P 169 Parlimen Kota Belud adalah antara parlimen kawasan yang panas menjelang PRU 13 dalam beberapa bulan mendatang ini. Kawasan ini dikatakan panas bukan sahaja menjadi perebutan di kalangan pemimpin sedia ada di Kota Belud , antaranya ialah Datuk Salleh Tun said dan ada kebarangkalian juga menjadi idaman buat Tan Sri Pandikar Amin tetapi juga 'panasnya' amat terasa bila Parti Keadilan Rakyat (PKR) turut mengimpikan kawasan itu menjadi milik mereka.
Anwar Ibrahim tanpa berlapik lagi mahukan PKR Sabah memberi tumpuan kepada kawasan Parlimen Kota Belud pada PRU 13 akan datang. Malahan menurut Anwar lagi, PKR akan memilih calon tempatan yang benar-benar berkelayakan untuk menjadi calon. Berikutan kenyataan Anwar itu, penyandang kawasan Parlimen ini, Datuk Rahman dahlan dijangka tidak akan tidur lena.Terkecualilah jika bayangan awal , Datuk Rahman tidak akan dicalonkan di Parlimen Kota belud.
Keyakinan Anwar Ibrahim untuk merampas kawasan Parlimen Kota Belud ini adalah berasas berdasarkan beberapa sebab dalaman dan luaran yang telah dikaji selidik oleh PKR Sabah. Antara sebab dalaman yang menjadi faktor kepada keyakinan Anwar itu ialah soal calon yang diletakkan oleh UMNO pada PRU 12 yang lepas. Isu calon luar masih mendominasi minda segelintir masyarakat Kota Belud yang mahukan agar anak jati di daerah itu yang sepatutnya menjadi wakil rakyat mereka. Isu pemimpin luar ini juga pernah menjadi isu utama bagi pemimpin sedia ada di Kota Belud, terutama semasa mereka dipinggirkan pada PRU 12 yang lepas. Maka jika Rahman Dahlan lagi dicalonkan, ada harapan bagi PKR untuk merampas kawasan berkenaan.
Namun sekiranya Datuk Salleh dicalonkan di kawasan parlimen ini, harapan PKR juga cerah kerana Anwar tahu semakin ramai golongan muda di Kota Belud yang menolak kepimpinan Datuk Salleh berikutan isu pembangunan yang gagal dibawa oleh Datuk Salleh selama mana beliau berada dalam kerajaan. bah kan kawasan Usukan yang diwakilinya juga berkeadaan mundur dari kemudahan infrastuktur asas. Tambahan lagi kewibawaan Datuk Salleh juga dipertikaikan kerana selaku Ketua UMNO KB, tidak banyak Transformasi yang dilakukannya,sebaliknya usaha-usaha yang dibuat adalah untuk kepentingan politik peribadinya.
Faktor luaran yang boleh diambilkira oleh Anwar ialah pencapaian calon PKR pada PRU12 yang lepas. Memperolehi undi sebanyak 14,822 satu jumlah yang besar dan berkemungkinan akan meningkat lagi dengan mengambilkira perubahan landskap politik Kota Belud dan sabah amnya.
Sekiranya PKR meletakkan calon yang sesuai, ditambah lagi dengan pelbagai isu berbangkit seperti pembinaan empangan tambotuan dan kes rampasan tanah adat yang melanda daerah Kota Belud selain pengagihan peruntukan Parlimen yang dikhabarkan tidak sekata dari ketiga-tiga DUN , maka sokongan rakyat Kota Belud dijangka meningkat . Setidak-tidaknya keputusan Musli Oli meninggalkan UMNO dan menyertai PKR akan turut mewarnai politik Kota Belud pada PRU akan datang.
0 ulasan :
Post a Comment