Setakat ini, sebelum menjelang PRU 13, rasanya tidak ada personaliti politikus di Sabah yang sebegitu hebat menyusun gerak politik jangka panjang mereka selain dari dua orang tokoh dari Kota Belud iaitu mantan Ketua Menteri Sabah, Datuk Salleh Tun said dengan YDP Dewan Rakyat Tan sri Pandikar Amin Mulia. Kenapa saya katakan demikian, asasnya ialah mereka ini adalah antara dua tokoh politik yang 'dijahanamkan' politiknya oleh musuh politik sehingga digugurkan pada PRU 12, tetapi begitu tangkas dan bingkas bangun mempersiapkan kembali penyusunan strategi politik peribadi sehingga saat ini dari cakap-cakap politik kedia kopi di Kota Belud, kedua-dua tokoh ini mempunyai peluang yang cukup luas untuk dicalonkan kembali. Sama ada benar atau sebaliknya, itu tidak penting kerana yang lebih utama ialah bagaimana kedua tokoh ini berjaya menyertai bahtera politik Datuk Musa Aman sehingga suara mereka tidak terus tenggelam.
Gandingan Salleh -Pandikar pada waktu ini dikatakan begitu utuh dan berpengaruh dalam mencorakkan landskap politik UMNO di Sabah. Jika sebelum ini team Datuk Shafie Apdal dilihat mempunyai kelebihan tersebut, namun tidak sudah kini, lantaran beberapa insiden politik di Sabah yang menyaksikan Team Ketua Menteri secaraq terang-terangan menunjukkan 'protes' beralas dalam apa juga program yang dihadiri oleh tokoh politik pantai timur ini. Justeru yang lebih dominan ialah gandingan Salleh-Pandikar yang mempunyai kelebihan sama ada dari DUN (negeri) ataupun Parlimen (pusat).
TSP dilihat mempunyai rangkaian politik peringkat Pusat berbanding wakil-wakil rakyat Sabah yang lain. Kelebihan TSP kerana sejaka zaman Mahathir lagi sudah mula menapak kukuh dengan 'menerima' jawatan Senator di jabatan Perdana Menteri setelah sanggup "melepaskan" kouta AKAR-IRANUN di DUN TEMPASUK kepada wakil UMNO, Datuk Musbah Jamli sekalipus, ';signboard' kempen TSP sudah sedia terpampang di persimpangan jalan ke Tempasuk. Rangkaian politik TSP di peringkat pusat bertambah kukuh apabila beliau menerima jawatan YDP Dewan Rakyat sehingga dilabelkan oleh kebanyakkan pemerhati politik sebagai "singa" Parlimen yang dapat meredakan kelancangan suara-suara pihak pembangkang yang cuba menafikan simple majoriti dari pihak kerajaan. Kepetahan, ketegasan, kebertolak-ansuran TSP begitu sinonim dengan istilah yang beliau gunakan "duduk Yang Berhormat" atau "cukup yang berhormat" . Jika menurut cakap-cakap kedai kopi di Kota Belud, ketidak lantikan TSP sebagai TYT Sabah yang baru sebenarnya sudah dirancang lebih awal, kerana pada hemat mereka TSP akan kembali mempertaruhkan hayat politiknya di Parlimen Kota Belud, untuk lebih melayakkan beliau menjadi "singa" Parlimen seterusnya, walaupun itu bukanlah prasyarat utama kepada keberkekalan dalam jawatan YDP itu.
Manakala Salleh dilihat lebih relevan diperingkat negeri. Walaupun tidak mempunyai jawatan penting dalam kabinet hanya bertaraf 'penasihat' tetapi jawatan sebagai Timbalan pengerusi perhubungan negeri memberikan DSSK mandat yang lebih dominan di peringkat negeri. Keakraban politik dengan ketua menteri DatukMusa Aman tidak akan menjadikan DSSK 'dibutakan' pada senarai calon BN pada PRU 13 akan datang. Tentunya jika DSSK memberikan tumpuan kepada DUN Sabah bersama Musa Aman, UMNO diramal akan mempunyai darjat politik yang utama di sabah berbanding parti-parti komponen yang lain termasuk PBS. Pengekalan kuasa UMNO selaku parti teras di Sabah akan terlaksana sepenuhnya bila gandingan Salleh dan Pandikar ini mendapat kepercayaan semula pada PRU 13 akan datang. Benarkah gandingan TSP- salleh ini dikatakan menentukan darjat politik UMNO di Sabah? bersama kita fikirkan!
