Saturday, December 31, 2011



Oleh : MUTALIB M.D

MUNGKIN tidak keterlaluan jika saya menyimpulkan bahawa kesemua ADUN dan Ahli Parlimen dari Sabah sejak 1975 sehingga kini menjadi ‘pelacur’ politik dengan ‘menjual tubuh’ mereka di Dewan Undangan Negeri dan Parlimen untuk kepentingan peribadi; tanpa mempedulikan hak rakyat Sabah untuk hidup bahagia tanpa Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dan mendapat pembelaan melalui penubuhan Suruhanjaya Siasatan Di Raja.

Betapa tidak, kesemua ADUN dan Ahli Parlimen Sabah tidak mempunyai ‘political will’ untuk menyelesaikan isu ‘Pelarian Perang’ dan PATI yang berduyun-duyun ‘diimport’ masuk dan diberikan kerakyatan songsang Sabah melalui ‘Task Force’ USNO, BERJAYA dan UMNO bagi membolehkan mereka merampas kuasa, mendirikan tugu kuasa dan mengekalkan kuasa sehingga ke hari ini.

Sebagai rakyat Sabah yang mendapat ‘hak mutlak’ kerakyatan melalui proses undang-undang, saya sudah muak membicarakan Isu PATI dan MyKad melalui empat buku saya, IC PALSU Merampas Hak Anak Sabah; Pengundi Untuk Disewa; IC PROJEK Agenda Tersembunyi Mahathir? dan 007-Lelaki Malaysia Terakhir?

Kesemua Ahli Parlimen Sabah, bagaikan ‘Pelacur Jalanan’ yang menjaja diri mereka dengan janji akan memberi perkhidmatan terbaik, sekalipun rakyat sudah menolak mereka (terutama yang sudah terlalu lama berkhidmat sehingga Boeing 747 boleh membuat U-Turn); tetapi tetap dinamakan dan akhirnya melalui pelbagai cara dan kontroversi, kesemua mereka masih terpilih kerana ada yang mempunyai libido yang kuat (Ghairah) menjadi Perdana Menteri dan Ketua Menteri.

Isu Suruhanjaya Siasatan DiRaja dan PATI telah bergema di Parlimen sejak 1975, menjelang tumbangnya Parti USNO dan kemenangan Parti Berjaya melalui ‘pengklonan’ warga Indonesia, Filipina, India dan Pakistan; sebagai acuan politik yang mendirikan Kerajaan Barisan Nasional di Sabah melalui campurtangan Kerajaan Persekutuan; sekaligus menghilangkan kuasa autonomi Sabah setelah dipecah dan diperintah.

Kerangka pelan tindakan rampasan kuasa di Sabah sudah lama dirancang oleh pihak tertentu di peringkat persekutuan melalui ‘Skandal X-Files’ yang dengan mudah melalui ‘Denial Syndrom’; sedangkan seluruh dunia terutama Kerajaan Filipina dan Indonesia tahu rakyatnya direkrut sebagai pengundi di Sabah dan kini di Seluruh Malaysia.

Bagaikan ‘Si Buta’ kehilangan tongkat, Kementerian Dalam Negeri dan kuncu-kuncunya seperti ‘Sultan Akjan’ seperti PEKIDA, PKBS, DPPIM telah menafikan kewujudan ‘Skandal X-Files’ dan sekaligus menolak penubuhan Suruhanjaya Siasatan DiRaja.

Ketika memberi keterangan kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen yang dipengerusikan oleh Tan Sri Bernard Giluk Dompok pada 26 Februari 2007 dan menyerahkan memorandum dan kesemua buku saya kepada DYMM Yang Dipertuan Agong; saya telah melaksanakan tugas saya sebagai ‘Rakyat Sabah’ sekalipun sering dinista sebagai ‘Orang Melaya’.

Hari ini pada 1 Januari 2012, setelah hampir empat tahun saya memberi keterangan di hadapan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Mengenai Integriti; akhirnya menyedari bahawa ‘Skandal X-Files’, Kebanjiran PATI dan Perjuangan Wakil Rakyat Sabah; termasuk semua ADUN di Sabah; hanyalah sebuah ‘Epik’ yang belum difilemkan, tetapi sudah 37 tahun berlaku di Sabah.

Bagi saya, bukannya sukar untuk mendesak Kerajaan Persekutuan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan DiRaja atau menyelesaikan isu PATI dan Sindiket MyKad Projek jika kesemua ADUN dan Ahli Parlimen mempunyai ‘Political Will’.

Apakata jika kesemua 25 Ahli Parlimen dan 60 Adun Sabah memberi notis 14 hari kepada Perdana Menteri untuk menyelesaikan isu PATI dan sewaktu dengannya? Jika tidak dapat diselesaikan dalam tempoh tersebut, mereka boleh mengisytiharkan mereka menjadi ADUN atau Ahli Parlimen Bebas?

Apa gunanya mengaku sebagai ADUN dan Ahli Parlimen BN jika kejalangan mereka semakin terserlah; menggunakan isu PATI dan Suruhanjaya Siasatan DiRaja sebagai modal politik sedangkan mereka tidak ikhlas dan beragenda dalam memperjuangkan hak dan kedaulatan Sabah?

Dalam keadaan darurat, terutama ketika BN tidak mempunyai majoriti dua pertiga di Parlimen, peluang yang ada dipersiakan oleh semua ADUN dan Ahli Parlimen Sabah kerana kesemua mereka memilih untuk terus menjadi ‘pelacur tua’ yang menagih simpati pelanggan dengan mewar-warkan kehebatan perkhidmatan dan ‘kemutan’ mereka, sekalipun sudah seperti getah sekerap!

(NOTA: Pandangan penulis tidak semestinya pandangan Sabahkini.net; jika istilah yang digunakan keterlaluan, mungkin itulah kebenaran yang tersembunyi di sebalik artikel ini.)

Sejak kebelakangan ini dan semenjak PRU 13 semakin dekat, daerah Kota Belud seakan menjadi "Tamu Mingguan" kepada pemimpin pembangkang, baik dari PAS, PKR ataupun DAP. Kota Belud yang sememangnya terkenal dengan "Tamu mingguan" terbesar di Sabah ini menjadi antara sasaran paling besar pembangkang di Sabah. Hajat dan naluri politik Pembangkang melihat Kota Belud, sama ada pada kawasan Parlimennya atau 3 DUN nya jatuh ke tangan mereka nampaknya sangat-sangat tinggi. 

Beberapa minggu sebelum itu Datuk Seri Anwar Ibrahim, ketua UMUM Parti Keadilan, telahpun memulakan jelajah ke serata pelusuk Sabah dan KOta Belud adalah antara daerah yang benar-benar menjadi 'idaman' DSAI untuk dikuasai. Dalam rekod , tahun ini sahaja DSAI telah mengunjungi Kota Belud hampir 4 kali dan yang terakhir pada  3.Dis. 2011 yang lepas menyaksikan seramai 50 orang ahli UMNO yangh diketuai oleh Musli Oli meninggalkan parti itu dan menyertai PKR.

Manakala Pimpinan PAS pula jika dihitung dalam tahun ini tidak kurang dari 5 kali mereka turun padang di daerah Kota Belud. Kerancakkan pimpinan PAS bertandang di Kota Belud ini berikutan beberapa kawasan yang menjadi idaman mereka yang terkuat ialah DUN USUKAN. Terakhir kunjungan pimpinan PAS ialah Semalam di rumah Ketua Penerangan PAS Sabah, Ustaz Awang Laiman Ikin di Kg Tamau. Pimpinan tertinggi PAS yang turun ialah Ir. Datuk Seri Nizar Jamaluddin mantan Menteri Besar Perak yang terlucut jawatannya dalam satu pertelingkahan perlembangann tubuh negeri di negeri yang kaya dengan lombong bijih timah itu.

Berlain dengan strategi DAP, salah satu rakan parti dalam PR, parti berasaskan kaum Cina ini tidak banyak mengunjungi daerah Kota Belud,namun isu pembinaan empangan Tambotuan telah mendapati perhatian penting dari Lim Kit Siang sehingga memaksa pemimpin kanan DAP itu turun padang menemui masyarakat sekitar perkampungan itu pada awal tahun 2011 dan akhirnya isu ini menjadi polemik antara Lim Kit Siang dengan MP Kota Belud, Datuk Rahman Dahlan yang membawa kepada cabar-mencabar mendebatkan isu ini. Dan khabarnya Datuk Rahman Dahlan menunda tarikh perdebatan itu sehingga ke tarikah yang belum ditentukan. Masyarakat Kota Belud menganggap penundaan itu sebagai 'maruah' DARD yang mula tercalar. Program "turun padang' ini diramal akan semakin rancak menjelangnya PRU 13 akan datang.

Isu besar yang cuba dibangkitkan oleh pimpinan pembangkang termasuk anak jati Kota Belud ,sdr Musli OLi dalam ceramah umum semalam di Kg Tamau hanya menyentuh soal-soal pokok sahaja termasuk bagaimana rakyat seharusnya tidak lagi menaruh keyakinan dan kepercayaan kepada parti UMNO. Dalam lain kata, mereka mahukan rakyat Kota Belud tidak lagi mengundi calon UMNO pada PRU 13 akan datang.

Jika bersandarkan kepada rekod politik, terdapat 3 kawasan di Kota belud yang menyaksikan calon-calon UMNO diturunkan iaitu DUN USUKAN- Datuk Japlin Akim, DUN TEMPASUK- Datuk Musbah Jamli dan Parlimen Kota Belud- Datuk Rahman Dahlan.

DUN USUKAN dan PARLIMEN KOTA BELUD, menjadi samar kerana mungkin calon lain akan diturunkan oleh UMNO tetapi di TEMPASUK jika tidak ada perubahan besar, Datuk MUsbah tetap akan dicalonkan semula. Persoalannya ialah bolehkah pembangkang menumpaskan Datuk MUsbah di TEMPASUK.?

Siapakah calon pembangkang yang akan diletakkan di DUN yang menyaksikan komposisi suku kaum di kawasan ini hampir-hampir sekata antara suku Iranun, Bajau dan Dusun.Calon dari PKR,calon PAS dan jauh sekali untuk calon DAP. Kemungkinan besar calon PKR!.Rekod pada PRU 2008 menyaksikan Datuk Musbah memperolehi undi sebanyak 6,541 dan Calon PKR pada waktu itu UstazAwang Laiman memperolehi undi sebanyak 4,109 dan majoriti adalah sebanyak 2,432 walaupun pada 2008 itu Datuk Musbah kalah dalam kesemua peti undi suku Iranun kecuali peti Undi Kota peladok.

