Saturday, January 22, 2011


Membicarakan sesuatu yang dianggap sebagai 'terkedapan' rasanya bukanlah suatu perkara yang mudah. Segala andaian dan persepsi boleh jatuh kepada bentuk ramalan semata-mata. Namun itu bukan halangan dan kekangan, kerana jika bukan kita siapa lagi? dan kalau bukan sekarang bila lagi?. Walaupun begitu penulisan ini hanya bersifat fleksibeliti iaitu mempunyai sifat 'kemudahlenturan' bebas menerima apa juga kritikan dan pandangan seperti yang mana dikatakan oleh tokoh sosiologi terkenal William James bahawa manusia hanya dapat memberi pengertian tentang orang lain dan aspek dunia di sekililing mereka secara simbolik, dapat mewujudkan perasaan dan sikap terhadap orang lain.

Pun begitu janganlah kiranya inti penulisan ini dianggap sebagai "racist" dan "jumud'. Bahkan ia tidak merentas ikatan sedia ada antara bangsa dan suku yang sekian lama hidup harmoni di Kota Belud. lantas, penulisan ini cuba menyingkap dilema kepimpinan Iranun pada masa akan datang. Siapa penyambung dan apakah ciri kepimpinan kehendak akar umbi bangsa Iranun ini? kerana jika dibiarkan isu ini lambat laun, percaya atau tidak dan mahu atau sebaliknya, isu kepimpinan Iranun pada dasawarsa akan datang akan tetap menemui kita dan generasi akan datang. John Dewey menyatakan bahawa antara keunikan manusia adalah terletak pada kapasiti mereka berfikir. Minda bagi Dewey adalah proses yang menandakan sesuatu objek itu berada dalam persekitaran, mencari kebenaran tentang garis potensi tingkah laku dan menggambarkan setiap garis tersebut.

Sebab itu apabila saya menjalankan beberapa penyelidikan perseorangan melalui perbincangan dan muzakarah dengan beberapa orang pemikir dan cendikiawan Iranun mengenai persoalan kepimpinan Iranun ini pada masa akan datang, ramai yang memberikan gambaran jelas, meskipun ada yang berhujah berdasarkan "sentimen" kepolitikan dan "sentimen" kepimpinan Individu. Saya maklumi hal sedemikian kerana itu mungkin Wilfred Pareto lebih awal menyatakan bahawa setiap individu adalah sebahagian daripada setiap sistem masyarakat dan setiap individu adalah dipengaruhi oleh suatu daya, terpenting yang diterangkan olehnya sebagai "sentimen". Beberapa konklusi dapat saya muktamadkan, misalnya ciri kepimpinan jangka panjang yang diterima oleh suku Iranun harus dipaksikan kepada nilai semasa masyarakat berkenaan. Apa yang terpenting pada hemat beberapa tokoh ilmuan yang saya sempat temui memberi andaian berikut:

1. Kepimpinan Iranun jangka panjang harus diterima oleh 3 nukleas perkampungan suku ini.

a) Kampung Rampayan. Kampung ini dikenali juga dengan nama Marampayan dalam suku Iranun. Jika pada fakta sejarah, ramai tokoh pemimpin politik yang dilahirkan di kawasan ini termasuk beberapa orang yang besar sumbangannya dalam bantuan proses kemerdekaan kepada Allahyarham Tun Mustapha. Namun yang paling menonjol dalam arena kepolitikan ialah Ayahanda kepada Tan Sri Pandikar Amin sendiri. Ramai pemikir Iranun percaya, jika pemimpin Iranun akan datang dapat diterima di Marampayan..maka sokongan kawasan sekitarnya seperti kampung Nanamun, Tapukan, Pandasan, Kaguraan dan beberapa entiti perkampungan Iranun berdekatan akan dapat diperolehi.

b) Kampung Tamau. Perkampungan Iranun di persisir pantai ini, rata-ratanya mempunyai kesedaran yang tinggi dalam soal kepimpinan dan politik. Ramai tokoh pemimpin peringkat cawangan yang mempunia idealisme perjuangan seawal zaman USNO lagi. Ini yang melahirkan ramai cendikawan Iranun di perkampungan ini. Hanya dalam waktu terkebelakang ini Kampung Tamau dilihat lebih 'menonjol' dari segi mencari pengaruh politik. Andaian bahawa penerimaan kepimpinan baru di kampung ini akan dapat menarik sokongan dari perkampungan berdekatan seperti kg.Pintasan, Kg,Lilud, Kg.Merbau ,kg Kota Bungan dan kg. Merabau.

c) Kampung Pantai Emas. Nukleus perkampungan ini merangkumi perkampungan seperti kota Peladok, Kg Liang, Kg lebak Engad, Kg Kulambai, dan Kg Timbang Dayang . Kg Pantai Emas dan Kota Paladok jika menurut catatan sejarah adalah merupakan petempatan pembesar-pembesar Iranun yang berkerajaan di Tempasuk apabila pemerintahan itu mengalami keruntuhan. Banyak orang-orang Iranu8n yang bergelar "datu' berada di kampung ini. Malahan beberapa peralatan ketenteraan warisan kerajaan Tempasuk seperti Meriam boleh kita lihat hingga kini. Justeru itu dari pemerhatian saya, jika pemimpin penyambung beroleh mandat dan sokongan di kampung ini, nescaya ada keberangkalian untuk mendapat sokongan majoriti dari perkampungan Iranun.

