Tuesday, December 13, 2011


Setiap kali PRU ia memang penting bagi masyarakat Kota belud. Tidak ada yang terkecuali. Lebih-lebih lagi pada PRU 13 yang disifatkan oleh ramai politikus sebagai "IBU" segala PRU. Maka di daerah Kota Belud ia bukan sahaja "IBU" tetapi juga telah lama menjadi "BAPA"segala PRU. Sebabnya di Kota Belud banyak isu politik yang sangat panas hanya menunggu ia meledak.

Isu pertama ialah di MP Kota Belud. Isunya rakyat Kota Belud tertunggu-tunggu apakah Datuk Rahman Dahlan akan dicalonkan semula di Kota Belud? Kalau tidak siapa yang menggantikan tempatnya? Pemimpin tempatan atau pemimpin import?

Isu kedua di MP KOta Belud ialah kes pengambilan tanah di Kg Rampayan, yang dikatakan DARD terlibat sama walaupun dinafikan oleh DARD. Isu empangan Tambotuan, Isu rampasan tanah di Kg Taburan,Isu pampasan jalanraya Bypass Kota belud-kudat. Apakah isu-isu ini dekat dihati rakyat Kota Belud menjelang PRU 13?Seterusnya mempengaruhi sokongan kepada BN dan UMNO.

Isu kedua di DUN Usukan. Isunya ialah adakah Datuk Japlin akan dicalonkan semula setelah skandal rasuahnya menjadi perhatian umum sehingga digantung keahliannya dalam parti ?Walaupun dibebasklan, namun ada yang beranggapan bahawa Datuk Japlin wajar melepaskan ADUNnya dan diganti oleh orang lain. Siapakah yang akan dicalonkan? Datuk salleh, Datrin Saidatul Badru atau Barur, ketua Pemuda UMNO KB.

Isu ketiga di DUN TEMPASUK. Isunya ialah apakah Datuk Musbah akan dicalonkan semula?Apakah Datuk Musbah akan dapat meraih popularitinya setelah pada PRU lepas tidak mendapat sokongan padu dari orang iranun?Mengapakah Datuk Musbah tidak menggantikan PKR dari suku Itu setelah PKR sebelum ini En. Baghdad Turogan melepaskan jawatan kerana menjadi isu pembolotan projek Di DUN TEPASUK?

Isu ketiga di Kadamaian . isunya ialah kegagalan Herbert Timbun Lagadan untuk menjadi wakil rakat. Isu empangan Tambotuan telah meninggalkan partu luka kepada wakil rakyat PBS itu kerana dikatakan telah bertindak merestui pemecatan Ketua kampung dan JKKK di beberapa kampung yang terlibat dalam pembinaan empangan itu.

Apakah masyarakat Kota belud akan membuat kejutan?

44 ulasan :

Smookiekins said...

rasanya PRU13 bukan hanya penting kepada KB tapi kepada semua rakyat Sabah. Sudah tentu penduduk KB ternanti-nanti calon2 KB. MP KB Datuk Rahman Dahlan menjadi persoalan. menjadi calon atau tidak. Banyak isu berkaitan dengan MP KB ni sebab tu penduduk KB mengenai perkara ini. Hara2 calon KB nanti tidak menghampakan.

Jemput:

U Say Bah, I Say Bah. Sabah Bah......

Kris Jr said...

Harap2 isu2 yang dekat dihati penduduk KB dapat diselesaikan sebelum menjelang PRU13

Smookiekins said...

Diharap segala persoalan penduduk KB akan terjawab pada PRU akan datang. Ramai pemimpin KB harap2 ada yang benar2 berjiwa rakyat dan amanah dalam tanggungjawab.

mantra said...

banyak juga isu di Kota Belud, isu2 ini pasti akan dimainkan apabila PRU.

mantra said...

pasti kota belud akan menjadi perhatian dalam politik di Sabah.

Anonymous said...

Rasa2nya lah Datuk Musbah akan dicalonkan sebagai winnable candidate.

Anonymous said...

Rahman Dahlan dikatakan sukar untuk bergaul dengan masyarakat dan dibelenggu dengan sifat keegoan. beliau tidak mampu untuk berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan rakyat.

Jason said...

Rahman need to buck up to gain the people support before its too late.

Jason said...

when i said buck up, i mean for Rahman to personally mix with the people in kb and get to know their issues. Getting close with the people will make it easy for the people to like him.

Jason said...

make sure all issues or most of issues in kb will be solved before election comes.

Jason said...

make sure all issues or most of issues in kb will be solved before election comes.

Paquin said...