30 ulasan :
kedua-dua pemimpin ini sememangnya diakui mempunyai kewibawaan masing-masing.
sama ada mereka akan dicalonkan atau tidak dalam pilihan raya, hanya akan diketahui apabila tiba masanya nanti.
kedua pemimpin ini mempunyai kelebihan masing2. walaubagaimanapun, belum dipastikan samada mereka akan tercalon atau tidak dalam piliharaya nnti.
ya madd. Hanya masa dapat menjawab segala persoalan yang timbul.
Cuma bagi saya, s/ada mereka dicalonkan atau sebaliknya terpulanglah pada pucuk pimpinan untuk menentukan calon yang sesuai!
Paling penting, pastikan calon yang dipilih benar2 layak utk jadi pemimpin :)
Apapun, politik adalah perkara yang sukar diramal dan apa2 pun boleh berlaku di luar jangkaan. huhu
Mungkin cara terbaik ialah kita tunggu dan lihat sajalah apa yang bakal berlaku nanti.
yang penting komitmen kepada kepentingan rakyat harus diutamakan.
sama ada dicalonkan atau tidak belum dipastikan lagi..jika prestasi khidmat mereka kepada rakyat khasnya di KB tidak memuaskan hati rakyat, maka kemungkinan mereka tidak akan dicalonkan.
apa pun terpulang kepada pucuk pimpinan parti untuk menentukan calon PRU akan datang..
kita tunggu dan lihat perkembangan seterusnya..
SALAM KM,
DSSK DAN TSP MEMANG MASIH RELEVAN SEBAGAI CALON DALAM PRU 13.PENGETAHUAN,PENGALAMAN,KEMATANGAN KEMAHIRAN DAN JARINGAN MEREKA AMAT MANTAP SAMADA PERINGKAT NEGERI DAN PERSEKUTUAN.SEMOGA MEREKA BERDUA AKAN BAKAL CALON NANTI.ADALAH SATU KERUGIAN BESAR KEPADA KITA JIKA MEREKA DIPINGGIRKAN DEMI UNTUK PEMBANGUNAN DAN KEMAJUAN POLITIK DAERAH KOTA BELUD,SABAH DAN MALAYSIA.KETOKOHAN MEREKA BERDUA TIDAK BOLEH DINAFIKAN.BAGI GENERASI BAHARU KHUSUSNYA DI KOTA BELUD ELOK BELAJAR DAN MENDEKATI MENDEKATI MEREKA BERDUA.JIKA TIDAK SATU KERUGIAN YANG BESAR MEREKA YANG ADA IMPIAN MENJADI WAKIL RAKYAT KB DI MASA-MASA MENDATANG.
Kedua-dua pemimpin ini mesti diberi sokongan supaya menjadi calon pru13
kena pastikan calon yang benar2 sesuai.
dua pemain yang mempunyai pengalaman dan skil yang tinggi yang bole menjaringkan gol.selain daripada disegani dan di hormati oleh pihak kawan dan lawan.so tiada sebab mereka diketepikan dalam pertandingan ini.fikir2kan
jika ramai pihak yang bersetuju bahawa gandingan Salleh-Pandikar dapat meningkatkan darjat politik UMNO di Sabah, bermakna mereka berdua memang wajar diketengahkan dalam PRU13 akan datang.
Harap orang yang terbaik akan dicalonkan.
Bagi saya, siapa yang berkaliber memang layak jadi pemimpin.
Salleh and Pandikar? They may work well in the future.
Tidak dinafikan mereka ini adalah orang lama namun untuk menentukan keberkesanan pemerintahan mereka, masih perlu masa.
SALAM KM DAN TEMAN2 BLOGF INI.
1. SELAIN DSSK.TPA DAN YB2 YANG SEDIA ADA DI KOTA BELUD SEKARANG SIAPAKAH LAGI ORANG2 KB YANG POPULAR DI KALANGAN MASAYARAKT KB BOLEH DIKETENGAHKAN DALAM PRU B13 AKAN DATANG?
2. BAGAIMANA JIKA BLOG SAUDARA KM INI BUAT KAJIAN DALAM BLOG INI?
SALAM PERPADUAN.
Salam Semua..
Kalau tiada UMNO ke Sabah siapa Salleh dan Pandikar- dimanakah darjat mereka berdua ketika ini?
Kudos to both of them.
I think the combination between Salleh and Pandikar are considerable.
Berganding bahulah semua pemimpin untuk lebih kukuh dikawasan tersebut. Percaya BN Sabah akan tetap mempertahankan kerusi mereka. Dua pemimpin ini merupakan pemimpin yang berwibawa dan berkebolehan.
Semoga dua calon ini akan memberikan sokongan kuat kepada parti itu. Kita mahukan mereka ini bersatu bersama-sama memperjuangkan hak rakyat sabah.
Semoga mereka dapat membantu rakyat nanti. Mungkin rakyat yang menentukan mereka dua ini siapa yang layak nanti.
Post a Comment