Saturday, December 17, 2011


Posting kelapamawar mengenai spekulasi pengguguran dua orang pemimpin politik Kota Belud pada PRU 13 akan datang iaitu Datuk Rahman Dahlan MP Kota Belud dan Datuk Japlin Akim, ADUN USUKAN mendapat response dari pelbagai pihak. Antara yang turut memberikan response ialah sdr Razak Rakunman. Beliau memberikan 8 dalil mengapa Datuk Rahman harus ditolak :


Kelapa Mawar: DATUK RAHMAN DAN DATUK JAPLIN GUGUR????

Datuk Abdul Rahman Dahlan memang akan disisikan dari calon UMNO BN di Kota Belud. Dari perbulan dan analiasa kedai kopi saya dapati sekurang-kurangnya ada 8 dalil kenapa DARD perlu ditolak.

1. Bila DARD diumumkan pemenang PRU P169 KB, beliau telah membuat kenyataan bahwa kemenangan beliau adalah kerana suku kaum Dusun....Dari kenyataan ini hati kaum Bajau dan Iranun dan lain-lain terguris dan sampai kini menjadi isu


2. Isu Tanah di Kg Rampayan di Tempasuk dan dan kawasan Tambatuan di Kadamaian. Kedua isu ini menyebabkan orang Dusun yang DARD kata menyokong beliau dulu kini semakin pudar sokongan dan orang Iranun bertambah keraguan kepada beliau



3. Tempat Pertemuan dengan DARD. Pejabat Parlimen P169 memang ada namun DARD sentiasa tidak kelihatan di situ kata mereka, hanya para pegawainya yang kurang prihatin. Rumahpun tak tahu dimana mau cari di KB atau KK. Kalau Datuk Musbah dan Datuk Japlin atau Datuk Salleh kata mereka boleh di cari di rumah mereka di KK kalau tak dapat jumpa di KB.



4. Pembahagian Peruntukan. Ramai mengatakan ianya tidak diagih secara seimbang. Kroni menjadi keutamaan malahan orang Tuaran lebih berkuasa dari orang Kota Belud.



5. Jenama UMNO DARD tidak bawa bersama secara total bilamana masuk ke kampung-kampung. Malahan beliau dikatakan selalu gunakan sumbangan peribadi atau menggunakan kumpulan pemuda P169 sedangkan Pemuda dan Puteri UMNO tidak beliau libatkan secara aktif.



6. Bahagian UMNO mereka kata kurang mesra denagn DARD. Ada setengah ketua cawangan merasa tidak dihargai oleh DARD atau beliau tidak kenali. Hendak bersalampun dengan beliau amat sukar kata seorang ketua cawangan kepada saya.



7. Semasa PRU 12 DARD terlalu banyak menabur janji. Malang sampai kini sudah lebih 3 tahun beliau menjadi MP, janji masih banyak belum terlaksana. Isu bekalan air bersih masih terlalu jauh dari kesempurnaan


8. Isu orang luar atau calon Import masih satu isu yang besar dan semakin membesar kini. Orang KB mahu orang mereka sendiri


Dari 8 dalil di atas, ada kemungkinan DARD akan tersingkir pada PRU13 nanti. Namun Allah jua yang berkuasa di atas segala.

46 ulasan :

MASBAK RUMASHID ABD RAHMAN said...

Setuju saranan Sdr Abd Razak. Mungkin lebih daripada Lapan Dalil sebab sebab Sdr Rahman tidak tersenarai dalam pru ke -13.

Dalam pru ke -12, semua masyarakat tahu majoriti Sdr Rahman hanya 3,020 undi. Jika dibanding sebelumnya majoriti calon BN hampir 15,000 udi.

Jika dicalonkan sdr Rahman dicalonkan semula, ada kebarangkalian BN akan rebah kalah di parlimen KBelud.

Keputusan tidak dicalonkan semula adalah langkah terbaik untuk menyelamatkan calon BN di KBelud.

Faktor tidak mengenali semua Ketua ketua Cawangan UMNO di Bahagian KBelud, disifatkan satu kesengajaan, agar rakyat KBelud dapat dielakkan untuk selalu berjumpa dengan sdr Rahman.

Faktor bukan anak jati KBelud, merupakan asas paling penting, sebab sebab sdr Rahman digugurkan dalam senarai. Pengerusi Perhubungan ambil keputusan sebelum rakyat buat keputusan melalui pru ke 13, langkah terbaik sdr Rahman tidak dipilih semula. Jika tidak, satu kerusi BN di KBelud bakal jatuh ke genggaman parti lawan.

Smookiekins said...

Banyaknya alasan. harap2 calon2 KB adalah antara calon2 yang mahu menjalankan tanggunjawab yang telah diamanahkan.

Kris Jr said...

kemungkinan calon boleh menang akan ditempatkan di KB. Mana mungkin kasi letak calon yang membawa kekalahan kepada parti.

Anonymous said...

memang 8 dalil yang dikatakan merupakan antara faktor yang mungkin akan menyebabkan DARD tdk dicalonkan semula..

Anonymous said...

BN memberikan fokus kepada winnable candidate..sudha pasti BN tidak akan mencalonkan semula wakil rakyat BN yang banyak membawa masalah kepada BN daripada kebaikan..

Anonymous said...

persoalannya siapa yang akan menggantikan DARD?

Anonymous said...

mungkin BN harus meletakkan muka baru dan mengurangkan janji2 politik yang mana indah khabar dari rupa..

