Saturday, December 31, 2011



Selain nama Tan Sri Pandikar ,YDP Dewan Rakyat yang akan tamat tempoh jawatannya sejurus selepas Parlimen dibubarkan oleh Najib ,yang disebut-sebut akan membuat kejutan dalam percatuiran politiknya di Sabah, nama lain yang turut berkumandang ialah Datuk Ghafur Salleh MP kalabakan. Sudah mula kedengaran spekulasi kedua-dua tokoh politik Sabah ini bahawa mereka akan membuat perhitungan terakhir dalam kerjaya politik mereka sama ada "kekal' dibawah telunjuk Musa Aman di Sabah atau ikut sama menari rentak Datuk Lajim yang sudah jelas mempertaruhkan nasibnya apabila bertindak berdiri dalam majlis anjuran Pakatan Rakyat di Kuala penyu sehari yang lepas.

Datuk Ghafur Salleh adalah merupakan politkus veteran di Sabah. Namanya muncul bersama politik Datuk haris Salleh pada era pemerintahan Parti BERJAYA. Sejak itu Datuk Ghafur meniti tangga-tangga politik di Sabah. Ketika UMNO berjaya merompak kuasa dari PBS dengan tindakan Datuk Lajim dan Datuk Rubin Balang melompat persis katak puru yang membawa kepada tersungkurnya PBS, Datuk Ghafur dilantik sebagai timbalan Ketua Menteri Sabah bagi kouta bumiputera muslim, di samping diberi kepercayaan sebagai Menteri Kewangan. selepas tempoh iddah Ketua menteri bergilir selesai, nama Datuk Ghafur juga tidak kedengaran, hanya semasa era Tan Sri Chong Kah Kiat menjadi Ketua Menteri, Datuk Ghafur kembali dilantik sebagai menteri di Jabatan ketua Menteri. Datuk Ghafur adalah antara nama yang disebut-sebut akan menjadi Ketua menteri Sabah selepas tamat era Tan Sri Choong Kah Kiat, namun nama Datuk Musa Aman pula yang menjadi nama bertuah apabila diumumkan oleh Tun Mahathir sebagai ketua menteri Sabah yang baru.

Di era Pak Lah dan kemudian dalam perang saraf PR mendambakan kuasa pada 16 september, nama Datuk Ghafur di sebut oleh MP Bayan lepas, datuk Zahrin yang mendakwa Datuk Ghafur adalah antara MP UMNO yang tersenarai sebagai MP yang akan meninggalkan UMNO untuk menyertai Pakatan Rakyat, namun kemudian Datuk Ghafur menafikanya dalam situasi cukup tegang dalam Dewan Rakyat.

Selepas itu Datuk Ghafur kembali tenang sehingga baru-baru ini beliau secara lantang mengkritik dan mendesak supaya Datuk Shahrizat Jalil yang terpalit dengan isu NFC meletakkan jawatan.

Setelah Datuk Lajim membuat keputusan menyertai PR pada PRU 13 ini, Datuk Ghafur juga dispekulasikan akan membuat keputrusan yang sama. Namun apakah Datuk Ghafur seberani Datuk Lajim?



18 ulasan :

awang samiun said...

Politikus sabah lebih berani menentang arus dr politikus Sarawak terutama dr kalangan melayu/bumiputera. Sehingga Tim. YDP Dewan Rakyat( dr Swk) pernah menegur kebisuan MP2 ini semasa perbahasan di Dewan Rakyat yg mana suara MP2 melayu/bumiputera Swk langsung tak kedengaran. Kalau tak silap dr apa yg saya pernah baca royalti 5% Petronas adalah idea Tun Rahman yg tentunya mendapat sokongan kuat Kerajaan Tun Razak pada masa itu. Tun Rahman pada masa itu tengah merancang untuk menumbang kerajaan Kalong Ningkan Sarawak drpd parti SNAP.

Anonymous said...

Confirmkah Dtk Lajim akan menyertai PR? Memang ada desas-desus Dtk Ghafur akan keluar daripada BN sebelum ini namun disangkal oleh beliau sendiri. Macam2 khabar angin timbul apatah lagi menjelang PRU13 ini.

Mohd Ishak said...

Kita tunggulah dan lihat sama ada mereka akan keluar BN ataupun kekal bersama BN selepas ini.

Mohd Ishak said...

Tidak kira apa tindakan mereka, kita perlulah menghormati keputusan mereka.

Anonymous said...

jika ada yang lompat parti selepas ini, bukanlah disebabkan mereka hilang kepercayaan terhadap pucuk pimpinan, itu tandanya mereka sedar bahawa mereka bukan winnable candidate seperti yang dicari oleh pucuk pimpinan.

Anonymous said...

Lajim menghadiri majlis pakatan bukan bererti dia ingin keluar dari BN. lajim masih lagi menyokong BN.

Anonymous said...

Datuk Ghapur jgnlah mudah terpengaruh, buat keputusan yang terbaik.

Sanih Alias said...

Datuk Lajim masih belum membuat keputusan muktamad mengenai penyertaan parti mana yang akan diikuti. PAKATAN rasanya tidak sesuai untuk Datuk Lajim.

Hamdan Hadillah said...

Keberanian tidak semestinya sama. Namun keputusan ada ditangani Datuk Ghafur sendiri.

Smookiekins said...

Rasanya sesautu yang menarik bakal disaksikan oleh Sabah.

Kris Jr said...

Rebirth, ada kemungkinan juga mereka yang lompat parti adalah bukan winnable candidate. Jadi, rakyat harus bijaksana semsa mengundi.

Anonymous said...

semua mereka ni pemimpin2 veteran. agaknya adakah pemimpin2 muda yang boleh menggantikan mereka dan menjadi sehebat mereka??

Anonymous said...

tetapkan pendirian dan jangan asyik lompat parti. lagipun kalau mahu mencari kesempurnaan dalam sesebuah parti rasanya tiada yang dapat mencapai 100%

Anonymous said...

What if Ghafur out from BN?

Anonymous said...

I think Lajim still loyal to BN. Anyway, lets see how thing going on.

Anonymous said...

Jika tidak bersehaluan, tidak hairan jika Ghapur & Lajim akan keluar dari BN.

Anonymous said...

Sepatut juga bersikap positif terhadap mereka yang nak melompat parti, cuma berlainan agenda tetapi mungkin mereka masih boleh dipercayai dan bertanggung jawab.

Anonymous said...

Im sure Najib will do more to retain both of them.