Isu besar yang mula bertiup di Semporna di mana Naib Presiden UMNO, Datuk Shafie Apdal menjadi Ahli Parlimen ialah isu pembinaan Jambatan Pulau Bum-Bum menghubungkan tanah besar Pekan Semporna.Cadangan pembinaan Jambatan ini telah beberapa kali diumumkan oleh kerajaan ,namun ditunda atas dasar 'masih tidak berkeperluan". Sebelum ini juga ketika Tun Sakaran dandai menjadi TYT Sabah, sudah ada majlis pecah tanah di Kg Tampi-Tampi di mana pengkalan Jambatan itu akan dimulakan.selepas itu pembinaan Jambatan ini ditunda sekali lagi.Malahan ketika pembentangan bajet 2009 oleh Perdana Menteri ketika itu Tun Abdullah Ahmad Badawi,turut memperuntukkan 3 billion kepada Sabah termasuk pembinaan Jambatan ini.
Beberapa hari lepas kehadiran Datuk Shafie Apdal di pekan Semporna bukan sahaja disambut dengan kunjungan ratusan penduduka yang berhimpun menyambut Menteri KKLW itu setiap kali pulang dari KL tetapi juga beberapa banner yang menunjukkan protes masyarakat setempat tentang kegagalan pembinaan Jambatan Pulau Bum-BUm itu mula dipamerkan
Memetik sidang media yang pernah diadakan oleh Datuk Shafie pada perasmian Program Lonjakan prestasi 3P anjuran Yayasan Pelajaran Mara pada Disember 2010,Datuk Shafie sebagai berkata bahawa Kerajaan sedang berusaha melantik Juruperunding dalam projek ini. Apa yang menghampakan masyarakat Semporna ialah isu itu telajh berlalu setahun lebih namun janji Datuk Shafie itu tidak kesampaian.
SEMPORNA: Projek pembinaan Jambatan dati tanah besar Semporna ke pulau Bum Bum tetap akan dilaksanakan walaupun ia akan mengambil sedikit masa. Kerajaan akan melantik juruperunding bagi meneliti semua perkara berkaitan projek itu, kata Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah,Datuk Seri Shafie Apdal.
" Janji kerajaan BN akan ditunaikan,jadi jangan ada kebimbangan.Saya tahu banyak (bermacam-macam) cerita tersebar dan ada yang mengutus surat.Tapi yakinlah kerajaan akan melantik juruperunding," katanya.
Menteri di Jabatan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Nasir Tun Sakaran menyifatkan cadangan pembinaan jambatan menghubungkan tanah besar Semporna dan Pulau Bum-Bum, yang pernah diumumkan kerajaan persekutuan sebelum ini, adalah satu keperluan penting untuk masyarakat di sini.
Nasir yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Senallang berkata kini penduduk Pulau Bum-Bum bergantung penuh kepada perkhidmatan bot untuk berulang alik antara pulau itu dan tanah besar Semporna bagi urusan harian.
"Harapan daripada masyarakat Semporna, khususnya penduduk Pulau Bum-Bum, ingin melihat sebuah jambatan dapat dibina. Mereka yang tinggal di Pulau Bum-Bum bilangannya bukan kecil. Penduduknya melebihi 20,000 orang," katanya kepada pemberita ketika melawat lokasi tragedi feri karam di Sungai Manis, Lihak-Lihak, dekat sini hari ini.
Beliau berkata penggunaan bot di kalangan masyarakat Semporna di Pulau Bum-Bum kini bukan sahaja untuk membawa penumpang malah ia turut digunakan bagi mengangkut kenderaan dari tanah besar Semporna ke pulau itu.
Nasir mengakui menggunakan bot untuk mengangkut kenderaan ke Pulau Bum-Bum dari tanah besar Semporna memang berbahaya dan berisiko tinggi namun penduduk terpaksa berbuat demikian kerana mereka tidak mempunyai banyak pilihan.
"Kita akan berusaha memohon kepada kerajaan bagaimana untuk menyediakan pengangkutan atau laluan agar masyarakat dari tanah besar Semporna ke Pulau Bum-Bum dan sebaliknya lebih selesa dan pada masa yang sama keselamatan mereka terjamin," katanya.
Akhirnya APABILA SUDAH TIDAK TAHAN menunggu janji-janji Datuyk Shafie Ini,rakyat Semporna mula menunjukkan protes dengan mempamerkan beberapa banner yang menuntut janji kerajaan BN itu di tunaikan. Apakah masyarakat Semporna akan menolak Datuk Shafie pada PRU akan datang?
42 ulasan :
Janji Datuk shafie pada 27 mac 2010 ketika dalam ucapan perasmian program pemimpin bersama rakyat di kg. Bayangan sehingga kini belum di tunaikan, sudah menjadi isu hangat,,semoga dapat di laksanakan jani2 itu..
