Walaupun ada pihak-pihak tertantu di Sabah merasakan bahawa Pakatan Rakyat wajar diberikan tempat pada PRU 13 akan datang ini, namun tidak semua yang bersetuju dengan idea tersebut.Malahan sentimen Sabahan terus mendapat tempat. Hujah golongan ini, hanya parti dari Sabah yang wajar diberikan tempat. Apa beza UMNO dan PKR,sedang kedua-duanya adalah parti Dari semenanjung?.Manakala yang berada pada aras sederhana memikirkan bahawa biarlah Sabah diperintah oleh parti tempatan tetapi peluang memerintah Putrajaya harus diberikan kepada PR.Pastikan DUN-DUN di Sabah dimenangi oleh parti dari Sabah manakala kawasan Parlimen biarlah dari parti Semenanjung.
Namun idea itu tidak berapa dipersetujui oleh beberapa orang mantan pemimpin politik di Sabah. Buktinya pada 16 Dis.2011 yang lepas, Datuk Dr Jeffry Kitingan yang juga mantan Naib Presiden PKR,memulakan satu idea baru dalam landskap politik Sabah apabila mengadakan dan menubuhkan Pakatan Borneo Bersatu yang melibatkan beberapa parti dan pemimpin dari Sarawak yang mengambil jalan memperjuangkan hak-hak kedua-dua buah negeri itu seperti yang didakwa terkandung dalam perjanjian Malaysia ( 20 perkara).
KOTA KINABALU, 16 Dis (Bernama) -- Presiden Barisan Borneo Bersatu (UBF) Datuk Dr Jeffrey Kitingan Jumaat mengumumkan pembentukan perikatan dengan Sabah dan parti-parti yang berpangkalan di Sarawak dikenali sebagai Pakatan Borneo Bersatu yang akan memberi cabaran kepada Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang.
Bekas naib presiden PKR itu membuat pengumuman berkenaan di sini dengan kehadiran Presiden Parti Reformasi Negeri (STAR) yang berpangkalan di Sarawak, Dr Dripin Anak Sakoi yang memegang jawatan itu selepas bekas president Dr Patau Rubis memegang jawatan pengerusi tetap parti.
Turut hadir presiden sementara parti USNO yang baru dipulihkan Datuk Badaruddin Tun Datu Mustapha dan Timbalan Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Amde Sidik.
"Sabah dan Sarawak mempunyi kepentingan bersama. Kami rasa terdapat keperluan untuk menubuhkan sebuah perikatan sebagai platform untuk meneruskan agenda Borneo.
"Kami (Sabah dan Sarawak) boleh menjadi rakan sepasukan dalam melindungi dan memelihara kepentingan dan hak rakyat di kedua-dua negeri," katanya kepada pemberita selepas membuat pengumuman itu pada sambutan ulang tahun pertama UBF.
Bagaimanapun Dr Jeffrey tidak menamakan platform bagi beliau dan penyokongnya tentang karier politiknya di sebalik spekulasi bahawa beliau akan membentuk cabang parti yang berpangkalan di Sarawak itu di Sabah.
Beliau juga berkata pembentukan perikatan itu adalah platform terbaik untuk memenangi tujuan itu dan menjaga kepentingan rakyat Sabah dan Sarawak.
"Tumpuan kami sekarang adalah untuk mengukuhkan kepentingan Borneo dari perspektif tempatan," katanya.
Dengan kemunculan perikatan yang berpusat di Borneo, parti pemerintah BN akan berhadapan cabaran getir bukan hanya daripada Pakatan Rakyat, gabungan DAP, PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) tetapi juga Pakatan Borneo Bersatu di Sabah dan Sarawak.
Ditanya simbol baru perikatan itu pada PRU akan datang, Dr Jeffrey berkata: "Ia masih lagi belum ditetapkan, tetapi kami sedang mengusahakannya."
47 ulasan :
Harap parti ni sekiranya berjaya bergabung dapat membela nasib rakyat. Tapi akan menjadi pesaing bagi parti kerajaan. Persaingan harus ada, untuk meningkatkan prestasi.
adakah gabungan ini akan berjaya? Berapa banyak parti Jeffrey masuk
parti pakatan borneo bersatu sememangnya memberikan cabaran buat BN dan PR di sabah dan sarawak..
walaupun masih baru, namun kemunculan kuasa baru dalam politik di sabah dan sarawak ini tidak harus diperkecilkan kerana ianya dianggotai oleh pemimpin yang berpengaruh serta masih mendapat sokongan kuat dari rakyat tempatan..lagipun kalau ikut senario politik di sabah, pengundi lebih cenderung kepada parti tempatan..
dan sememangnya PRU13 adalah PRU yang paling getir dalam sejarah..
