Oleh : MUTALIB M.D
MUNGKIN tidak keterlaluan jika saya menyimpulkan bahawa kesemua ADUN dan Ahli Parlimen dari Sabah sejak 1975 sehingga kini menjadi ‘pelacur’ politik dengan ‘menjual tubuh’ mereka di Dewan Undangan Negeri dan Parlimen untuk kepentingan peribadi; tanpa mempedulikan hak rakyat Sabah untuk hidup bahagia tanpa Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dan mendapat pembelaan melalui penubuhan Suruhanjaya Siasatan Di Raja.
Betapa tidak, kesemua ADUN dan Ahli Parlimen Sabah tidak mempunyai ‘political will’ untuk menyelesaikan isu ‘Pelarian Perang’ dan PATI yang berduyun-duyun ‘diimport’ masuk dan diberikan kerakyatan songsang Sabah melalui ‘Task Force’ USNO, BERJAYA dan UMNO bagi membolehkan mereka merampas kuasa, mendirikan tugu kuasa dan mengekalkan kuasa sehingga ke hari ini.
Sebagai rakyat Sabah yang mendapat ‘hak mutlak’ kerakyatan melalui proses undang-undang, saya sudah muak membicarakan Isu PATI dan MyKad melalui empat buku saya, IC PALSU Merampas Hak Anak Sabah; Pengundi Untuk Disewa; IC PROJEK Agenda Tersembunyi Mahathir? dan 007-Lelaki Malaysia Terakhir?
Kesemua Ahli Parlimen Sabah, bagaikan ‘Pelacur Jalanan’ yang menjaja diri mereka dengan janji akan memberi perkhidmatan terbaik, sekalipun rakyat sudah menolak mereka (terutama yang sudah terlalu lama berkhidmat sehingga Boeing 747 boleh membuat U-Turn); tetapi tetap dinamakan dan akhirnya melalui pelbagai cara dan kontroversi, kesemua mereka masih terpilih kerana ada yang mempunyai libido yang kuat (Ghairah) menjadi Perdana Menteri dan Ketua Menteri.
Isu Suruhanjaya Siasatan DiRaja dan PATI telah bergema di Parlimen sejak 1975, menjelang tumbangnya Parti USNO dan kemenangan Parti Berjaya melalui ‘pengklonan’ warga Indonesia, Filipina, India dan Pakistan; sebagai acuan politik yang mendirikan Kerajaan Barisan Nasional di Sabah melalui campurtangan Kerajaan Persekutuan; sekaligus menghilangkan kuasa autonomi Sabah setelah dipecah dan diperintah.
Kerangka pelan tindakan rampasan kuasa di Sabah sudah lama dirancang oleh pihak tertentu di peringkat persekutuan melalui ‘Skandal X-Files’ yang dengan mudah melalui ‘Denial Syndrom’; sedangkan seluruh dunia terutama Kerajaan Filipina dan Indonesia tahu rakyatnya direkrut sebagai pengundi di Sabah dan kini di Seluruh Malaysia.
Bagaikan ‘Si Buta’ kehilangan tongkat, Kementerian Dalam Negeri dan kuncu-kuncunya seperti ‘Sultan Akjan’ seperti PEKIDA, PKBS, DPPIM telah menafikan kewujudan ‘Skandal X-Files’ dan sekaligus menolak penubuhan Suruhanjaya Siasatan DiRaja.
Ketika memberi keterangan kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen yang dipengerusikan oleh Tan Sri Bernard Giluk Dompok pada 26 Februari 2007 dan menyerahkan memorandum dan kesemua buku saya kepada DYMM Yang Dipertuan Agong; saya telah melaksanakan tugas saya sebagai ‘Rakyat Sabah’ sekalipun sering dinista sebagai ‘Orang Melaya’.
