Wednesday, December 28, 2011


Pn Bahiwata,adakah calon pilihan TSP?

Bukan lagi satu rahsia besar dalam kalangan suku Iranun dan masyarakat Kota Belud,bahawa tindakan YDP Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang ingin mengkedepankan adiknya dalam persada politik di daerah ini. Pn Bahiwata yang dilihat sebagai antara calon pilihan terkuat dan terdekat bagi Tan Sri Pandikar Amin untuk disenaraikan sebagai calon pada PRU 13 akan datang adalah merupakan Pengerusi bantahan Masyarakat Kg Rampayan mengenai skandal pengambilan tanah oleh Kerajaan di persisir kampung berkenaan.

Percaturan Tan Sri Pandikar dalam pemilihan calon berkelayakan di kalangan suku Iranun ini banyak mendapat response dari kalangan pemimpin politik suku Itu baik dari kalangan kelas pertengahan mahupun kelas bawahan. Malahan hasrat Tan Sri Pandikar itu tidak langsung mendapat 'restu' diperingkat akar umbi. Setelah gagal menjadikan anaknya sebagai pengganti legasi kepimpinan politiknya di Kota Belud, TSP dilihat cuba mengheret sama adiknya, Pn Bahiwata ini ke kencah politik pula. Walaupun sebelum ini Bahiwata dengan tegas dalam FCBnya menyatakan bahawa beliau tidak berminat dalam dunia politik namun segala-galanya bisa berubah bila berlaku campurtangan dari TSP.

Beberapa pemimpin muda dari kalangan suku Iranun berpendapat bahawa TSP seharusnya lebih terbuka dan rasional dalam perkara ini. Bukan sekadar mahu meneruskan legasi kepimpinanya di Kota belud, tetapi sewajarnya melihat keperluan dan kesesuaian calon yang dicadangkan. Suku Iranun bukanlah ketandusan dari segi kepimpinan, malahan begitu ramai calon dan orang perseorangan yang telah lama bergiat dalam politik di Kota Belud. Bahkan golongan ini sudah lama merasai sepak terajang serta ombak ganas dunia politik. Dari segi daya tahan dan juga percaturan jangka panjang, calon-calon yang sebegini haruslah diberikan peluang dan bukannya calon yang baru setahun jagung menceburkan diri dalam dunia politik.

Pemimpin politik sewajarnya mempunyai daya tahan yang tinggi selain boleh menjana pemikiran dan membaca haluan politik jangka panjang suku Iranun di Kota Belud.Dan jika itu dijadikan ukuran suku Iranun punya banyak pilihan yang sudah sedia menanti tiupan semboyan perjuangan.Namun TSP seolah-olah menutup mata demi kepentingan politik yang sersifat sementara.


Senyuman TSP ini  untuk siapa?

Malahan daripada response akar umbi melahirkan kebimbangan jika Pn Bahiwata dijadikan sandaran suku Iranun pada PRU 13, sama ada di DUN TEMPASUK ATAU DUN USUKAN akan berkemungkinan mengalami kekalahan ,berikutan telalu banyak spekulasi yang cuba diwar-warkan oleh pemimpin politik ini.

Justeru itu, TSP harus turun untuk mengumpul maklumat sebanyak mungkin mengenai calon pilihan suku Iranun supaya natijahnya tidak menjadi beban besar kepada kelangsungan politik Iranun di kota Belud dan Sabah amnya. Pengajaran cukup besar pada PRU 12 melihatkan Iranun berada pada kedudukan paling genting dalam sejarah politiknya bila pengguguran TSP berlaku. Dunia politik Iranun bukan sahaja suram, lesu dan terpinggir tetapi kuasa politik mereka semakin terhakis.

TSP dilihat masih signifikan dalam memuntahkan pengaruhnya mengenai pemilihan calon ini, kerana selain mempunyai hubungan intim dengan Datuk Salleh yang merupakan ketua UMNO bahagian Kota Belud merangkap timbalan pengerusi perhubungan UMNO Sabah, TSP juga dilihat bersatu dengan pemikiran Musa Aman terutama bila meninggalkan Datuk Shafie Apad dalam kerangka politik NGO mereka sebelum ini iaitu USBO.

Ustz Idris Kisab bukan pilihan TSP?

Adalah sangat memeranjatkan jika TSP hanya memikirkan kelangsungan legasi kepimpinan keluarga dan politiknya tanpa memikirkan hala tuju dan keperluan masyarakat Iranun. TSP jika dibiarkan bertindak demikian,maka tidak mustahil pepatah akan menjadi kenyataan, Yang dikejar tak dapat yang dikendong akan berciciran.

27 ulasan :

Pejuang Bangsa said...