Berabis si DJK ini menempatkan dirinya dalam arena politik. hhmmm...
Saya terpaksa akui, perjuangan DJK ini sememangnya untuk rakyat. Cuma sukar nak ditentukan adakah rakyat masih mahu mempercayai DJK atau sebaliknya.
Lihat sajalah b/groundnya yang lompat sana sini... Tak mustahil hingga saat ini pun masih ramai yang meragui pendirian DJK.
Namun terpulanglah pada penilaian individu masing-masing. Sekarang ini apa yang paling penting adalah undi rakyat, jadi pandai-pandailah rakyat putuskan nanti.
Apapun, kita tunggu dan lihat sajalah nanti. Mana tahu ada juga berita baik:)
I wonder how many parties Jeff will jump till he finally found the right party.
parti pakat borneo bersatu will pose a threat to all the semenanjung parties. Watch out!
All the best to Party Pakatan Borneo Bersatu! Its good to have all party combining and cooperating with each other to fight for the people rights.
Pakatan Rakyat mungkin tidak sesuai untuk Sabah dan Sarawak, baik mereka tumpukan perhatian mereka di Semenanjung dan biar parti tempatan di sini memperjuangkan hak Sabah dan Sarawak.
Harap parti-parti tempatan akan bersatu supaya boleh memperjuangkan kepentingan rakyat bersama.
adakah gabungan tersebut pasti akan mendapat sokongan?
satu lagi Jeffery ni masih kena pakai ke oleh rakyat?
Pakatan Borneo Bersatu pasti akan mengukuhkan lagi perjuangan untuk menuntut hak dan kepentingan rakyat Sabah dan Sarawak. Selamat Berjuang!
Jeffrey memang banyak pengalaman lompat parti. mungkin beliau masih belum dapat mencari parti yang benar2 sesuai dengan jiwanya. harap inilah yang last.
Jika pakatan ini ikhlas memperjuangkan hak rakyat Sabah Sarawak, tidak mustahil ia akan mendapat sokongan yang kuat daripada rakyat.
Mungkin PRU13 ini akan memperlihatkan sokongan rakyat lebih kepada local based party?
nampaknya ada lagi parti yang akan bersaing dengan parti-parti sedia ada.
blum diketahui lagi sejauhmana kekuatan parti ini, mungkin ianya akan jadi pesaing yang kuat dan mungkin juga tidak.
tunggu dan lihat sajalah sejauhmana sambutan terhadap parti ini.
I don't see any significance about this.
Cabaran memang baik untuk kemajuan.
In my opinion, PR in Sabah is not as strong as Peninsular.
ini terpulang jika rakyat Sabah dan Sarawak mahu bersatu
untuk dua negeri bersatu tentunya tidak begitu mudah kerana masing-masing ada motif tersendiri
kita lihat dan tunggu sahaja jika usaha DJK ini berjaya atau tidak...
untuk mendapat sokongan rakyat dari 2 buah negeri ini memang bukannya senang
berjaya atau tidak semuanya di tangan rakyat Sabah dan Sarawak
sepatutnya perikatan ini ditubuhkan sebaik Jeffrey keluar dari PKR..
And now Borneo Alliance has existed.
Nampaknya mimpi Anwar tidak kesampaian untuk menawan Sabah tambahan lagi apa yang Jeffery lakukan untuk bersaingan dengan PR pada PRU13 ini.
Parti Pakatan Borneo nampaknya diterima oleh penduduk Borneo berbanding dengan PKR, DAP dan PAS. Walaupun baru tapi parti ini adalah parti 100% parti tempatan Sabah.
Bersaing dengan sihat.
Tidak salah bergabung jika sanggup berjuang menuju misi yang sama.
I doubt whether the people still give good trust to DJK?
Pakatan Borneo Bersatu memang dapat memperjuangkan lebih banyak khas hak milik penduduk di Sabah.
Need time to proven their capability whether or not to strike more for the people.
Ini akan memberi saingat giat juga untuk parti lain di PRU akan datang. Yang penting, tidak lupakan tanggung jawab kepada rakyat.
Another great challenge to other party.
Kalau betul untuk berkhidmat untuk rakyat, pasti mendapat sokongan golongan awam.
Saingan sihat baik untuk parti lebih bermaju.
Parti Borneo harus berjuang demi hak dan kepentingan rakyat Sabah.
Semoga Jeffrey jelas dengan halaju beliau dan sedia berjuang untuk orang Sabahan.
Post a Comment