Saturday, December 24, 2011


Politik ibarat Kek,kalau tak dipotong,orang lain akan potong..Tapi siapa yang potong kek siapa?


Semakin dekat PRU 13 ini,semakin lucu ahli-ahli politik menjalani kehidupan mereka. Ada yang berdebar-debar takut tidak kembali dicalonkan, ada yang mula berturunan di pelusuk seluruh kawasan yang diwakilinya, menunjukkan muka prihatin,merasmikan acara itu,acara ini, menghulurkan derma dan menyampaikan bantaun kerajaan dari bantuan RM100 ringgit kepada murid-murid sekolah sehinggalah kepada menyerahkan borang Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M). Melucukan sehingga ada yang menyambut hari ulang tahun dan hari jadinya perlu memanggil kawan-kawan ahli politik, bukan untuk menyerikan majlis berkenaan tetapi sebagai signal kepada pemimpin tertentu bahawa kepimpinannya masih relevan dan pengaruhnya masih diperlukan.

Namun ada kah yang kita dengar menyambut hari ulang tahun atau hari jadinya bersama rakyat yang diwakilinya tanda penghargaan atas sokongan selama ini. Duit gaji yang diperolehi adalah duit rakyat dan wajar rakyat dihargai.

Tidak cukup dengan helah politik dan tindakan yang mengampu dengan kata-kata yang puitis kepada pemimpin tertentu ada juga yang masih ke hulu hilir mengesahkan namanya tersenarai dalam PRU 13 akan datang.Pemimpin begini,rakyat sudah kenal pasti.Tapi tidak mampu menolaknya kerana apa? kerana sudah lama terhutang budi kata mereka.Alahai!!!

23 ulasan :

Jason said...

These politicians should learn to accept that they are not good enough to be put as a candidate. That is what they get for not doing their job well.

Jason said...

Hopefully when election comes, it will be played clean and fair.

Anonymous said...

Tepuk dada tanya selera. Ukur baju di badan sendiri. Nilai sendiri prestasi kerja yang dilakukan selama ini. Jangan hanya mahu bertanding untuk kepentingan diri sendiri, rakyat pula diabaikan. Individu sebegini memang bukan winnable candidate.

Anonymous said...

Diharap pemimpin yang tidak tercalon untuk PRU13 ini menerima keputusan dengan hati terbuka dan bukan terus-terusan hendak berpaling tadah.

Anonymous said...

dah dekat pilihnaraya pasti ramai pemimpin akan aktif semula untuk memastikan kedudukan terus kukuh.

Anonymous said...

par pemimpin harus memgekalkan presrasi baik mereka sepanjang masa, tanggungjawab mereka terhadap rakyat kena dilaksanakan dgn baik.

Green Sabah said...

All leaders should always fulfil their responsibility to go down to the ground and hear the grassroots voices. Not just nearing the election period but on ordinary days as well.

Green Sabah said...

Hope that the leaders will be more sincere in serving the people, those who worked hard and do their best to fulfill their responsibilities and duties will always get the people's support.

http://sabah-go-green.blogspot.com/

joey said...

mana-mana pemimpin yang dicalonkan haruslah bersedia menjalankan tugas dengan sebaiknya.

joey said...

pemimpin yang sekiranya tidak dicalonkan haruslah terus memberikan sokongan dan kerjasama untuk kebaikan bersama.

joey said...

yang penting setiap pemimpin harus berusaha untuk memenuhi keperluan dan menjaga kepentingan rakyat.

Anonymous said...

ahli2 politik yang dimaksudkan perlu merangkumi semua ahli2 politik yang ada di Malaysia.. semuanya bertungkus lumus bila dekat PRU..

Anonymous said...

cukup la sekadar mempertikaikan tindakan mengampu oleh ahli2 politik.. pasal bantuan untuk rakyat tidak perlu dipertikaikan, kerana bantuan itu perlu wujud pada bila2 masa..

Smookiekins said...

Kalau yang sudah lama berkecimpung dalam arena politik semua ni sudah menjadi lumrah. Tapi bagi rakyat mungkin ada rasa muak. Jadi, pandai2 la menjadi pemimpin yang dihormati rakyat.

Kris Jr said...

Semua ni sudah menjadi kebiasaan. Rakyat harus tahu menilai segala bentuk penghargaan yang diterima. Sekiranya mendatangkan manfaat terima saja.

Anonymous said...

To make sure right candidates to fill right position.

Anonymous said...

WR yang tidak berkhidmat dengan baik harus disingkirkan.

Anonymous said...

Yang dipilih harus berkhidmat dengan baik supaya rakyta lebih yakin dengan beliau dan akan memberi sokongan yang baik.

Anonymous said...

The leader will do anything to make sure they stay in power. Hoping the election is going on smooth, fair and clean.

Anonymous said...

Memang harus menilai dan meletak pemimpin yang betul-betul berusaha dan bertanggugn jawab. Jangan biarkan pemimpin yang kruang baik menjejaskan prestasi PRU akan datang.

Unknown said...

Sebagai seorang yang terpilih seharusnya melaksanakan tugas dan tanggungjawad dari mula lagi dan bukannya sudah terpaksa baru mahu membantu. Itu sudah terlambat.

POP said...

Just wait and see.

Anonymous said...

memang banyak gelagat para pemimpin bila dekat2 PRU. tiap hari penuh dengan kesibukan. rakyat akan tahu pemimpin yang benar2 boleh dipanggil 'pemimpin' kerana khidmat mereka bukan tertakluk pada tempoh2 tertentu saja.