BN akan kehilangan kursi di KB andai apa yang dikatakan ini menjadi kenyataan KM. Saya banyak dengar di kedai Kopi dengan perkataan "INI KALI LA". Ramai yang menunggu pembalasan si Pitung, jika TSP meneruskan niatnya untuk mempengaruhi Najib mencalunkan adiknya Bahi Wata calun N6. Tempasuk. Sedangkan TSP menjadi calun N6 Tempasuk sekalipun akan menerima kekalahan.

Mereka lebih kepada membalas dendam ekoran kegagalan TSP membawa pembangunan di kawasan Tempasuk. Kita tunggu ja apa akan berlaku nanti, jika ini berlaku.

Datu Kabogatan said...

KM ..

saya ada dengar ada ahli UMNO kb yg btindak keluar dr parti itu dan sertai PKR kononnya sbb UMNO tdk menjaga hak-hak Sabah..betul;kah? atau orang ini sudah tertipu..

sedang PKR parti itu parti keluarga, Ketua UMUMnya DSAI,Presidenya Isteri DSAI, Naib Presidenya anak DSAI...agak2nya bila mereka menang hak Sabah akan diberikankah?

kalau TSP mau bertanding boleh...sbb TSP masih diperlukan..janganlah mempertikaikan kononnya TSP akan kalah..itu andaian semata-mata kerana TSP cukup arif dgn politik takkan dia akan membinasakan dirinya kalau dia tahu dia akan kalah..ertinya kalau TSP mau bertanding itu ertinya dia boleh menang...

Apa yang mereka nak balas dendam dgn TSP? itu bohong belaka..kalaupun TSP mau adiknya jadi calon sbb di kalangan mkat Irranun tdk ada yang layak..

KM boleh berikan nama mereka sapa yang layak menggantikan TSP?..

Ada saya baca sebuah blog di KB ini kalau tak silap sayaready.Blogspot..dia juga ada senarikan nama pemimpin Iranun konon yg boleh menggantikan TSP...hairan juga sbb kesemua yg disenaraikan itu sangat jauh pencapaian mereka berbaNDING TSP...

begini sahajalah KM...kalau TSP mau bertanding atau adiknya kah,anaknya kah..cuba lawan lah..tanding atas tiket BEBAS kah, mcm si Razak, atau PKR kah macam si Laiman atau PAS kah macam Datu Bandira..barulah anak jantan!!

janganlah mempertikaikan percaturan TSP kerana TSP sangat arif mengenai politik KB ini..

Salam hormat
Datu Kabogatan

DATU SIRENGIT said...

salam km,

arif..arif juga tapi terpaksa terima kenyataan. dulu boleh lah sakap zamannya tapi sekarang dan ini masa zaman senja untuk TSP.

Jangan terlalu taksub sehingga tidak berani terima kenyataan. TSP manusia juga punyai kelemahan dan musuh serta kawan. zaman sekarang baling batu sembunyi tangan ndak dapat sudah sebab orang sekalang ada satelit dan ndak sesat jalan sebab ada GPS. cuma hormat kepadanya sebagai PEJUANG yg KAlAh wajar diberikan.

Datu Kabogatan said...

Datu Sirenggit..

lama tdk membrikan pandangan,blog sirenggit juga tdk sudah diupdate..tapi tiba-tiba mau mengiggit..

si rengit ini penakut orangnya..sampai sekarang dia tidak mendedahkan identitinya..selalu tdk menyokong kepimpinan TSP sebab lagu lama yg dinanyikan tdk mendapat sokongan orang lain..bertandingpun kalah!

Ali kemad said...

Pejuang Bangsa,,

macamana kau pasti TSP akan kalah sedangkan TSP belum pun bertanding lagi..jangan kau berpegang kepada andaian semata-mata..macam kau ni ada dendam dgn TSP bah...ada pernah dia kasi malu kau kah?

asyik2 soal pembangunan,,macamlah TSP tu tak pernah buat kerja...

lupakanlah niat kamu orang mau kasih provokasi TSP itu..dia orang bijak bukan macam kamu...

Green Sabah said...

The people must know which candidate are the most suitable choice for them.

Anonymous said...

sebelum mereka nak calon Bahiwata, kena selidik dahulu adakah penduduk KB akan memberi sokongan atau tidak.

Anonymous said...

pemilihan calon kena dilakukan dgn teliti, pilih calon yang benar2 boleh menang.

muallaf said...

km,
saya rasa siapa pun dicalun kan oleh umno di kota belud ini tak mungkin kalah walau pun calun itu seekor kambing selagi kepala raja bermaharaja lela, kalau saya tingok kebanyakan yang merungut dengan umno di kota belud ini adalah diantara mereka yang sudah kenyang dengan duit umno, kalau dia tak di bantu projek jawatan besar sudah dapat walaupun tiada kelayakan, ada juga yang memburuk-burukan pemimpin umno dengan agenda supaya diberi habuan oleh pemimpin tersebut..........

Anonymous said...

Jika TSP masih relevan, masih ada sokongan, tidak salah jika beliau mahu bertanding.

MASBAK RUMASHID ABD RAHMAN said...