Anonymous said...

apa2 pun kita tunggu dan lihat keputusan pucuk pimpinan BN untuk meletakkan siapa sebagai calon BN di KB pada PRU13.

Jason said...

i just hope the candidate that are chosen to represent is a competent sincere and likeable leader.

Jason said...

Partly of the people speculation might be true but what to do la.

Jason said...

neway, all the best to both Rahman and Razak.

Paquin said...

Makin dekat PRU makin banyak pula yang timbul. Sekarang ni dalil lagi. Aduuii...

Paquin said...

Beribu dalil sekalipun kalau memang dapat sokongan, menang juga tu nanti dan begitu juga lah sebaliknya.

Paquin said...

Tapi susah juga mahu cakap... Ya lah politik kan sukar diramal. Macam-macam boleh berlaku.

Paquin said...

Namun terpulanglah pada penilaian individu masing-masing. Sekarang ini apa yang paling penting adalah undi rakyat, jadi pandai-pandailah rakyat putuskan nanti.

Paquin said...

Apapun, kita tunggu dan lihat sajalah nanti. Semuanya pasti akan terjawab jua.

Mohd Ishak said...

Rakyat pasti akan tahu macam mana mahu memilih seorang calon yang sesuai untuk memimpin mereka. Biar mereka sahaja yang membuat pengundian.

Mohd Ishak said...

Harap calon yang dihantar untuk mewakili parti masing-masing adalah calon yang berkemampuan.

Anonymous said...

byk juga dalil mengatakan Datuk Rahman akan ditolak, namun ini hanyalah spekulasi dan kita belum tau lagi samada dia benar2 akan ditolak atau tidak.

Anonymous said...

apapun, pastikan pemilihan calon dilakukan dgn teliti, pilih calon yang benar2 boleh menang.

Anonymous said...

sepatutnya DARD bertandinglah di tempat kelahirannya sendiri, bukan di KB.

Anonymous said...

paling banyak isu kebelakangan ni memang DARD. pasti ini akan mempengaruhi kedudukan beliau nanti.

Scarlett said...

Mungkin ada benarnya juga 8 dalil itu. DARD diselebungi dengan isu2 yang kontroversi sejak akhir2 ini dan ia menjejaskan reputasi beliau.

Scarlett said...

Nampaknya DARD bukanlah winnable candidate untuk PRU 13 nanti.

zam said...

yang penting seseorang pemimpim itu mampu menjalankan tugas dengan baik.

zam said...

tunggu dan lihat sajalah, siapa pun yang dicalonkan nanti perlu bekerja keras untuk memenuhi keperluan rakyat.

sabaheco said...

Pendek kata, Bro Razak tak suka Rahman sebab dia orang luar saja...

Apa salahnya kalau dia bukan orang KB? Tuaran & KB bukannya jauh juga, suku kaum lebih kurang sama saja...

jgn la terlalu bersifat kedaerahan betul...

Sabaheco

Anonymous said...

biarlah rakyat menentukan siapa yang mereka pilih dalam PRU nanti

Anonymous said...

dan kita nantikan sahaja pengumuman samada DARD akan bertanding di PRU-13 nanti

Anonymous said...

kemungkinan besar Dt. Salleh akan dicalonkan oleh Najib dan bukannya DARD dlm PRU akan datang nanti

Anonymous said...

hope the people are mature and capable of making the necessary judgment

Anonymous said...

semoga, tidak ada perbelahan di antara pemimpin2 Sabah dan
semua dapat bersatu-padu untuk membangunkan negeri yang termiskin di M'sia ini bersama-sama

Anonymous said...

ada masanya diatas dan ada juga masanya di bawah.. kalaupun benar tersingkir, akur saja la..

Anonymous said...

pandangan penganalisa politik dengan pemimpin negara serta rakyat tidak sama.. selagi belum disingkirkan, DARD masih mempunyai peluang untuk memperbaiki keadaan..

Unknown said...

Salam semua,

Mungkin apa yang 8 Dalil yang ditujukan kepada datuk Rahman Dahlan ini ada kebenarannya. Tapi mengenai pengguguran masih belum ada kepastian lagi. Tapi berita ini hangat di Kota Belud. Maka untuk kebaikan Datuk Rahman beliau perlulah memperbaiki kesilapan dan juga menjaga setiap perkataan beliau bagi mengelak ada pihak yang tersinggung dan terguris.

Sanih Alias said...

Khabar angin pengguguran tersebar luas di KB. Nampaknya keyakinan penduduk kepada DARD semakin pudar. Penduduk perlu berfikiran positif mengenai perkara sebegini. Pasti ada mainan politik dalam khabar angin ini.

Anonymous said...

We need someone that can bring more dvelopment to KB.

Anonymous said...

Im sure Najib can go great job to segregate rigth candidate for right position.

Anonymous said...

The people really need to value and make right choice.

Anonymous said...

Perpaduan dan satu-padu adalah amat penting untuk mencapai kejayaan di PRu akan datang. Perpecahan akan memberi imej yang amat negatif.

Anonymous said...

Perpaduan dan satu-padu adalah amat penting untuk mencapai kejayaan di PRu akan datang. Perpecahan akan memberi imej yang amat negatif.

No name said...

calon yang tidak berkelayakan harus disingkirkan.

No name said...

I urge for new blood coming in.

No name said...

Bukan senang untuk Rahman menambat hati rakyat.

No name said...

Yang berkemampuan pasti mendapat sokongan dari rakyat.

No name said...

Let the people to decide who they want.