Datuk Musbah adalan antara calon "winnable Candidate" UMNO di kawasan ini. Bukan sahaja memiliki rangkaian kekeluargaan yang ramai serta kemampuan dari segi modal wang ringgit yang banyak tetapi juga dikatakan begitu rapat dengan masyarakat akar umbi terutama dalam memastikan perjalanan projek mega jelapang padi dan Agropolitan berjalan lancar. Kemungkinan dari persepktif masyarakat Iranun, Datuk Musbah tidak begitu besar pengaruhnya tambahan lagi beberapa isu besar yang berlaku dalam masyarakat Iranun dalam kawasan Tempasuk telah dilihat "GAGAL" dimanipulasikan oleh Datuk MUsbah untuk menjadi modal Pilihanrayanya. Antara isu terbesar ialah Kelewatan Pembinaan bangunan Sk Tamau. Masyarakat Iranun mula melabelkan Datuk Musbah sebagai pemimpin yang tidak perhatin dengan aspek pendidikan suku ini.Oleh itu pada hemat Kelapa Mawar, sokongan padu akan datang dari suku kaum Bajau dan Dusun, memungkinkan Datuk Musbah sukar ditumpaskan!!!.

Walaupun begitu, PR di Kota belud harus menyusun strategi ampuh untuk menundukkan calon UMNO di Kota Belud jika mahu benar-benar ingin menguasai Kota Belud seperti yang dikatakan oleh Datuk seri Nizar Jamaluddin itu. Pemilihan calon adalah sangat penting. selagi kredibiliti calon yang diturunkan tidak dapat mengoncang kredibiliti Datuk Musbah, selagi itu impian pembangkang di TEMPASUK akan menjadi seperti angan-angan Mat Jenin.

Semakin dekat PRU 13,semakin banyak spekulasi yang kedengaran. Berita dari pihak pemerintah menyatakan bahawa Perdana Menteri Datuk seri Najib akan mengadakan rombakan kabinet dalam waktu terdekat sebelum Parlimen di bubarkan melibatkan beberapa pemimpin politik  kanan kerajaan yang diselubungi oleh masalah sehingga boleh mungkin membawa kekalahan teruyk kepada UMNO dan BN pada PRU nanti.

Datuk Seri Najib Razak dijangka akan merombak semula Kabinetnya awal bulan ini dan menunda tarikh pilihan raya berikutan skandal yang melibatkan sekurang-kurangnya dua menteri yang menggugat faktor terbaik Bajet 2012 yang mana Perdana Menteri mengagihkan wang tunai kepada 5.3 juta isi rumah, menurut sumber dalaman Umno

Difahamkan, pegawai kanan Pejabat Perdana Menteri sudah menyenaraikan menteri dan timbalan menteri yang berpotensi dan dilihat sebagai orang-orang Najib untuk menjalankan Model Ekonomi Baru (NEM) dan transformasi politiknya untuk menghadapi pilihan raya akan datang.

“Najib memerlukan lebih ramai orang-orangnya di Kabinet. Beliau perlu menggantikan mereka kerana dilihat sebagai pencemaran untuk menghadapi pilihan raya,” menurut pembuat dasar Umno yang mempunyai hubungan rapat dengan presiden, sambil merujuk kepada skandal yang menyelubungi Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkaitan hal ehwal keagamaan, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, dan timbalan menteri Datuk Awang Adek Hussin, yang mengaku menerima sumbangan kewangan.

Terdapat spekulasi dalam kalangan media Cina termasuk penganalisis politik Najib akan membibarkan Parlimen selepas sambutan Tahun Baru Cina pada 23 Januari dan pilihan raya pada Mac, empat tahun selepas Pilihan Raya Umum 2008.

Difahamkan bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sudah mula menempah sekolah dan dewan komuniti untuk pilihan raya pada Mac nanti. Walaubagaimanapun, sumber lain mengatakan pilihan raya dilaksanakan selepas Tawaran Awal Awam (IPO) daripada kerajaan negeri dan pemaju Felda.

Sumber lain Umno menyebut bahawa parti berkenaan belum bersedia untuk pilihan raya walaupun Najib memberitahu anggota partinya berdepan dengan “peperangan kerusi” untuk pilihan raya awal. “Kami belum betul-betul bersedia. Sesetengah menteri masih lagi tidak mahu menyerahkan kerusi mereka untuk pilihan raya akan datang,”

Sumber berkenaan turut menyatakan hanya bekas Menteri Besar Terengganu dan Ketua Umno, Datuk Seri Idris Jusoh, menyatakan secara terbuka untuk tidak bertanding pada pilihan raya.

“Kebanyakan menteri menjangkakan mereka akan dipilih dan menang. Dan sekiranya tidak terpilih, mereka enggan untuk bekerjasama seperti apa yang berlaku pada 2008,” katanya menambah.
Umno hanya memenangi 79 daripada 112 kerusi persekutuan yang ditandinginya pada 2008 bila Barisan Nasional (BN) kehilangan majoriti dua pertiga kerusi parlimen dan empat negeri.

Bekas Perdana Menteri dan Presiden parti, Tun Abdullah Badawi meletak jawatan selepas setahun memerintah dan kekalahan tersebut dan menyerahkan pentadbiran kepada Najib.

Penganalisi rasmi parti berkata, Najib harus memenangi dua pertiga majoriti Parlimen atau paling kurang pun setaraf dengan margin kemenangan Abdullah. “Ianya mudah dan skandal-skandal terbaru ini tidak akan membantu.

Najib merupakan seorang yang berhati-hati,” sumber rasmi parti.

Terdapat juga pemimpin umno secara terbuka mendesak Shahrizat untuk meletak jawatan daripada politik ekoran siasatan terhadap syarikat keluarganya, Pusat Fidlot Nasional (NFC), yang menurut Ketua Audit Negara menyatakan terdapat kekacauan selepas menerima RM250 juta dana awam.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Menyatakan syarikat terbabit tidak berkaitan dengannya, Najib, dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin menafikan dakwaan Shahrizat telah menghantar surat perletakan jawatan.

Tetapi menurut Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menimbulkan spekulasi bahawa Shahrizat harus meninggalkan parti atau parti akan turut terkesan daripada skandal berkenaan.
Umno telah dilihat berundur apabila bekas Menteri Besar Selangor Dr Khir Toyo didapati bersalah atas tuduhan rasuah dan dipenjarakan setahun atas kesalahan pembelian tanah. Dia sedang membuat rayuan terhadap kes berkenaan.

Jamil, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, untuk Hal ehwal Islam, menafikan dakwaan beliau dan dua pegawai rasmi agama menyalahgunakan wang zakat untuk membayar kos guaman di mahkamah bagi kes yang dibuat oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Laporan audit menyatakan sejumlah RM63,650 daripada Lembaga Zakat digunakan untuk kos guaman apabila Anwar menamakan mereka sebagai responden dalam permohonan Qazaf. Ia turut disahkan apabila jumlah itu dikatakan telah dibayar semula selepas badan berkenaan menerima RM70,000 pada Jun lepas sebagai sebahagian daripada sumber kerajaan.


Selain nama Tan Sri Pandikar ,YDP Dewan Rakyat yang akan tamat tempoh jawatannya sejurus selepas Parlimen dibubarkan oleh Najib ,yang disebut-sebut akan membuat kejutan dalam percatuiran politiknya di Sabah, nama lain yang turut berkumandang ialah Datuk Ghafur Salleh MP kalabakan. Sudah mula kedengaran spekulasi kedua-dua tokoh politik Sabah ini bahawa mereka akan membuat perhitungan terakhir dalam kerjaya politik mereka sama ada "kekal' dibawah telunjuk Musa Aman di Sabah atau ikut sama menari rentak Datuk Lajim yang sudah jelas mempertaruhkan nasibnya apabila bertindak berdiri dalam majlis anjuran Pakatan Rakyat di Kuala penyu sehari yang lepas.

Datuk Ghafur Salleh adalah merupakan politkus veteran di Sabah. Namanya muncul bersama politik Datuk haris Salleh pada era pemerintahan Parti BERJAYA. Sejak itu Datuk Ghafur meniti tangga-tangga politik di Sabah. Ketika UMNO berjaya merompak kuasa dari PBS dengan tindakan Datuk Lajim dan Datuk Rubin Balang melompat persis katak puru yang membawa kepada tersungkurnya PBS, Datuk Ghafur dilantik sebagai timbalan Ketua Menteri Sabah bagi kouta bumiputera muslim, di samping diberi kepercayaan sebagai Menteri Kewangan. selepas tempoh iddah Ketua menteri bergilir selesai, nama Datuk Ghafur juga tidak kedengaran, hanya semasa era Tan Sri Chong Kah Kiat menjadi Ketua Menteri, Datuk Ghafur kembali dilantik sebagai menteri di Jabatan ketua Menteri. Datuk Ghafur adalah antara nama yang disebut-sebut akan menjadi Ketua menteri Sabah selepas tamat era Tan Sri Choong Kah Kiat, namun nama Datuk Musa Aman pula yang menjadi nama bertuah apabila diumumkan oleh Tun Mahathir sebagai ketua menteri Sabah yang baru.

Di era Pak Lah dan kemudian dalam perang saraf PR mendambakan kuasa pada 16 september, nama Datuk Ghafur di sebut oleh MP Bayan lepas, datuk Zahrin yang mendakwa Datuk Ghafur adalah antara MP UMNO yang tersenarai sebagai MP yang akan meninggalkan UMNO untuk menyertai Pakatan Rakyat, namun kemudian Datuk Ghafur menafikanya dalam situasi cukup tegang dalam Dewan Rakyat.

Selepas itu Datuk Ghafur kembali tenang sehingga baru-baru ini beliau secara lantang mengkritik dan mendesak supaya Datuk Shahrizat Jalil yang terpalit dengan isu NFC meletakkan jawatan.

Setelah Datuk Lajim membuat keputusan menyertai PR pada PRU 13 ini, Datuk Ghafur juga dispekulasikan akan membuat keputrusan yang sama. Namun apakah Datuk Ghafur seberani Datuk Lajim?



Friday, December 30, 2011



Walaupun Sabah dikenal sebagai fixed deposit bagi Bn dan UMNO tapi politik sabah tidak pernah tenang, bergolak dan bergelora sejak kebelakangan ini memperlihatkan bahawa Sabah sudah mula menjadi seperti di semananjung. Di saat akhir sebelum PRU 13 yang diramal banyak pihak bakal diadakan pada penghujung bulan Mac tahun depan, pemimpin politik di Sabah bagaikan cacing kepanasan. Apa tidaknya semakin hari semakin banyak kejutan yang berlaku. Penubuhan parti-parti politik baru, sama ada parti politik lama yang dijenamakan semual ataupun memang parti baru dan gabungan parti Sabah sarawak bukan lagi perkara baru,malah sudah kedengaran sejak awal tahun 2011 lagi.

Dan paling tragis lagi bila USNO yang cuba dihidupkan kembali oleh anak arwah bapa kemerdekaan Sabah Tun Mustapha Datu Harun iaitu Datu Badaruddin Tun Mustapha dijangka telah membuat pengumuman akan melibatkan diri dalam PRU 13 akan datang.Pengibatan USNO  yang tidak diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) dalam kempen politik pada PRU13 akan menjadi ancaman besar buat UMNO kerana ramai pemimpin UMNO kini adalah antara rintis pejuang USNO suatu ketika dulu,bahkan Datuk Musa Aman dan Datuk Salleh Tun Said sendiri adalah antara pemimpin politik UMNO Sabah yang menerima tarbiyah secara langsung dari parti USNO.

