Kata orang politik adalah 'kuasa' dan 'kuasa' itu adalah 'pelarian'. Semakin seorang pemimpin politik itu mengejar kuasa, maka dia semakin jauh dari realiti kehidupannya. Namun bila 'kuasa' itu dianggap sebagai 'amanah' maka pemimpin itu semakin dekat dengan tuhannya.
Di negara kita, isu politik dan kuasa tidak putus-putus diperbincangkan. Kerana mungkin banyak isu politik dirahsiakan, maka itulah rakyat saban waktu memperkatakan tentang politik. Pagi ini saya terbaca di FCB mengenai isu yang diutarakan oleh seorang pegawai kanan di JPNS mengenai situasi pemimpin dan fahaman politik seperti berikut : ..."wajarkah seorang ketua parti berlainan fahaman katakanlah parti pemerintah hadir dalam pelancaran parti pembangkang, atas sebab mendapat undangan dan menghormati kawan? Bincangkan...."
Situasi ini agak ganjil berlaku, kalau ada pun mungkin boleh dikira dengan jari. tetapi yang banyak berlaku ialah pemimpin parti yang sama fahaman politik tetapi tidak hadir ketika program parti atau pemimpin lain dalam parti berkenaan mengadakan program tertentu.
Beberapa hari lalu saya juga terbaca dalam FCB mengenai komen sdr Musli Oli yang menyatakan bahawa Datuk Rahman Dahlan , MP Parlimen Kota Belud tidak pernah hadir dalam mesyuarat UMNO Kota Belud, walaupun dijemput untuk hadir.
Situasi ini menjadi bual bicara pagi di kalangan penggiat politik di Kota Belud. Ada yang pro dan ada yang kontra. Bagi yang berpendapat agak liberal mengganggap bahawa DARD adalah ahli Umno Tuaran, dan sebarang perkaitan dan program yang dirancang oleh UMNO KB secara literalnya DARD tidak terlibat. Namun sebarang program parlimen DARD tidak terkecuali.
Bagi yang berpandangan kontra, situasi politik ini dianggap tidak sihat. Dan harus dielakkan. sebagai MP Parlimen KB, DARD seharusnya boleh menyumbang idea dan tenaga melalui UMNO Bahagian KB. Walaupun 'kehadiran' DARD di KB ini suatu ketika dulu dinggap sebagai 'menidakkan' pemimpin sedia ada, namun angapan itu sedikit sebanyak mula kendur apabila DARD mula menunjukkan kesungguhan menyelesaikan beberapa masalah asas di daerah ini. Ini juga sekaligus menjawab persoalan mengapa DSSK tidak hadir dalam beberapa program Parlimen yang dianjurkan termasuk program juara rakyat yang dihadiri oleh Datuk Noh Omar pada tahun lepas.
28 ulasan :
KM,
Penjelasan.... Saya hanya dijemput 2 kali. Tetapi tarikh itu bertindih dengan sidang parlimen dan program saya. Tetapi setiap kali saya tidak hadir saya akan maklumkan kepada Datuk Seri Panglima Ketua Bahagian sendiri. Beliau maklum. Selepas 2 jemputan itu, saya tidak mendapat apa-apa jemputan lagi.
Apapun saya mempunyai interaksi yang baik dengan AJK Bahagian UMNO dan akan membantu merealisasikan objektif bahagian.
Terima kasih.
DARD
Salam KM,
Dalam isu ini ianya hanya berbau provokasi dan memanipulasi pemikiran para pembaca blog mahupun FB yang mana mereka sangat suka apabila isu yang diutarakan banyak mendapat respons namun pada hakikatnya mereka sebenarnya masih boleh membawa isu ini kepada sudut yang lebih positif..
Penjelasan DARD merungkai persepsi.
Salam Kelapa Mawar.
Isu pokok, DARD dikatakan tidak hadir dalam masyuarat UMNO bahagian KB?
Persoalan nya, apa kah isu ini termaktub dalam kepentingan senarai tugas beliau selaku MP KB? Selaras dengan persetujuan 'Aku Janji'?
Persoalan kedua, ada kah dengan kemangkiran ini akan melemahkan tanggung beliau sebagai MP KB ? Atau pun mungkin banyak lagi perkara yang perlu difokuskan untuk rakyat KB daripada membazirkan masa untuk perkara-perkara yang kurang releven?
Persoalan ketiga, ada kah dengan kemangkiran DARD akan melumpuhkan UMNO atau pun kerajaan BN di KB khas nya dan Sabah am nya?
Persoalan setrusnya, ada kah Najib akan melucutkan keahlian DARD dari UMNO kalau sekira nya kelakuan ( kemangkiran) beliau ini berterusan?
Fakta nya, DARD bukan ahli UMNO KB tetapi Tuaran?
