Thursday, December 22, 2011

Siapa tidak kenal penyanyi pop bersuara lunak , Jamal Abdillah yang popular dengan filem AZURA bersama Ogy Datuk Ahmad Daud suatu ketika dulu yang mengadakan penggambaran di sabah. lagu-lagu Hit seperti Gazal untuk Rabiah, mati Hidup semula, dan kekasih awal dan akhir adalah antara lagu yang meniaikkan nama Jamal Abdillah di persada seni negara. Namun yang mendukacitakan ialah penanyi ini terlibat dalam penyalahgunaan dadah. Beberapa kali memasuki pusat pemulihan dan terakhir ialah pusat pemulihan PENGASIH selama 5 tahun. Menghadapi masalah dengan pusat pemulihan itu, akhirnya Jamal Abdillah bertekad meninggalkan PENGASIH.

Sudah lebih 20 tahun (sejak 1979) Jamal Abdillah memperhambakan diri dalam bidang seni. Biarpun jejak beliau ada meninggalkan kontroversi, namun nama beliau tetap utuh sebagai penyanyi lelaki terbaik dan terunggul yang pernah lahir di persada seni negara. Kelunakan “vokal emas” beliau yang mampu mengalunkan pelbagai genre lagu baik balada, pop mahupun tradisional meletakkan nama beliau abadi dalam sejarah seni dan budaya tanahair buat selama-selamanya.


Nama : Jamal Ubaidillah Bin Haji Ali
Nama Komersil : Jamal Abdillah
Nama Panggilan : Amal
Tarikh Lahir : 7hb Mei 1959
Asal : Teluk Intan, Perak Darul Ridzuan
Pendidikan : SPM (Sekolah Menengah Seri Perak, Teluk Intan)
Keluarga : Anak sulung dari 7 orang adik-beradik

Jamal Abdillah atau nama sebenar beliau Jamal Ubaidillah Bin Haji Ali dilahirkan pada 7hb Mei 1959. Beliau merupakan anak sulung daripada 7 orang adik beradik yang terdiri dari 5 orang adik lelaki dan 2 orang adik perempuan. Antara adik-adik beliau adalah Jamilul Hayat, Helmi Husseini, Elby Husni @ Kamal Abdillah dan Ahmad Tihami @ Hamka selain 2 orang lagi adik perempuan.

Beliau mendapat pendidikan awal sekolah rendah di negara Brunei Darussalam dan menyambung persekolahan menengah dari tingkatan satu hingga tingkatan tiga di Sekolah Menengah Seri Perak, Teluk Intan, Perak. Kemudian beliau meneruskan persekolahan beliau dari tingkatan empat ke tingkatan lima di negara Brunei Darussalam sekali lagi kerana mengikut ayah beliau yang bertugas di sana. Perlu ditegaskan di sini bahawa bakat yang terdapat dalam diri beliau adalah bakat semulajadi dan beliau tidak pernah mendapat pendidikan formal dalam bidang muzik. Sebelum menyertai pertandingan Bintang RTM 1979, beliau pernah menyertai Pertandingan Bintang Kecil seluruh negara Brunei Darussalam pada tahun 1973 dan juga telah menyertai 9 pertandingan nyanyian yang kesemuanya beliau menjadi johan!

Jamal Abdillah adalah satu-satunya penyanyi solo yang paling popular di Malaysia dan setiap golongan masyarakat meminati beliau. Populariti beliau meningkat lagi apabila beliau mula mencuba bakat dalam bidang lakonan. Beliau telah diberi peluang berpasangan dengan bintang pujaan tanahair, Fauziah Ahmad Daud dalam filem ‘Azura’ keluaran Sabah Filem pada tahun 1984. Kemunculan beliau dalam filem ‘Azura’ telah berjaya memikat hati peminat-peminat dan pengkritik-pengkritik filem dengan memberi semangat yang Jamal Abdillah mempunyai potensi untuk muncul sebagai bintang filem yang ternama. Filem ‘Azura’ juga merupakan filem Melayu pertama yang berjaya memperoleh kutipan tiket mencecah RM1 juta dalam sejarah perfileman tanahair!

Lalu, dengan berbekalkan semangat, dorongan serta permintaan ramai yang inginkan beliau berlakon lagi, maka pada tahun 1989 Jamal mendapat tawaran berlakon dalam filem ‘Tuah’ keluaran RJ Film Production milik Hajjah Rosnani Jamil. Sekali lagi Jamal menunjukkan lakonan yang memuaskan serta mendapat sambutan hangat. Filem-filem lain lakonan beliau adalah ‘Sejati’ (1991), ‘Kekasih Awal Dan Akhir’ (1993), ‘Suratan Kasih’ (1996) dan ‘Ghazal Untuk Rabiah’ (1997). Semua filem lakonan beliau mencatat kutipan box-office terutamanya filem ‘Kekasih Awal Dan Akhir’ bersama Sofia Jane yang memungut RM1 juta dalam tempoh 7 hari tayangan dan RM2.1 juta selepas hampir sebulan menemui peminat filem Melayu di pawagam-pawagam seluruh tanahair, Brunei serta Singapura.



PETALING JAYA: Penyanyi popular, Jamal Abdillah akhirnya bersuara dan meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap Persatuan Pengasih Malaysia (Pengasih) hingga mendorong dia meninggalkan pusat kebajikan bekas penagih dadah itu bulan lalu, selepas menjadi ‘penghuni istimewa’ selama lima tahun.

Jamal berkata, dia sedih dan kecewa dengan pelbagai dakwaan dikeluarkan Presiden Pengasih, Datuk Yunus Pathi terhadapnya termasuk dia tidak banyak memberi sumbangan wang tunai biarpun dia satu-satunya penghuni yang tinggal di situ sehingga lima tahun berbanding penghuni lain yang tinggal cuma setahun.

“Sepatutnya Pengasih institusi yang memimpin semangat serta membimbing penghuni memerlukan bantuan dan bukannya menabur pelbagai dakwaan yang boleh menjatuhkan reputasi seseorang.

“Jika senario ini berterusan, saya yakin orang awam juga akan berfikir berkali-kali sebelum menghantar ahli keluarga atau teman yang memerlukan bantuan ke situ,” katanya ditemui pada sidang media Karnival Seharian Bersama Jamal Abdillah pada Januari depan, di sini, semalam.

Harian Metro pada 8 Disember lalu melaporkan Jamal meninggalkan Pengasih selepas lima tahun di situ dan tindakannya dipercayai ada kaitan dengan rasa tidak puas dengan pengurusan rumah kebajikan itu terutama Yunus.

5 ulasan :

Smookiekins said...

Harap2 beliau benar2 meninggalkan dadah yang merosakkan imej dan masa depan.

Saya orang Sabah bah!! said...

Jauhilah diri dari dadah.. Sebagai artis perlu sedar akan keburukan dengan pengambilan dadah.

Irish said...

ramai sudah artis2 dan penggiat2 seni tanahair yang terlibat dengan dadah. sama juga artis2 di luar negara. tapi, Jamal Adillah memang bertuah sebab masih diterima oleh masyarakat dan masih boleh digelar penyanyi yang terkenal walaupun sudah terlibat dalam najis dadah. semoga beliau benar2 insaf.

Green Sabah said...

Those who wanted to leave, let them leave.

Green Sabah said...

Hope that the people will judge a party wisely and cast the best vote during the next GE.