Semalam dikhabarkan Timbalan menteri Perumahan dan kerajaan Tempatan, Datuk Lajim Ukin yang sebelum ini diberitakan terlibat dalam penjenamaan semula parti BERSEKUTU kepada SABAH PEOPLE FRONT(SPF) telah membuat kejutan apabila menghadiri satu majlis Pakatan rakyat di Kuala Penyu. Datuk Lajim bukan sahaja berani mengambil risiko sedemikian rupa tetapi juga mempersoalkan tentang keikhlasan BN dan kerajaan dalam membantu rakyat Sabah.

Datuk Lajim adalah antara pemimpin PBS yang meninggalkan parti itu pada tahun 1994 dan menyertai UMNO sehingga membolehkan UMNO Sabah membentuk kerajaan sehingga sekarang. Gambaran Datuk Lajim ini bukan  sahaja turut menyuntik semangat perubahan besar kepada penduduk Sabah yang masih miskin dan terpinggir dari arus pembangunan tetapi juga naluri politik pemimpin sedemikian akan menjadi loncatan besar kepada perubahan yang dinginkan.
SEBELUM ini dalam episod Maharaja Lawak Mega 2011 yang sudah, Pelawak terkenal tanah air, Afdlin Shauki pernah mencuit hati dengan gaya ala Rosmah Mansor sedang bersenam.





Dalam rancangan siaran langsung pertandingan akhir Maharaja Lawak Mega 2011, malam tadi Adflin Shauki nampaknya mengutuk Bik Mama secara terus dan "All Out" tiada tapis-tapis lagi.



Beliau dengan gaya rambut serta lenggok Bik Mama, malam tadi menyelitkan lawak cincin berlian dan beg tangan jenama mewahtermasuk poco-poco dan senam aerobik.


Bukan itu saja, malah beliau turut mencuit hati penonton dengan lawak air zamzam dan peluru yang baru dibawa pulang dari Mekah. Di bawah ini rakaman video antara babak-babak yang jelas memerli Bik Mama.sumber :PASPB blogspot.com


Inilah papan kenyataan diawal pembinaan Sk Tamau, kini papan itu sudah  dirobohkan.JKR Tutup mata??

Dikhabarkan hari ini sekumpulan pemimpin parti pembangkang iaitu sdr Nizar Jamaluddin mantan Menteri Besar Perak yang dilucutkan dari jawatan berkenaan dalam satu tragedi politik yang penuh kontrovesi di Perak ,bersama dengan aktivitis politik yang kini menyertai PKR iaitu Sdr Musli Oli akan bertandang di Kg Tamau dalam satu usaha pemimpin-pemimpin PR menjelajah serata pelusuk bumi Sabah. Dan antara isu yang bakal dibangkitkan ialah berkenaan dengan kegagalan kerajaan BN menyiapkan bangunan SK Tamau yang telah mencecah 2 tahun pembinaannya.

Satu kenyataan yang dipetik dalam wall FCB Sdr Musli OLi membenarkan lawatan demikian,:

"Suara Pakatan Bergema di K Penyu!!Ribuan manusia di majlis Pakatan Rakyat Datuk John Ghani di Kg Batu Linting. Rakyat terpukau dgn ucapan DS Nizar Jamaluddin yg pekik "Ni Kali La!!. Begitu juga VP PKR, Surindran yg sentuh otonomi Sabah dan 20 pts..DS Lajim turut hadir dan turut berucap. Esok Nizar dan saya berceramah di Kg Tamau, Kota Belud! Ni Kali La!!...."

Pemimpin pembangkang ini yang popular dengan tagline 'NI KALI LAH"..dijangka akan memukau penduduk sekitar Kg Tamau yang sebelum ini telahpun menunjukkan tanda-tanda protes kepada pemimpin sedia ada yang disifatkan oleh mereka sebagai telah "GAGAL" menyelesaikan isu kelewatan pembinaan SK Tamau ini. Dan difahamkan hanya selepas kedua-dua pemimpin yakni ADUN TEMPASUK,Datuk Musbah Jamli  dan MP PARLIMEN, Datuk Rahman Dahlan mengetahui kunjungan pemimpin Pakatan Rakyat itu pada hari ini, kedua-dua bergegas melawat tapak berkenaan tetapi kehadiran mereka semalam masih tidak memuaskan hati para penduduk malah mempersoalkan tindakan yang mereka ambil. Guru-guru di Sk Tamau juga turut mempertikaikan kenyataan kedua pemimpin ini, antara kenyataan itu seperti yang dip[etik dalam FCB Kelapa mawar :

.".....banyak isu dan alasan....jkr tuduh kontraktor dan kontraktor tuduh jkr....penduduk kg tamau malas sudah....mo minta pembaikan untuk bangunan sementara pun mahu ada tax 10%....pnduduk kg tamau dan guru guru sk tamau cuak....boring dan mau muntah sudah dgr alasan...nda juga pandai siap...alang alang nda payah kasi siap...biar masyarakat iranun di kg tamau terus ketinggalan....ini kali yg drang mau.... "

".....Sk.Sembirai & Sk.Jawi2 yg seusia ngan SK.Tamau dah guna bangunan baru..Sk.Tamau Paitung tangga bangunan pun belum...takut nanti Sk.Labuan tengah dlm pembinaan..siap duluan...Apa yg tak kena ngan Sk.Tamau...perlu dirungkai...???? dikaji..mana silapnya..

".....MERIKA TURUN PADANG SEKADAR SANDIWARA POLITIK TAPI HARUS INGAT PENGUNDI LEBIH BIJAK DARI APA YG MERIKA SANGKAKAN JADI KALAU KADAAN TAK BERUBAH BIAR TANGAN YANG MENGUBA PADA PR13 NANTI..."

".....dg cerita nizar dengan beberapa orang pakatan mahu datang ke tamau..tu yg drang duluan pg tamau...selama ni nda da pun datang....barangkali betul la ungkapan ini kali la sebab dah berkali kali kita berharap pada YB dan MP...mcm tu juga...ini kali ...manalah tau ada harapan baru....soal mengadu pada sprm saya rasa tiada kes yang mau diadu...saya tidak nampak penyelewangan cuma pihak berwajib dan kontraktor yang dilantik dua dua entah apa jenis punya otak...pun begitu saudara semua...kita sedang melengkapkan bukti untuk dibawa ke sprm...kalau kita mengadu tanpa bukti tiada guna juga...lawan tetap lawan..."

Berdasarkan kepada response ini,semuanya berbaur ketidakpuasan hati, mungkinkah slogan INI KALI LAH ini akan menjadi slogan baru di Kg Tamau dan sekitarnya?...

Datuk Musbah Jamli ADUN TEMPASUK yang selalu dikatakan sebagai pemimpin yang paling rajin turun padang menemui rakyat akhirnya mengotakan perumpamaan itu apabila sekali lagi beliau "TURUN PADANG" menemui rakyat di Kg Tamau berkaitan dengan isu kelewatan pembinaan Bangunan SK Tamau yang melebihi tempoh siapnya mencecah 2 tahun. Ekoran isu ini mendapat perhatian daripada beberapa blogger Kota belud juga dipublishkan dalam FCB dan Twitter, Datuk Musbah bersama ahli Parlimen Kota belud, Datuk Rahman Dahlan mengambil keputusan menemui rakyat di sekitar perkampungan itu dalam sesi dialog di sekolah berkenaan sebagai usaha penerangan dan ambi berat mengenai isu berkenaan.

Petang tadi dimaklumkan kepada Kelapa Mawar, kehadiran Datuk Musbah dan Datuk rahman di Bangunan SK Tamau diiringi oleh beberapa orang pegawai dari JKR dan pengerusi PIBG sekolah berkenaan, Sdr Ladim Abd. Rahman. Usaha ini dianggap sebagai satu lagi tindakan dari para pemimpin yang prihatin dengan kemashlatan rakyat di mana berlaku di kawasan yang mereka wakili.

Resolusi yang diperolehi nampaknya tidak banyak meninggalkan kesan,kerana isu kelewatan Sk Tamau ini sudah terlalu lama dan lewat diambil tindakan oleh pihak yang berkenaan. sesi petang tadi merumuskan bahawa masalah utama berkaitan dengan isu tersebut ialah kegagalan pihak kontraktor menyempurnakan tanggugjawab yang diamanahkan. 

Berdasarkan response yang Kelapa Mawar terima dari pertemuan ini,ialah penduduk kampung dan kakitangan sekolah mempertikaikan kredibiliti YB mengenai penyelesaian masalah tersebut. Di fahamkan Datuk Rahman meminta supaya kontraktor berkenaan diberikan peluang 1 bulan lagi bermula dari tarikh 1/01/2012 hingga awal bulan Februari. Jika dengan peluang itu Kontraktor masih gagal,maka tindakan sewajarnya termasuk menyenaraihitamkan akan dilakukan. beberapa orang yang sempat ditemui mempertikaikan resolusi berkenaan kerana sepatutnya sejak dulu lagi tindakan semumpama itu dilakukan dan bukannya menunggu sehingga 2 tahun berlalu. Manakala Datuk Musbah pula hanya meminta supaya tindakan dan pemantauan secara kerap dilakukan oleh JKR supaya proses penyiapan itu berjalan dengan lancar.

Kenyataan kedua pemimpin ini dianggap sebagai gimik PRU 13 yang semakin dekat! Benarkah?????

Thursday, December 29, 2011



Ramai yang mempercayai bahawa Tsunami politik 2008 yang berlaku di Tanah Besar Semenanjung Malaysia tidak pernah berlaku di Sabah.Media alternatif atau media ketiga seperti blog,fcb dan twitter yang menjadi pemangkin kepada tercetusnya tsunami politik 2008 itu masih berada pada tahap baru berkembang di Sabah pada waktu tersebut, Justeru ledakan politik pembaharuan yang menyaksikan BN hampir-hampiur kehilangan kuasa tidak berlaku di Sabah dan Sarawak. Sebab itu kedua negeri di kepulauan Borneo ini masih gah dengan "fixed deposit" buat BN dan sekutunya.

Setelah 4 tahun  berlalu, Sabah dan Sarawak mula 'menerima' kehadiran media alternatif ini, bersama bahang Tsunami politik 2008 yang masih panas dan membara di semenanjung.Ertinya Tsunami politik di kepulauan Borneo ini mungkin akan tercetus pada PRU 13 iaitu 2012.Itupun setelah menerima media alternatif ini sebagai ruang fikir politik baru di kedua-dua buah negeri yang menyertai Gagasan Malaysia pada tahun 1963 di mana termaktubnya perjanjian 20 perkara yang dikatakan tidak pernah ditunaikan oleh Kuala Lumpur.

