Thursday, January 6, 2011


Di Kota Belud hanya terdapat dua buah sekolah menengah yang disinonimkan dengan nama tokoh atas sumbangan yang mereka berikan ,sama ada kepada daerah Kota Belud sendiri atau kepada negeri dan negara. Sekolah menengah tersebut ialah Sekolah Menengah Arshad dan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Said. Kedua-dua nama tokoh yang diabadikan pada nama sekolah ini adalah dari susur galur keturunan yang sama, iaitu dari keluarga "ARSHAD". Namun itu bukan persoalan utama kerana apa yang lebih penting ialah perihal kekurangan dan kedaifan yang dimiliki oleh sekolah menengah Kebangsaan Agama Tun Said ini.

Sepintas lalu mengenai SMKA Tun Said ini seperti yang saya petik dalam laman Web sekolah berkenaan adalah seperti berikut :
"....SMKA Tun Said merupakan salah sebuah sekolah menengah kebangsaan agama di negeri Sabah.SMKA Tun Said terletak di atas Bukit Maharaja di kampung Pengkalan Abai, Kota Belud dengankeluasan 40 ekar.Tapak SMKA Tun Said adalah sumbangan derma daripada YB Datuk Seri Panglima Salleh Tun Said. Proses pembinaan sekolah ini dimulakan sejak 01 oktober 1997 dan telah mula digunakan sebagai pusat pembelajaran pada 13 Januari 2001. Jumlah pelajar yang mendaftar pada pendaftaran pertama ketika itu ialah seramai 210 orang pelajar tingkatan 1...."

Isu yang menyelubungi sekolah menengah agama ini seperti yang dilaporkan dalam blog dan FCB ialah masalah kekurangan katil,almari sehingga pelajar yang mendaftar di sekolah berkenaan pada sesi pembelajaran 2011 ini didakwa tidur diatas lantai dan menggantung pakaian di dinding bilik asrama mereka. kekurangan peralatan asrama ini dikatakan pada tahap kronik kerana ramai ibubapa yang mendakwa tidak berpuas hati dengan alasan yang diberikan oleh pihak pentadbir.

Sebelum ini saya juga pernah menyuarakan kekurangan pada satu lagi sekolah menengah di daerah ini iaitu SMK Usukan yang mengalami masalah air serta frasarana yang lain. Khabarnya SMKA Tun Said ini juga tersenarai dalam projek yang bermasalah pada tahun lepas selain daripada kelewatan pembinaan beberapa sekolah rendah di Kota Belud seperti Sk tamau, makmal Sk Labuan, SMK Pekan dan SMK Taun Gusi II.

Persoalan yang boleh kita utarakan ialah, apakah peranan YB dan pemimpin setempat kita di Kota Belud sehingga keadaan persekitaran persekolah di daerah ini begitu nampak bermasalah. Mungkin alasan yang diberikan ialah karenah birokrasi menjadi penyebab. selain itu pemimpin politik tidak ingin mencampuri urusan pihak sekolah, walaupun sebenarnya sistem pendidikan di negara kita sememangnya pun telah lama dipolitikkan. Menteri Pelajaran kita juga adalah orang politik. Keputusan kerajaan untuk mewajibkan lulus matapelajaran Sejarah diperingkat SPM pada 2013 diumukan pada persidangan UMNO dan bukannya dalam mesyuarat kabinet. Justeru itu, tidak ada salahnya jika MP Parlimen dan ADUN yang dipilih rakyat sekali sekala memantau perjalanan pengurusan sekolah di sekitar daerah Kb ini supaya masalah-masalah sebegini dapat diminimumkan.

Jika keadaan ini dibiarkan tidak salah, proses pembelajaran dan perkembangan dunia pendidikan akan terbantut.walaupun kita pada waktu yang sama melahirkan pemimpin bertaraf nasional tetapi status itu tidak akan bertahan lama kerana jika generasi yang mewarisinya tidak mempunyai pencapaian yang memberangsangkan dalam pendidikan. Melalui pendidikanlah manusia akan berubah dan beranjak kualiti kehidupan . Dalam isu ini peranan pemimpin harus segera ditagih.

19 ulasan :

Ajin b. Gagah said...

