Sunday, January 9, 2011


Keputusan PM , Datuk Seri Najib "memanggil" kesemua MP Parlimen BN dalam satu pertemuan 'empat mata' dilihat oleh kebanyakkan pemerhati politik tempatan sebagai petanda awal bahawasabya PREU 13 sudah semakin dekat. Namun seperti yang dijangka juga pertemuan Najib dengan kesemua MP Parlimen BN itu dikatakan sebagai Transformasi BN untuk memastikan prestasi ahli-ahli parlimen ini berada pada tahap paling maksimum. Dan pastinyanya prestasi yang dimaksudkan ialah berkaitan dengan komitmen ahli Parlimen terhadap permasalahn di kawasan mereka. Daripada 122 ahli parlimen diberitakan seramai 105 telahpun menemui PM dan setiap ahli parlimen diberikan 5 minit untuk menerangkan secara terperinci "kedayaupayaan" mereka di kawasan masing-masing.

Di Kota Belud tentunya MP Datuk Rahman dahlan tidak terkecuali 'menghadap' PM dengan membawa saratan pelbagai masalah masyarakat Kota Belud. Namun bagi response awal saya , masa 5 minit yang diperuntukkan kepada Datuk Rahman Dahlan dalam pertemuan dengan PM itu rasa saya tidak cukup untuk menerangkan pelbagai langkah dan program pembangunan yang dirancang diperingkat Parlimen. Itu terpulang kepada budi bicara DARD dalam membuat perioriti permasalahan yang perlu 'disembahkan' kepada PM. Dan seperti yang saya jangka dari awal lagfi, isu bekalan air telah menjadi perioriti terpenting DARD kali ini. Hanya yang menjadi harapan kita masyarakat KB ialah apakah imp[ak kepada pertemuan antara DARD dengan PM itu? Adakah selepas ini PM benar-benar memberikan perhatian serius terhadap apa yang di 'adukan' kepadanya, setelah belasan tahun UMNO diberanakkan di Kota Belud? Atau apakah selepas ini, dan selepas PRU 13, pekan Kota Belud akan bermandi dengan limpahan air bersih hingga kepelusuk perkampungan seperti di kg Sarang, Dudar dan yang sewaktu denganya?

Sesungguhnya benarlah seperti yang dilaporkan oleh DARD dalam FCB nya bahawa masalah air adalah masalah asas yang utama. Jika masalah ini boleh diatasi, tentun kualiti hidup rakyat akan dapat ditingkatkan. Kerana airlah yang memberikan kita tenaga, airlah juga punca kejadian kita. Bersama kita berdoa supaya ditahun baru ini, pekan kota Belud akan menjadi pekan " zero' dengan masalah air.

17 ulasan :

ROJOKOBOG said...

Salam Semua,
Sedikit masa lagi masalah air akan dapat diselesaikan di Kota Belud, sepertimana yg kita lihat setiap hari dipelusok kampung-kampung di Daerah Kota Belud ada saja kontraktor-kontraktor yg sedang memasang batang paip yang lebih besar bagi menggantikan yg lama, ada juga kedengaran bahawa ada diantara projek tersebut milik kakitangan Jabatan Air Kota Belud tapi guna lisen orang lain... Antam saja lah labu!! yang penting kerja siap dan nikmat air dapat dirasai semua penduduk yg selama ini dahagakan air bersih..selepas masalah air selesai, apa lagi masalah...masalah...masalah...masalah, selagi org yg bernama manusia menghuni dunia yg fana ini selagi itu lah masalah akan ada...tq

Ajin b. Gagah said...

Salam Kelapa Mawar,
Kerana isu ini menarik oleh itu dengan izin sekali lagi saya kongsi pandangan.

Tidak dapat dinafikan program pertemuan ‘empat mata’ antara Najib dengan MP-MP BN ini pasti nya akan menggundang spekulasi di kalangan pemerhati politik. ‘Off course’ hanya spekulasi, kerana tata cara pertemuan tersebut berciri rahsia yang hanya diantara Najib dan MP-MP tersebut yang tahu.
Jadi nya, pandangan saya selanjut nya ada lah berfaktakan spekulasi juga ( tidak lebih dari itu).

Pada pandangan saya, pertemuan singkat dengan MP-MP ini perlu hanya sekadar untuk memberi tahu bahawa ada dikalangan mereka yang perlu digugurkan kerana gagal mencapai tahap prestasi yang minima dalam melaksanakan tanggung jawab kepada rakyat.
Atau pun gagal menunaikan janji kepada rakyat semasa berkempen pada PRU12. Disamping kurang berkerjasama dengan pucuk pemimpin.

Dengan berasaskan ideologi model politik baru saya jangkakan , dalam pertemuan tersebut Najib telah mengguna pakai panduan konsep 1malaysia ( Rakyat di dehulukan.Pencapaian di utama kan).
Disamping itu dibantu dengan info dari lapuran Bank Dunia dan agensi-agensi penyiasatan yang lain mengenai kejayaan dan kegagalan MP-MP tersebut dalam menangani kualiti hidup yang di idamkan oleh rakyat dikawasan masing-masing. Maksud nya Najib tahu apa yang MP-MP tersebut telah lakukan.