Di Sabah di tahun mendatang ini, langit semakin terbuka. Di mana-mana, generasi yang berumur atau yang baru 'menetas' usianya sudah mengenali dunia internet berupa Blog,Fcb dan Twitter.Begitu banyak timbunan maklumat dihujung jari yang diakses saban waktu terutama melibatkan soal politik dan kuasa. Justeru itu Sabah mula berubah paradigma politiknya,tidak lagi seperti tahun-tahun kebelakangan dimana maklumat hanya didengar dan ditonton dalam media arus perdana.

Ramalan pemerhati politik di Sabah, BN dan UMNO akan menyaksikan beberapa kawasan terlepasw dari genggaman kuasa mereka.Beberapa trend pengundi di Sabah mula mencetuskan kegusaran di kalangan pemimpin di peringkat negeri. Golongan berumur sekitar 50-80 tahun ini mewakili kek politik sekitar 50 %. Mereka ini terdiri daripada golongan yang mewarisi idealisme perjuangan USNO. Setelah USNO di bubarkan,maka mereka menyertai UMNO pada tahun 1991. Tetapi ini bukan bererti UMNO akan memperolehi undi mereka pada PRU akan datang, kerana ura-ura penyertaan USNO yang dipelopori oleh Datu Badaruddin Tun Mustapha pada PRU 13 ini, memungkinkan golongan ini memberi sokongan semula kepada USNO, setelah UMNO dilihat tidak banyak mendatangkan faedah kepada peribumi di Sabah. Kes rampasan tanah adat,sikap pemimpin yang semakin kaya dan harga barang yang semakin tinggi, menyebabkan golongan ini menuntut perubahan setidak-tidaknya mahukan USNO kembali menerajui Sabah.

Golongan kedua ialah golongan muda yang baru mengenal dunia politik tetapi terdedah kepada maklumat dalam media alternatif ini. Mereka di Sabah terbahagi kepada beberapa sub golongan yang membawa gelombang perubahan. Sub golongan pertama ialah mereka yang memang mahukan perubahan, terlibat secara langsung dalam kempen-kempen politik yang beraliran pembangkang. Jumlah mereka tidak ramai tetapi boleh mempengaruhi rakan yang lain.Golongan inilah yang membawa slogan "INI KALKI LAH". Sub Golongan kedua ialah mereka yang terdedah kepada maklumat media blog dan fcb tetapi berada pada kedudukan atas pagar. Mereka ini juga lebih ramai dari yang pertama tadi. Golongan ini mewakili sekitar 40% kek politik di Sabah. Mereka kurang berminat dengan politik tetapi mengambil tahu perkembangan terbaru melibatkan keadaan politik dan ekonomi negara. Golongan ini sangat 'merbahaya' kepada UMNO dan BN di Sabah kerana pada bilka-bila masa sokongan golongan ini boleh tergelincir kepada pembangkang, lebih-lebih lagi bila naluri dan keperluan mereka tidak dipenuhi. 

Di Sabah isu penagngguran masih menjadi isu besar. Biarpun Datuk Musa Aman dalam ucapan bejet 2012 yang diumumkannya memperuntukkan lebih 4 billion ringgit ,namun ia tidak menjadi asas kuat kepada penarikan sokongan golongan ini, kerana apa yang berlaku angka $ billion itu hanya sekadar menghiasi ekonomi peringkat atasan, di peringkat akar umbi ia tidak mendatang banyak kesan. Pengangguran masih berlaku, kekurangan pekerjaan dan kenaikan harga barang masih menghempet kehidupan rakyat. Dan golongan ini mahu kerajaan lebih bertanggungjawab dalam soal itu dan bukan bermain dengan nombor dan angka semata-mata.

Rata-rata golongan ini mahu agar kepimpinan di peringkat Pusat harus berubah! manakala di peringkat negeri masih mahukan kesinambungan dari kepimpinan terdahulu.Ada yang berpendapat bahawa peringkat Pusat perlu diubah supaya masalah yang masih bertaburan boleh diselesaikan. Kes-kes seperti perjanjian 20 perkara dan peruntukan kerajaan persekutuan kepada Sabah menjadi asas kepada keinginan itu. Golongan ini bagi UMNO dan BN di Sabah adalah penanda aras kepada penerimaan kepimpinan mereka. Slogan 'INI KALI LAH' yang mula berkumandang di kedai-kedai kopi dan serata pelusuk negeri Sabah membawa makna yang berkait dengan Tsunami politik akan berlaku. Slogan INI KALI LAH ini membawa pengertian bahawa PRU 13 inilah yang akan membawa perubahan dalam soal penggantian kepimpinan negara. 

Justeru merebaknya slogan INI KALI LAH ini seharusnya menjadikan Najib semakin gusar,risau dan menggelabah. Kerana jika semangat dan roh slogan INI KALI LAH ini benar-benar diterjemahkan pada PRU 13, maka pemerhati politik akan melihat Najib sebagai Perdana Menteri UMNO yang terakhir.


Setiausaha Kerja Umno Sabah, Datuk Kadzim M. Yahya telah mengangkat sumpah menyandang jawatan Senator di hadapan yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang.

Kadzim,52, yang berasal dari Sandakan telah berkhidmat sebagai Setiausaha Kerja Umno Sabah selama 20 tahun.

Pelantikan beliau adalah bagi menggantikan Datuk Armani Mahiruddin yang tamat tempoh perkhidmatannya sebagai Senator kelmarin.

Kadzim berkelulusan undang-undang dari Thames Valley University, United Kingdom dan memiliki Diploma Pentadbiran Awam dari Universiti Teknologi Mara.

Beliau pernah berkhidmat di sektor awam sebagai Pegawai Undang-Undang dan Pegawai Tadbir di Koperasi Kemajuan Perikanan dan Nelayan Sabah ( Ko-Nelayan) selain pernah menjadi Pengerusi Ahli Lembaga Pelabuhan Sabah dari 2007 hingga 2010.

Ditemui pemberita kemudiannya, beliau melahirkan keazaman berkhidmat kepada rakyat Sabah menerusi program pembangunan yang dilaksanakan di negeri itu.

Wednesday, December 28, 2011


Pn Bahiwata,adakah calon pilihan TSP?

Bukan lagi satu rahsia besar dalam kalangan suku Iranun dan masyarakat Kota Belud,bahawa tindakan YDP Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang ingin mengkedepankan adiknya dalam persada politik di daerah ini. Pn Bahiwata yang dilihat sebagai antara calon pilihan terkuat dan terdekat bagi Tan Sri Pandikar Amin untuk disenaraikan sebagai calon pada PRU 13 akan datang adalah merupakan Pengerusi bantahan Masyarakat Kg Rampayan mengenai skandal pengambilan tanah oleh Kerajaan di persisir kampung berkenaan.

Percaturan Tan Sri Pandikar dalam pemilihan calon berkelayakan di kalangan suku Iranun ini banyak mendapat response dari kalangan pemimpin politik suku Itu baik dari kalangan kelas pertengahan mahupun kelas bawahan. Malahan hasrat Tan Sri Pandikar itu tidak langsung mendapat 'restu' diperingkat akar umbi. Setelah gagal menjadikan anaknya sebagai pengganti legasi kepimpinan politiknya di Kota Belud, TSP dilihat cuba mengheret sama adiknya, Pn Bahiwata ini ke kencah politik pula. Walaupun sebelum ini Bahiwata dengan tegas dalam FCBnya menyatakan bahawa beliau tidak berminat dalam dunia politik namun segala-galanya bisa berubah bila berlaku campurtangan dari TSP.

Beberapa pemimpin muda dari kalangan suku Iranun berpendapat bahawa TSP seharusnya lebih terbuka dan rasional dalam perkara ini. Bukan sekadar mahu meneruskan legasi kepimpinanya di Kota belud, tetapi sewajarnya melihat keperluan dan kesesuaian calon yang dicadangkan. Suku Iranun bukanlah ketandusan dari segi kepimpinan, malahan begitu ramai calon dan orang perseorangan yang telah lama bergiat dalam politik di Kota Belud. Bahkan golongan ini sudah lama merasai sepak terajang serta ombak ganas dunia politik. Dari segi daya tahan dan juga percaturan jangka panjang, calon-calon yang sebegini haruslah diberikan peluang dan bukannya calon yang baru setahun jagung menceburkan diri dalam dunia politik.

Pemimpin politik sewajarnya mempunyai daya tahan yang tinggi selain boleh menjana pemikiran dan membaca haluan politik jangka panjang suku Iranun di Kota Belud.Dan jika itu dijadikan ukuran suku Iranun punya banyak pilihan yang sudah sedia menanti tiupan semboyan perjuangan.Namun TSP seolah-olah menutup mata demi kepentingan politik yang sersifat sementara.


Senyuman TSP ini  untuk siapa?

Malahan daripada response akar umbi melahirkan kebimbangan jika Pn Bahiwata dijadikan sandaran suku Iranun pada PRU 13, sama ada di DUN TEMPASUK ATAU DUN USUKAN akan berkemungkinan mengalami kekalahan ,berikutan telalu banyak spekulasi yang cuba diwar-warkan oleh pemimpin politik ini.

Justeru itu, TSP harus turun untuk mengumpul maklumat sebanyak mungkin mengenai calon pilihan suku Iranun supaya natijahnya tidak menjadi beban besar kepada kelangsungan politik Iranun di kota Belud dan Sabah amnya. Pengajaran cukup besar pada PRU 12 melihatkan Iranun berada pada kedudukan paling genting dalam sejarah politiknya bila pengguguran TSP berlaku. Dunia politik Iranun bukan sahaja suram, lesu dan terpinggir tetapi kuasa politik mereka semakin terhakis.

TSP dilihat masih signifikan dalam memuntahkan pengaruhnya mengenai pemilihan calon ini, kerana selain mempunyai hubungan intim dengan Datuk Salleh yang merupakan ketua UMNO bahagian Kota Belud merangkap timbalan pengerusi perhubungan UMNO Sabah, TSP juga dilihat bersatu dengan pemikiran Musa Aman terutama bila meninggalkan Datuk Shafie Apad dalam kerangka politik NGO mereka sebelum ini iaitu USBO.

Ustz Idris Kisab bukan pilihan TSP?

Adalah sangat memeranjatkan jika TSP hanya memikirkan kelangsungan legasi kepimpinan keluarga dan politiknya tanpa memikirkan hala tuju dan keperluan masyarakat Iranun. TSP jika dibiarkan bertindak demikian,maka tidak mustahil pepatah akan menjadi kenyataan, Yang dikejar tak dapat yang dikendong akan berciciran.