Salam Kelapa Mawar

Kerana saya di tag dalam fb bersama pemimpin-pemimpin dari seluruh pelusuk Negeri Sabah, maka saya tertarik untuk membaca dan seterus nya mendalami isi kandongan yang tersurat dan strategi yang tersirat dalam Blog KM.

Sebelum saya mulakan ulasan, saya berterima kaseh atas penghargaan KM. Disamping itu, saya rasakan bahawa usaha KM ini ada lah murni lagi perihatin untuk menarik perhatian pemimpin-pemimpin yang berkenaan terhadap masaalah yang disentuh di sini.

Walau macam mana pun, pada pandangan keseluruhan nya, masaalah yang di isukan di sini ada lah terlalu am..Bukan nya tragedi politik atau pun kelemahan pada dasar.

Apa sebenar nya yang berlaku disitu ada lah masaalah teknik, dan logistik korasakan yang berlaku di sekolah tersebut. Tidak dapat dinafikan bahawa, serba sedikit menggangu ketenteraman harian pelajar dll.

Sebenar nya, hal saperti ini berlaku dimana-mana di Sabah, termasuk di kawasan Ketua Menteri Sabah sendiri di daerah Sandakan.

So, dari sudut ini, pemimpin-pemimpin politik tidak dapat berbuat apa-apa sebelum Pengetua Sekolah tersebut membuat lapuran TERPERINCI sejauh mana kah kualiti dan kuantiti masaalah yang di hadapi oleh pehak sekolah dan pengguna nya.

Seada nya, lapuran tersebut(kalau perlu) di kongsi bersama dengan pehak PPD dan seterus nya Ibu Pejabat Pelajaran.
Mungkin; sesudah ada data, maka pemimpin yang berkenaan akan ‘follow through’ selaras dengan bidang kuasa ( yang terhad) ,mereka keperingkat atasan.

Pada pandangan saya, masaalah ini bukan lah isu yang terlalu unik lagi rumit sangat, sehinggakan membantutkan sistem pempelajaran yang sedia ada disana. Kalau dibandingkan dengan beberapa buah sekolah yang lain di Sabah ini, ada lagi yang lebih teruk dan perit kerana terlibat dalam fenomena keruntuhan dan bencana alam (banjir, hakisan dan gegaran bumi).

Sebagai langah pertama, rasa nya, tanggung jawab untuk menangani masaalah ini seharus nya di salurkan kepada pehak yang berwajib, ia itu pehak pendidikan daerah Kota Belud. Termasuk Pengetua-Pengetua sekolah tersebut.

Ini cuma pendapat saya.Semuga KM sukses selalu.

zam said...

kekurangan yang ada perlu diberikan perhatian untuk diatasi. ini bagi memberikan keselesaan dan kemudahan kepada pelajar dan semua warga sekolah tersebut.

zam said...

harap masalah tersebut dapat diatasi dan pelajar akan menikmati kemudahan dan keselesaan yang diharapkan.

mandau said...

masalah seperti ini bukan sahaja di hadapi oleh sekolah di KB, tetapi juga di tempat2 lain.

mandau said...

masalah seperti ini [perlu diselesaikan kerana ia demi keselesaan guru dan pelajar bagi memastikan proses pembelajaran berjalan dgn lancar.

Anonymous said...

jika semua sekolah di Sabah dinilai secara terperinci, sebenarnya masih banyak lagi sekolah2 yang berhadapan dengan masalah kekurangan kemudahan yang paling asas. malah ada sekolah yang struktur bangunannya sudah tidak selamat untuk digunakan. semua ini perlu diambil perhatian oleh pihak yang berkenaan untuk kebaikan pelapis masa depan kita.

Anonymous said...

pengetua atau guru besar perlu bukan sahaja memberi fokus kepada pencapaian akedemik pelajar malah memberi fokus kepada keselamatan dan keselesaan pelajar.

BELUM PENDEKAR said...

Salam,

Inilah contoh jelas yang menunjukkan bahawa kadangkala pandangan dan analisa yang dibuat oleh penulis terlalu menjurus kepada "menyalahkan" pemimpin politik. Ini membuatkan kita bertanya apa sebenarnya masked tersirat disebalik untai ayat yang dibariskan.

Walaupun pada hakikatnya saya bersetuju bahawa kemudahan pembelajaran disekolah perlulah disediakan sebaiknya yang mungkin, saya amat tidak bersetuju bila pemimpin politik yang dipersalahkan dalam Hal sebegini.