Banyak betul isu di KB ni. hhmm, selesaikanlah segera demi kebaikan bersama.

Paquin said...

Setakat ni rasanya tempat yang agak popular di KB la. Ada saja hal yang timbul.

Paquin said...

Siapa2 yang rasa dirinya mahu dicalonkan atau mahu dapat undi rakyat pandai2lah bawa diri. At least dapat juga rakyat kenal lebih dekat lagi:P

Paquin said...

Penting atau tak PRU13 nanti, terpulanglah pada warga KB sendiri. Yang penting buat apa yang patut.

Paquin said...

Apapun, kita nantikan saja bila tiba masanya. Semuanya akan terjawab juga tu. hehe

Anonymous said...

harap isu2 'panas' ini kelak akan diselesaikan selepas PRU tamat

Anonymous said...

memang banyak isu politik di KB yang sangat panas hanya menunggu untuk meledak seperti gunung berapi...

Anonymous said...

harap wakil rakyat yg terpilih nanti akan menyelesaikan isu2 panas ini

Anonymous said...

diharap ianya tidak akan dipulaukan lagi oleh kerajaan

Anonymous said...

Apakah masyarakat Kota belud akan membuat kejutan? - sudah tentunya ada perubahan..kita tunggu dan lihat sahaja kejutan ini

Anonymous said...

isu percalonan adlaah perkara yang amat penting yang perlu diberikan penenakan dan pertimbangan teliti dari pucuk pimpinan BN agar tidak berputih mata.

Anonymous said...

yang pasti pengundi2 di KB akan lebih berhati-hati semasa membuat penialian dan pemilihan siapa yang patut diundi pada PRu akan datang.

Anonymous said...

semua PRU adalah penting..namun PRU 13 agak isitimewa kerana akan menjadi saksi siapa yang akan menjadi pilihan rakyat berikutan kebangkitan golongan muda dalam politik dan kemunculan semula muka2 lama dengan new task force seperti JK, pakatan borneo..

Anonymous said...

kemungkinan muka baru akan diketengahkan oleh BN untuk memulihkan semula imej BN di kalangan pengundi KB..apa2 pun, kita tunggu dan lihat.

zam said...

sebarang isu yang timbul, jika ada harus diselesaikan dengan sebaiknya.

zam said...

setiap keperluan rakyat haruslah diusahakan untuk dipenuhi.

Caldina said...

Bukan senang untuk menjadi wakil rakyat. Perjuangan kena ikhlas dan bukan untuk kepentingan diri semata-mata. Kena sentiasa proaktif dan peka dengan masalah penduduk.

Green Sabah said...

The GE is an important event for all voters as this is the chance for them to vote in the government of their choice.

Green Sabah said...

Hope that all voters will vote wisely during the next GE. Let their voices be heard.

http://sabah-go-green.blogspot.com/

Anonymous said...

supaya tidak membebankan fikiran, biarlah pihak atasan yang buat pilihan.. kalau tidak suka, biar rakyat pula yang buat keputusan..

Bujang Senang said...

Maka letakanlah calon yang benar-benar boleh memperjuangkan hak penduduk Kota belud itu sendiri.

Unknown said...

Semua pun begitu mementingkan PRU13 yang akan datang. PRU inilah jawapan semua apa yang rakyat rasakan. Maka sebagai seorang pemimpin haruslah bijak mengatur pengurusan dan tanggungjawab kepada penduduk.

Anonymous said...

Terasa Tsunami politik akan berlaku di seluruh Sabah.

Anonymous said...

banyak isu yang harus ditanggani, semoga wakil rakyat KB berkebolehan dan berkeupayaan menyelesaikan masalah di KB.

Anonymous said...

Its important not only to KB but to the entire Sabah being a poverty state.

Anonymous said...

BN mengalami cabaran yang amat giat di PRU akan datang. Adakah BN kekal berkuasa, susah diramal.

Anonymous said...

Rasa banyak yang akan melompat parti kali ini.

No name said...

Semoga calon yang betul akan dipilih untuk membawa KB ke tahao yang lebih maju.

No name said...

Pandai menilai untuk perubahan dan akan membangunkan ekonomi dan pendapatan orang KB.

No name said...

Bukan sahaja untuk KB tetapi seluruh Sabah juga amat penting. Kami masih kemiskinan dan mundur, harus membuat sesuatu untuk berubah.

No name said...

Pasti ramai akan melompat sedangkan pemimpin sendiri juga melompat.

No name said...

May be a good idea to bring in new blood.

No name said...

Is the people in KB will still support Rahman Dhalan? Its hard to predict.