Di sepanjang perjuangan Anwar Ibrahim melalui liku-liku politik yang penuh jijik dan kotor terutama melibatkan diri dan keluarganya, sudah ramai yang telah pergi meninggalkanya. Baik dari kalangan rakan rapat,teman berbicara ataupun kawan seperjuangan. Apa pun alasan mereka meninggalkan DSAI, hanya mereka yang mengetahuinya,namun agak menghairankan kerana DSAI tidak pernah serik,bosan bahkan berputus asa untuk mencapai cita-citanya mereformasikan negara ini. Soal perjuangan untuk dirinya ataupun untuk cita-citanya menjadi PM bukanlah ukuran kerana cukup mengkagumkan seorang politikus sanggup menggadai ketenteraman diri dan keluarganya semata-mata untuk itu. 

Di mana-mana Anwar akan berbicara tentang hak rakyat dan keperluannya untuk melindungi rakyat. Mengurus wang rakyat secara berhemah,adil telus dan jujur ,jauh dari sikap boros dan rasuah. Antara rakan yang telah pun pergi meninggalkan Anwar bersendirian :

Senarai Pemimpin PKR keluar parti
Bekas Timbalan Presiden, Dr. Chandra Muzaffar
Bekas Ketua Angkatan Muda, Ezam Mohd. Noor
Ketua Penerangan, Ruslan Kassim
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT), Zainur Zakaria
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT), Datuk S. Nallakarupan
Pimpinan awal ketika PKR mula ditubuhkan seperti:
Bekas Naib Presiden, Marina Yusuff
Bekas Setiausaha Agung, Mohd. Annuar Tahir
Bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari
Bekas Setiausaha Angkatan Muda Keadilan, Lokman Noor Adam
Bekas Naib Ketua Pemuda Keadilan, Muhammad Zahid Md Arip
Bekas Timbalan Pengarah Pilihan Raya Keadilan, Hamdan Taha
Bekas Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Salehuddin Hashim
Setiausaha Pergerakan Pemuda PKR Sabah, Faizal Julaili
Setiausaha PKR Bahagian Papar, Awang Mumin Awang Marali
Bekas Bendahari Agung, Abdul Rahman Osman
Bekas Naib Presiden PKR, Saidatul Badru Tun Said Keruak
Naib Presiden, Jeffrey Kitingan
Datuk Zaid Ibrahim
Ketua Angkatan Muda (AMK) Kuala Selangor , Nazaruddin Darmawan
Ketua Wanita Kuala Selangor, Fauziah Sulaiman
Bekas calon PKR Teluk Kemang / antara pengasas PKR, Abdul Manap Shahardin
Bendahari Parti Keadilan Rakyat (PKR) Hulu Selangor, Datuk Dr Halili Rahmat
Ketua PKR Tanjung Malim / Ketua Penerangan PKR Perak, Soraya Sulaiman
Timbalan Ketua PKR Bagan Serai, Roshanita Mohd Basir
Ketua Wanita PKR Pulau Pinang, Aminah AbdullahKerusi Parlimen
Ahli Parlimen Bayan Baru - Datuk Seri Zahrain Mohamed
Ahli Parlimen Nibong Tebal - Tan Tee Beng
Ahli Parlimen Bagan Serai - Mohsin Shamsuri
Ahli Parlimen Kulim Baru - Zulkifli Nordin
Ahli Parlimen Wangsa Maju - Wee Choo Keong
Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN)
Adun Behrang - Jamaluddin Mohd Radzi
Adun Changkat Jering - Kapten (B) Mohd Osman Jailu
Adun Ngemah - Gabriel Adit Demong
Adun Lunas - Md Radzi Salleh
Adun Pelabuhan Klang - Badrul Hisham Abdullah
Adun Bukit Selambau - V. Arumugam
Bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang - Fairus Khairuddin


Saya, DATUK DR JEFFREY @ GAPARI KATINGAN @ GEOFFREY KITINGAN No. KPT: 471022-12-5367 membuat laporan polis ini atas kapasiti saya sebagai Timbalan Pengerusi Parti Keadilan Rakyat dan Pembayar Cukai yang merasakan adalah menjadi tanggung jawab saya melaporkan kegiatan Jenayah, Pecah Amanah, Salah Laku, Salah Guna Kuasa dan Rasuah agar pihak POLIS dapat men-jalankan siasatan serta mengambil tindakan sewajarnya terhadap KETUA MENTERI SABAH, DATUK SERI MUSA HAJI AMAN, merangkap MENTERI KEWANGAN SABAH merangkap Ketua Perhubu-ngan UMNO Sabah yang secara sedar telah melakukan kesalahan mengikut Seksyen 161, Bab IX, Akta 574, Kanun Acara Jenayah (Pindaan 1997); Seksyen 12 (1), (a), (B), ©, (d) Bahagian III Akta Pencegahan Rasuah 1997; Seksyen 15 (1), (2), (3) Akta Pencegahan Rasuah 1997; Seksyen 8(1) Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960; Seksyen 4 (1) (a), (B) Bahagian II, Akta 613 AKTA PENCEGAHAN PENGUBAHAN WANG HARAM 2001; Akta 372, Akta Bank & Institusi Kewangan 1989; Seksyen 2(1) dan Seksyen 2 (2) Ordinan 22 (KUASA-KUASA PERLU) Darurat, 1970 dan sebagainya. Kenyataan Lengkap saya disertakan bersama ini.

DATUK DR JEFFREY KITINGAN
Timbalan Ketua Perhubungan PKR Sabah

PKR/TP/JK/PDRM/01 19 Mac 2007 
Ketua Polis Daerah,
Ibu Pejabat Polis Daerah,
Karamunsing,
88300 KOTA KINABALU

Tuan, 

LAPORAN POLIS KES JENAYAH, PECAH AMANAH & RASUAH KETUA MENTERI SABAH

Dengan segala hormatnya saya ingin menarik perhatian tuan berhubung perkara di atas. 

SUKACITA saya sekiranya tuan dapat menerima laporan ini sebagai LAPORAN POLIS dan menjalankan siasatan serta mengambil tindakan sewajarnya terhadap KETUA MENTERI SABAH, DATUK SERI MUSA HAJI AMAN, merangkap MENTERI KEWANGAN SABAH merangkap Ketua Perhubungan UMNO Sabah kerana telah MELAKUKAN JENAYAH, PECAH AMANAH, RASUAH DAN SALAHGUNA KUASA mengikut Seksyen 161, Bab IX, Akta 574, Kanun Acara Jenayah (Pindaan 1997); Seksyen 12 (1), (a), (B), ©, (d) Bahagian III Akta Pencegahan Rasuah 1997; Seksyen 15 (1), (2), (3) Akta Pencegahan Rasuah 1997; Seksyen 8(1) Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960; Seksyen 4 (1) (a), (B) Bahagian II, Akta 613 AKTA PENCEGAHAN PENGUBAHAN WANG HARAM 2001; Akta 372, Akta Bank & Institusi Kewangan 1989; Seksyen 2(1) dan Seksyen 2 (2) Ordinan 22 (KUASA-KUASA PERLU) Darurat, 1970 dan sebagainya.

Bersama ini disertakan 25 Tuduhan dan beberapa salinan bukti penglibatan beliau dalam kes ini untuk rujukan dan tindakan tuan selanjutnya.

Sekian, Terima Kasih.

Saya Yang Menjalankan Amanah Rakyat,

(Signed)

DATUK DR JEFFREY KITINGAN
Timbalan Pengerusi Perhubungan PKR Sabah

LAPORAN POLIS KES JENAYAH, PECAH AMANAH & RASUAH KETUA MENTERI SABAH

[b]TUDUHAN PERTAMA:

Telah menggunakan kedudukannya sebagai Ketua Menteri Sabah dan Men-teri Kewangan Sabah ’mendesak’ Kabinet Negeri Sabah meluluskan Kontrak Pengswastaan Skim Bekalan Air Sandakan Fasa II Secara ’Design & Build’ kepada syarikat proksinya, CITY BEST CORPORATION SDN.BHD. bernilai RM450 Juta. Musa secara sedar mengetahui bahawa syarikat berke-naan TIDAK MEMPUNYAI PENGALAMAN dan modal untuk menjalankan projek berkenaan melainkan surat jaminan kredit sejumlah RM500 Juta dari-pada United Overseas Bank (Malaysia) Berhad. Ketika itu syarikat berke-naan masih mempunyai pinjaman sejumlah RM3.4 juta dengan bank berke-naan berbanding modal berbayar syarikat berkenaan hanya RM63,000 pada 26 Februari 2004. Syarikat ini diterajui oleh LAWRENCE CHU JAN TOW, proksi beliau. Sehubungan itu Musa telah melakukan Pecah Amanah kerana gagal memastikan akauntabiliti kerajaan secara efektif, efisen dan ekonomi dengan melantik syarikat TIDAK BERPENGALAMAN dan menggunakan kedudukannya untuk mempengaruhi Jemaah Kabinet Menteri Sabah mengikut Seksyen 161, Bab IX, Akta 574, Kanun Acara Jenayah (Pindaan 1997). Musa juga telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 15 (1), (2), (3) Akta Pencegahan Rasuah 1997.



CABUTAN KERTAS KABINET 2004

2.1 Kabinet telah meluluskan pelaksanaan Bekalan Air Sandakan Fasa II berharga RM450 juta pada 28 Januari 2004. Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan telah diminta untuk mengenalpasti syarikat yang sesuai dan seterusnya melantiknya agar pelaksanaan projek tersebut dapat dimulakan secepat mungkin. 

3.1 Syarikat CITY BEST CORPORATION telah dikenalpasti sebagai syarikat yang sesuai untuk melaksanakan projek berkenaan.... 

3.2 Syarikat berkenaan mempunyai kewangan yang mencukupi untuk membiayai projek ini. Selain daripada kewangan sendiri, syarikat berkenaan telah mendapat surat sokongan kewangan daripada United Overseas Bank (Malaysia) Berhad bertarikh 24 Februari 2004 yang memaklumkan bank berkenaan sanggup untuk mempertimbangkan pakej kewangan berjumlah RM500 juta....

4.1 Dengan hormatnya Jemaah Kabinet diminta untuk mengambil perhatian tentang perlantikan syarikat CITY BEST CORPORATION dan seterusnya memperkenankan perlantikan tersebut. 



TUDUHAN KEDUA:

Telah menggunakan kedudukannya sebagai Ketua Menteri Sabah dan Menteri Kewangan Sabah ’mengarah’ Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan Negeri Sabah, Datuk Hj. S. Abdillah S Hassan mempengaruhi Pengarah Jabatan Kerjaraya Negeri Sabah, Datuk David S.S.Chiu agar memberikan Konsesi kontrak Penyelenggaraan Jalan-Jalan JKR di Sabah Selama 15 Tahun bernilai RM600 Juta tanpa TENDER TERBUKA kepada syarikat proksinya, GLOBINACO SDN.BHD. yang dimiliki oleh LAWRENCE CHU JAN TOW juga. Musa secara sedar telah mengetahui bahawa syarikat berkenaan yang mempunyai modal berbayar RM1.1 juta tidak mampu mengendalikan projek berkenaan dan Musa meletakkan kerajaan negeri di dalam keadaan berhutang RM45 juta setahun kepada syarikat proksinya. Sehubungan itu Mu-sa telah melakukan kesalahan mengikut Seksyen 161, Bab IX, Akta 574, Kanun Acara Jenayah (Pindaan 1997) dan Seksyen 15 (1), (2), (3) Akta Pen-cegahan Rasuah 1997.