Setelah membuat kajian lintas lalu di beberapa kawasan MP di sabah ini, saya dapati kebanyakan MP di Sabah ini telah gagal dalam tanggung jawab terhadap beberapa perkara saperti berikut;
1) Memertabatkan hak-hak tanah raykat. Sehingga kini maseh banyak lagi tanah-tanah rakyat yang berstatus LA ( land application ). Atau pun mereka hanya setakat dilindungi oleh skim ‘customary right’. Sedangkan tahah-tanah tersebut mereka telah fohon sejak berkurun lama nya.
2) Tidak berusaha mengurangkan kemeskinan dengan mengatur strategi yang sesuai untuk mengenal pasti tanah-tanah rakyat yang perlu diusahakan dan seterus nya memperkenalkan agensi-agensi pengusaha saperti FELCRA, RISDA, KEMAS, FELDA dan lain-lain lagi kepada rakyat yang memerlukan.
3) Tiada usaha untuk mengumpul data-data dan logistik pengagguran belia disamping data-data punca pekerjaan ( saperti hotel-hotel, restaurant, resort, peladangan dll) di kawasan masing-masing.
4) Tiada perancangan untuk menaikkan taraf infrastruktur asas secara bersepadu saperti jalan-jalan kecil menuju ke-pusat aktiviti perkampungan, peladangan rakyat bertahap kecil dan kawasan yang potential dimajukan untuk pelancungan kecil-kecilan saperti ‘Homestay’ dll.
5) Jarang turun padang bersama rakyat jelata

Saya tidak sentuh di sini pembangunan saperti bekalan air, letrik, jembatan gantung, balai masyarakat dan pusat rekreasi sukan serta sekolah-sekolah kerana perkara ini boleh diatur oleh Pegawai Daerah dan sekutu beliau dalam perancangan dasar daerah.

Ini hanya sekadar spekulasi dan semuga KM sukses selalu

zam said...

pertemuan PM dengan semua MP BN adalah sebagai mengetahui permasalahan yang perlu diberikan perhatian untuk diselesaikan.

zam said...

diharapkan melalui pertemuan ini hasil positik akan diperoleh untuk menyelesaikan masalah yang ada.

Anonymous said...

harap dgn pertemuan ini, ia dpt membawa kepada seseuatu perubahan yang lebih baik kepada KB. masalah air di KB perlu diselesaikan kerana ia merupakan sumber kehidupan.

Anonymous said...

Adalah lebih baik bagi Najib untuk mendengar sendiri permasalahan itu, berbanding ia disampaikan oleh 'orang tengah' yang kadangkala apa yang disampaikan itu tidak tepat kerana ada 'udang di sebalik batu'. inilah waktu yang sesuai untuk wakil rakyat BN menarik kembali rakyat untuk memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada kerajaan BN.

getah lastik said...

bukan dia sorang je yg pm panggil,semua mp bn pm panggil.

mandau said...

pertemuan ini mugkin bagi memantapkan lagi jentera BN. bagaimanapun ,harap dgn pertemuan ini, mereka dpt mengenalpasti permasalahan rakyat dan seterusnya berusaha untuk selesaikan masalah tersebut.

Anak Sabah said...

Rasanya ada alasan yang baik untuk PM memanggil Datuk Rahman Dahlan.

Anonymous said...

saya setuju dengan pandangan sdr. solymone...rata2nya isu2 rakyat di sabah seperti tanah, kemiskinan dsbgnya gagal diselesaikan oleh beberapa MP di kawasan masing2..oleh itu, dalam pertemuan tersebut najib tidak seharusnya mendengar di sebelah pihak sahaja iaitu MP tetapi juga harus melihat secara menyeluruh yakni pandangan di kalangan rakyat kerana rakyat yang merasai bebanan itu..

Anonymous said...

diharap isu air di KB akan selesai secepat mungkin..

Anonymous said...

diharap MP BN akan mempertingkatkan lagi mutu perkhidmatan mereka kepada rakyat.

Anonymous said...

mungkin dalam pertemuan '4 mata' tersebut, PM akan menilai dan memilih MP mana yang harus digugurkan dan mana yang akan dicalonkan semula..hanya andaian sahaja..

Anonymous said...

diharap pertemuan PM dengan MP ini akan memberikan hasil yang positif untuk rakyat..

Unknown said...

Cara ini sangat baik, kerana ini dapat menyuarakan masalah masing-masing dengan PM secara terus. semoga BN memberikan yang terbaik kepada rakyat.

Hosie Masie said...

Mungkin benar PRU13 sudah dekat. Apa pun tindakkan PM memang satu tindakkan yang baik kerana dapat membuat sesuatu perbincangan dengan MP BN. Dengan perjumpaan ini dapat memberikan sedikit penyelesaian untuk masalah yang dihadapi dikawasan masing-masing. PM harus memberikan komitmen yang tinggi supaya negara dan rakyat dalam keadaan yang selesa dan aman damai.

Nemia said...

Some of the politicians may have diff view on that matter.