Nasib dia akan ditentukan pada PRU13. Sama2 kita saksikan.
Banyak isu mengenai Shafie, harap2 ada lah kesudahan yang menyenangkan hati rakyat.
memang kebelakangan ni banyak isu negatif tentang Shafie tapi entah benar ka tidak. apapun, kalau tidak dicalonkan sebagai winnable candidate pun kan beliau sudah beritahu bahawa beliau akan terima dengan baik keputusan tersebut..
Itulah yang susahnya kalau berjanji tapi tak ditunaikan. Tengok kan dah mengundang ketidakpuasan hati.
PRU13 bakal menjelang bila-bila masa saja, kalau janji ini masih ditabur entah macam mana penduduk Semporna nak percaya.
Harap masyarakat Semporna dapat menilai hal ini dengan matang supaya tak tertipu lagi.
Sekarang ini pun ada saja hal yang tak baik disebarkan mengenai seseorang pemimpin. Mungkin inilah adat PRU, banyak gimik. hehehe
Apapun, kita tunggu dan lihat sajalah nanti. Mana tahu ada juga berita baik:)
promises that were made should be fulfilled. People wouldn't want a leader that give empty promises.
Shafie better buck up his performance. Even if he is the candidate, he still needs to win the people heart.
When GE comes, everyone must make a wise decision. Vote for the best.
Bila jambatan bum bum ini akan disiapkan seperti dijanji oleh pemimpin?
Jika Datuk Shafie mahu mendapatkan sokongan rakyat, beliau patut menunaikan janjinya kepada rakyat Semporna.
Shafie kena tingkatkan reputasinya di Semporna.
jika Shafie tak diterima lagi di Semporna, dia pasti dpt menerimanya.
penting sangatkah jambatan pulau Bum Bum tu? mungkin kalau pandangan penduduk di sana memang rasa sangat penting tapi sekiranya jambatan itu dibina bagaimana pula dengan yang tinggal di pulau2 lain? mesti mereka pun akan menyusul untuk meminta pembinaan jambatan.
Kita hanya mampu buat andaian tapi keputusannya tetap pada PRU13 nanti. Kita tunggu sajalah.
Kalau rasa2 kedudukan sudah goyah, cepat2lah ambil langkah proaktif untuk kembalikan kepercayaan rakyat.
kepentingan dan keperluan rakyat perlu sentiasa diambil berat oleh pemimpin.
rakyat yang tentukan samaada pemimpin itu diterima atau tidak. jika rakyat terus menyokong maksudnya pemimpin itu masih diterima.
mana-mana pemimpin sekali pun perlulah sentiasa berusaha untuk memberikan khidmat yang terbaik.
harap janji kali ini akan ditunaikan jika menang dlm PRU-13
biarlah rakyat yang menentukan nasib seseorang pemimpin itu di PRU akan datang nanti
hope the people are mature and capable of making the necessary judgment
memang banyak isu politik di Sabah yang sangat panas belum selesai, hanya menunggu untuk meledak seperti gunung berapi
harap wakil2 rakyat yg menang dlm PRU-13 nanti akan dapat menyelesaikan isu2 panas ini
Kena menunggu pilihan masyarakat nanti.
Janjinya kenalah dilaksanakan, jika tidak susahlah dia nanti.
sedangkan Labuan yang jauh lebih sibuk dari Pulau Bum Bum pun masih belum ada jambatan sehingga hari ini..
Seharusnya Shafie sebagai KKLW tahu dan perlu memberikan bantuan kepada penduduk Semporna sendiri. Daerah itu perlu dimajukan terutama sekali pembangunan dikawasan tersebut.
Tanggungjawab perlulah dilaksanakan. Shafie perlu memikirkan kepentingan penduduk Semporna yang masih kurang diusahakan dan dimajukan.
Susah untuk Shafie menambat hati rakyat lagi.
Jangan kecewakan rakyat dengan tidak menunaikan janji yang dibuat.
The people will decide his leaving.
Memang susah diramal, berkemungkinan satu tsunami politik yang akan ditayangkan.
Rakyat harus menilai dan tidka tertarik dengan saguhatiyang diberi dan mengabaikan masa depan generasi yang akan datang.
Isu negatif Shafie akan menjejas prestasi beliau di PRU akan datang.
Let the people decide for Shafie.
beberapa banner yang menunjukkan protes masyarakat setempat tentang kegagalan pembinaan Jambatan Pulau Bum-BUm itu mula dipamerkan
harus juga beliau memberi perhatian dan mencari cara penyelesaian.
Semoga Shafie tidak menjejaskan imej beliau wakili.
Reputasi dan prestasi Shafie di Semporna harus diperbaiki.
Post a Comment