TUDUHAN KETIGA:

Telah menggunakan kedudukannya sebagai Ketua Menteri Sabah dan Menteri Kewangan Sabah ’mengarah’ Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan Negeri Sabah, Datuk Hj. S. Abdillah S Hassan mempengaruhi Pengarah Jabatan Kerjaraya Negeri Sabah, Datuk David S.S.Chiu agar memberikan Konsesi kontrak HQ 120/2003 (S) Penyelenggaraan Jalan Pantai Meligan di Sipitang, Sabah Selama 3 Tahun bernilai RM18 Juta tanpa TENDER TERBUKA kepada syarikat proksinya, JATRAYISAN CORPORATION SDN. BHD. yang dimiliki oleh adik LAWRENCE CHU JAN TOW iaitu PATRICK CHU JEN YU dan LAWRENCE CHU JAN TOW menjadi Setiausaha Syarikat. Musa secara sedar telah mengetahui bahawa syarikat berkenaan yang mempunyai modal berbayar RM300,000 sahaja tidak mampu mengendalikan pro-jek berkenaan dan Musa meletakkan kerajaan negeri di dalam keadaan berhutang RM6 juta setahun kepada syarikat proksinya. Sehubungan itu Musa telah melakukan kesalahan mengikut Seksyen 161, Bab IX, Akta 574, Kanun Aca-ra Jenayah (Pindaan 1997) dan Seksyen 15 (1), (2), (3) Akta Pencegahan Rasuah 1997.


TUDUHAN KEEMPAT:

Telah menggunakan kedudukannya sebagai Ketua Menteri Sabah dan Men-teri Kewangan Sabah ’mengarah’ Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan Negeri Sabah, Datuk Hj. S. Abdillah S Hassan mempengaruhi Pengarah Jabatan Kerjaraya Negeri Sabah, Datuk David S.S.Chiu agar memberikan Konsesi kontrak HQ 193/2003 (S) Penyelenggaraan Jalan Nabawan-Se-pulot-Agis, di Keningau, Sabah Selama 3 Tahun bernilai RM10 Juta tanpa TENDER TERBUKA kepada syarikat proksinya, JATRAYISAN CORPORATION SDN. BHD. yang dimiliki oleh adik LAWRENCE CHU JAN TOW iaitu PATRICK CHU JEN YU dan LAWRENCE CHU JAN TOW menjadi Setiausaha Syarikat. Musa secara sedar telah mengetahui bahawa syarikat berke-naan yang mempunyai modal berbayar RM300,000 sahaja tidak mampu me-ngendalikan projek berkenaan dan Musa meletakkan kerajaan negeri di dalam keadaan berhutang RM3.2 juta setahun kepada syarikat proksinya. Sehubungan itu Musa telah melakukan kesalahan mengikut Seksyen 161, Bab IX, Akta 574, Kanun Acara Jenayah (Pindaan 1997) dan Seksyen 15 (1), (2), (3) Akta Pencegahan Rasuah 1997.


TUDUHAN KELIMA:

Telah menggunakan kedudukannya sebagai Ketua Menteri Sabah dan Men-teri Kewangan Sabah ’mengarah’ Kementerian Kerja Raya Malaysia menyenaraikan projek Membina Jalan Dari Donggongon-Papar Spurs Secara ’Design and Build’ bernilai RM200 Juta tanpa TENDER TERBUKA kepada syarikat proksinya, KENATEX SDN.BHD. yang dimiliki oleh ahli keluarga LAWRENCE CHU JAN TOW, iaitu CHU KOK KENG dan CHU SOONG TAU. Musa secara sedar telah mengetahui bahawa syarikat berkenaan yang mem-punyai modal berbayar RM750,000 sahaja tidak mampu mengendalikan projek berkenaan dan Musa meletakkan kerajaan negeri di dalam keadaan berhutang RM200 juta kepada syarikat proksinya. Sehubungan itu Musa telah melakukan kesalahan mengikut Seksyen 161, Bab IX, Akta 574, Kanun Acara Jenayah (Pindaan 1997) dan Seksyen 15 (1), (2), (3) Akta Pencegahan Rasuah 1997.


TUDUHAN KEENAM:

Telah menggunakan kedudukannya sebagai Ketua Menteri Sabah dan Men-teri Kewangan Sabah ’mengarah’ Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan Negeri Sabah, Datuk Hj. S. Abdillah S Hassan mempengaruhi Pengarah Jabatan Kerjaraya Negeri Sabah, Datuk David S.S.Chiu agar memberikan kontrak Penyelenggaraan Jalan Jeroco, di Lahad Datu, Sabah Selama 3 Tahun bernilai RM9.5 Juta melalui PENGECUALIAN TENDER kepada syari-kat proksinya, CITY BEST CORPORATION SDN. BHD. yang dimiliki oleh LAWRENCE CHU JAN TOW. Musa secara sedar telah mengetahui bahawa syarikat berkenaan yang mempunyai modal berbayar RM10,000 sahaja tidak mampu mengendalikan projek yang ’DIANUGERAHKAN’ dan Musa meletak-kan kerajaan negeri di dalam keadaan berhutang RM3.2 juta setahun kepada syarikat proksinya. Sehubungan itu Musa telah melakukan kesalahan mengi-kut Seksyen 161, Bab IX, Akta 574, Kanun Acara Jenayah (Pindaan 1997) dan Seksyen 15 (1, (2), (3) Akta Pencegahan Rasuah 1997.



TUDUHAN KETUJUH:

Telah menggunakan kedudukannya sebagai Ketua Menteri Sabah dan Men-teri Kewangan Sabah ’memberi tekanan’ kepada Menteri Kewangan II Malaysia, Tan Sri Noor Mohamed Yaakub agar membatalkan kelulusan projek membina LAPANGAN TERBANG ANTARABANGSA KOTA KINABALU bernilai RM800 juta yang telah dianugerahkan kepada TAN SRI TING PEK KING (setelah menyiapkan pembinaan Terminal II Air Asia) dan memberikan projek berkenaan kepada syarikat proksinya, WCT SDN. BHD yang dimiliki oleh ahli keluarga LAWRENCE CHU JAN TOW. Musa telah berjaya memaksa Kerajaan Persekutuan memberikan sebahagian besar projek berkenaan bernilai RM500 juta kepada syarikat Proksinya. Musa secara sedar telah menge-tahui telah menyalahgunakan kedudukannya melobi projek dan sehubungan itu Musa telah melakukan kesalahan mengikut Seksyen 161, Bab IX, Akta 574, Kanun Acara Jenayah (Pindaan 1997); Seksyen 15 (1), (2), (3) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan Seksyen 2 (2) Ordinan 22 (KUASA-KUASA PERLU) Darurat, 1970.


TUDUHAN KELAPAN:

Telah menggunakan kedudukannya sebagai Ketua Menteri Sabah dan Men-teri Kewangan Sabah ’mengarahkan’ sayap Pelaburan Kerajaan Negeri, WARISAN HARTA SABAH SDN. BHD yang memiliki sebidang tanah seluas 3.75 ekar berdekatan Centrepoint Kota Kinabalu dengan melantik syarikat proksi-nya iaitu SAGAJUTA (SABAH) SDN. BHD yang diwakili oleh nomineenya, MAZLAN ZAKARIA untuk membangunkan Kompleks Membeli Belah bernilai RM120 Juta. Musa secara sedar telah mengetahui bahawa Pemegang Sa-ham Sagajuta (Sabah) Sdn.Bhd iaitu RAMAJUTA PROPERTIES SDN.BHD telah menggagalkan projek Perumahan Kos Rendah Kerajaan Negeri di Kuala Menggatal dan melantik Mazlan sebagai nomineenya di dalam tiga syarikat yang berkepentingan iaitu SAGAJUTA (SABAH) SDN. BHD, RAMAJUTA PROPERTIES SDN. BHD dan NUSMETRO DEVELOPMENT (SABAH) SDN. BHD. Sehubungan itu Musa telah melakukan kesalahan mengikut Seksyen 161, Bab IX, Akta 574, Kanun Acara Jenayah (Pindaan 1997), Seksyen 15 (1), (2), (3) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan Seksyen 2(1) dan Seksyen 2 (2) Ordinan 22 (KUASA-KUASA PERLU) Darurat, 1970. 


TUDUHAN KESEMBILAN:

Telah menggunakan kedudukannya sebagai Ketua Menteri Sabah dan Men-teri Kewangan Sabah ’menasihati’ Pemilik Syarikat Alam Mesra Sdn.Bhd. Datuk Tengku Adlin ‘mewakafkan’ seluas 25 ekar tanah daripada keluasan tanah yang diluluskan kepada Persatuan Islam Sabah Bersatu (USIA) secara percuma. Sebagai Imbalan, Musa telah ’mengarahkan’ Yang Dipertua USIA melantik syarikat proksinya iaitu SAGAJUTA (SABAH) SDN. BHD yang diwa-kili oleh nomineenya, MAZLAN ZAKARIA dan RAYMOND CHAN BOON SIEW bekerjasama dengan WARISAN HARTA SABAH SDN.BHD untuk membangunkan Kompleks Membeli Belah bernilai RM1 Billion. Musa secara sedar telah mengetahui bahawa Pemegang Saham Sagajuta (Sabah) Sdn. Bhd iaitu RAMAJUTA PROPERTIES SDN.BHD telah menggagalkan projek Perumahan Kos Rendah Kerajaan Negeri di Kuala Menggatal dan melantik Mazlan sebagai nomineenya di dalam tiga syarikat pemegang saham 1Bor-neo, SAGAJUTA (SABAH) SDN. BHD, RAMAJUTA PROPERTIES SDN. BHD dan NUSMETRO DEVELOPMENT (SABAH) SDN.BHD. Mazlan telah bekerja dengan Musa sejak hampir 30 tahun lalu. Musa secara sedar telah mengetahui telah menyalahgunakan kedudukannya sebagai Ketua Menteri Sabah mengeluarkan seluas 25 ekar kawasan milik Alam Mesra Sdn. Bhd ’SECARA KHIANAT’ untuk kepentingan peribadinya dan sehubungan itu Mu-sa telah melakukan kesalahan mengikut Seksyen 161, Bab IX, Akta 574, Kanun Acara Jenayah (Pindaan 1997); Seksyen 15 (1) , (2), (3) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan Seksyen 2(1) dan Seksyen 2 (2) Ordinan 22 (KUASA-KUASA PERLU) Darurat, 1970. 