Walaupun begitu, penulisan ini seperti yang seawalnya saya menyatakan hanyalah bersifat mudahlentur dan memerlukan penambaahbaikan idea dari pelbagai lapisan masyarakat khususnya dari suku Iranun sendiri. Bersama kita fikirkan.

10 ulasan :

kelapa mawar said...

artikel ini saya post kan terlebih dahulu dlm FCB..dan telah mendapat komen/ulasan dari berbagai pihak. Terima kasih.

azman said...

golongan muda haruslah belajar daripada pemimpin yang berpengalaman bagi memastikan mereka dapat menjadi penyambung kepimpinan yang ada.

azman said...

pada masa yang sama juga pemimpin yang sedia ada perlu membantu pemimpin-pemimpin muda agar mereka mendapat pengalaman yang berguna.

tombolo said...

golongan muda perlu diberi ajaran kerana mereka merupakan pelapis dan bakal memimpin pada masa akan datang

Mohd Ishak said...

Sesiapa yang menjadi penyambung kepimpinan Iranun mesti orang yang berkemampuan dan lantang memperjuangkan hak Iranun.

Sanih Alias said...

Penduduk yang harus memilih siapa yang benar-benar layak untuk membela nasib iranun.. Biar orang itu boleh melakukan sesuatu untuk hak-hak mereka.

Unknown said...

Orang yang layak dan mendapat sokongalah yang perlu dipilih menjadi pemimpin untuk Iranun. Bukan mudah untuk mencari pemimpin yang benar-benar 100% berkebolehan. Tapi biarlah orang yang betul berjuang untuk kaum Iranun. Itu yang perlu ada pada pemimpin tersebut.

Anonymous said...

cari pemimpin yang benar2 berkebolehan.

Saizal Pinjaman said...

Masyarakat iranun terlalu memikirkan soal politik. bagi saya, politik adalah seperti makanan, semakin banyak anda makan, ia akan menjadi racun. Isu-isu politik seperti siapakah bakal pemimpin iranun adalah membuang masa jika terlalu diambil kesah. Di Amerika Syarikat misalnya, masyarakat tidaklah terlalu memikirkan soal siapa bakal President seterusnya. dan begitu juga dengan bangsa maju yang lain seperti jepun dan yahudi. let us start thinking what we can do for Iranun instead for asking what our political leader can do for us. Because even the smartest man can't do the job alone, but if we collectively do some efforts, insyaallah we will thrive. Iranun and Sabahan were always thinking that only the political solution can bring us upwards, but for me, it is effortless without the economic and social hand. Besides, there is not enough room for even a small number of us in politics, but there were always enough space for all of us in economic and social sectors. A great political leader can rise naturally, we don't have to think of that. But social and economic power can only be gain, if we enforce ourself. and trust me, a political power can't bring a permanent economic advancement, but a great economic achievement did and always do automatically bring permanent political stability.

anri said...

salam saudara/i ku,

Dalam keterbukaan menjana minda dan melahirkan modal insan yang berjaya dengan cemerlang, Persoalan BILA, KENAPA, BAGAIMANA, SIAPA, DI MANA, MENGAPA, perlu dibahas dan diulas bersama dengan teliti.

Negara-negara maju mencapai tahap sebagai negara maju antara lain masyarakatnya diberi ruang dan peluang yang secukupnya dan munasabah untuk berdialog, berdebat dan seumpamanya demi mencari Penyelesaian kepada persoalan-persoalan yang dilontarkan oleh masyarakat maka dengan itu kita dapat lihat negara mereka maju dan semakin maju.

Salah satu Kaedah dan Aset paling penting untuk membangunkan negara mencapai tahap negara maju adalah membangunkan pemikiran masyarakat.

Antara cara membangunkan dan membawa anjakan minda masyarakat adalah menggalakkan masyarakat untuk BERTANYA DAN TERUS BERTANYA.

Kerana masyarakat secara keseluruhanya cuma mampu bertanya dan yang menjawab pertanyaan itu adalah PEMIMPIN

Saya percaya kita tidak mahu melahirkan PEMIMPIN YANG TAKUT DILAMBUNG OMBAK, LEMAS DIGIGIT LINTAH DAN LUPA CARA NAIK KUDA

SEBIJI LADA AKAN HILANG RASA PEDASNYA