Komen si muallaf ini dapat menyelongkar rahsia ahli UMNO yang dapat projek tetap puji pemimpin.

Tidak dapat habuan maka pemimpin itu menyengat seperti tebuan.

Sememangnya kemenangan dan kekalahan calon dapat diputuskan oleh rakyat sendiri.

Memang bukan masanya sekarang, jika diteruskan amalan politik secara dinasti.

Kemungkinan besar politik dinasti sudah tidak relevan lagi dalam dunia 1 malaysia.

Tidak khuatir kerana pencalonan dari Badan Perhubungan Negeri. Kecuali jika Badan Perhubungan calonkan semula muka muka lama.

Rakyat kini sudah terauma dgn dinasti politik jika masih di amalkan. Contohnya Dinasti Mulia. Jika bahiwata dapat pencalonan. UMNO akan rugi kerana tempias daripada dinasti.

Di harap tiada lagi kesah dinasti dalam pru 13 ini.

DATU SIRENGIT said...

salam km n datu kaugatan...salah pula kabugatan ar...

soal takut atau tidak kita serupa tapi tak sama..apaguna papar nama n muka seketul kalau kerja asyik mengampu,membodek dan yg paling sakit ckp depan lain belakang lain...hampas..

relaiti dan benar...jangan berdiri dalam mimpi dan hayalan. Kepimpinan dinilai dari segi sumbanganya dari sudut politik, agama, sosial, ekonomi, budaya bangsanya...bagaimana si pemimpin itu mengangkat martabat bangsanya...

kalau setakat duduk dikerusi empuk,jumpapun kena mengadap pistol itu sudah lain la, pendapat sirengit lah, bangsa itu mati apabila tiada "perubahan" dari sudut ekonomi dan pemikirannya.

bukan senang mau jadi pemimpin, wakil tu.............! bukan sahaja mengadap PM, Tuhan pun dia kena mengadap...itu sebabnya para sahabat Nabi dahulu takut memegang jaawatan sebagai pemimpin..

TSP kalau dihitung sumbangannya kepada bangsa mungkin boleh dikira...ataupun mungkin tidak...bergantung lah pada simambang...sama2 lah kita fikir..

cuma nasihat si rengit sekalipun TSP mungkin ndak dapat sukungan jgn dilupa letaklah dia ditempatnya iaitu sebagai pemimpin yang kalah dalam membantu ekonomi bangsanya..

datu kabugatan main ko janggi...

Paquin said...

Pilih sajalah calon yang terbaik utk rakyat. Itu saja cara yang terbaik supaya puas hati.

Paquin said...

Sekarang ni penduduk KB lah yang harus mainkan peranan, buat apa yang patut dibuat.

Paquin said...

Tapi kalau TSP nak bertanding biarlah dia.. Masing-masing punya hak utk tunjuk keleboihan masing.

Paquin said...

Politik sukar diramal dan dalam sekelip mata macam2 boleh berlaku. Harap2 rakyat tahu apa yang patut dilakukan.

Paquin said...

Apapun, kita nantikan sajalag perkembangannya nanti.

Anonymous said...

yang sudah lama berkecimpung dalam politik pun belum tentu lagi baik kepimpinannya.. tidak mustahil juga makin banyak pengalaman, makin banyak agenda tersembunyi.. so sukar untuk kita membuat keputusan mana antara mereka yang benar2 terbaik untuk memimpin masyarakat..

Hamdan Hadillah said...

Semakin hangat pemilihan calon untuk PRU13 akan datang ini. Siapa yang akan tercalon masih menjadi tanda tanya oleh rakyat.

Hamdan Hadillah said...

Biar calon yang terpilih itu benar-benar untuk penduduk. Bukannya untuk kepentingan sendiri.

Sanih Alias said...

Siapa pun calon pastikan calon tersebut dapat diterima oleh penduduk. Kalau pilih pun calon Bahiwata tapi kalau penduduk tidak dapat menerima rasanya tidak ada guna juga.

Anonymous said...

kalau cari pemimpin di kalangan ahli keluarga atau saudara sendiri memang rasa tidak adil dan tidak sepatutnya berlaku. bukalah peluang kepada orang lain.

Anonymous said...

winnable candidate pasti akan kita ketahui tidak lama lagi. semoga pemimpin2 yang anda harapkan untuk kekal akan tersenarai.

Smookiekins said...

Menjadi calon mungkin perkara yang bukan sukar. Tapi menjadi pemimpin akan memikul tanggunjawab yang besar. Kemampuan seorang perlu dalam hal ni.

Kris Jr said...

Siapa pun dicalon, diharap dapat/mampu menjalankan tanggungjawab yang akan diamanahkan.

azman said...

tidak kisahlah siapa yang menjadi calon, yang penting bersedia untuk menjalankan tugas dengan baik.

azman said...

calon yang dipilih nanti perlulah benar-benar memahami keperluan rakyat dan berusaha untuk memenuhinya,.