Hari ini pada 1 Januari 2012, setelah hampir empat tahun saya memberi keterangan di hadapan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Mengenai Integriti; akhirnya menyedari bahawa ‘Skandal X-Files’, Kebanjiran PATI dan Perjuangan Wakil Rakyat Sabah; termasuk semua ADUN di Sabah; hanyalah sebuah ‘Epik’ yang belum difilemkan, tetapi sudah 37 tahun berlaku di Sabah.
Bagi saya, bukannya sukar untuk mendesak Kerajaan Persekutuan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan DiRaja atau menyelesaikan isu PATI dan Sindiket MyKad Projek jika kesemua ADUN dan Ahli Parlimen mempunyai ‘Political Will’.
Apakata jika kesemua 25 Ahli Parlimen dan 60 Adun Sabah memberi notis 14 hari kepada Perdana Menteri untuk menyelesaikan isu PATI dan sewaktu dengannya? Jika tidak dapat diselesaikan dalam tempoh tersebut, mereka boleh mengisytiharkan mereka menjadi ADUN atau Ahli Parlimen Bebas?
Apa gunanya mengaku sebagai ADUN dan Ahli Parlimen BN jika kejalangan mereka semakin terserlah; menggunakan isu PATI dan Suruhanjaya Siasatan DiRaja sebagai modal politik sedangkan mereka tidak ikhlas dan beragenda dalam memperjuangkan hak dan kedaulatan Sabah?
Dalam keadaan darurat, terutama ketika BN tidak mempunyai majoriti dua pertiga di Parlimen, peluang yang ada dipersiakan oleh semua ADUN dan Ahli Parlimen Sabah kerana kesemua mereka memilih untuk terus menjadi ‘pelacur tua’ yang menagih simpati pelanggan dengan mewar-warkan kehebatan perkhidmatan dan ‘kemutan’ mereka, sekalipun sudah seperti getah sekerap!
(NOTA: Pandangan penulis tidak semestinya pandangan Sabahkini.net; jika istilah yang digunakan keterlaluan, mungkin itulah kebenaran yang tersembunyi di sebalik artikel ini.)
24 ulasan :
Sdr Mutalib seorang kritikus yang berwibawa dan mempunyai senjata kelantangan untuk menyuarakan sarananya untuk tatapan umum.
Saya kagum atas kelantangan sdr. Keberanian menyuarakan sesuatu memang tepat dan tidak boleh nafikan lagi.
Panca indera yang ada pada sdr. Lantaran berani menggunakan istilah PELACUR JALANAN kepada ahli ahli wakil rakyat, disifatkan cukup melepaskan geram dan amarah, kerana isu PTI belum terselesai hingga kini.
Bila ada rancangan tubuh satu badan siasatan atau RCI. Pengerusi PEKIDA Cawangan Sabah tidak setuju.
Harian Ekspress keluaran januari 2 2012. Akjan marah, kerana suku suluk di rumah merah yang ditahan agak lama, menjejas kesihatan mereka,ada di antara mereka diserang penyakit kulit.
Akjan menambah, tidak bermakna suruhanjaya siasatan ini semudah itu dapat membantu menyelesaikan masalah PTI di Sabah.
Saya yakin, sdr Mutalib dapat lontarkan saranan yang boleh diterima umum, demi bangsa Agama dan negara.
Isu PATI macam tiada kesudahan. Selagi tiada kesatuan dalam mencari jalan untuk mengatasi masalah ini, selagi itu PATI sentiasa menjadi ancaman kepada rakyat jati Sabah. 'Terima kasih' kepada mereka yang menjadi dalang di sebalik peningkatan mendadak jumlah PATI di negeri ini.
Suruhanjaya Siasatan Di Raja,(RCI) bakal dibentuk untuk menyiasat kebanjiran PTI di bumi Sabah.
Beberapa badan NGO, termasuk UMNO setuju untuk membentuk RCI, agar keraguan rakyat dapat terjawab.