Rasa nya, rakyat KB lebih perlukan bantuan DARD dalam sektor pembangunan, masaalah sosial dan hal-hal lain yang mendesak daripada membuang masa untuk menghadiri masyuarat yang tidak kena mengena dengan beliau.
Itu pendapat saya. Walau macam mana pun, semuga kalian sukses.
Salam KM,
Kita semua sedia maklum bahawa DARD secara tidak langsung mempunyai wakil bila mesyuarat UMNO bhg diadakan, iaitu Sdra Idris Nanti. kalau ada perbincangan/agenda yg melibatkan Parlimen sudah pasti beliau akan maklumkan kpd DARD selaku Ahli Parlimen 169 Kota Belud.
penjelasan telah diberikan oleh Datuk Rahman Dahlan. tak perlulah nk membuat sebarang spekulasi.
hal ini telah dimanipulasi oleh sesetengah pihak untuk memburukkan Datuk Rahman Dahlan.
Good questions posed by SOLYMONE. I think every readers here will be interested to know DARD answers to these questions. We need some answers and explanation.
Kalau seseorang pemimpin ataupun wakil rakyat mempunyai alasan yang baik untuk tidak menghadiri, seperti kesakitan, program lain, berada di luar negara. Itu masih boleh terima.
Tapi adalah lebih baik kalau pemimpin/ wakil rakyat mengikuti mesyuarat ataupun persidangan jika boleh kerana itulah masa yang terbaik untuk menyumbang pendapat dan membangkitkan isu yang dihadapi rakyat.
Penjelasan dah diberikan oleh DARD. Tidak payahlah memperbesarkan hal ini.
Apapun, saya berharap DARD akan melaksanakan tanggungjawab dengan baik dan berusaha mengutamakan kebajikan dan meningkatkan kualiti hidup rakyat Kota Belud.
penjelasan oleh DARD menunjukkan beliau ada sebab mengapa beliau tidak hadir.
Mungkin benar juga kerana bukan bawah bidang beliau. Tapi lebih baik bersatu bersama-sama walaupun bukan bawah kuasa sendiri. Berikan kerjasama dibawah satu bumbung UMNO Sabah.
Sebagai seorang pemimpin tidak salah jika hadir kerana dijemput. Harap Datuk Rahman Dahlan boleh berkerjasama dengan UMNO KB. Kerana Bersatu kita pasti akan teguh dan kuat..
Mungkin Datuk Rahman boleh menjelaskan kenapa beliau tidak hadir dalam mesyuarat UMNO KB walaupun dijemput..Ini untuk memberikan kepastian kepada mereka yang masih menganggap Datuk Dahlan tidak memberikan kerjasama dalam UMNO KB.
DARD sudah memberikan penjelasan..
spekulasi tidak perlu diperbesarkan..tuan punya badan sudah memberikan penjelasan.
Salam YB MP Parlimen..
1. pertama sekali Ma Kasih kerana memberikan penjelasan tentang hal ini..
2. kesungguhan YB Datuk MP Parlimen dalam memperjelaskan sesuatu isu telah menjadi satu kelebihan besar bagi YB Datuk..walaupun dunia blog skrang terutama di Kb agak "lembab".
3. Seperti dlm penulisan ini, saya menyajikan dua persepsi iaitu ada yang pro dengan alasan tertentu..dan ada juga idea kontra..dgn alasan dan hujah yang tertentu juga..
4. Namun penjelasan YB Mp Parlimen ini telah menjawab segala-galanya.
5. ma kasih seklai lagi YB Datuk ...
Rasanya perkara ni hanya diperbesarkan utk menjatuhkan nama baik DARD.
sdr Sniper!!!
Selamat buat sdr..semoga terus memberikan komen dlm blog ini..semoga sdr akan melihat semua perkara dalam sudut yg positif..
Tapi dengan adanya penjelasan daripada DARD, rasanya tak perlu lagi hal ni diperbesarkan.
sdr Musram rakunman..
ma kasih atas kunjungan sdr kali ini...nampak gayanya hanya OKB sahaja dan KM yg aktif di Kb..yang lain mana sdr?
Sdr Solymone..
ama kasih atas keperhatian ni..saya sangat mengharagai idea sdr...
semoga sdr juga terus sukses dan terus dianugerahkan kekuatan utk terus memberikan idea2 yang lebih bernas...
Salam semua,
Nanti kalau dah FB dimansuhkan semuanya akan lari semula ke blog...jgn risau KM.
salam sdr Rojokobog..
ada baiknya sdr juga buat blog ...
Salam KM,
Terima kasih atas galakan, tiada masa untuk up date blog...sekadar mampu buat komen, itu pun isu-isu tertentu sahaja.
Mungkin Datuk Rahman ada alasan sendiri kenapa tidak menghadiri mesyuarat.
Post a Comment