Pada saya, apa juga kekurangan yang berlaku di dalam sesebuah institusi atau pejabat kerajaan, pegawai yang telah diberikan amanah haruslah dipertanggungjawabkan. Dalam isu yang dibangkitkan ini, maka pengetua, PPD, PPB Dan juga Pengarah Pendidikan negeri haruslah dipertanggungjawabkan. Bukannya ahli politik.

Kalau dalam Hal begini ahli politik yang kena jaga, apa fungsi pegawai2 yang saya sebutkan diatas?..

Maka itu, saya menyarankan agar pembaca lebih berhati- hati dalam menilai tulisan yang dihidangkan. Nilai secara mendalam agar ia memberi manfaat Dan bukannya membawa kemusnahan.

Salam dari
BELUM PENDEKAR

Paquin said...

Memang kesian juga lah tapi saya dulu pun jemur pakaian di tingkap hostel juga sebab utamanya senang nak jaga sebab takut kena curi. hehe

Paquin said...

Kekurangan kemudahan tak dinafikan menganggu keselesaan para pelajar. Namun saya yakin perkara seperti ini sudah jadi satu kebiasaan. Malah ada lagi sekolah lain yang lagi daif dari sekolah ni.

Paquin said...

Jadi cara terbaik bagi saya ialah pihak sekolah haruslah rajin membuat pantauan dan panjangkan masalah kepada kementerian yang sepatutnya supaya hal ni dapat ditanggani dengan baik.

Paquin said...

Saya yakin kekurangan ini dapat diatasi jika semua pihak bekerjasama:)

Paquin said...

Apapun saya harap hal ni dapat ditanggani dengan baik:)

Bhatera said...

Masalah sekolah perlu ditangani, kerana disitulah generasi kita menimba ilmu untuk masa hadapan. Jika Sekolah bermasalah maka ini akan mengganggu pembelajaran mereka.

Hamdan Hadillah said...

Mungkin ini adalah kebenaran yang berlaku di SMKA Tun Said. Nama sangat digeruni tetapi kelengkapan tidak sama seperti nama yang diberikan. Kita mahu cantik nama cantiklah dalamannya. Itu yang perlu bagi SMKA Tun Said ini. Apa pun semoga kerajaan tahu apa yang perlu dilakukan untuk memastikan SMKA ini maju dan semakin maju.

Bujang Senang said...

Mungkin perkara ini tidak juga membantutkan pelajaran tapi cuma tidak memberikan keselesaan yang baik kepada para pelajar. Keselesaan tempat tinggal perlu diberikan kepada pelajar yang tingal diasrama.

Anak Sabah said...

Keadaan sekolah ini amat serba kekurangan. Diharapkan bantuan akan diberikan untuk memperbaiki dan melengkapi keperluan sekolah ini dan juga sekolah lain yang memerlukannya.

Nursyafawani Fatin said...

salam .. sbg mantan pelajar smka tun said .. d sini sy ingin menyatakan bahawa sekolah ini tidaklah seperti yg d gambarkan oleh saudara/saudari .. smka tun said daif?? sepanjang sy d sna, smka tun said ttp memberi keselesaan kpd kami .. jika benar daifnya sekolah itu , sy ttp bersyukur krn keadaannya yg selesa dan x terlalu mewah spt yg lain2 harapkan lah mampu melahirkan pelajar2 yang cemerlang samada dr segi akademik mahupun kokurikulum .. sikap saling tuding jari 2 seharusnya x wujud .. krn permasalahan prasarana kelengkapan dan sebagainya merupaka keadaan asas dan perkara kecil .. berbndg dgn skolah2 lain ..

Unknown said...


Assalamu alaikum..
Saya ingin berbagi cerita kpada anda semua bahwa duluhnya saya tidak percaya sama bantuan dari peramal togel, Tapi sekarang saya sudah percaya karna saya sudah buktikan sendiri..
saya sekeluarga mengucapkan banyak terima kasih kepada mbah wirang karna nomor togel 4D yang mbah berikan alhamdulillah ternyata benar2 terbukti tembus ,
Jika anda butuh angka togel 2D/3D/4D/6D silahkan telpon mbah wirang di ((082346667564)) demi allah demi tuhan ini kisah nyata dari saya

; kklik