RCI yang dianggota oleh para profesional, Peguam dan Ketua Ketua Organisasi yang di iktiraf,membolehkan siasatan dapat berfungsi dengan berkesan.
Lainhal pula Pengerusi PEKIDA Sabah, melontarkan marahnya untuk tidak setuju RCI diwujudkan.
PEKIDA adalah persatuan Islam, yang hanya memperjuangkan sinar islam dan kesejahteraan Agama, tiba tiba sekelip waktu,Pengerusi PEKIDA Sabah tampil ke hadapan membela PTI.
Persoalan dalam benak rakyat masa kini, ialah,apa kah ada termaktub dalam perlembagaan PEKIDA Sabah, bahawa PTI perlu di bela oleh PEKIDA Sabah??
Kenapa Pengerusi PEKIDA Sabah, bermati-matian membela PTI?.
Mengapa ada kesanggupan, dan kesungguhan Pengerusi PEKIDA, menulis surat bantahan PTI yang di tahan dirumah merah, Kimanis kerana mempersoalkan tentang kesihatan PTI.
Jika dibanding PEKIDA Semenanjung, kita tidak pernah terbaca bahawa Pengerusi Pengerusi negeri cuba turut campur tangan dalam urusan PTI.
Soalan ini hanya Pengerusi PEKIDA Sabah sahaja yang tahu! dan dapat berikan info kepada masyarakat warganegara malaysia.
RCI juga mempunyai kuasa, meminta perlembagaan dan buat penelitian terhadap perlembagaan PEKIDA Sabah. Samada perlembagaan PEKIDA Sabah ada menyatakan, bahawa Pengerusi boleh membela PTI.
Rakyat Sabah menunggu, agar RCI dapat di tubuh seberapa masa yang terdekat, agar permasalahan ini dapat diselesaikan.
Tanggungjawab ahli politik adalah untuk memperjuangkan hak dan kebaikan rakyat dan bukan demi kebaiakan sendiri.
Harap calon yang ikhlas akan mendapatkan sokongan daripada semua rakyat.
desakan daripada rakyat dan juga pemimpin2 politik serta ngo yang lain pun cukup untuk mendesak kerajaan persekutuan untuk menubuhkan RCI di Sabah..
isu PATI, isu yang telah lama membelenggu Sabah, hingga kini ia belum selesai. RCI adalah satu cara untuk selesaikannya, semua pihak menyokong kecuali Akjan dan Putra Rantau. apapun harap RCI akan ditubuhkan.
pemimpin2 Sabah harus serius dalam perjuangan mereka dalam membantu penduduk Sabah. itu tanggungjwab mereka.
Suara Ketua Ketua penyelaras kawasan Amanah Sabah,dipetik dalam Harian eksores hari ini. Rabu 4 Januari 12.
Sdr Monggoh menggesa RCI perlu ditubuhkan dalam kadar segera, bagi menangani kemelut PTI yang belum sampai kepada episod kesudahanya.
Mereka suarakan tentang pendirian Pengerusi PEKIDA Sabah. Yang tidak bermati matian tidak setuju terhadap penubuhan RCI.
Akjan bekas tahanan ISA kerana disabit kesalahan projek IC palsu. Baru baru ini Akjan menabalkan dirinya sebagai Sultan SULU.
Mereka juga mempersoalkan kewarganegaraan Akjan. Keraguan badan ini mengenai ketua kampung dan kampung tempat kelahiran Akjan.
Apa kah Akjan takut kepada RCI?
Takut Akjan akan bakal disiasat oleh RCI?
Rakan rakan pembaca sila rujuk artikel suara suara amanah kawasan Sabah dalam harian ekspres hari ini.
Rasanya Mutalib tidak membaca akan kenyataan para pemimpin BN yang lain yang bersetuju untuk penubuhan RCI dari Kerajaan Persekutuan. Kerajaan negeri tidak dapat buat apa-apa yang kerajaan negeri dapat lakukan cuma menyokong dan mencadangkan kepada kerajaan Pusat mengenai SSD ini.