TUDUHAN KE SEPULUH:

Telah menggunakan kedudukannya sebagai Ketua Menteri Sabah meluluskan Konsesi Pembalakan di Benta Wawasan kepada 3 syarikat yang diketuai oleh seorang China yang berasal daripada Filipina, NASIR YEO yang mendapat kad pengenalan projek daripada Musa ketika Musa menjadi Pengerusi TASK FORCE UMNO Sabah. Musa menjadi dalang utama yang mendaftar penda-tang asing tanpa izin sebagai ahli dan pengundi setelah diberi kad pengenalan projek. Nasir telah menggunakan adik iparnya untuk mempengaruhi Musa me-luluskan Konsesi Pembalakan di Benta Wawasan kepada Nasir Yeo, John Nip, John Lim, Andrew Lim, Michael Chia Tien Foh dan Edmond Looh. Kesemua mereka telah membayar sejumlah RM70 juta kepada Musa sebagai imbalan meluluskan 82,000 ekar konsesi kayu balak kepada mereka. Bayaran dibuat di Hongkong dan Singapura secara peribadi kepada Musa. Musa telah sedar bahawa pemberian konsesi untuk mendapatkan keuntungan segera menyalahi undang-undang dan pecah amanah dan meninggalkan negara untuk mengambil wang di Hongkong dan Singapura tanpa memaklumkan kepa-da Perdana Menteri. Sehubungan itu Musa telah melakukan kesalahan mengi-kut Seksyen 161, Bab IX, Akta 574, Kanun Acara Jenayah (Pindaan 1997), Seksyen 15 (1), (2), (3) Akta Pencegahan Rasuah 1997, Seksyen 2(1) dan Seksyen 2 (2) Ordinan 22 (KUASA-KUASA PERLU) Darurat, 1970 dan Seksyen 8(1) Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960. 


TUDUHAN KESEBELAS:

Telah menggunakan kedudukannya sebagai Pengarah Yayasan Sabah de-ngan melantik seorang wanita Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) yang mendapat kad pengenalan projek daripada Task Force UMNO, RAHMAWATI sebagai kerani di Yayasan Sabah. Rahmawati tidak mempunyai sebarang ke-lulusan. Ketika itu ibu bapa Rahmawati juga tidak mempunyai sebarang dokumen. Musa telah membayar sejumlah RM5,000 kepada Pengarah Jabatan Pendaftaran Sabah, Abdul Rauf Sani (Bekas Tahanan ISA kerana KP Projek) untuk mendapatkan kad pengenalan projek berkenaan. Musa turut mempu-nyai SKANDAL SEKS dengan gadis berkenaan sehingga melahirkan anak ’LUAR NIKAH’ yang dihantar ke Banjar Masin, tempat asal gadis berkenaan untuk menutup rahsia. Musa menghantar Rahmawati melanjutkan pelajaran ke Australia dengan meluluskan biasiswa Yayasan Sabah kepada RAHMA-WATI yang dinikahinya. Setelah kembali daripada Australia, Musa melantik isterinya (Rahmawati) sebagai PENGURUS WILAYAH YAYASAN SABAH SANDAKAN sehingga kini. Sehubungan itu Musa secara sedar telah menya-lahguna kuasa melakukan rasuah mengikut Seksyen 2(1), Seksyen 2 (2) Ordinan 22 (KUASA-KUASA PERLU) Darurat, 1970 dan Seksyen 8(1) Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960.


TUDUHAN KEDUA BELAS:

Telah menggunakan kedudukannya sebagai Ketua Menteri Sabah dan Men-teri Kewangan Sabah mengarahkan nomineenya, arkitek MELVINYEO KIAN-DEE dan TERENCE CHU SHENG TAUR (adik Lawrence Chu Jan Tow) me-majukan SEMENANJUNG EMAS iaitu tanah seluas 70 ekar di Sutera Harbour dimiliki DANAHARTA MANAGERS SDN.BHD. Musa telah melupuskan tanah Danaharta TL 017544866 seluas 70 ekar kepada Melvin melalui syari-kat ACTALAND SDN. BHD untuk membina 150 lot bungalow mewah berhar-ga RM1.48 juta setiap satu. Melvinyeo Kiandee pemegang kad pengenalan H0439908/630401125039 ialah ahli UMNO (02945593) Kampung Batu Putih Bersatu, Bahagian Libaran dan Musa masih menjadi Ketua UMNO Libaran sehingga kini. Sehubungan itu Musa secara sedar telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 161, Bab IX, Akta 574, Kanun Acara Jenayah (Pindaan 1997) dan Seksyen 2(1) dan Seksyen 2 (2) Ordinan 22 (KUASA-KUASA PERLU) Darurat, 1970.



TUDUHAN KETIGA BELAS:

Telah menggunakan kedudukannya sebagai Ketua Menteri Sabah dan Men-teri Kewangan Sabah ’MENDESAK’ peniaga berbangsa Tiong Hua membeli antara satu hingga tiga lot bungalow yang dimajukan oleh ACTALAND SDN.BHD. Musa telah menjual lot berkenaan pada harga RM88 hingga RM108 sekaki persegi walaupun diperolehi dengan harga RM33 sekaki persegi. Musa telah ’secara langsung’ memperoleh RM55 bagi satu kaki persegi atau RM139 JUTA bagi penjualan 150 lot bungalow berkenaan. Musa telah mencemarkan imej Kerajaan Negeri Sabah dan kedudukannya dengan ’menjual sendiri’ 150 lot bungalow dan menyalah gunakan Pejabat Ketua Menteri Sabah dan Instrument Kerajaan yang lain untuk kepentingan diri. Sehubungan itu Musa telah melakukan kesalahan MENGGUBAH WANG HARAM di bawah Seksyen 4 (1) (a), (B) Bahagian II, Akta 613 AKTA PENCEGAHAN PENGUBAHAN WANG HARAM 2001. Musa juga melakukan kesalahan di bawah Seksyen 161, Bab IX, Akta 574, Kanun Acara Jenayah (Pindaan 1997); Seksyen 15 (1) , (2), (3) Akta Pencegahan Rasuah 1997; Seksyen 2(1) dan Seksyen 2 (2) Ordinan 22 (KUASA-KUASA PERLU) Darurat, 1970. 


TUDUHAN KEEMPAT BELAS:

Telah menggunakan kedudukannya sebagai Ketua Menteri Sabah dan Men-teri Kewangan Sabah mengarahkan nomineenya, MELVIN YEO KIANDEE dan TERENCE CHU SHENG TAUR (adik Lawrence Chu Jan Tow) pemilik syarikat ACTALAND SDN. BHD yang memajukan tanah TL 017544866 berkenaan MEMUNGUT DEPOSIT 50% daripada nilai harga bungalow mewah berkenaan pada masa menandatangani kontrak jual beli sedangkan pembi-naan belum dimulakan. Kebanyakan pembeli terpaksa membayar RM741,224 sebagai deposit dan bakinya masing-masing 45% iaitu RM667,101.60 hendaklah dijelaskan dalam masa 3 BULAN dan 5% atau RM74,122.40 lagi setelah selesai proses penukaran nama hak milik. Memandangkan ACTALAND SDN. BHD (SPIRAL GLOBE SDN. BHD) hanyalah syarikat pemaju peruma-han dan bukannya syarikat kewangan yang dilesenkan sebagai agen pengambil deposit, maka ia menyalahi peraturan Bank Negara Malaysia. Sehubungan itu Musa dan kroninya secara sedar telah melakukan kesalahan mengikut Akta 372, Akta Bank & Institusi Kewangan 1989 dan Peraturan Bank Negara Berhubung Agensi Pengambilan Deposit dan Akta Pemaju Perumahan.



TUDUHAN KELIMA BELAS:

Telah menggunakan kedudukannya sebagai Menteri Kewangan Sabah yang bertanggung jawab di atas sayap pelaburan Kerajaan Negeri Suria Capital Holding Berhad mengarahkan SABAH PORT SDN. BHD melantik anak saudaranya, MOHD HASNOL BIN AYUB AMAN (H0659323) sebagai PENGARAH pada 17 Jun 2002. Hasnol juga pengarah syarikat S.P. SATRIA SDN. BHD yang membolot semua kontrak kerja di Lembaga Pelabuhan Sabah tanpa SEBARANG TENDER. Sehubungan itu Musa telah melakukan kesalahan mengikut Seksyen 2(1) dan Seksyen 2 (2) Ordinan 22 (KUASA-KUASA PERLU) Darurat, 1970. 


TUDUHAN KEENAM BELAS:

Telah menggunakan kedudukannya sebagai Ketua Menteri Sabah, Menteri Kewangan Sabah dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah memungut derma untuk membina BANGUNAN UMNO di atas tapak tanah milik-nya berdekatan Wisma BSN di Karamunsing di Kota Kinabalu. Sehingga kini Musa masih memungut ‘DERMA @ RASUAH’ tabung bangunan berkenaan TANPA PERMIT POLIS walaupun telah mengumpul sejumlah RM160 Juta dan TIDAK MENGISYTIHARKAN pungutan tersebut kepada BENDAHARI UMNO dan MAJLIS TERTINGGI UMNO MALAYSIA. Sehubungan itu Musa telah melakukan kesalahan mengikut Seksyen 2(1) dan Seksyen 2 (2) Ordinan 22 (KUASA-KUASA PERLU) Darurat, 1970, Seksyen 10 (a), (B), (aa), (bb) dan Seksyen 12 (1), (a), (B), ©, (d) Bahagian III Akta Pencegahan Rasuah 1997. 



TUDUHAN KETUJUH BELAS:

Telah menggunakan kedudukannya sebagai Ketua Menteri Sabah, Menteri Kewangan Sabah mengarahkan SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SABAH, Datuk KY Mustafa melanjutkan tempoh perkhidmatan Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan, Datuk S Abdillah Hassan yang sepatutnya bersara wajib secara kontrak. Sehubungan itu Musa telah melakukan kesalahan mengikut Seksyen 2(1) dan Seksyen 2 (2) Ordinan 22 (KUASA-KUASA PERLU) Darurat, 1970 kerana telah menggunakan perlanjutan tempoh perkhidmatan Setiausaha tetap berkenaan untuk menjalankan ARAHAN yang berasaskan keuntungan kepadanya. 


TUDUHAN KELAPAN BELAS:

Telah menggunakan kedudukannya sebagai Ketua Menteri Sabah, Menteri Kewangan Sabah dan Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Dalam Negeri Sabah mengarahkan Kerajaan Persekutuan MEMBATALKAN khidmat FOMEMA SDN. BHD (agensi pemeriksaan kesihatan pekerja asing di Sabah) dan melantik syarikat proksinya, GROWARISAN SDN. BHD menjalankan tugas penting berkenaan. Musa secara sedar telah membenarkan proksinya, AZLAN BIN NASIR @ YEO GUAN HOCK (anak NASIR YEO) menggunakan alamat rumah kediaman rasmi MUSA, SRI LIBARAN, Kampung Sungai Kayu, Batu 7, Jalan Airport, 9000 Sandakan sebagai alamat tetap. Azlan dilantik sebagai Pengarah GROWARISAN SDN.BHD pada 2 November 2006. Musa juga sedar bahawa syarikat berkenaan hanya mempunyai modal berbayar RM100 sahaja. Akibatnya GROWARISAN SDN.BHD yang mengambil alih tu-gas Fomema pada Disember 2006 terpaksa melantik FOMEMA SDN. BHD sebagai Subkontraktor kerana mereka tidak mempunyai pengalaman, logistik dan kewangan. GROWARISAN kini bertindak sebagai CETI memungut wang daripada FOMEMA SDN.BHD pada kadar RM15 seorang pekerja asing yang diperiksa TANPA MELAKUKAN SEBARANG KERJA kerana semua kakitangan, sistem komputer dan modal dikeluarkan oleh FOMEMA SDN.BHD yang juga hanya menerima RM15 bagi juga, manakala bakinya untuk yuran klinik, makmal dan x-ray. Oleh itu Musa telah melakukan kesalahan mengikut Seksyen 2(1) dan Seksyen 2 (2) Ordinan 22 (KUASA-KUASA PERLU) Darurat, 1970.



