Tuesday, December 6, 2011


Jika sebelum ini Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak sangat melayan kritikan dan pandangan politik MP Kota Belud, Datuk Rahman Dahlan, namun kali ini ketika berucap pada majlis ceramah Umum PKR di Kota Belud beberapa hari lepas, DSAI menyifatkan Rahman Dahlan sebagai pemimpin muda yang angkuh, sombong dan takkabur.


Ketika membicarakan tentang kedaifan Sabah sebagai negeri yang ,miskin DSAI menyatakan bahawa senario yang berlaku ialah pemimpin bertambah kaya dengan pelbagai limpahan kontrak dan projek, pada waktu yang sama rakyat semakin miskin dengan bebanan kenaikan harga barang yang melonjak.



“Yang kaya ialah pemimpin, yang miskin ialah rakyat” katanya. “pemimpin kaya cakap angkuh termasuk ahli Parlimen Kota Belud ini, anak muda,wang banyak,pangkat sedikit, wah cakapnya macam jaguh sebenar”.



“Jika kita memerintah hari ini beri saya 24 jam saya akan umumkan harga minyak turun di seluruh negara”.Sambungnya lagi.



Datuk seri Anwar juga mengulas mengenai keperkasaandan keupayaan PKR dan PR memerintah Selangor.’Apa beza UMNO dengan PKR dan PR di selangor? ,beza besar!,UMNO memerintah selangor 50 tahunair kena bayar, PKR memerintah 3 bulan, air percuma, ini kerana wang yang diperolehi secara cermat di pulangkan kepada rakyat”. Katanya.



“ Di selangor, siapa yang masuk Universiti, kerajaan beri RM1000,kematian diberikan bantuan RM2500, setiap kelahiran akan mendapat RM100 setipa bulan sehingga umur 18 tahun” sambungnya lagi.


“Kalau kita perintah saya panggil syarikat elektrik, bagi saya 1 bulan kita turunkan tarif elektrik”.


Datuk seri Anwar Ibrahim juga mengulas senario politik semasa di mana UMNO lebih banyak mendapat sokongan daripada para jutaan dan taukeh besar, sedangkan PKR dan PR mendapat sokongan daripada rakyat jelata, sebab itu kata beliau lagi, jika PR memerintah jasa rakyat akan dihargai dengan memastikan kebajikan rakyat terpelihara dan dilindungi.



“Saya minta yang hadir pada malam ini kita, kerja setiap orang ada pengaruh dalam keluarga.jangan musuh.Walaupun ia ahli UMNO. MP Kota Belud kuat maki saya, ada saya maki dia, tidak ada, saya kata orang muda jangan sombong,jangan takkabur.itu saja”.Jelasnya lagi.



Pada PRU lepas PR katanya mendapat 51% undi di semenanjung manakala UMNO dan BN 49%, kita menang 5 buah neneri,masuk Kuala Lumpur 6 negeri. Di Kuala Lumpur ada 11 kawasan parlimen kita menang 10 parlimen”.


DSAI meminta semua masyarakat di Kota belud muafakat untuk membuat perubahan pada PRU 13 akan datang. Janganlah terpengaruh dengan propaganda sehingga hanya memikirkan bahawa UMNO sahajalah yang boleh membawa perubahan dan pembangunan.Kawasan Parlimen Kota Belud menjadi sasaran PKR pada PRU 13 nanti.

0 ulasan :