PATI perlu ditangani. Penduduk Sabah semestinya sudah tidak tahan dengan kehadiran PATI di sabah ini. Harap kerajaan Negeri akan berusaha memastikan kerajaan Persekutuan dapat meluluskan permintaan ini.
Tahun lalu seramai 17,728 PATI telah dihantar balik, harap tahun 2012 ni lagi ramai PATI dihantar balik. Harap RCI dapat ditubuhkan dan segera dilaksanakan untuk mengurangkan jumlah PATI dan masalah mykad/kerakyatan.
Kita sebagai rakyat Sabah yang ori harus menyokong penubuhan RCI, Akjan tu melalui PEKIDA rasanya tidak layak bersuara mengenai RCI kerana kerakyatn Akjan masih meragukan.
memang bukan mudah untuk selesaikan masalah PATI di Sabah ini tapi sekurang2nya kalau RCI ditubuhkan punca di akar umbi dapat dikenalpasti.
Pemimpin yang baik akan mengutamakan hak & kepentingan semua golongan. masing-masing menilaikannya.
Kenapa masih tiada perkembangan terhadap cadangan RCI? Adakah kerajaan tidak sanggup membantu rakyat Sabah dan merisokan semua orang Sabahan?
Penduduk tulen Malaysia harus memperjuangkan RCI. Akjan tidak berhak bersuara sebenarnya sebab kerakyatan masih tidak dapat dikenal pasti.
Semoga kerajaan persekutuan harus menunaikan permintaan penubuhan RCI. Kerajaan negeri harus juga bersuara dan memperjuangkannya.
Kini PATI menuntut peruntukan RM500, adakah ini harus berlaku?
Semua orang tahu agenda membawa masuk PATI yang banyak ini, cuma kerajaan menafikannya.
Rata rata penulis, berpendapat bahawa Kerakyatan Akjan masih diragui lagi.
Jika begitu, RCI perlu siasat terlebih dahulu, status kerakyatan si Akjan.
Sebagai Pengerusi PEKIDA, semestinya memperjuangkan syiar islam, keharmonian Agama di Sabah.
Pengerusi PEKIDA, perlu jaga ahli ahlinya dahulu.Dan fokus perjuangan ialah membela masyarakat malaysia.
Menghairankan, mengapa pula Pengerusi PEKIDA perjuangkan PTI. Ada kah semua ahli ahli PEKIDA terdiri daripada PTI.
Pengerusi perlu bercakap tentang kebajikan ahli ahli PEKIDA yg terdiri daripada rakyat malaysia. Dan bukanya membela PTI.
Sdr Mutalib perlu buat ulasan lagi tentang pendirian PEKIDA, dan semua ingin tahu pendirian PEKIDA masa kini. Samada membela PTI atau membela ahli ahlinya yg semuanya terdiri dari rakyat Malaysia.
Jika benar dahulunya Akjan ni PATI, saya amat meragui dan tidak faham kenapa Akjan diberi jawatan yang penting. apa lagi, bila dia telah disabit dengan begitu banyak jenayah termasuk penjualan IC palsu dan pertabalan dirinya sendiri sebagai Sultan Sulu. saya rasa ini sudah cukup membuktikan bahawa dia memang tidak boleh dipercayai dan tindakan Akjan ini boleh memusnahkan keamanan negara.
Saya tidak terkejut warga pakistan turut berada dalam barisan menunggu giliran mendapat beaucher RM 500 ??? dia ada IC, isteri orang tempatan..siapa yang bersalah dalam soal ini? adakah warga pakistan itu? atau siapa lagi yang mau disalahkan?? ATAU apakah semua ini kesan daripada "AHLI POLITIK SABAH UMPAMA PELACUR JALANAN"????????
kalau dapat IC secara sah/ikut undang2 tu tak apalah juga.
Post a Comment