TUDUHAN KESEMBILAN BELAS:

Telah menggunakan kedudukannya sebagai BENDAHARI UMNO SABAH pada 1991, mempengaruhi Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Tun Ghaffar Baba (Allahyarham) melantiknya sebagai Pengerusi Task Force UMNO untuk merekrut pendatang asing tanpa izin (PATI) Filipina dan Indonesia dan memberi kad pengenalan projek. Musa telah membelanjakan wangnya sendiri sejumlah RM2 juta untuk membiayai pemberian 82,000 kad pe-ngenalan projek kepada PATI yang diselia oleh Haji Jabar Khan Napi @ Yasser Arafat. Musa turut memberikan RM10 juta untuk urusan membawa pengundi hantu ke kawasan pilihanraya di seluruh Sabah dan sekaligus mela-kukan Kesalahan di bawah Akta Kesalahan Pilihanraya 1954. Haji Jabar telah memberi keterangan di hadapan Jawatankuasa Khas Parlimen Mengenai Integriti pada 26 Februari 2007. Di antara 1991-1993, Musa dengan sedar dan relahati telah melibatkan diri dalam kegiatan yang memudaratkan Keselamatan Malaysia menaja Sindiket memberi kerakyatan Songsang kepada Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) daripada Filipina, Indonesia, Pakistan dan India secara diluar undang-undang dan peraturan Malaysia untuk kegunaan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) bagi membolehkan mereka tinggal, bekerja dan bergerak bebas di Malaysia. Sehubungan itu Musa telah melakukan kesala-han dan sewajarnya ditahan di bawah Seksyen 8(1) AKTA KESELAMATAN DALAM NEGERI (ISA) 1960 kerana MENGANCAM KESELAMATAN NEGA-RA dan MENDERHAKA kepada YANG DIPERTUAN AGONG.


TUDUHAN KEDUA PULUH:

Telah menggunakan kedudukannya sebagai Pengarah Yayasan Sabah dan kini Ketua Menteri Sabah meluluskan konsesi kayu balak di Benta Wawasan kepada 18 syarikat kroninya TANPA TENDER dan penjualan kayu balak bulat Yayasan Sabah di bawah harga pasaran kepada syarikat kroni dan nomi-neenya seperti John Lim. Sehubungan itu Musa secara sedar telah menyalah-guna kuasa dan pecah amanah mengikut Seksyen 2(1) dan Seksyen 2 (2) Ordinan 22 (KUASA-KUASA PERLU) Darurat, 1970 dan Seksyen 161, Bab IX, Akta 574, Kanun Acara Jenayah (Pindaan 1997)


TUDUHAN KEDUA PULUH SATU:

Telah menggunakan pengaruh dan kedudukannya sebagai Pengarah Yaya-san Sabah BERSUBAHAT dengan SAMSUDIN BIN YAHYA yang mengupah 3 orang lelaki, dua daripadanya Awang Damit dan Muhammad mendatang-kan kecederaan dengan niat terhadap rakan kongsi Musa, LUE SUE SENG sehingga luka parah kerana mendedahkan rahsia hubungan sulit Musa dan Rahmawati kepada umum. Sebagai balasannya, Musa telah memilih SAM-SUDIN YAHYA (Mantan Pemandu Teksi) sebagai Calon BN bagi DUN Se-kong pada pilihanraya umum 2004 yang lalu. Lue Sue Seng pula bertanding dalam pilihanraya berkenaan sebagai calon bebas kerana ingin membalas dendam di atas kekejaman Musa. Musa secara sedar telah menyalahguna kuasa dan jenayah mengikut Seksyen 2(1) dan Seksyen 2 (2) Ordinan 22 (KUASA-KUASA PERLU) Darurat, 1970.

TUDUHAN KEDUA PULUH DUA:

Telah menggunakan pengaruh dan kedudukannya sebagai Pengarah Ya-yasan Sabah membayar sejumlah tertentu kepada KETUA POLIS DAERAH SANDAKAN, ILLYAS IBRAHIM untuk menutup kes jenayah yang dilakukan oleh SAMSUDDIN YAHYA dan Tiga orang lagi terhadap LUE SUE SENG. Samsuddin telah ditangkap polis dan dibebaskan dengan campurtangan Musa dan atas budibicara Ilyas Ibrahim. Setelah menjadi Ketua Menteri Sabah, Musa secara sedar telah melantik ILLYAS IBRAHIM yang juga sepupunya sebagai DATUK BANDAR Dewan Bandaraya Kota Kinabalu dan perkhidmatan ILLYAS IBRAHIM (Datuk) sebagai Datuk Bandar dilanjutkan selama 2 tahun lagi sebagai membalas jasa Illyas menutup kes SIASATAN jenayah dan subahatnya. Musa secara sedar telah menyalahguna kuasa dan rasuah mengikut Seksyen 2(1) dan Seksyen 2 (2) Ordinan 22 (KUASA-KUASA PERLU) Darurat, 1970.

TUDUHAN KEDUA PULUH TIGA:

Telah menyalahgunakan kedudukannya sebagai Ketua Menteri Sabah dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah bersama-sama Ketua UMNO Bahagian Petagas, DATUK YAHYA HUSSIN dan pegawainya, HAJI KAHAR MOHD ZAIN cuba merasuah dan menghalang saksi yang disapena oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Mengenai Integriti, HAJI JABAR KHAN NAPI @ YASSER ARAFAT daripada hadir dengan melakukan pelbagai gangguan dan cadangan bagi menghalang Jabar mendedahkan penglibatan-nya dalam kegiatan memudaratkan Keselamatan Negara. Musa secara sedar telah MENGHINA PARLIMEN dan menyalahguna kuasa dan rasuah mengikut Seksyen 2(1) dan Seksyen 2 (2) Ordinan 22 (KUASA-KUASA PERLU) Darurat, 1970.

TUDUHAN KEDUA PULUH EMPAT:

Telah menyalahgunakan kedudukannya sebagai Ketua Menteri Sabah, Men-teri Kewangan dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah mempengaruhi dan MENGHALANG Pengarah Badan Pencegah Rasuah Sabah (BPR) Hajjah Latifah Binti Md Yatim menerima laporan yang saya ingin buat terhadap Musa pada 9 Februari 2007 dan mengarahkan saya datang pada 12 Februari 2007. Menurut Latifah, pihaknya perlu menyiasat terlebih dahulu sebelum boleh menerima laporan dan bercanggah dengan Akta Pencegahan Rasuah 1997 yang pada dasarnya menggesa agar laporan hendaklah dibuat segera. Ketika saya mengunjungi Latifah pada 12 Februari 2007, saya lihat Latifah berada di dalam ketakutan dan meminta agar saya tidak dedahkan kepada media kes Skandal Wisma Bandaraya kerana bimbangkan keselamatan semua. Musa secara sedar telah MENGHALANG TUGAS pegawai awam dan menyalahguna kuasa mengikut Seksyen 2(1) dan Seksyen 2 (2) Ordinan 22 (KUASA-KUASA PERLU) Darurat, 1970.

TUDUHAN KEDUA PULUH LIMA:

Telah menyalahgunakan kedudukannya sebagai Ketua Menteri Sabah, Men-teri Kewangan dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah mempenga-ruhi dan merasuah sejumlah RM? (jumlah sebenar tidak dapat dikenalpasti) Ketua Pengarah Badan Pencegah Rasuah Malaysia, Datuk Zulkifli Mohd Noor 10 hingga 11 Februari 2007 dalam perjumpaan sulit di hotel MANDARIN ORIENTAL Kuala Lumpur agar melengahkan siasatan berhubung SKANDAL WISMA BANDARAYA. Musa secara sedar telah MENGHALANG TUGAS pegawai awam, rasuah dan menyalahguna kuasa mengikut Seksyen 2(1) dan Seksyen 2 (2) Ordinan 22 (KUASA-KUASA PERLU) Darurat, 1970; Seksyen 12 (1), (a), (B), ©, (d) Bahagian III Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan Seksyen 15 (1), (2), (3) Akta Pencegahan Rasuah 1997

ADUAN KHAS:

Sehubungan itu, atas kesedaran dan kepentingan awam, maka saya membuat laporan ini untuk siasatan Polis bagi memastikan Sabah bersih daripada amalan pecah amanah, rasuah dan salahguna kuasa yang didalangi oleh pe-mimpin politik dan kakitangan kerajaan.

Saya juga meminta POLIS membuka semula Fail Siasatan terhadap Kes Lue Sue Seng yang cedera parah dibelasah oleh Musa dan Kuncu-Kuncunya dan menjalankan penyiasatan terperinci bagaimana Ketua Polis Sandakan boleh bersubahat dan mencemarkan imej Polis Diraja Malaysia.

Saya turut mencadangkan agar JAWATANKUASA PILIHAN KHAS PARLIMEN MENGENAI INTEGRITI memanggil Musa memberi keterangan kerana kegiatan subversifnya di antara tahun 1991 hingga 1993 memberi kerakyatan kepada warga asing Filipina, Indonesia, Pakistan dan India dengan kerjasama KAKITANGAN Jabatan Pendaftaran Negara telah mengancam keselamatan negara dan sewajarnya ditahan di bawah Seksyen 8 (1) Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Saya berpendapat, Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan Sabah, Datuk S Abdillah S Hassan yang turut bersubahat dengan Musa adalah PENYIMPAN RAHSIA MUSA (key player) dan siasatan awal polis hendaklah ditumpukan kepada beliau.

Saya tidak membuat laporan di pejabat BPR kerana saya tidak memper-cayai kewibawaan BPR menangani isu rasuah kerana Ketua Pengarah BPR sedang dalam siasatan polis.

Selaku pembayar cukai, saya mengucapkan tahniah kepada Polis yang telah menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan profesional setelah Ketua Polis Negara, TAN SRI MUSA HASSAN telah memulihkan imej polis yang tercemar sebelum ini. SYABAS!

Sekian,

(Signed)

DATUK DR JEFFREY KITINGAN
Timbalan Pengerusi PKR Sabah
Wakil Pembayar Cukai[/b]

--------------------