tuduhan Jeffrey, tidak merupakan tuduhan tanpa bukti atau gimik PRU. Walaubagaimanapun, buat siasatan agar imej baik Musa juga dipeliharan.

Anonymous said...

"Musa secara sedar telah mengetahui bahawa syarikat berkenaan yang mempunyai modal berbayar RM10,000 sahaja tidak mampu mengendalikan projek yang ’DIANUGERAHKAN’ dan Musa meletak-kan kerajaan negeri di dalam keadaan berhutang RM3.2 juta setahun kepada syarikat proksinya."

Siapakah pemilik syarikat tersebut? Syarikat yang tidak berkelayakan dan status kewangan juga bermasalah tetapi diberi projek, apakah penjelasan?

Anonymous said...

Adakah Jeffrey bertujuan untuk menarik perhatian, ini bukan kepentingan, yang penting, masalah yang beliau tedahkan harus diambil tindakan wajar juga.

Anonymous said...

Pihak berkuasa harus menyiasat agar tiada pihak yang berhak mengambil kesempatan dan duit rakyat di Sabah demi kepentingan diri sendir.

Anonymous said...

Semoga Musa tidak menyalah guna kuasa yang diberi.

Anonymous said...

Telah menggunakan kedudukannya sebagai Ketua Menteri Sabah dan Men-teri Kewangan Sabah ’menasihati’ Pemilik Syarikat Alam Mesra Sdn.Bhd. Datuk Tengku Adlin ‘mewakafkan’ seluas 25 ekar tanah daripada keluasan tanah yang diluluskan kepada Persatuan Islam Sabah Bersatu (USIA) secara percuma.

Ini adalah tidak patut, tanah tersebut tiada sebabnya diberi percuma, apakah penjelasan Musas terhadap perkara ini?

Anonymous said...

Ini cuma sebilangan diantara begitu banyak, apakata dengan yang masih belum ditedahkan?

Anonymous said...

Dengan sumber semulajadi yang kaya, adakah Sabah masih diberi gelaran negeri termiskin? Jika dikaitkan, bukannya tidak mungkin tuduhan Jeffrey sekadar rekaan sahaja.

Anonymous said...

Sering Musa dikaitkan dengan kes rasuah, apakah sebabnya? Imej Musa memang dijejaskan jika tidak dikendali dengan baik.

onong said...

I hope this case will be solved asap.

onong said...

Jeffrey nak buat laporan?

Ezef said...

Please don't make an issue.

mike said...

bila laporan ini dibuat? kalau masa JK timbalan pengerusi perhubungan PKR sabah, sudah lama perkara ini berlalu..

mike said...

jadi macama sudah ni laporan? ada perkembangan?

mike said...

yang pasti musa aman masih lagi KM sabah..dan sabah makin membangun..bajet sabah 2012 juga yang terbesar dalam sejarah..

mike said...

yang penting PRU13..

mike said...

PRU13 akan menjadi penentu..

noemi said...

Jeffrey heads STAR now.

Ezef said...

A typical hawk.

Unknown said...

Xavi Gerad Jude Am. Aiicco Insurans plc wakil. Kami menawarkan pinjaman kepada kadar bayaran balik 3%. Ini (CEO) hubungi kami jika anda berminat alamat e-mel: xavigeradloanfirm@yahoo.com
Aiicco insurans plc mengambil hanya dibenarkan mendaftar lebih umur 20.
Pelaburan Pinjaman Peribadi.
Pinjaman harta Pelaburan.
Pinjaman penyatuan.
Pembinaan Pinjaman.
Pilih satu atau pembayaran-tahun.
Pilih antara bayaran bulanan dan tahunan di bawah Rancangan.
Terma pinjaman yang fleksibel.
Tiada pinjaman sehingga untuk Tahun EUR 5000 8000.000.00.
Syarikat kami adalah proses yang boleh dipercayai, cekap, pantas dan dinamik. Jude GERAD bugün.SR Kami Pelaburan plc: Jawapan hendaklah dihantar Namakan. E-mail: xavigeradloanfirm@yahoo.com

Unknown said...

Datuk DrJeffrey Kitingan is reporter the issues and dissces now the PRU-14

Anonymous said...

Bullshit! Greatest thief and a SCOUNDREL that he is! Lebih 100 Dahlil. Harap Dickensian ULTIMATE JUSTICE dari Tuhan yang Maha Kuasa YAHWEH!!��������

Anonymous said...

Who do you think was controlling the lawyers and the judges?? Kepala bapa kamu lah...

Anonymous said...

A VOLATILE MAN..A MAN NO STABLE FOUNDATIOM PRICIPLE..NOW WE SEE NOW WE DONT..CAN WE TRUST HIS STANDING?

Anonymous said...

OMG

MRS KABU LAYU said...

Halo, semua orang, tolong, saya dengan cepat mahu menggunakan media ini untuk berkongsi kesaksian saya tentang bagaimana Tuhan mengarahkan saya kepada pemberi kredit yang benar-benar mengubah hidup saya daripada kemiskinan kepada seorang wanita kaya dan sekarang saya mempunyai kehidupan yang sihat tanpa tekanan dan kesulitan kewangan,

Selepas berbulan-bulan cuba mendapatkan pinjaman di internet dan saya telah ditipu dari 400 juta, saya menjadi sangat terdesak untuk mendapatkan pinjaman daripada pemberi pinjaman dalam talian yang sah dalam kredit dan tidak akan meningkatkan kesakitan saya, jadi saya memutuskan untuk beralih kepada rakan saya untuk nasihat tentang bagaimana untuk mendapatkan pinjaman dalam talian, kami bercakap mengenainya dan kesimpulannya adalah tentang seorang wanita bernama Puan Maria yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Maria Loan. Syarikat

Saya memohon untuk pinjaman (900 juta) dengan kadar faedah yang rendah sebanyak 2%, supaya pinjaman yang diluluskan itu mudah tanpa tekanan dan semua persiapan telah dibuat dengan pemindahan kredit, kerana fakta bahawa ia tidak memerlukan cagaran untuk pemindahan daripada pinjaman, saya hanya diberitahu untuk mendapatkan sijil perjanjian lesen mereka untuk memindahkan kredit saya dan dalam masa kurang dari dua jam wang pinjaman telah dimasukkan ke dalam akaun bank saya.

Saya fikir ia adalah satu jenaka sehingga saya menerima panggilan dari bank saya bahawa akaun saya telah dikreditkan dengan jumlah 900 juta. Saya sangat gembira bahawa akhirnya Tuhan menjawab doa saya dengan memerintahkan pemberi pinjaman saya dengan kredit sebenar saya, yang boleh memberi harapan saya.

Terima kasih banyak kepada Cik Maria kerana membuat hidup adil untuk saya, jadi saya menasihati sesiapa yang berminat untuk mendapatkan pinjaman untuk menghubungi Puan Maria dengan baik melalui E-mel (mariaalexander818@gmail.com) ATAU Via Whatsapp (+1 651-243 -8090) untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang bagaimana untuk mendapatkan pinjaman anda,

Jadi, terima kasih banyak kerana mengambil masa anda membaca tentang kejayaan saya dan saya berdoa agar Tuhan akan melakukan kehendak-Nya dalam hidup anda.
Nama saya adalah kabu layu, anda boleh menghubungi saya untuk rujukan lebih lanjut melalui e-mel saya: (kabulayu18@gmail.com)

Terima kasih semua.